Followers

Wednesday, June 25, 2014

Ulasan filem: TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION, a Michael Bay film. When I said a Michael Bay film, cuba kira berapa banyak bangunan runtuh dan jalan meletup.

Selesai menonton TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION pagi Selasa lalu in glorious IMAX 3D, thanks to UIP Malaysia for its first ever media screening of T4:AOE in Malaysia at TGV Cinemas Sunway Pyramid.


Here's a thought: Movie is just silly but at least i can tolerate Imagine Dragons. By means, i can tolerate Imagine Dragons sebab for the past few movies, Linkin Park dah banyak buang gitar. Which kinda pissed me off. Heck, even Killswitch Engage can fit their song way better than LP in the new TF movie. And here, a big welcome, a triumphant return of Frank Welker as Megatron in the form of Galvatron. Boleh di rumuskan TF4 sebagai Days of Future Past bagi siri filem Transformers (jangan excited sangat..... ia masih dalam standard filem Transformers yang pernah anda tonton. A BAYHEM STILL.)


Namun begitu apabila Bayhem berusaha keras untuk meletakkan terlalu banyak unsur yang ramai peminat TF kenali untuk cuba memenangi hati mereka yang tercalar dan membangunkan terlalu banyak perkara ke dalam filem, hasilnya anda mendapat Transformers: AOE, yang sedikit mengecewakan. Dinobots adalah kemuncak filem kerana ramai peminat berharap untuk melihat  mereka (tengok sajalah posternya...betapa misleading-nya promosi...), namun watak-watak ini tidak dibentuk dengan sebaik-baiknya. It's just a Lockdown movie. Sudahlah sedikit, tanpa dialog, Grimlock hanyalah haiwan tunggangan Optimus Prime semata-mata. Yup, insiden Soundwave dalan ROTF berulang semula.

MICHAEL BAY. SUDAH TIBA MASANYA UNTUK ANDA TINGGALKAN TRANSFORMERS DAN SERAHKANNYA KEPADA WES ANDERSON.

Nota sebesar kuman di seberang laut sampai gajah depan mata tak nampak: Walaubagaimanapun, TF4 : AOE merupakan filem yang harus ditonton dengan paparan IMAX 3D untuk aksi dan kesan khasnya. 2 jam 40 minit tidak terasa seneraka Lord of the Ring, sejujurnya. Ya, saya enjoy dengan Transformers : AOE. Siapa kata saya tak enjoy. Empat filem Transformers saya tonton di panggung berturut-turut tanpa gagal.

Soalan terkumpul Mega Movie: Marky Mark menyanyi lagu The Touch? YA, ADA. HENCE, OPTIMUS MENJELMA.

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION sudah mula ditayangkan di Malaysia mulai hari ini.
Layari Facebook: www.facebook.com/uipmalaysia dan website: www.uip.com.my


Saturday, June 21, 2014

Ulasan filem : ROBOCOP (2014)

"Forgive me Father, for I have sinned. It has been 27 years since my last confession. These are my sins. I watched the Robocop remake, and I enjoyed it." - Justin Bartlett

Review pendek: Motherf****** awesome! (sebut macam Samuel L Jackson).

Review panjang sedikit: Menonton Robocop reboot ialah pengalaman yg sukar sebab kalau yang pertama tu dah cantik, maka janganlah diubah dan nak dibuat major overhaul. Anda mencari pelbagai alasan. Kenapa sutnya hitam? Kerana tak mahu bayang Peter Weller yang memang dah melekat pun. Kenapa tak ada partner perempuan si Nancy? Untuk menutup hakikat yang idea Robocop pada asalnya ialah Judge Dredd yang tak dapat difilemkan jadi perlu penceritaan yg baru. Kenapa Samuel L Jackson? Because he was there for a motherf****** reason (walaupun sering di-typecast but heck with it!) (nota: permulaan dan penutup yg amat cantik). Kenapa dibuat filem ini sekali lagi? Salahkan Frank Miller (untuk filem-filem Robocop susulan yang dikritik hebat). Robocop masih lagi sebuah karya yang tak perlu dibuat semula dan Hollywood perlu move on saja dgn karya original tapi saya tetap mahu tonton filem ini kerana pengarahnya Jose Padilha terlalu berani. Berani mengambil kerja ini yang berisiko tinggi dan nasib baik jugalah dia menangani filem ini dgn gayanya sendiri yg well-executed dgn tidak mensia-siakan bakat lakonan pelakon-pelakon pilihan yg menjadi mimpi ramai pengarah dari pesara Batman, Comissioner Gordon, Robocop Sweden, Rorschach hinggalah ke motherf****** Samuel L Jackson. Robocop bagi ramai peminat bukan saja ceritera tentang keadilan, korupsi, dendam dan pembalasan tetapi juga penuh dengan pelbagai lapisan mesej yang menjadi kritikan sosial tentang keadaan semasa dan bernasib baiklah tema begini tidak ditinggalkan membuatkan ia amat sarat dan perlu diberi penelitian dari setiap sudut. (Dalam satu masa ianya tentang tema 'playing God' yang sering digunakan oleh pengarah filem asalnya Paul Verhoeven). Ada yg berkata filem ini tak ubah seperti alat propaganda yang Amerika itu negara terbaik di dunia (well, bukankah filem kalau mewakili sesebuah negara, tujuannya begitu?). Mudahnya saya melihatnya sebagai fiksyen yang Amerika itu negara yg terhebat sedang mereka tahu ianya tidak. Dan yang tukang bagitau 'fakta' ini pula ialah si Pat Novak. (Typecasting? Heck with it!) Saya boleh panjangkan dengan menyebut filem Captain America jika mahu dibincangkan tentang propaganda. Ramai yang suka dengan filem itu dan menolak propagandanya sedang saya melihat filem dari kisah benar seperti Lone Survivor lebih banyak propaganda Amerikanya tetapi tidak menidakkan yang ianya filem yg bagus.

