Followers

Saturday, November 27, 2010

Koleksi portfolio Aaron Turner


Ini je yang saya ada kalau sebut apa portfolio Aaron Turner yang saya simpan... (t-shirt Pelican yang sehelai tu sampai sekarang tak tahu siapa yang design, bukan Aaron Turner rasanya....). Dapat pun lepas Isis dah RIP.


Kawan saya pula, Zuang Aziz ada koleksi lengkap album penuh mereka (tak termasuk EP).

Sejak 4 jam yang lepas pula, Aaron Turner melalui blognya, akhirnya melancarkan koleksi portfolionya samada secara solo atau kolektif sejak 2002 yang dikumpulkan dalam bentuk fail PDF dan boleh dimuat turun di sini. Nota: besar fail dalam 72mb. Koleksi ini bagaimanapun bukanlah koleksi lengkap, mungkin yang dianggap terbaik oleh Aaron , dalam 20 muka kesemuanya. Kesemuanya seni kulit album untuk band-band seperti Melvins, Knut, Jesu, Bolehlah digunakan oleh pelajar jurusan senireka grafik sebagai rujukan.

Tracy Jacks




Poprosak used to ask me about Blur in this conversation, and here's my answer:

sebenarnya, girls and boys bukan lagu Blur yang saya paling minati. itu sebenarnya lagu yang senang saya ingat. kerana itu saya sebut nama lagu itu. lagu yang paling saya minat ialah "Tracy Jacks", lagu ini juga yang saya minta rakan saya, DJ Maya Suraya (x TraxxFM) mainkan dalam alterna-rock radio show-nya beberapa tahun lalu. Maya, juga seperti saya seorang peminat Blur, sempat menonton reunion show Blur di Hyde Park tahun lalu yang difilemkan sebagai dokumentari "No Distance Left To Run".

ini blognya: http://www.maiohmy.com/category/mai-travels/blur-vision-london-mission-2009

saya tak tahu bagaimana nak menjelaskan secara spesifik tentang Tracy Jacks. bunyinya sedap didengar, terutama permainan gitar Graham Coxon. mungkin juga kerana produksi Stephen Street. cool rasanya bila mereka mainkan secara live. Tracy Jacks secara lirikal mungkin seorang individu yang merasakan dia dah melalui midlife crisis.

Blur sebenarnya diperkenalkan kakak saya pada tahun 1995 melalui album Parklife sebelum saya kenal britpop dan oasis setahun kemudian. ketika itu juga saya sempat menonton Blur dikaca tv nasional semasa Brit Award di mana mereka menewaskan Oasis untuk anugerah Best Brit Band. dan mereka sedang mabuk ketika itu. Blur bagaimanapun bukanlah mainan radio ketika itu di tanahair, saya pun tak pasti bagaimana kakak saya boleh meminati Blur tapi masa itu seingat saya , mereka selalu berada dalam majalah pop British seperti Smash Hits, kerana popularnya mereka. dan tidak hanya terhad pada majalah seperti NME atau Q. (ketika itu kalau anda belek Smash Hits, anda dengan mudah mendapat cerita tentang Radiohead, R.E.M, Suede, Bjork selain...uhm, Spice Girls dan Boyzone).

Graham Coxon pada saya pemain gitar yang underrated. malah Noel Gallagher memilih "Beetlebum" dari Blur semasa dalam sebuah rancangan radio, dan menganggap ianya permainan Graham Coxon yang terbaik. Beetlebum juga, salah satu lagu Blur yang kerap saya mainkan. dalam keadaan diri saya yang paling malas sekalipun saya masih boleh nyanyikan lagu ini. ada sesuatu tentang lirik dan nyanyian Damon Albarn dalam Beetlebum.

