Followers

Wednesday, October 31, 2012

Basikal Ini Ialah Bom Paip, Segala Rujukan Tentang Terbang Boleh Masuk ke Dalam Saluran Pembentung dan 65daysofstatic di Kuala Lumpur, Januari 2013


Re : damn the resolution, this is my top 34 for the year 2010 because top 10 is just not enough... band no. #8

Faraliza suka band ni, kalau tengok pada graf Last.fm dia lah (saya tak statik kecuali saya rujuk mereka kembali kerana runut bunyi Silent Running mereka yang buat saya teringat Vangelis+campur+Mogwai yang semakin mengasingkan 65dos dengan peminat terawal mereka yang lebih glitchy macam Aphex Twin). Saya amat menghargai perkenalan kami yang bermula di laman web sosial perkongsian muzik itu. Faraliza nak ajak pergi tengok konsert mereka di Hong Kong untuk lebih bersifat pengembaraan tetapi saya sebenarnya sedang mencongak Australia jika mereka yang berempat ini dah bersedia. Kucing ini sekali lagi menjadi periuk api. Tiket 65dos yang telah dipulangkan kembali kerana pembatalan konsert mereka 2 tahun lalu tak sempat pun saya pegang. Arie Supertramp kena selongkar kembali diskografi tak lengkap 65dos-nya kerana merasa harapan untuk melihat mereka buat pertama kali didepan matanya dulu hampir mustahil. Jumaat lepas hari raya Aidiladha. Semua orang bising pasal drama Raya pergi Mekah menampilkan Neelofa tapi saya tak pulang ke kampung dan kurang pedulikan sangat pengisian Aidiladha di TV (yang merebak kepada filem Shah Rukh Khan dengan isi pluralisme agama yang kami sekeluarga dah tengok masa hari raya Aidilfitri lagi sebenarnya tapi tak dijadikan isu). Abang saya yang kedua bertunang pada hari raya yang kedua. Kerja saya pada hari raya pertama itu pula lebih banyak kepada membuka emel sekerap yang mungkin dengan jemputan melihat Finding Nemo versi 3D di pawagam yang tak dapat dipenuhi (sepatutnya pagi tadi) tetapi menerima emel di atas dari 65dos. The Bee terasa kecil untuk band yang ada adrenalin meluap ni (tempat yang sama turut dikritik seorang rakan kerana kecelakaan akustiknya) but we'll see about it...

65daysofstatic : UPFRONT Showcase, live at The Bee, 8 January 2013. CONFIRMED.





 p/s: Saya dijemput rakan, kartunis Nur Azmi @ Mie Mambo (juga vokalis band Nuras) untuk menjadi peserta Bengkel Novel Grafik di Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya selain menyediakan teks yang memberikan penerangan ringkas apa yang menyebabkan sebuah karya itu dipanggil novel grafik lebih daripada apa yang difahami umum itu sebagai komik, dan kenapa Stan Lee tak termasuk di dalam kelompok 3 ini : Alan Moore, Will Eisner dan Art Spiegelman. Cerita asalnya sebab yang benar merasakan dirinya tidak bercadang untuk merilis sebuah buku yang kaya dengan teks buat masa terdekat sementelah beberapa tahun menulis jurnal berkaitan dengan muzik dan juga muzik video tetapi tidak juga bercadang untuk merilis sebuah komik secara paksa sebab tidak melihat dirinya sebagai pencerita, lalu datang ilham untuk menggabungkan teks dan ilustrasi dalam sebuah buku. Mungkin sebab dapat ilham dari buku Charles Saatchi - Be The Worst You Can Be yang sempat dibelek sebelum ke Rockaway minggu lepas. Bengkel ini pula akan berlangsung untuk 2 sesi. Sesi pertama iaitu 3 & 4 November, dan yang kedua pada 15 & 16 Disember dari jam 8 pagi hingga 4:30 petang. Semua dijemput hadir.

p/p/s: Tadi dengan Mie pun ada cakap pasal lirik berbahasa Melayu dari band-band tempatan yang masih lagi tersekat dengan dunia 'terbang'. Buat lirik mesti kena 'terbang'. Salahkan bom paip. Ramai yang putus jari masa bulan puasa sampai trauma nak buat lirik dengan subjek yang sedemikian....

p/p/p/s: Filem yang bakal ditonton :- Wreck It Ralph, Silent Running (1972), New Rose Hotel (1998, either sebab ada Yoshitaka Amano pre-Sandman : Dream Hunters ataupun sebab tekanan atas akaun Facebook Asia Argento yang hypster sangat isinya.. ada orang post lagu Grimes.....).