Dan seperti rakan Justin Bartlett, saya juga enjoy dengan filem ini.

Major spoiler: singa MGM. There, your move. I'm done. 

ROBOCOP‬ directed by Jose Padilha
Distributed by SONY PICTURES MALAYSIA

BLUMHOUSE dan model bisnes filem yang cost-effective

Semasa menonton filem Insidious 2 arahan James Wan, perkara yang menarik perhatian saya ialah model bisnes production housenya iaitu Blumhouse di mana ia tak kelihatan b-grade sangat tapi berlanjanya rendah kalau ikut standard filem2 di US ( Insidious dibikin dengan belanja US$1.5 juta dengan pulangan sebanyak US$97 juta, sekuelnya pula dengan belanja US$5 juta dengan pulangan sebanyak US$102 juta). Filem2 lain keluaran Blumhouse dengan kejayaan yg hampir serupa ialah The Purge (belanja US$3 juta, pulangan US$85 juta) dan Sinister (juga bajet US$3juta dengan pulangan US$87juta). Tapi rekod mereka yg paling cemerlang tetaplah dengan filem pertama Paranormal Activity yang cuma berbelanja US$15 ribu tetapi dengan pulangan sebanyak US$193 juta. Cost-effective ialah perlambangan kepada Blumhouse.

Perkara yang berbeza kalau kita lihat senario pembikinan filem tempatan di mana kita sering guna faktor kekurangan bajet yang membuatkan filem-filem tampil kurang bermutu (saja tak nak bagitau bab storytelling fail...). Rata-rata yang saya lihat, kos pembikinan filem tempatan nak cecah RM sejuta tapi nak boleh kutip sejuta di panggung pun susah, itu belum split perolehan tersebut dengan pengusaha panggung, last-last berapa saja yang pembikin filem ni dapat dari filem mereka. (Ini mungkin boleh diperdebatkan di mana penerbit mungkin menyatakan kos yang lebih mahal kepada media berbanding belanja sebenar yg cuma bajet telemovie, dan di sebalik 'kerugian', mungkin penerbit sudah mengaut untung kerana tup-tup... mereka tampil pula dengan.filem baru. Itu tak termasuk hak siaran berbayar yg diberikan kepada stesen tv kabel seperti Astro yg khabarnya juga tender juta-juta utk membikin filem yg sedikit memberi kesan kepada industri wayang di mana ada lambakan filem yg bukan material wayang pun).

Ia buat saya tertanya-tanya, mahal sangatkah harga untuk kita buat filem yang bermutu di Malaysia tanpa meninggalkan entertainment value-nya dan nilai estetikanya?

[ULASAN ALBUM] Old Man Gloom - No (2012)