2010 Julai 9 11:37



perhaps, Poprosak missed this entry i posted on Myspace on August 2006:

my sis bought this parklife record at my 14. i could say it's about time when they hit it big in UK a year before. i was at the time, into English soccer. i had this experience when reading my copy of Match (English soccer mag), watch this field , square-shaped stadium and field.... and this record just came out. and it blend perfectly.

i remember we had this soccer game, on the field, and they play Parklife.

i don't know what makes me request this song on traxxFM (thanks , Maya! you makes Navsta sing ooo-weee-uhhh. Syd Barrett is dead. )

Blur never sounded like this again. since there's never Stephen Street on their credit.

we, brother and sister watch this band grabbing their Brits award at national tv. beating Oasis. their bitter enemies. we had this magazine with snake-and-ladder-like Blur game.

and to have Blur tees Parklife era too from Apis is hard now.

but it makes me reminder. it's a while ago, i listen to Brit rock, way before they sing Creep, to hell and back again.


it the same with :" it's 1993, and i dont remember people telling me about any Cannibal Corpse record at the time being, except Crying Game by Boy George. ouh,... Proclaimers. Duran Duran. "

Thursday, November 25, 2010

Mogwai : Rano Pano


Saya ambil keputusan untuk tidur dengan nyenyak pada 19 November (anda tahu-tahu sajalah tarikh itu sesuai sekali untuk disconnect diri sendiri dengan seluruh dunia) di rumah, perkara yang jarang-jarang berlaku sedang di Scotland dan juga ibupejabat Sub Pop di Seattle, buat pertama kalinya, M(((O)))WAI memperdengarkan single pertama Rano Pano yang dipetik dari album terbaru mereka, Hardcor Will Wever Die But You Will, di mana mereka dah jadi band drone doom. Maksud saya, jika anda dengar bunyi gitar pada permulaannya, anda akan dapat rasa percikan Earth di situ. Melody-wise, Mogwai tidak mengecewakan. Approach ini sama macam The Sun Smells Too Loud, cuma ini bukan lagu yang gembira moodnya.

Saya rasa macam duduk di dapur sambil humming melodinya, rakam dengan handphone, hantar rakaman ini kepada rakan-rakan band yang lain secara muat naik (broadband handphone murah sekarang ni) dan akhirnya rakan-rakan lain memberikan versi akhirnya yang dirakam di studio, di adun, di master,... and profit. the result is here.

Muat turun Rano Pano secara percuma di laman web Mogwai : http://www.mogwai.co.uk

revisit : Peter Saville



...by the time the mainstream was in synch with our thinking, our ideas had been absorbed into the culture of the existing design establishment and assimilated into their strategies.


[artikel ini saya tulis sebagai basis untuk ruangan Feature di majalah ROTTW sekitar Julai / Ogos 2006 jadi ada banyak perkara yang berubah sejak dari itu]

Saya tak nak mulakan introduksi saya dengan biografi artis ini. macam how he started, asal dia,… atau tahun lahirnya. Satu saja yang saya ingin sebut, dia british, seperti juga Vaughan Oliver,… dan Nick Knight, oh, Russell Mills. Neville Brody . Dave McKean.

Tapi yang saya pasti, anda pernah sekali atau sudah biasa melihat hasil kerja Peter Saville ketika berjalan di record store, atau melihat koleksi CD rakan anda yang punya minat tinggi pada genre British rock. ataupun, punya telinga yang bukan biasa dengan airplay radio aliran perdana.

hasil kerja Peter Saville yang paling baru ialah satu identiti yang besar. iaitu mencorak kembali logo EMI daripada bentuk lamanya. tahu apa yang saya nampak ketika melihat logo baru itu? logo Roadrunner Records, yang juga diperbaharui 6 tahun dahulu, yang mana logo lama Roadrunner tak ubah frame-nya seperi logo EMI. atau mungkin mereka hanya ingin mimik gerakan EMI, dengan bentuk yang lebih keras, pada muziknya.

Lihat cover CD Suede dan Pulp, dan New Order. Itu hasil kerja Peter Saville. ceria warnanya. tujuannya, untuk menentang hukum-hakam rigid rekaan cover CD semasa.

Peter Saville sebenarnya sudah lama menentang hukum-hakam rekaan cover album ini. mari kita lihat sejarah Peter Saville dengan cover album dibawah:



tanpa banyak kredit pada rekaan album ini, seperti tajuk album dan nama band, ini ialah album debut Joy Division – “Unknown Pleasures” yang merupakan landmark album untuk band ini, di mana muzik punk pertama kali ditonjolkan dengan mood yang bleak, gelap berbanding album-album punk yang lain ketika era itu. inilah album penting sebelum wujudnya terma gotik yang diberikan kepada Joy Division dan band-band sealiran [ataupun dipanggil post punk].

