Followers

Sunday, September 30, 2012

entry ini bertajuk 'mengepost video anak kucing yang bakal mendapat berjuta hits di laman Youtube dengan berlatarkan lagu Explosions in the Sky' jadi harapannya entry ini juga bakal dapat hits berjuta...



Sebenarnya, saya dapat idea ni dari masa scene Jonah Hill tunjuk video kucing di Youtube kat Seth Rogen dalam filem Funny People. Filem itu, walaupun nama dan isi ceritanya tentang orang yang kerjanya buat kelakar, filem tu bukan filem kelakar. Maksud saya, filem tu agak sedih dan misleading juga kalau diberi pada khalayak yang layan filem lawak no brainer (macam bekas housemate di Shah Alam yang bersungguh-sungguh beli DVD You Don't Mess With Zohan). Mereka boleh lah tahan filem-filem sedih macam ni, tapi teks dalam filem ni kuat sangat dan mereka tak cukup kental untuk itu dan sebab tu jugalah mereka tak beli DVD trilogi Godfather sampailah sekarang, dan saya rasa agak lega jugalah bila kami sudah tak serumah lagi. Kalau tak tiap hari jugalah saya menyumpah dengan DVD yang bukan-bukan yang mereka beli walaupun bukan menggunakan duit saya. Saya benci bila orang membazir tapi masalahnya mereka tak tahu mereka membazir.


Letak gambar Aubrey Plaza sorang je? Intentional...

Video anak kucing yang ditemui di sebuah stesen minyak dirakam oleh Max Moore yang juga pengarah video muzik terbaru dari Converge yang anda boleh saksikan di bawah, dipetik dari album terbaru mereka, 'All We Love We Leave Behind', bakal keluar pada 8 Oktober 2012 dan ditunggu-tunggu dengan penuh antisipasi.



---------------------------------------

Lepas ni saya cerita pasal filem DREDD yang telah saya tonton masa press screeningnya yang saya boleh sebut sebagai faithful adaptation dan beri justifikasi kepada watak Judge Dredd yang dikenali oleh pembaca komiknya dan BUKAN yang mereka kenal kerana Stallone dengan spandex-nya. Saya selalu juga berada di group Facebook MOVIE ADDICT dengan rakan-rakan peminat filem yang lain. Bentara rajin promote group ni sekarang. 

Wednesday, September 12, 2012

i'm jumping on the bandwagon now!




Chino Moreno pun dah buat rekod dubstep. No, lambat lagi Deftones nak buat album dubstep macam Korn atau Muse. Better not. 

Sebab yang bawah ni lagi godlike....

Monday, September 10, 2012

that bass...


Russian Circles. See them again at Sunflower Hall, Global Business & Convention Centre, 4th Floor, No. 8, Jalan 19/1, Section 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor on October 12, 2012.

Information on tickets here : http://www.soundscape-records.com/?p=1201

Tak sempat cerita lagi kan pasal album Empros (kecuali yang follow tulisan saya dalam ruangan Ulasan Album majalah ROTTW, ada jugak saya post sikit kat Tumblr, macam teaser dulu). Album tu boleh dapat di sini, cuba contact Soundscape Records. Yes, ada tajuk lagu "Batu" yang saya suspect datang ilhamnya selepas mereka melawat Batu Caves, tempat kita makan, mandi , tidur, membanting tulang empat kerat setiap hari but I could be wrong.



Kalau ada yang terlepas, di bawah ialah video post concert Russian Circles di KLPac 2 tahun lalu.



Ketika ini Russian Circles sedang tour bersama band Eagles Twin di Australia. Kalaulah dapat bawak Eagles Twin sekali untuk tour Asia ni...
Related Posts with Thumbnails