Followers

Monday, February 24, 2014

Well, let's say this Twinkie represents the normal amount of psychokinetic energy in the New York area. Based on this morning's sample, it would be a Twinkie... thirty-five feet long, weighing approximately six hundred pounds.

RIP Harold Ramis. Aku simpan lagi buku sticker panini Ghostbusters, hampir tergerak nak jual at the turn of century yg orang panggil poverty (nasib baik takde orang minat nak beli sebab buta nilainya). Cara Egon Spengler membentuk dunia kanak-kanak saya sukar saya nak jelaskan sebab dia mengambil subjek yg gruesome dan masih menakutkan orang dewasa tapi jadi biasa bagi kami kanak2 era 80'an.

Sunday, February 16, 2014

[music friday] Deftones - Koi No Yokan & How To Destroy Angels - An Omen EP



Sebelum tu, layan trailer kat atas tu dulu. Video teaser album terbaru Deftones - Koi No Yokan yang saya kerap ceritakan sejak akhir-akhir ini. Saya rasa tak perlu cerita panjang pasal Deftones tapi mungkin saya boleh cerita sedikit pengalaman saya sebagai 'penyampai spoiler' album terbaru di pasaran sebelum orang lain dengar dulu beberapa tahun lalu, amalan zaman pra-digital yang kadang kala masih dipraktikkan hari ini. Ambil contoh macam Linkin Park (LP) nak promote album baru masa tahun 2007 dulu, maka dibawanya Chester Bennington ke Malaysia untuk tujuan promosi sebelum tarikh pelancarannya. Chester tak pergi ke negara Asia Tenggara yang lain, saya pun tak tau apa istimewanya Malaysia ni, sampaikan wakil media dari negara lain macam Indonesia, Singapura dan lain-lain perlu diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk diperdengarkan dengan bahan terbaru dari LP dan ada ruang untuk bertanya dengan Chester sendiri, ada la dalam 2, 3 soalan,... tak sampai berapa minit pun daripada berjam-jam perjalanan mereka ke tanahair yang banyak membuang masa mereka (tak apalah,... record label dah cover flight apa, boleh jalan-jalan cari makan... Siapa la lagi yang bercerita tentang keindahan negara kita ni...) Dengan kertas dan pen, saya meneliti setiap lagu yang didengar sekali harung itu, dan beri ulasan secara kasar. Ini bukan cara saya sebenarnya, sebab saya tak boleh dengar sebuah album itu sekali saja dan kemudian tulis sesuatu tentangnya, beri judgement macam tu je, sebab nanti mesti saya tertinggal sesuatu. Mujurlah masa tu ada lebai google, dan saya boleh rujuk beberapa ulasan dari media antarabangsa yang turut mendengar preview album LP ini. Nak harap rakan media tempatan memang macam lepas batuk di tangga sebab yang ditulis mereka bukan muzik LP tu tapi rungutan mereka pasal nak lepas checkpoint berjumpa Chester yang macam nak lepas imegresen airport Los Angeles. Cerita betul....
   Apa yang saya tulis berdasarkan pengalaman mendengar album sekali harung itu akhirnya jadi bahan paparan untuk muka depan majalah semasa album LP baru keluar sebagai promosi walaupun saya agak kritikal ketika itu dengan menuduh LP mengkhianati genre anutan mereka iaitu nu metal. (Editor saya sendiri cakap, macam saya nak sabotaj album LP yang saya tak berapa minat tu..) Sampaikan ada sorang budak ni yang nak sangat jumpa Chester bila nampak saya turun dari hotel tempat berlangsungnya majlis pradengar terus menerpa seraya bertanya, "Macam mana, bro?? Macam mana???? Ada benda special??????" Nak je saya jawab, "Forget it! Forget everything you ever wanted to hear about Linkin Pork! Baik ko dengar Neurosis!" tapi saya simpan dalam hati....
   Kali terakhir saya dituntut mendengar album terbari dari syarikat rakaman rasanya semasa awal tahun, ketika Evanescence bakal buat konsert di sini supaya saya mengkaji sedikit muzik mereka sebelum bertanya soalan yang bukan-bukan. Dan saya tetap rasa macam banyak buang masa saya nak ke ofis major label di tengah-tengah kawasan kilang ni. (Dan lepas tu, saya tetap kena mengadap muka Amy Lee jugak depan-depan sebelum konsert untuk sesi temubual sampai saya dah tak ada soalan dah nak ditanya.). Tapi saya kira itu lebih baik daripada band tempatan yang jemput media tempatan ke majlis pelancaran album tetapi tak diberi album untuk pradengar terlebih dahulu. Pradengar ini penting bagi saya supaya media dapat gambaran akan muzik yang mereka mainkan sebab memang betul pun, wartawan dari media arus perdana ni kadang-kadang boleh tanya soalan yang bangang juga macam, "Apakah jenis muzik yang Bittersweet mainkan ni? Kenapa macam The Beatles?" sedangkan dah sah-sah band tu dah bertahun-tahun main muzik bermula era meledak indie dan era PR major label dah tak pandai buat kerja sekitar 5 tahun dulu. Saya dan seorang rakan, Aidil hanya boleh tergelak di belakang mendengar soalan wartawan ini. Saya tak ada soalan nak ditanya sebab masa tu jugalah baru mereka nak bagi CD untuk kami dengar. Tunggu saya dengar dulu, kemudian barulah saya ada soalan nak ditanya.  Hari ini, pradengar dah tak sesukar dahulu lagi. Dulu kalau tak hantar CD ke pejabat kami, kami yang nak kena pergi pejabat mereka, sekarang major label atau pengurusan artis akan hantar link beberapa lagu untuk kami, media nilaikan dan kemudian kami tulis plot-plot spoiler ini buat pembaca dan peminat dalam artikel dan ruangan ulasan album. Dan hari ini pulak, Deftones dan Trent Reznor kata tak payah nak tunggu media tulis ulasan album, bagi peminat atau pendengar yang skeptikal terus dengar album mereka yang disimpan di ruang Soundcloud dan Hype Machine yang kualitinya lebih baik daripada CD yang dikompres banyak kali ke bentuk mp3. Peminat terus tulis ulasan mereka dalam blog peribadi. Dan akhirnya kritik macam kami yang dah tak macam nak kritik ni, macam juga PR dulu2, pun dah tak ada fungsi. Saya rasa lebih baik begitu supaya masa kami tak terbuang banyak sangat nak melompat dari satu record label ke satu record label ke satu album lanching. Kalau tak kerja kami ni banyak nak menghabiskan kopi dan air mineral di pejabat anda. Nina, kuih yang awak bagi kat listening room masa nak interview Suede tahun lepas tu sedap la... Awak pasti kandungan gulanya rendah? Kalau tahu, saya dah tapau bawak balik....



