Followers

Friday, February 25, 2011

...this is the closest we get to Kraftwerk



"dulu ku ingin beli gitar, tapi ku miskin susah payah. sekarang aku sudah kaya, beli komputer, campak gitar..."

guys, introducing : Francisca Peter. and the year is 1984. if only i could revive my industrial / electronic project and we can cover this.

eat that, MGMT! haha!

thanks Acit and abangcantik for this.

you might also like : Sudirman - 'Foxy Girl'

Saturday, February 19, 2011

This town don't feel mine, I'm fast to get away.... : Deftones Live in Kuala Lumpur


"...the other day when we were playing in Kuala Lumpur, there is a point in the set where I just stopped singing cause the crowd was singing so loud. Like I just held the microphone up and there was like... we've been all over the world and... I've never heard a crowd sing back to me as loud as they were. And I didn't even ask them to. They were just like... It was amazing. It was my first time there so that was the feeling and I... they were singing into a song that came out in 2000, that's like 11 years old, that song that we were playing and they were singing along to it. It was like... you know.. it's amazing to just be in this part of the world so far from home and to feel that love. It's awesome." - Chino Moreno, in an interview with RAZOR.TV

sebagaimana tradisi penulis blog lain yang lebih banyak letak gambar daripada menulis tentang subjek yang dilihat mereka (and most of them don't have a clue about it), i'll do it so.

nah...

honestly, it was a full blast show. and sometimes i could not believe myself that i just watched this band live. and after i read the last blog entry i posted, i couldn't believe myself that i spent long years of my adolescent with this band.

saya boleh rasa perasaan mereka-mereka yang hadir bila ramai peminat yang hampir sebaya, ada yang dah status bapak orang mula tinggalkan anak bini untuk satu tarikh ini saja, menjadi muda kembali atau jadi 'budak scene' balik semata-mata kerana mahu merasa semangat melayan Deftones sepertimana usia remaja mereka dahulu.

banyak betul catatan seperti 'aku tunggu 15 tahun!', 't-shirt Deftones aku yang dulu muat sekarang dah tak muat!', .... 'woh, kena jamming balik ni' (ini perbualan antara rakan-rakan band yang reunion balik semata-mata kerana Deftones) yang dapat saya baca.

peminat Malaysia dapat bonuslah juga bila Chino Moreno melagukan baris 'No Ordinary Love' pada beats mesin dram yang dimainkan Frank Delgado, cover Sade yang mendapat pujian pengkritik sebelum ini walaupun separuh. bear in mind, jarang nak dapat mereka mainkan cover. malah lebih daripada itu, 'Back To School' yang tidak tersenarai dalam setlist juga dimainkan kerana gema sorakan satu KL Live yang mahu lagu itu dimainkan walaupun faktanya itu bukanlah lagu yang digemari Chino, lalu menjadikan 26 lagu yang dimainkan Deftones untuk persembahan bersejarah di Malaysia malam 14 Februari itu. KL Live memang packed dan amat kecil untuk band seperti Deftones.

saya sempat bertemu Abe Cunningham, pemain dram dan Sergio Vega yang mengisi tempat Chi Cheng sebagai pemain bass sebelum konsert selamat 13 minit (lebih 3 minit dari masa yang ditetapkan iaitu 10 minit sebab mereka cool sangat bila bersembang, macam dah geng lama...). they're really nice guys. sempat juga sesi foto sedang saya dengar pihak penganjur sendiri pun tak sempat nak ambik gambar dengan diorang. malah sesi 'meet & greet' yang sepatutnya lebih mesra (cuba lihat sesi Meet & Greet di Singapura) pula lebih ke arah 'signing session', ambik autograf dan cabut. tapi saya tak jumpa Chino untuk bertanya tentang liriknya yang surreal itu, malah sesi temubual juga hanya dihadkan untuk album baru dan tour di sini (walaupun saya boleh pusing dengan bertanya tentang band asal si Sergio, Quicksand.... dah lari topik, bai. tapi Abe okay saja).

but i was lucky enough to stay in front of Chino, betul-betul di hadapan stage, head to head, saat dia membuka persembahan dengan 'Birthmark'. ini pengalaman yang surreal bagi saya. wajah yang samar-samar di dalam filem The Crow : City of Angels itu akhirnya kelihatan jelas di depan saya.

dan bila dapat berinteraksi melalui lagu 'Be Quiet and Drive', my manly tears almost fall, sebab banyak kisah peribadi saya dengan lagu ini. sebab-sebab saya tinggalkan kampung juga boleh dibayangkan melalui lagu ini.

jika anda ingin lihat sendiri intensity persembahan mereka dan adrenalinnya yang meluap-luap, saya sempat rakam 2 video di bawah. maaf tentang kualiti audionya sebab saya belum dapat rakaman audio yang lebih baik,.... tapi cukuplah jika anda mendapat gambaran visualnya.







