Followers

Thursday, March 31, 2016

Ulasan filem: ZOOLANDER 2

 15 tahun dalam pembikinan, hasilnya Zoolander 2 ialah sekuel yang tak mengadili kehebatan filem pertamanya. Ianya sekuel yang teruk. Ianya bukan fitting tribute buat penulis asal filemnya, mendiang Drake Sather walaupun mereka memanggil penulis yang hebat macam Justin Theroux (Tropic Thunder) untuk membantu penulisan. Pendek kata, hilangnya zaman kegemilangan Zoolander di dalam filem ini menggambarkan hilangnya gemilang idea gila-gila yang membuatkan Zoolander pertama berjaya. Watak yang segar dulu, tidak sesegar itu lagi dengan lawak-lawak yang boleh dijangka. Seawal filem, ada Justin Bieber yang dibunuh untuk kesan lawak yang sikit saja kesannya terasa tetapi bermasalah apabila filem ini mahu menyumbat terlalu banyak cameo dari orang industri fesyen. Maka kita diberi adegan beberapa saat Marc Jacobs, Valentino dan Anna Wintour, tapi malangnya mereka bukan pelawak dan ia tak beri kesan langsung pada filem ini. Adegan David Bowie yang muncul seketika dalam filem pertama lengkap dengan lagu "Let's Dance" jauh lebih pecah perut. Yang menggantikan mendiang Bowie sebagai rujukan pop culture Zoolander kali ini ialah Sting. Ya, Zoolander 2 ada Sting. Habis semua benda Sting dan The Police mereka quote untuk buat kita rasa kelakar tapi hanya kelakar pada peminat Sting sahaja. Filem baru ini lebih bodoh sebenarnya yang lebih banyak mengulang old gags yang tak segar lagi setelah  diulang-ulang. Malah dengan pelakon yang hebat macam Benedict Cumberbatch membawa watak model androgynous berambut panjang warna putih tanpa kening bernama All pun tak membantu filem ini. Apatah lagi watak yang establish seperti Jacobim Mugatu lakonan Will Ferrell yang tak sampai sinister-nya.

Really hoping Mugatu could save the movie though....

Paramount selalunya berjaya dengan sekuel komedinya, mengambil contoh Hot Tub Time Machine 2 dan Anchorman 2: The Legend Continues, malangnya nasib yang sama tak menyebelahi Zoolander 2 biarpun punya barisan pelakon yang hebat.

Ini buat saya hanya ingin beri 5 saja dari 10 markah penuh filem.

Sinopsis: Supermodel terkenal Derek Zoolander telah berkahwin dan kini mempunyai seorang anak lelaki. Bersama rakan modelnya, Hansel, kedua-dua mereka ingin kembali ke puncak selepas lama menyepi. Tetapi ia bukan mudah apabila mogul fesyen jahat, Mugatu, kembali untuk merosakkan rancangan mereka.

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 42 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Ben Stiller, Owen Wilson, Penelope Cruz, Christine Taylor, Kristen Wiig
Pengarah: Ben Stiller

Monday, March 14, 2016

Ulasan filem: REQUIEM FOR A DREAM (2000)

1) Jared Leto. Sebut nama je. 30 Seconds To Mars. Bakal Joker dalam Suicide Squad.

2) Marlon Wayans (dalam role serius sebagai mat dadah, selepas sering dirujuk "Dia ni berlakon taraf filem lawak MIG 'Hantu Ikat Tepi' je ni!")

3) Darren Aronofsky, yang guna banyak hip hop montage / teknik fast cutting yang agak ekstensif dan penggunaan Snorricam, agak inovatif ketika itu tapi jadi bangang kalau sekarang diguna pakai dalam filem Taken.

4) Clint Mansell, kerjaya muzik post-grebo Pop Will Eat Itself yang menghasilkan Lux Aeterna (kolaborasi dengan Kronos Quartet) tapi yang paling saya gemar ialah bila ia digunakan pada pembuka filem di atas, (section yang dipanggil Summer Overture) masa Harry dengan kawannya, Tyrone nak jual peti tv milik ibu Harry (yang kini dah selamat berada di stesen Cooper).

5) Saya tak pernah bereksperimen dengan dadah dan hampir pasti tak akan selepas melihat kesannya dalam filem ini. Efektif? Tahap  tengok filem ini sekali je. Sampai begitu sekali. Sedangkan tengok kesan dadah dalam The Wolf of Wall Street pun dah cukup parah, apatah lagi Trainspotting.

REQUIEM FOR A DREAM (RFAD) sebagai sebuah filem dah jadi semacam enigma bagi saya sejak mulai menyelak iklan OSTnya di majalah Alternative Press lewat tahun 2000 (turut jadi filem pilihan editorial tahun itu). Nama Darren Aronofsky disebut dalam majalah Wizard, acah-acah cadangan pengarah yang bakal membersihkan rekod buruk Batman di layar perak melalui Batman & Robin setelah maklum balas positif pada filem debutnya, π. Kemudian selepas melayari laman web rasminya, trek Lux Aeterna dengan injeksi elektronik dengan mudah mencengkam saya (yang kemudian digunakan sewenang-wenangnya oleh agensi iklan dan pembikin doku konspirasi iluminati, berbayar atau secara curi untuk tampak .... cool). Beberapa minit pertama yang saya tonton ialah apa yang saya belajar di sekolah MTV yang bergraduasi menjadi filem. Kalau hari ini, Aronofsky dipanggil pretentious dengan gayanya (rekodnya ada turun naik), saya masih kata RFAD amat memberi kesan pada saya, pertama pada visualnya, dan kedua, pada mesejnya samada anda nak panggil ia tentang dadah atau tentang mengejar mimpi.

