Followers

Thursday, January 21, 2016

Ulasan filem: ISTERI UNTUK DIJUAL

Actually, filem Isteri Untuk Dijual ni fun juga. Tak sama langsung dengan drama 7 petang TV3 yang bergenre 'Isteri...', yang paling nyata takde adegan diskusi di tepi kolam renang "papa nak kau ambik alih syarikat keluarga kita", takde makcik pendengki dalam bentuk Zila Bakarin. Dan aku tau ramai tak tonton pun. Strangely enough, aku takde nampak ulasan Isteri Untuk Dijual di grup filem Movie Addict, tapi ramai juga yang ulas hanya berdasarkan tajuk. Which is pretty unusual for MA. For a second I thought, sejak bila MA ni jadi macam Sukan Star Ikan Keli Ohmedia ni? Sesuatu karya tak dibedah dgn seadilnya?

Aku perlu ambil liberty untuk praise Nora Danish dan Kamal Adli as unlikely, odd pairing onscreen. Kamal sebagai suami yang hopeless, try to get rid of his wife, Nora yaknj jenis bini yang lawa tapi problematic and she doesnt even knows it. There's Amazing Amy going on. A psycho bitch is psycho. Surprisingly, ia lebih dekat dengan realiti (kenapa laki dia tak hire maid, well, of course, ---- print industry is dying, bisnes bukan kencang pun. Been there, done that).

Watak lakonan Nora real sebab dia asalnya duduk kondo tak berapa mewah je kat Setapak. Flatlah kiranya. Dah kawin laki bini, rumah pun takde besar sampai ada swimming pool. Even Kamal takleh hire maid pun lalu Nora menjadi surirumah sekaligus meninggalkan dunia glamornya dulu sebagai artis majalah. Dah tu rumahnya bersepah. This is real.

Dalam Isteri Untuk Dijual, Kamal Adli tak seperti pelakon lelaki bajet yang selalu dipertontonkan di slot Suami / Isteri. As human as possible, bila Kamal dipertemukan dengan Nora, comic timing kedua-dua mereka pada aku brilliant, a leap forward bagi director Eyra Rahman ( yang selalunya mesti banyak benda yang aku nak tegur, terutama sekali bila dia buat filem horror -- dia sebenarnya tak minat horror kalau tengok gaya filem horrornya). Aku suka transisi watak Kamal Adli dari suka Nora kepada tak tahan sampai nak 'jual' Nora. Dalam paniknya, dia boleh buat benda bodoh yang kau tak sure samada nak gelak atau nak sedih. MIG (melalui sister-company Mangkin Prestij) ni sebenarnya bukan pemangkin genre 'Suami / Isteri', in fact mereka tak ikut buku genre 'Suami / Isteri' langsung, tapi make fun of kegilaan makcik, akak dan adik-adik yang nak SPM yang suka tercongok depan TV pukul 7 petang kerana uzur lalu berangan, sebagaimana mereka make fun of the genre melalui Suamiku Jatuh Dari Langit (juga arahan Eyra) dengan meletakkan punk scum loser yang juga bekas drummer  OAG tapi sekarang join OAG balik yang lari dari along, terjumpa pula anak dara kampung sebagai testament 'Qi Razali ialah Suami Melayu Terakhir'. Anda tak lihat ciri-ciri itu dalam slot drama 7 petang bergenre 'Suami / Isteri'. Macam mana lah orang boleh jump the gun mengkritik Isteri Untuk Dijual , sedangkan Diwale yang duagungkan mereka lebih buruk di mata pengkritik filem di India?

Melihat reaksi mereka yang tak tonton Isteri Untuk Dijual  terus jatuh hukum, aku boleh ibaratkan mereka jenis tak approach orang, lepas tu judge orang tu gila,psychopath atau perogol bersiri nafsu tahap ke 99. Tapi yang sebenarnya mereka insecure dengan diri mereka sendiri dan imaginasi buat cerita bukan-bukan. Kes ni sama macam Love Supermoon. Aku tau ramai yang mencebik filem tu bila tengok posternya,  hanya kerana ada Farid Kamil dan premis cintan cintun.