p/s : konsert Deftones hari itu jatuh pada 14 Februari, tarikh yang sama dengan hari lahir seseorang yang rapat dengan saya, Epifah Othman. saya harap hari lahirnya hari itu ialah yang paling bermakna buatnya, bila mengingatkan kembali yang saya tak pernah buat sesuatu yang menggembirakannya bila masuk tarikh lahirnya, and i don't want it become an anniversary of uninteresting event. no it's not.






p/s/s: market Tiz Zaqyah rupanya.... kalau tau, aku tak nak meng'groupie'kan diri dengan Sergio dan Abe petang tu dan join black carpet hell. Urgh...

Feature above from The Star newspaper. Thanks to @TizTizTiz and @SuzieanaNaim for the updates.

more photos of Deftones concert in my Facebook page.

Sunday, February 13, 2011

aku bukanlah hardcore fan Deftones yang simpan diskografi definitive yang tak termasuk dengan t-shirt sekali,....


... aku sebenarnya ada jugak masa on/off dengan Deftones, but for God's sake, it's just a goodie bag with Cadbury choc and Deftones CD you already had, not something came out from outer space!

it was off for me sebab the music wasn't there with me all the time. that's unfortunate, i never asked for that.

ok, permulaan tulisan ini sebenarnya ialah jawapan bagi peminat setia Deftones yang tak puas hati bila sidang media tentang kedatangan Deftones ke Malaysia menyambut media dengan coklat (sebab tema Valentine's) berbalutkan sampul Deftones. tak cukup dengan itu media diberi CD Deftones (ini prosedur biasa. media perlukan CD untuk mengkaji muzik mereka.) kata fans, takkan CD Deftones tak cukup-cukup lagi kot? bukannya sidang media tu bawak Deftones sekali pun. tak boleh ke tunggu hari konsert?

but let me tell you a story,...

ingatan awal saya, arwah ayah saya juga secara tak langsung memperkenalkan Deftones kepada saya sekitar 1997. kalau dia pergi menyewa tape VHS, sebelum zaman DVD, untuk menonton filem-filem terbaru ataupun dah tahap klasik, saya kena ikut arwah. saya budak sekolah lagi, baru 16 tahun, maknanya belum layak menyewa tape VHS ini di kedai sewa kecuali dengan sesiapa yg berumur 18 tahun ke atas. saya nak sangat tengok filem The Crow. banyak legenda The Crow yang saya dengar sebelum itu. kematian anak Bruce Lee, dan soundtrack kicked ass-nya yang ada penampilan Pantera, Rage Against The Machine, NIN dengan cover Joy Divisionnya iaitu 'Dead Soul', Stone Temple Pilots, Helmet, My Life with Thrill Kill Kult,... akan tetapi saya tak menyewa filem pertama , tapi terus ke filem keduanya, yang saya paling ingat , ada Iggy Pop. ini bukan filem terbaik The Crow tapi pada saya ketika itu, saya enjoy menontonnya. kemudian tibalah babak klimatik. watak Ashe Corven pergi ke tempat Judah untuk menyelamatkan Sarah dan ketika itu juga festival "Dia de los Muertos" (Day of the Dead) sedang berlangsung dengan sebuah band sedang beraksi. permandangan ini sangat cool. vokalisnya nampak samar-samar dengan dreadlocknya (dulu tak pandai nak sebut) tetapi muziknya membangkitkan. Trek ini iaitu "Teething" dibawakan oleh Deftones. itu pengalaman terawal saya akan band dari Sacramento ini. saya mengambil masa setahun untuk discover mereka tetapi dengan rujukan yang terhad.


Chino in The Crow : City of Angels movie

pertama kerana saya berada di Terengganu. albumnya sukar didapati. kalau dalam bentuk kaset, hampir mustahil. malah di kedai kaset yang menjual 'pirate copy' pun sukar didapati. saya hanya boleh bayangkan muzik mereka melalui ulasan tentang album pertama Limp Bizkit, "Thee Dollar Bill, Y'all" (time orang tak paham diorang lagi sebab rapping Fred Durst tak jelas, banyak menjerit. tak mainstream lah masa tu. ). Limp Bizkit dalam ulasan Daryl Goh itu dianggap seperti 'album keluarga Korn dan Deftones'. saya pernah dengar Korn, tetapi melalui ulasan Daryl ini, saya boleh kata mungkin muzik Deftones ringan tetapi tetap melantun, mungkin street cred dia macam Fred Durst dengan imej skateboarder berseluar londeh pantai barat Amerika, mungkin ada rapping. kemudian saya baca satu isu majalah ROTTW sekitar 1998 tentang satu konsert yang ditonton seorang pembaca, Raja Mahariz iaitu konsert Deftones di UK yang menambahkan lagi vocabulary saya tentang Deftones. akhir tahun pula, saya mendengar album pertama Soulfly dengan penampilan Chino Moreno, vokalisnya di dalam album itu. gambaran saya hampir dekat. Chino juga tampil dalam album kedua Korn, "Life is Peachy" membawakan cover Ice Cube, "Wicked" tapi ini sahaja rapping Chino yang berat hip hop sebegini. Chino mahu menyanyi sebenarnya. kemudian "My Own Summer" dipilih sebagai salah satu trek album runut bunyi filem summer blockbuster 1999, The Matrix.