"Common Species" ialah sebuah permulaan dengan bunyian sludge berat yang menggegar dan menghancurkan dan amat jelas hala tuju Old Man Gloom (OMG) kali ini agak berbeza tetapi dengan anggota-anggota yang turut dan pernah menganggotai band-band seperti Converge dan Isis, OMG melalui daerah doom dan post metal yang pasti menuntut pendengarnya membuka telinga dan minda mereka seluas-luasnya. Anda akan dapat melihat ciri-ciri sludge OMG kali ini juga boleh dipadankan dengan muzik Harvey Milk yang mana ianya berat tetapi berani dalam menambah apa-apa elemen yang tiada pada gaya muzik mereka yang sebelumnya tetapi terasnya tetap pada jeritan vokalnya, laungan 'distortion'nya dan lapisan efek dan elektroniknya dengan struktur lagu yang kadangkala tidak konvensional kecuali pada "To Carry the Flame", trek pertama yang diperdengarkan dari album ini yang saya kira agak 'straight forward'. Bagaimanapun tetap ada sesuatu yang menarik tentang trek ini dengan vokal koir yang melatari lagu ini dan durasi lagu-lagunya pula dipanjangkan dengan kesan bising dan ambientnya. Memasuki trek "The Forking Path" pula, amat jelas pada saya yang OMG kemudian menyelusuri kawasan yang diduduki oleh 'puak-puak' Tribes of Neurot (projek sisi band pioneer post metal, Neurosis). Trek "Crescent" buat pengisian album No agak tidak konsisten dengan gaya akustik Stephen Brodsky seolah-olah ianya dari album yang lain dan penutupnya pula "Shuddering Earth" kembali kepada bentuk muzik sludge Harvey Milk, yang bermula keras tetapi bermain dengan kontras antara perlahan dan berat sepanjang 14 minit buat ia menuntut kesabaran anda. No masih lagi sebuah album yang baik cuma sifat tidak konsistennya memang akan membuatkan anda terganggu dalam memahami akan konsep sebenar album ini. [ Label: Hydra Head ]

Dengar / beli album OMG - NO di laman web Bandcamp: http://oldmangloom.bandcamp.com/album/no

Kredit:
Old Man Gloom ialah Nate Newton, Aaron Turner,Santos Montano dan Caleb Scofield.

Pemuzik jemputan: Kevin Baker (The Hope Conspiracy,All Pigs Must Die), Kurt Ballou (Converge) dan Mike McKenzie (The Red Chord).

Rakaman dan adunan : Kurt Ballou
Mastering: James Plotkin

Monday, June 16, 2014

[FILEM] THE ROVER arahan David Michôd

Kerjaya lakonan Robert Pattinson seolah-olah ada dua 'timeline'. Timeline yang normal di mana dia menjadi kegilaan gadis kerana watak pontianak jambu di dalam bukan sahaja satu tetapi lima siri filem Twilight sehingga ramai yang mencemuh namanya kerana khalayak melihat dia hanya menjual muka semata tanpa benar-benar melihat akan bakat lakonannya, tambah pula Twilight banyak menerima anugerah sampah atau yang bersifat picisan. Hakikatnya, ia dibenci kerana terlebih popular dan Pattison terkena tempiasnya.

Dalam 'alternate timeline' pula, Pattison diangkat sebagai "the next Jude Law" sejak kemunculan terawalnya sebagai Cedric Diggory di dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire, dan kemudian mendapat pujian menerusi filem psychological thriller, The Haunted Airman.
Di Festival Filem Slamdance pada tahun yang sama dia mula popular dengan Twilight, Pattison muncul dalam filem bajet rendah How To Be membawa watak pemuzik yang tak berapa berbakat, Art yang memberinya kemenangan Best Actor in a Feature di festival Strasbourg International Film. Anda lihat, di 'alternate timeline' ini, cerita Pattison agak berbeza di mana bakatnya dilihat secara serius. Dia menjadi pilihan pengarah David Cronenberg sebagai bintang utama filem Cosmopolis pada tahun 2012 yang dijaja untuk pencalonan anugerah Palme d'Or.

Sejak berakhirnya musim Twilight, Pattison menyusul dengan filem The Rover dan Maps to the Stars (kali kedua di bawah arahan Cronenberg), kedua-dua filem ini menyertai 2014 Cannes Film Festival.

Dengan The Rover di bawah arahan David Michôd (pengarah filem Animal Kingdom dan penulis lakonlayar Hesher), Pattison digandingkan bersama Guy Pearce dalam sebuah drama jenayah berlatar dystopian.

Plot The Rover berkisarkan 10 tahun selepas kejatuhan ekonomi global, di mana seorang bekas tentera (Guy) yang kental dan tiada berperi mula memburu mereka yang telah mencuri satu-satunya harta peninggalannya di daerah yang tiada peraturan dan undang-undang, bersama seorang pemuda yang naif (Pattison).

THE ROVER akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia mulai 19 Jun 2014, edaran GSCMovies.

Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=ChM2icbWo9w

Sunday, June 15, 2014

Ulasan terawal telemovie 'SALOMA' (arahan Melissa Saila) dari U-Wei Bin Haji Saari

Dipetik dari profil Facebook U-Wei:
Sebuah supertele movie bertajuk 'Saloma' berdasarkan hidup beliau di terajui oleh tim suami isteri Melissa Saila dan Megat Fauzi Md Isa telah siap. Lis mengarah, Megat menulis dan menerbit. Kus Semangat syabas dan tahniah dengan hasil membanggakan. Ini pertama kali eksklusif kisah Saloma dibuat untuk kaca tivi. Memang patut dulu pun dan memang patut Lis buat pun. Saya berpeluang menonton 2 episod (disatukan). Salut saya kepada lis dan megat dan semua terlibat. Pemain watak Tompel akan mencuri guruh sikit.

