Followers

Wednesday, January 03, 2024

Offspring - Album Self Titled (dan aku yang dah mula analitikal dalam bab dengar muzik di tahun 1996)

Masa Smash tengah naik, sebab tak sabar nak tunggu album baru keluar (masa tu dapat dengar sample 3 lagu dari album Ixnay sebelum album penuh keluar - All I Want, I Choose, Me and My Old Lady yang Sony Music hantar dalam bentuk kaset ke rumah), maka pergilah ke kedai kaset, tengok ada satu kaset Offspring gambar serba gelap tulisan hijau kekuningan. Kata staf kedai baru sampai jadi aku expect itu album baru tapi sebenarnya itu album pertama, self titled Offspring tahun 1989. Tapi album ni versi rerelease oleh Epitaph Records bawah imprint Nitro Records milk Dexter Holland (diedar semula untuk capitalize sukses Smash selepas syarikat rakaman asal Nemesis Records tutup kedai tahun 1993). Kaset yang aku dapat tu pun versi bootleg dan terkurang satu trek, Tehran. Ruang kosong dia masukkan lagu Smash It Up (cover The Damned dari OST Batman Forever) dan 3 lagu dari album Smash, practice biasa kaset bootleg. 

Pada minda yang dah mula analitikal masa tu, album 'baru' ni dirasakan tak sesedap Smash yang dah jadi all time favorite tanpa sedar album self title tu ialah permulaan Offspring yang mana Offspring masa tu sebahagian dari scene Orange County yang ada band-band macam Social Distortion, Adolescent, D.I., T.S.O.L. dan Agent Orange. Offspring ada ciri-ciri band-band O.C 80'an sebab dipengaruhi oleh band-band sekampung yang lebih awal. Aku masa tu tak faham sebab album Smash ni peak Offspring yang dah ada ciri-ciri alternative rock 90'an (Nirvana) macam distortion yang heavy. Aku ada baca kritik pasal album self title Offspring ni yang mana pengkritik ni baru dengar selepas album Smash dan dia bagi 5/10 markah je sebab dia tak boleh terima sound awal Offspring ni. Dia dah terbiasa dengan album Smash dan bunyi pop punk dan alternative rock masa tu. Production pun dah lain. Jadi perasaan aku macam pengkritik tu jugalah. 

Tapi aku suka sebenarnya album self title Offspring ni. Aku tak adalah nak bagi markah 5 out 10 macam pengkritik tu. Aku bagi lebih sikit sebab aku suka lagu macam Jennifer Lost The War (lagu ni ada dalam kompilasi Punk-O-Rama dari Epitaph yang Sony Music Malaysia pun jual juga sebab kompilasi alternative rock masa tu memang laku keras), Demons (yang kuat pengaruh T.S.O.L), Beheaded (yang mana Offspring jadi cameo dalam filem Idle Hands bawa lagu ni), I'll Be Waiting (yang kawan aku kata tajuk macam lagu jiwang tapi lagunya tak begitu). Dan satu lagi lagu, K*** The President pun aku suka tapi rerelease album ni sejak tahun 2007 dah tak ada trek terakhir ini. Cari kat YouTube pun takkan jumpa. Offspring dalam liriknya agak politikal dan gelap masa tu banding masa dengan Smash. Aku pun banyak juga baca yang orang persoalkan punk Offspring bila dah level commercial sellout Americana tu atau jadi parody of themselves dalam album-album kemudian tapi pada aku sebab ramai yang tak jumpa atau cuba dengar album pertama ni. 


No comments:

Related Posts with Thumbnails