"My Own Summer" mungkin pembuka telinga ramai Gen X dalam baya saya yang merasakan Deftones ialah jawapan kepada emosi mereka. mungkinlah kalau pada muziknya, tapi secara serius, lirik Chino sukar sekali difahami. surreal amat. malah dalam liga nu metal ketika itu pun, lirik Chino yang perlu dikaji berulang kali. dapat saya rasa rujukan sastera berat yang sampai sekarang belum saya sempat tanya pada Chino. tengok sajalah tajuk-tajuk lagunya, "Lhabia", "Lotion", "Rickets", "Minus Blindfold", "Engine No 9". seolah-olah ia dipilih secara rawak sebagai working title yg akhirnya menjadi nama akhir lagu.

pertengahan 1999 pertama kali saya meninggalkan Terengganu untuk menyambung pengajian di sekolah seni di Shah Alam. bila berhijrah, saya bayangkan pengetahuan muzik saya pun mungkin turut berhijrah sekali. saya masa tu masih lagi mendengar Marilyn Manson secara religious, sedang cuba khatam Nine Inch Nails, dan dalam masa yang sama membawa minat pada muzik Korn dan Sepultura. saya rasa benda itulah yang saya kerap ulang ketika itu sedang perlahan-lahan meninggal muzik dari Pearl Jam, Soundgarden, STP, Sonic Youth, Nirvana kerana pengakhiran musimnya (tapi dalam hati berkata," sampai KL ni tolonglah jumpa mana-mana album Tool. aku dah penat kot berulang pergi kedai kaset kat Plaza Perdana ulang benda sama.) satu pesan rakan-rakan band saya di Terengganu ketika itu sebelum meninggalkan mereka yang tak pasti jika akan turut berhijrah sama atau kekal di Terenganu, "Mat, kekgi mung tolong cari kaset Deftones."

hari pertama saya di sekolah seni, saya ditegur oleh seorang pemuda budiman berfesyen formal untuk kelas hari isnin dgn tema korporat, tapi masih kuat essence chicanonya. "Muka kau macam Chino, lah", kata pemuda ini yang mulai hari tu kita kenali sebagai Man anak Pak Rasid atau lebih kerap dipanggil Man Gemuk (sekarang dah tak gemuk lagi". Balas saya, "Aku kenal orang yang kau sebut tu,... (tapi dia tak kenal aku)". teguran itu cukup untuk buat hidup saya mula huru-hara sejak hari itu. Man sebenarnya sedang pasang impian untuk buat band dan naik gig. band-band yang tengah naik ketika itu: Prana, Love Me Butch, Lyme, Koffin Kanser, Stone Angelina (hello, Zeddie, ngeh ngeh ngeh....), X-cited Screamers (hello, Alel..... ok, cukup sesi menaikkan nama kroni!),.... sekurang-kurangnya mesti ada rujukan dari Deftones. mesti. jadi Man Gemuk yang pegang gitar masa tu dapatlah kumpul anggota lengkap band yang turut dibarisi Man Sarawak (2nd vokal), Andaq Fitri (bass) dan Cipan (Irfan - x-The Times, dram) . antara 2 lagu yang kami kena study masa tu ialah "Headup" dan "My Own Summer". agaknya sebab band dah agak mantap masa tu, first time jamming, Man dah marah aku sebab tak dapat deliver part Chino menjerit. itu kira common practice lah. tapi memang betul pun, kalau first time dengar Chino menjerit dan itu juga kali pertama anda cuba bawa lagu itu, you have to be very technical about it. it's the first time i take screaming very seriously. bila Man Gemuk bawa sorang senior di tempat kami belajar untuk cover part jerit "Come shove the aside" tu, i was goosebump and at the same time jadi segan. Desibel jeritan saya tak power sebenarnya. kalau banding dengan senior ini, ibarat langit dengan bumi. perlahan-perlahan, i feel like neglecting this band. bukan apa, sebab saya rasa tak ready. im not into this rockstar mode yet. pelajaran saya pula terganggu. pada masa yang sama juga saya kembali ke Terengganu bertemu rakan-rakan lama saya. saya tak jumpa kaset Deftones yang dicari. tapi saya beli CD Deftones - "Around The Fur" yang lagi berat dari album pertama Adrenaline, juga ada Max Cavalera di bahagian vokal pada lagu "Headup". tak lama kemudian muncul pula Slipknot. saya rujuk album-album ini kerana jeritan dan nyanyian. itu tahun 2000. itu musim nu metal. vocabulary muzik saya berubah tapi, tapi ikut trend. tapi masih bukan sesuatu yang didengar di radio. kalau masa buat projek akhir pengajian, member pasang "Mambo No. 5", ia buat saya terganggu sebab saya seperti diset untuk dengar muzik trend ini sahaja.