Wednesday, October 17, 2012

BLACK METAL MOGWAI IS BLACK METAL (but then again.... sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room....)



Sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room yang membuatkan sesuatu yang berbunyi seperti black metal itu sudah tidak berkait dengan perkara-perkara Satanism lagi. Media seperti SPIN ada bahagian metal mereka yang mengangkat album Liturgy sebagai album metal terbaik yang kemudian menjadi bahan jenaka dengan brand 'Transcendental black metal' yang turut diterjemahkan sebagai "2deep4pitchfork fans and metalheads..." sedangkan black metal dari dulu lagi dah transcendental pun...dan kemudian kita ada band Deafheaven yang sebenarnya boleh saja kita panggil sebagai mengambil ilham Darkthrone dengan dua anggotanya cuma merakam muzik mereka di studio saja dan tidak membuat persembahan live sehingga keluar mitos yang mereka buat muzik dalam gua sedang hakikatnya Deafheaven ialah beberapa pemuzik dengan imej yang agak terang sifatnya (atau mungkin dalam bahasa anda : imej bersih, clean cut...) tetapi punya kecenderungan untuk memainkan muzik yang agak gelap. Bila rilisan demo Deafheaven mula diperkatakan kerana pada pengkritik ada sebuah band 'black metal' yang sedikit membuka dimensi baru, mereka mula mahu menyingkap rahsianya tapi yang dilihat ialah sebaliknya....

But then again.... sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room. Atau Agalloch. Anda melihat image breakdown...

Pembawaan semula Deafheaven pada lagu Mogwai - "Punk Rock/Cody" baru-baru ini sebenarnya buat lagu ni bertukar corak 360 darjah. Lama jugaklah saya tak dengar lagu Mogwai ni. Despite ramai yang kata ini versi black metal Mogwai, bunyi dia sebenarnya lebih berakarkan shoegaze yang sebenarnya akar Mogwai juga semasa mereka mengkaji muzik My Bloody Valentine. Kecuali vokal black-nya, versi Deafheaven ini buat saya teringat akan format terbaru muzik This Will Destroy You bilamana melalui trek "Little Smoke" pendengar membayangkan seorang mamat black metal telah menyertai TWDY lalu membentuk muzik doomgaze kerana TWDY dah tak tahan digelar ripoff Explosions in the Sky which i consider a smart move....

Tak seperti Liturgy (band tu ada idea yang baik, tapi kalau bercakap pasal fanbase ni memang macam celaka sikit...), saya amat gemarkan Deafheaven. Trek seperti "Exit:Denied" boleh membuka hari saya.

p/s: vokal intro pada lagu ni, tak seperti asalnya yang menggunakan sample suara Iggy Pop pada sebuah temuramah tentang punk rock sekitar 1969, ia sebenarnya milik William Faulkner. saya tak pasti petikan ucapan Faulkner tentang apa.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Filem yang akan ditonton minggu ini : Sinister (dah tengok tadi. Filem seram yang agak baik juga kerana mengembalikan suspense yang saya rasa dah tak berapa nak suspense pada filem-filem seram sejak kebelakangan ini),... dan Frankenweenie. Next entry, DREDD. Jangan lupa group Movie Addict

Saturday, October 06, 2012

"I like the cross between Duran Duran, A Perfect Circle and Jane's Addiction in this one... eh, wait..., OMG! IT'S COMA WHITE!!!" (reaksi terhadap trek baru Deftones, "Tempest")


Kulit album terbaru Deftones, Koi No Yokan. Go on,... chicks dig that. 
Keluar 13 November ni. 


