Followers

Saturday, December 01, 2018

ULASAN FILEM: POLIS EVO 2 Joel Soh & Andre Chiew

Jika dibandingkan dengan filem-filem aksi tempatan yang lain, Polis Evo 2 ialah filem dengan pembikinan yang serius dan teliti. Ada nilai tontonan semula yang berulang kali. Ada beberapa sebab. Pertama, Fared Ayam sebagai ‘acting coach’. Joel Soh selaku pengarah dan penulis skrip bersama menyebut Songlap sebagai filem kegemarannya yang menggunakan Fared Ayam sebagai acting coach (dan pada saya Shaheizy Sam layak dapat aktor terbaik melalui Songlap berbanding pilihan FFM ketika tu iaitu Faizal Husseinn melalui filem Bunohan) sekaligus buat lakonan Zizan Razak di dalam Polix Evo 2 lebih cemerlang. Saya masih merasa Hasnul Rahmat (membawakan watak ketua pengganas, Saif) kuat menyalurkan gaya Rahim Razali dalam lakonannya tapi itu juga yang buat dia tampil sebagai watak penjahat yang paling digeruni dalam filem tempatan setakat ini ditambah dengan dialog-dialog yang kuat.

Watak Mat Dan lakonan Syafie Naswip sebagai polis rookie di bawah Inspektor Sani memberi lengkungan watak pada Inspektor Sani, biarpun hubungan mentor dan protege mereka di dalam filem cuma sementara. Seperkara yang perlu ditekankan, Zizan tak buat lawak atau diwujudkan sebagai comic relief tetapi refleksi wataknya sebagai orang Terengganu yang punya nature yang lebih terang berbanding Inspektor Khai lakonan Shaheizy Sam yang lebih gelap.

Recap: Ulasan Polis Evo (2015) arahan Ghaz Abu Bakar

(Dalam panggung orang gelak bila muncul saja adegan Zizan cakap Terengganu yang tak kelakar pun. That’s how he speaks. People just don’t get it.)

Ini filem debut Joel Soh dan Andre Chiew tetapi kedua-duanya tak menampakkan mereka masih amatur dalam tugas mereka tetapi melalui Polis Evo 2, ia jauh meninggalkan filem-filem aksi tempatan yang pernab diterbitkan.

Markah: 8/10




Sinopsis: Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 November 2018
Genre: Aksi
Durasi: 2 Jam 5 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Erra Fazira, Hasnul Rahmat, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Syafie Naswip, Hairul Azreen
Pengarah: Joel Soh, Andre Chiew
Related Posts with Thumbnails