Markah: 7 / 10

Sinopsis: Reza (Kamal Adli) telah jatuh cinta dengan Bella (Nora Danish). Di mata Reza, Bella seorang wanita yang cantik, comel dan jujur, pendek kata segalanya sempurna. Selepas Bella berjaya menjadi model di bawah syarikat Reza, mereka telah berkahwin. Namun impian untuk mempunyai rumah tangga yang indah tidak kesampaian apabila Bella mula menunjukkan sikap sebenarnya sehinggakan Reza mula merancang untuk meminta rakan baiknya Adi (Azwan Kombos) untuk menggoda Bella agar isterinya itu meninggalkannya.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2015
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 1 Jam 44 Minit
Penerbit: Mangkin Prestij
Pengedar: METROWEALTH
Pelakon: Nora Danish, Kamal Adli, Azwan Kombos, Abam Bocey
Pengarah: Eyra Rahman

Monday, January 18, 2016

Ulasan filem: Mat Moto (2016), arahan Pekin Ibrahim

Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, by number

1. Wait, ini kan road movie in the same vein of Dari Jemapoh ke Manchestee, minus Carburetor Dung, ganti The Pilgrims? Yang aku tau rempit habis kuat pun layan XPDC - Titian Perjalanan.

2. Tentang Pekin sebagai Al yang in character sepanjang filem (maybe di luar) dan kau tak puas hati sebab dulu dia jadi skinhead rafidah, well.... Mark Whalberg jadi rocker dalam Rockstar, tak pula aku cap dia rocker juga di luar. Dia akan kekal sebagai si budak rap Marky Mark yang berabangkan New Kids on the Road Block.

3. Filem ni memang tak sempurna, tapi aku cuba breakdown sikit-sikit. Mat rempit gatal punggung, fikir ini filem meraikan mereka, tetapi mengata mereka, lalu mereka balas, "weyyy bodo, mat rempit dengan mat moto tu sama la buduuh." tapi mereka miss the point bila time Al (Pekin) kata, "aku ni mat moto tau, bukan mat rempit..." dalam keadaan apa dia berkata begitu dan dalam masa yang sama dia mengata Sikha (Falisha Crossley) sebagai 'punk', tapi kita* pun tau punk yang sebetulnya macam mana, dan Sikha ni punk yang macam mana.
* Sikha tu punk Hot Topic tanpa perlu diberitahu.

4. Mat Moto lagi best kalau Pekin guna imaginasi sikit untuk ceritakan mitos di sebalik helmet yang dicari. Taklah kosong sangat ceritanya. 4 helmet tu boleh kalau diringkaskan dan tak meleret. Kalau tak, sampai ke sudah orang panggil filem Dragonball. Afterall, kerja dia jalan saja. Dan audiens di Malaysia bermasalah nak faham filem berjalan.

5. Di Terengganu memang ada keramaian rempit. But it was illegal. Biasanya masa raya. Tapi ada sorang pakcik ni dah give up dengan keramaian yang tak bermakna ni lalu mengamuk dan suruh budak-budak rempit ni balik. Jadi ia agak awkward bila keramaian di Terengganu tu siap ada polis yang nampak seperti benda di luar konti yang dimasukkan ke dalam.

6. Mat rempit tak perlu terasa bila Al mahu dipanggil mat moto. Saya pernah berhousematekan mat rempit dan perlu berdepan dengan pandangan sinis jiran bila budak-budak rempit ni buat kejiranan mereka macam bukan police state waima JAIS state. Macam bawa perempuan balik rumah sampai abang si perempuan gegar rumah. Buat rumah jadi bengkel. Buat rumah jadi tempat lepak macam dah tak ada rumah (dan mulalah ada yang hilang handphone dan sekian-sekian...) yang buat saya jadi benci pada mereka.

6. Kalau anda confuse beza mat moto dan mat rempit disyarahkan secara verbal tetapi secara visual, ia bercanggah, itu boleh difahami sebab Al dari dunia rempit juga , sebab tu dia boleh berhubung dengan tokan helmet dan masuk keramaian rempit tanpa masalah. He has the look. He is welcomed. Dia sebenarnya stuck in the middle. Ada dalam kalangan rempit yang tonton kata dia in denial. Dia kena guna kata mat moto untuk buang konotasi negatif rempit, tapi nak menyisihkan rempit 100%, it's a NO. Sebab tu ada adegan akhir dengan Rosyam Nor. He just cant.

7. Sebenarnya masih banyak lagi misteri pada watak Al yang tak dirungkai tapi aku suka begitu. Masalahnya bila penonton fikir Al ni watak self righteous. Gila apa. Ini bukan Mark Baum bawaan Steve Carrell dalam The Big Short atau Michael Bluth dalam Arrested Development.