Arahan: Darren Aronofsky
Lakonlayar: Hubert Selby, Jr., Darren Aronofsky, adaptasi novel Requiem for a Dream tulisan Hubert Selby, Jr.
Lakonan: Ellen Burstyn, Jared Leto, Jennifer Connelly, Marlon Wayans
Muzik: Clint Mansell
Sinematografi: Matthew Libatique
Suntingan: Jay Rabinowitz
Studio: Thousand Words, Protozoa Pictures
Edaran: Artisan Entertainment
Tarikh tayang: 14 Mei 2000 (festival Cannes), 28 Oktober2000 (pasaran US)

Sunday, March 13, 2016

Ulasan filem: RUBY SPARKS (2012)

Aku suka filem ini. Ia seolah-olah aku yang sedang menulis, dan Zoe Kazan ada di depan aku. Dan aku jerit, "aku tak nak kau jadi macam tu!", being hipster chick and all that. But you know what? Dia tetap begitu. Dan sebenarnya aku suka dia begitu, menerimanya begitu tapi itupun bukan idea aku, sebab kalau aku menulis tentang perempuan sekalipun, semua ilham itu datang dari perempuan serta perangai mereka yang aku kenal, and it's unpredictable.

Unless, aku tak pernah kenal perempuan (pernah berlaku) dan maklumat yang aku terima tentang perempuan di buku dan televisyen adalah salah belaka (pernah berlaku).

Filem ini mewakili aku sebagai penulis yang writer's block, lebih teruk daripada itu, aku tak pernah tulis dan terbitkan apa-apa fiksyen pun, apatah lagi tentang perempuan. Mungkinlah pada satu sisi, filem ini melalui watak Calvin lakonan Paul Dano, mewakili diri aku sebagai hopeless romantic tapi itupun salah sendiri, sebab tak make a move....

Untuk melihat Zoe dan Paul Dano yang sebenarnya a real life couple offscreen pun awkward bagi aku sebab garisan antara fiksyen dan realiti mulai kabur.

Filem ini aku lihat sebagai a great contender bagi filem rom-com macam (500) Days of Summer, macam lah... sehingga kau perasan yang kepelikan dalam filem ini ialah perkara biasa bagi duo pengarahnya, Jonathan Dayton dan Valerie Faris kalau kau ikut kerja MTV mereka yang genius (mereka boleh bikin drama yang meruntun kalau kau tak tahan mereka dari membikinnya). Dan aku nantikan karya terbaru mereka, adaptasi novel I'm Proud of You: My Friendship with Fred Rogers.

Paul Dano aku rasa lagi hebat daripada Joseph Gordon Levitt.

Arahan: Jonathan Dayton & Valerie Faris
Lakonlayar: Zoe Kazan
Lakonan: Paul Dano, Zoe Kazan, Annette Bening, Antonio Banderas, Steve Coogan, Elliott Gould, Chris Messina
Muzik: Nick Urata
Sinematografi: Matthew Libatique
Suntingan: Pamela Martin
Studio: Bona Fide Productions
Edaran: Fox Searchlight Pictures
Tarikh tayang: 25 Julai 2012

Ulasan filem: THEORY OF EVERYTHING

Eddie Redmayne menang Oscar untuk kategori Best Actor melalui filem ini mengalahkan seorang lagi calon pilihan, Michael Keaton (untuk filem Birdman) yang jika nak diikutkan Eddie lebih bernasib baik kerana dia membawakan watak yang sememangnya sudah sedia wujud (berbeza dengan Keaton, watak Regan walaupun meta filem Birdman sudah seperti kisah hidupnya, dia membentuk personaliti Regan itu dari sifar). Bukan itu saja, pembawaan Eddie sebagai Stephen Hawking mendapat cop mohor dari si pemunya nama Stephen sendiri (selepas menonton rough cutnya) lalu Stephen membantu produksi filem ini dengan kontrobusi 'suara'nya sendiri (dalam bentuk alat bantuan bercakap yang dipinjamkan oleh Stephen, jadi Eddie menang Oscar tu semacam mengelatlah juga...). Tapi yang sebenar-benarnya, Eddie memberikan sepenuh penjiwaannya sebagai pakar fizik seawal usianya di kolej dan masih walafiat, bertemu Jane, mulai lumpuh dan meneruskan kehidupannya sebagai ahli fizik yang dikenali yang masih terus berkerja dan otak masih terus meneroka sehingga kini biarpun pada kekurangan gerak fizikal (lihat adegan akhir semasa persidangan sains).

Saya jadi cerdas bila menonton filem ToE kerana baru sahaja menonton filem Interstellar yang merujuk banyak teori yang dicadangkan Stephen. But the movie is not all about blackholes and revelation. Ia berat kepada hubungan Stephen dan Jane. Was it good? Yes. Hebat gila? Tak. Cukup untuk melihat betapa telitinya Redmayne memotret watak Hawkings di layar bagai kita melihat Hawkings yang sebenar. Tapi sesungguhnya, aku nak sangat tengok 'the making of Interstellar' dalam filem ni yang hampir-hampir saja nak berlaku sekaligus mengasingkan peminat genre romantik dari terus menghayati naskhah ini.

PLOT: Filem yang memaparkan tema drama dan biografi ini menceritakan tentang kisah perhubungan di antara seorang ahli fizik yang terkenal, Stephen Hawking, dan isterinya, Jane Hawking. Filem ini diarahkan oleh James Marsh dan ditulis oleh Anthony McCarten, dibintangi Felicity Jones, Eddie Redmayne, Emily Watson, Harry Lloyd dan ramai lagi.

Genre: Drama / Biografi
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2015
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: James Marsh
Pelakon: Felicity Jones, Eddie Redmayne, Emily Watson, Harry Lloyd

Related Posts with Thumbnails