Dan juga utk mengingati beliau tiba masanya Pos Malaysia mengada sampul surat hari pertama biduanita agung Saloma selepas P Ramlee pada 24 august 1999 dulu.

Nota tambahan dari Saniboey Mohd Ismail (bekas wartawan Harian Metro dan editor Sentiasa Manja, kini di Astro): "Bukan kerana ini akan disiarkan di Astro. Bukan kerana aku terbabit dalam pembikinan Saloma ini, tetapi ini adalah sebuah karya yang aku rasa wajib ditonton oleh kita semua kerana ia adalah tentang Biduan Negara, Saloma kerana selama ini kita asyik melayan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sahaja. Ini adalah kali pertama, bak kata U-Wei Bin HajiSaari bahawa sebuah karya yang berkaitan Saloma ditayangkan. Sekalung ucapan tahniah aku ucapkan kepada Melissa Saila selaku Pengarah manakala suaminya, Megat Fauzi Isa selaku Penulis Skripnya. Seingat aku, Lis melontarkan idea untuk menghasilkan Saloma pada tiga tahun lalu tetapi baru hari ini ia selesai. Barangkali memang benar, mereka yang sabar akan selalu menang di penghujung harinya. Tahniah sekali lagi. Terima kasih tidak terhingga juga kepada U-Wei kerana wisdomnya!"

Komen blogger Sultan Muzaffar pula: "Bagus. Kalau 4 episod 1 jam satu lagi padat dan dapat cliffhanger yang baik. Scene yg cut to song in 1981 tu sangat brilliant."

Khas buat anda, trailer promo SALOMA: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10152556815821514&id=700841513

Nota: Telemovie biopik dua episod Saloma akan ditayangkan di Astro First Eksklusif mulai 21 Ogos 2014. Ianya sebuah produksi Kus Semangat Aktor dengan didepani oleh pelakon Nabila Huda sebagai Saloma dan Tony Eusoff sebagai P. Ramlee selain dibantu oleh Sazzy Falak, Hasnul Rahmat, Julia Ziegler, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Friday, June 13, 2014

PREVIEW NOVEL : IKAN PAUS DALAM KULIT ALBUM BAND PROG METAL BERNAMA MASTODON ITU SUAMI AKU

 SEPARA SEKUEL KEPADA NOVEL TERLAJAK LARI "PLAYBOY ITU SUAMI AKU (TETAPI RUPANYA ANAK IKAN DATIN GHAIRA)" tulisan Prof Emeritus Akira Toriyama

BAB 1

"Suami aku peminat muzik bergenre metal yang tegar (jenis jangan mana-mana penerbit novel indie samada telah lama bertapak atau melompat ke dalam bandwagon cuba nak acah-acah dengan pengetahuan metal yang dangkal. Kelak buruk padahnya. Jangan cuba nak goda dengan band pop indo macam Cokelat. Dia benci. Megaboys? Nak makan kaki ke?)."

-

Akan terbit selepas raya ini. RM10 termasuk pos.
Email ke blitzenius@gmail.com utk preorder.

Sunday, June 01, 2014

Seni kulit album baru MASTODON dari Skinner

Kalau Mastodon keluar dengan album baru, maka seni kulit albumnya akan berada di senarai atas - sama level dengan muzik yang terhasil. Mastodon punya cerita panjang dengan seni visualnya, bukan hanya terhad pada seni kulit album tetapi dibawa kepada seni poster dan t-shirt, yang telah memperkenalkan nama Paul Romano dengan kulit album Leviathan yang menggabungkan seni tampak timur ke barat seperti catan Hokusai dan wayang kulit dan diteruskan dengan seni kulit album yang lain seperti Blood Mountain dan Crack The Skye, manakala melalui album The Hunter, pertama kali ia menampilkan ukiran kayu tribal-psychedelic dari A.J. Fosik yang cuba lari dari gaya catan Romano. Terbaru melalui album, Once More 'Round The Sun yang bakal rilis, ia menampilkan seni kulit album dari artis yang ringkas dikenali sebagai Skinner, tapi seni kulit albumnya tidak seringkas namanya yang menggunakan warna garang yang mudah menangkap mata, imejan pertarungan raksaksa, perkara occult dan apa saja subjek yang anda boleh kaitkan dengan metal dipadat dalam ruang kulit album ini. Skinner yang sebelum ini pernah menghasilkan seni untuk band High on Fire, Kvelertak, Skeletonwitch dan Holy Grail punya imprint yang dipanggil Critical Hit di mana turut menghasilkan cetakan, permainan dan t-shirt yang boleh anda pesan di laman web http://shopcriticalhit.com.

Laman rasmi: www.theartofskinner.com

Related Posts with Thumbnails