imej Unknown Pleasure terhasil berdasarkan graf 100 denyutan berterusan pulsar CP 1919 (rujuk url: http://www.jb.man.ac.uk/~pulsar/Education/Tutorial/tut/node3.html)

diangkat sebagai konsep cover album minimalis yang klasik, imej ini ditemui oleh pemain gitar/keyboard Joy Division, Bernard Summer di dalam sebuah buku astronomi yang merujuk kepada ‘kelipan terakhir bintang mati’.

saya percaya imej cover di atas akan menarik banyak perhatian budak-budak sekarang [baca : indie hipster dengan kitab Pitchfork] yang tengah cari design t-shirt band-band yang cult namanya dan menjadi collectors item.

yang terbaru, saya lihat cover Nine Inch Nails – “With Teeth” hasil kerja Rob Sheridan (budak ni merata2 aku tengok kat Myspace) punya pengaruh dari cover Unknown Pleasures selepas dia puas ‘ape-around’ hasil kerja David Carson. did trent reznor ever told you a lesson, Rob? [read : this was 2006. before MySpace losed to facebook. before The Social Network movie.]

rekaan untuk album studio terakhir Joy Division, Closer (dengan fotografi depan oleh Bernard Pierre Wolff) yang dihasilkan selepas kematian frontman-nya, Ian Curtis dianggap kontroversi. kontroversi mungkin kerana imejan seseorang yang terbaring di katil - merujuk kepada kematian Ian.



sejak dari cover album Unknown Pleasures, Peter Saville menjadi nama penting dalam dunia seni reka dan seni visual British amnya. rekaannya bukan hanya tertumpu pada dunia muzik, tetapi juga pada seni fesyen, dan juga syarikat2 dengan nama2 besar, seprti CNN, Adidas, dan Adobe.

nama Peter Saville sebenarnya sinonim dengan label Factory Records, yang mana label muzik ini ditubuhkannya bersama2 dengan Tony Wilson, Rob Gretton dan Alan Erasmus yang menerbitkan artis rakaman seperti Joy Division, New Order, The Durutti Column, Happy Mondays, James dan Orchestral Manoeuvres in the Dark. Cara kerja mereka iaitu satu pasukan kreatif untuk rekaan cover artis2 dalam label punya persamaan dengan label 4D yang juga mempunyai in-house designer “23 envelope” yang dikepalai Vaughan Oliver untuk artis2 rakaman dibawah label 4D. Malcolm Garrett yang mereka cover untuk The Buzzcocks ialah pengaruh utama bagi Peter Saville ketika mula menghasilkan seni cover.



[Peter Saville di studionya. Foto oleh Anthony Crook ]

nama Peter Saville sekarang sebesar bandar Manchester. ya, pada tahun 2004 dia telah diberikan tugas sebagai pengarah seni untuk bandar Manchester, sesuatu yang besar untuk seseorang yang hanya bermula dengan cover album sebuah band post-punk.

nota kaki: ini ibarat nota bunuh diri saya, kerana saya cuba mempopularkan ( atau lebih jujur , berkongsi) perkara ini. ia ibarat membiarkan hajat saya ke atas t-shirt J Division menjadi mahal, … . angka di eBay bakal melambung. [ini sebelum filem 'Control' dan '(500) days of Summer"]


aku benci Marc Webb....

Tuesday, November 23, 2010

"We're actually watching Zodiac. Part 2."



finally made it. treat my friends: Fez, my ex band mate Fauzi Bujang and his housemate the first taste of The Social Network movie, a week before its official theatrical release in Malaysia (except for Fez, of his delicate of warning : spoiler alert threat) , had it at Mid Valley. ah,…. my baybeh couldn't make it, sadly.

Armie Hammer was great though as ‘there’s 2 x army of me’. there’s a little of Dust Brothers moment in Reznor-scored as well.

near the end of the movie, maybe Marylin Delpy was right about Zuckerberg. that’s the only thing i could relate.

The Beatles’ “Baby, You’re a Rich Man”, what to close a movie.

Tuesday, November 16, 2010

Spike Jonze can do no wrong...





p/s: yeah, saya dah lama tak update blog saya. anyway, on 26 & 27 November and also 4 & 5 December, there'll be the annual ROTTW Soundstage 2010 held at Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur (betul-betul belakang Menara Maybank). See you guys there.
Related Posts with Thumbnails