8. Aku masih suka trailernya.

Rating: 6 out oh 10

Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang perjalanan mat moto dalam berkongsi minat sukan permotoran yang sering disalah tafsir oleh masyarakat zaman sekarang. Ia juga memaparkan pengembaraan mat moto di seluruh pelusuk Malaysia dalam mencari erti persahabatan dan keseronokan berkongsi minat yang sama.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2016
Genre: Road movie
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pelakon: Pekin Ibrahim, Falisha Crossley, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish, Zul Huzaimy, Kamarol Yusof.
Pengarah: Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof

Sunday, January 10, 2016

Perasmian pameran ‪#‎tanahairku‬: Two Decades of Bringing Malaysians Together di Galeri Petronas

Pada 6 Januari lalu telah berlangsungnya perasmian pameran ‪#‎tanahairku‬: Two Decades of Bringing Malaysians Together di Galeri Petronas. Ianya dirasmikan oleh Puan Liza Zahariah Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS. Pameran ini telahpun bermula dari 10 Disember 2015 hingga 7 Februari depan.

Dalam ucapannya, Puan Liza berkata, pameran #tanahairku menyorot kembali perpaduan negara dan keharmonian sosial yang membentuk sebahagian daripada tunggak kekuatan masyarakat Malaysia sejak sekian lama.

"Kami sentiasa berhasrat untuk membantu menyemai dan menghidupkan nilai asas dalam pelbagai tradisi dan warisan budaya yang dikongsi bersama dan menyatupadukan semua rakyat Malaysia dengan latar belakang berlainan. Iklan musim perayaan Petronas menggambarkan kekuatan semangat dan identiti rakyat Malaysia yang unik dalam mempromosikan perpaduan yang tidak terbatas oleh sempadan perkauman dan keagamaan."

Diilhamkan daripada puisi Tanahairku nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang, pameran ini dibahagikan kepada enam seksyen, antaranya Bangga Menjadi Rakyat Malaysia, Perbezaan Kita, Kekuatan Kita, Persahabatan Yang Berkekalan dan Apalah Erti Hidup Tanpa Kasih Sayang?

Melalui pameran ini, ia memaparkan iklan-iklan TV komersial, filem web, pengiklanan surat khabar dari PETRONAS yang mempunyai nilai-nilai penyatuan sebagai rakyat Malaysia. Iklan Petronas sempena kemerdekaan dan musim perayaannya antara yang masih diingati dan dinanti kerana ianya menyampaikan cerita yang saling berkait dengan masyarakat di Malaysia. Bermula dengan iklan Little Indian Boy arahan pengarah terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad, ia mengimbau kembali zaman kemerdekaan negara pada tahun 1957, disusuli iklan-iklan seterusnya seperti Local Hero (1998) dengan dialog 'kasut Gombak'nya, lakonan Vanidah Imran dan Ashraf Sinclair, Boat Race (2000), Param Bicycle (2003), Man Gyver (2008, dengan penampilan Afdlin Shauki) dan Tau Fu Fah (2013).

Satu lagi iklan Petronas sempena kemerdekaan yang diingati ialah iklan yang lebih dikenali sebagai "Tan Hong Ming in love" yang disiarkan sembilan tahun lalu di mana Tan Hong Ming, seorang pelajar sekolah rendah meluahkan perasaan cinta terhadap rakan sekolahnya, Ummi Khazriena. Menariknya, pada hari perasmian pameran, dua pelakon iklan ini turut tampil sebagai satu reunion bersempena pameran, berlatarkan prop-prop yang menggambarkan suasana di dalam iklan lakonan mereka.

Selain itu, satu ruang #tanahairku Street Art turut menampilkan hasil seni karya pelukis-pelukis tempatan seperti di Johor, Sabah dan Sarawak di bawah projek seni jalanan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini yang turut berkongsi tema dengan pameran ini.

Terletak di Aras 3, Suria KLCC,pameran #tanahairku bermula dari 10 Disember 2015 hingga 7 Februari 2016, dibuka pada hari Selasa hingga Ahad mulai pukul 10 pagi hingga 8 malam. Masuk adalah percuma.

Thursday, January 07, 2016

Return To Nostalgia di Content Malaysia Pitching Centre, Platinum Sentral

Filmmaker Woo Ming Jin and his crew travelled across the peninsula of Malaysia and Singapore in search of the lost film Seruan Merdeka (1947, directed by B S Rajhans, written & acted in by Salleh Ghani). Seruan Merdeka is the first post World War II film made in Malaya and also the first film in the history of Malaysian cinema to feature a biracial cast of Malays and Chinese. While gradually uncovering information about the lost film, the crew gathers together testimonies and interviews from locals across all races and walks of life in an effort to examine the country’s history. Long forgotten memories of abandoned theatres, unspoken histories and lost films unveil a lyrical confrontation between cinema and reality.

The event is being co-organized by FINAS, Kelab Seni Filem Malaysia and Greenlight Pictures.

The evening will be followed by Q&A.

Return To Nostalgia
Date: 8 January 2016
Time: 7:30 PM
Venue: Content Malaysia Pitching Centre, Platinum Sentral

Related Posts with Thumbnails