...yang membawa kita kepada pradengar album hari ini. (Kalau saya ada radio show macam zaman Alternation // Rock It Her Way dengan Maya Suraya sekitar 2006/07 dulu, memang rasa nak pasang habis satu album di atas kat Angkasapuri. Daryl Hayden dan Redza Saturnine pernah buat perkara yang serupa masa dengan album Korn - Follow The Leader, Marilyn Manson - Mechanical Animals dan Koffin Kanser - EP Breed New Agenda masa zaman radio show Undercurrent sekitar 1998).

Wednesday, February 12, 2014

Ulasan Filem : DELIVERY MAN

Saya ada satu perangai sejak akhir-akhir ini iaitu menonton filem tanpa menonton trailernya sebab sejak dua menjak ini trailer filem banyak memberi segala-galanya dari adegan-adegan terbaik hingga meninggalkan adegan-adegan yg suam-suam kuku saja pada filem yg bakal ditonton nanti dan adakalanya mendedahkann plotnya (Prisoners pula lain kesnya, kalau tak tonton trailernya saya takkan tergesa-gesa ke tayangan awalnya hingga membuat saya teruja nak beritahu pada segenap ruang grup Movie Addict betapa filem itu jadi cotender 'Filem Tahun Ini' mengenepikan filem Nasi Lemak Neelofa) malah apa yg saya baca tentang Delivery Man cukup sekadar tentang 'Vince Vaughn yang ada banyak anak', habis di situ dan tak perlu saya baca sinopsis penuhnya kerana pitch begitu pun dah menarik tanpa saya menyedari ianya versi Amerika bagi filem Kanada-Perancis bertajuk Starbuck dari pengarah dan penulis asalnya juga Ken Scott yg dibikin semula.