"Tempest" pula ialah trek kedua selepas "Leathers" yang diperdengarkan kepada umum ("Leathers" diedarkan sebagai muat turun percuma, anyway...). Seseorang suruh saya rujuk Tempest versi yang dimuat naik di laman PureVolume sebab kata mereka lebih panjang sikit dan dapat dengar jelas efeknya.




Hari ini hari Ahad. Saya diusulkan untuk pergi ke sebuah pameran dengan tema wanita dengan pengunjungnya mungkin lebih ramai wanita daripada lelaki dan bila berkeadaan begitu, saya akan lebih banyak menulis dalam kepala... Teringat pula scene 'menulis dalam kepala' dalam Shakespeare In Love,... jangan gelak. Saya suka filem tu. Saya guna sebagai rujukan semasa berhubungan dengan seseorang yang juga akan berada di pameran yang diusulkan sehingga ia memakan diri saya dari dalam yang dalam, sehinggalah dia terbitkan sebuah buku 'best seller'. Nasib baiklah dia dah kahwin.

p/s : Kali ini Deftones memakai logo yang sama seperti album Saturday Night Wrist, album 'post rock' Deftones yang dulu jarang saya pasang. Tak tahu kalau vibenya sama, tapi pada sesetengah peminat, ada kegusaran bila pemain bass, Sergio Vega membawa band ini jauh sedikit dari landasan asal Deftones sehingga ada yang memanggil Deftones mahu menjadi Quicksand

p/s/s: 'Koi No Yokan' ialah perkataan yang diambil dari bahasa Jepun yang sebenarnya sukar diterjemah maksudnya secara terus ke bahasa Inggeris. Pada Chino, ianya 'cinta pandang pertama' tapi ia memberi penyataan yang romantik. And then again, chicks dig that....

Friday, October 05, 2012

lagu ni bunyi dia macam runut bunyi filem U-wei Haji Shaari, "Kaki Bakar"...



"We Drift Like Worried Fire" dari Godspeed You! Black Emperor, dipetik dari album terbaru, 'Allelujah! Don't Bend! Ascend!' bakal rilis secara rasmi pada 18 Oktober 2012 melalui label CONSTELLATION .




Constellation Records ialah antara 3 subjek utama Kenneth Thomas melalui dokumentarinya, Blood, Sweat + Vinyl: DIY in the 21st Century selain Neurot Recordings dan Hydrahead tentang semangat DIY pada label-label bebas ini yang berakar dari punk rock dan membuka persoalan adakah semangat DIY ini masih mekar di era muzik digital sedang label-label ini masih lagi beroperasi dengan cara punk, masih merilis album fizikal. Macam Godspeed You! Black Emperor sendiri yang kali terakhir keluar album ialah 10 tahun lalu melalui Yanqui U.X.O., permintaan pada album terbaru ini amat overwhelming sampaikan pesanan pada versi LP terpaksa dihentikan dulu kerana kehabisan stok dan kena tunggu cetakan yang seterusnya. Sesetengah label macam Hydrahead tak dapat bertahan juga dengan kedegilan artistik dan kekal DIY sehingga label mereka terpaksa ditutup, tapi Constellation masih kekal dan tahun ini genaplah 15 tahun kewujudan mereka. 

Kalau agak asing dengan rilisan keluaran Constellation, cubalah dengar mixtape di bawah sempena 15 tahun kewujudan mereka. Saya suka kesemuanya, dari mula trek Hangedup sampai Eric Chenaux. Mungkinlah saya nak highlight kat Sandro Perri





anyway, cerita Kaki Bakar tu memang gritty dan berselut...


Thursday, October 04, 2012

consider hadiah harijadi paling best tahun ni...



baru masuk trek nombor 4 sambil mata membaca ulasan2 yang boleh dijelaskan secara puratanya sebagai 'universal acclaim'.

Wednesday, October 03, 2012

three-oh



"Three decades and now you plan to leave and lead a life more valiant...."

My dear Nadia Jasmine Mahfix, have a happy birthday, have a good one and may God bless you. 

Related Posts with Thumbnails