Adakalanya Vince Vaughn jadi lebih baik seorang diri tanpa Owen Wilson kerana lawak mereka berdua boleh jadi huru-hara jika digandingkan bersama dan mudah dijangka dan nasib baik gandingannya kali ini bersama Chris Pratt memberi sedikit dimensi yg berbeza dan ada keserasian, lebih daripada Vince dan Cobie Smulders (How I Met Your Mother) kerana kehadiran Cobie saya lihat tak beri kesan yg besar sangat. Watak bawaan Vince sebenarnya seorang sore loser yg berkerja di bawah syarikat keluarganya sebagai tukang penghantar (hence, delivery...) tetapi dibebani hutang yg ditanggung sejak dahulu lagi yg anda akan tahu apa dan kenapa di kemudian filem. Datang pula peguam dari bank sperma di mana Vince sebagai David Wozniak pernah menjadi penderma dengan kejayaan 533 bayi dilahirkan dari sperma suburnya (hence, delivery... again). Masalahnya bila peguam mengemukakan writ saman dari 142 'anak' David supaya David mendedahkan rahsia dirinya sebagai bapa kandung mereka sedangkan seingat David, dalam perjanjian asal dia mahu identitinya dengan hanya menggunakan nama Starbuck dirahsiakan. Rakan David, Brett (Chris Pratt) sebagai peguam mewakili David menggunakan perjanjian asal David dengan bank sperma ini untuk mendakwa mereka semula atas tuduhan melanggar perjanjian (sebenarnya, supaya David menang kes saman ini untuk melangsaikan hutangnya). Tetapi ia jadi berat kerana keinginan David untuk melihat baka-bakanya sendiri; adakah mereka juga 'sore loser' seperti dirinya? Pengalaman ini membuatkan David melihat dirinya sebagai seorang bapa dan mula menunjukkan nilai-nilai dan tanggungjawab yg belum pernah dipikulnya sebelum ini.

Kerana belum pernah melihat versi asalnya, Delivery Man mudah memikat saya kerana ada premis menarik yg cuba ditonjolkan. Komedi dan nilai sentimental (terutama sekali ketika David mula menjalinkan hubungan bapa dan anak yg menunjukkan perubahahan ketara pada watak ini) diadun dengan baik. Vince dengan gaya lawak biasanya yg adakalanya boleh melebih-lebih tetapi nasib baik ada si Chris Pratt untuk memberi sedikit kontras dan mengalihkan perhatian kalian terhadap Vince. Seperti yg saya sebut, nasib baiklah Vince tak digandingkan dengan Owen Wilson, kelak filem ini jadi filem lawak yg formulaik.

Pengarah: Ken Scott
Lakonan: Vince Vaughn, Chris Pratt, Cobie Smulders.

Distributor: BUENA VISTA INTERNATIONAL MALAYSIA

Tuesday, February 11, 2014

Ulasan filem : KAMI HISTERIA

KAMI HISTERIA bagi saya ialah sebuah filem yg seronok yg digarap dgn baik.
Saya jadi kritikal bila masuk bab sebuah filem yg menggambarkan pemuzik maka mereka yg menangani hal muzik dan skor perlu melakukannya dgn teliti dan tepat pada setiap adegan. Kami Histeria bernasib baik sebab bab muzik ini dikenalikan oleh Monoloque dgn baik di mana ia mempersembahkan muzik yg lebih pop punk untuk perasaan all-girl band macam Josie and the Pussycat, banyak distortion sedang ia kekal dengan tandaniaga Monoloque. Persembahan vokal di paras selamat sedang ada masanya vokal ini terkeluar sedikit dari landasan (saya pula cuba terima hakikat yg menyanyi ini pula bukanlah penyanyi profesional kecuali Mila Jirin dan Mila bila masuk bab berlakon pulak, dia bukan pelakon yg profesional - tapi billa masuk bab pelakon yg membawa watak pemuzik, Umie Omar pula yg saya paling risaukan sebab saya nak suruh dia spend banyak masa dgn Loko.) Kawan saya dok tergilakan liuk lenggok Diana Danielle tapi saya susah sikit nak minat kat orang dah kahwin ni maka saya pantulkan perhatian saya pada Sara Ali sebab saya senang jatuh hati pada nilai2 badassery begini dan watak bawaan Sara yakni Badariah ialah seseorang yg senang saya nak kaitkan di alam realiti. Atau mungkin Sara memang fitrahnya begini (saya tau dia layan  Pink Floyd). Masuk pula Nad Zainal, wataknya jarang bersuara dgn rujukan Kevin Smith yg agak tebal cuma mudah hilang dari pandangan. Saya sukakan transformasi hantu si Fazura (oh, cerita seram rupanya...) dan saya boleh sebut rekaan hantu dlm.filem ini terbaik sejak 2 menjak ni. Hasil kerja arahan Shamyl Othman lari dari klise filem seram-komedi tempatan yg kita sering lihat yg sering buat kita merasa epilepsi. Bukan kebetulan, Kami Histeria datang dari rumah produksi yg pernah menerbitkan filem dan siri tv Kami jadi anda nampak ke arah mana sasaran khalayak mereka. Filem terbaik tempatan bagi tahun 2014 sebab filem satu ni je lah yg saya sempat tengok dan saya melompat ke dalam bandwagonry Amir Muhammad, saya tau.

Related Posts with Thumbnails