Man Gemuk bagitau aku, aku tak banyak tinggalkan elemen kampung masa dengan band. dia kata aku still dengan rock kapak, kawan dia kata aku masih dengan grunge (itu yang paling tepat barangkali). Man kata Tool grunge, tapi Aenima bukan album grunge dan masih relevan sehingga sekarang. Man pinjam semua kaset Marilyn Manson aku tak pulang-pulang sambil mengutuk awek gotik di fakulti. Masa tu Machine Head dah jadi nu metal dan dibahan Pantera.

akhirnya album ketiga Deftones - "White Pony" keluar. ini album bersejarah. pertama sebab ada Maynard Keenan dari Tool yang Man dok kutuk grunge ketinggalan zaman tu pada trek "Passenger". ia juga album yang kurang heavy tapi penuh lapisan. ia buat bunyi Deftones macam diorang main dalam kabus. permainan keyboard oleh Frank Delgado makin prominent sejak dia jadi anggota tetap. pada trek "Teenager", ia kuat dengan elemen elektronik dan trip hop macam yang saya dengar pada album Massive Attack 2 tahun sebelum itu. saat itu juga perasaan analitikal saya pada muzik mula timbul perlahan-lahan. orang semua dok kata Deftones dah jadi slow dan diorang pun dah malas nak layan. diorang nak lagi heavy macam Slipknot. pada mereka yang ikut trend ini, Deftones telah mengubah catatan sejarah nu metal buat mereka jadi benci (lalu berubah kepada emocore At The Drive In, atau new wave of American heavy metal Lamb of God atau emo mekap My Chemical Romance, atau emo pop Fall Out Boy, bergantung pada penerimaan). album ini paling kerap saya dengar, tapi tak pasti pula pada rakan-rakan saya. tak pernah dicadangkan untuk cover di studio jamming. malah kami tak pernah sebut pun apa-apa tentang album ini sebab kami cuma nak jadi makin heavy je. bila heavy, mula la orang semua nak bertempek di studio lalu bertanya, "Uih! Dahsyatnya band hangpa". sekadar contoh.

band akhirnya tak ke mana-mana, tamat di tengah jalan. saya sambung pelajaran di Machang pada tahun 2002. sepanjang di sana, pencapaian saya yang paling hebat mungkinlah dapat racun 2, 3 roommate untuk layan Deftones dan pergi mampus dengan muzik Sheila on 7 (sebelum mereka menjudaskan diri dengan melayan Dewa 19 tahap ambik dadah). video muzik "Digital Bath" jadi makanan harian kami. saya pula yang dah malas dengan format band yang mengecewakan, kerap bereksperimen dengan perkakasan muzik elektronik (oh, NIN dengan Tool tak pernah tinggal). saya tak tahu kenapa saya sukar sekali nak emninggalkan Deftones walaupun kerap dikutuk senior sebab tak ada melodi. nak heavy saja (itu sebab dia cuma rujuk pada album awal barangkali). bila album self titled Deftones keluar pada tahun 2003, saya jadi teruja walaupun album Deftones tetap sukar dicari (saya dah pindah kembali ke pantai timur, harap maklum). tapi perkembangan internet (walaupun Machang masih bergantung harap pada dial up) buat saya kerap ambil tahu perkembangan mereka. website interaktif janaan Flash mereka jadi rujukan grafik saya. video flashnya cuba dimuat turun walaupun tak muat floppy disk (thumb drive belum grand lagi masa tu). trek "Minerva" buat saya nak melawat Kedai Buku Minerva kat Jalan TAR, KL. ada perasaan untuk jadi pengumpul tetap Deftones. saya rasa album White Pony edisi terhad warna merah perlu jadi koleksi wajib.

tahun 2005, saya di Terengganu, jadi penganggur tetap. di ketika itulah, rakan saya buatkan CD mp3 dengan album self titled mereka. tahun yang sama juga Chino Moreno keluar bersama projek trip hopnya yang telah lama dirancang (sejak saya di Machang lagi) bernama Team Sleep. tiba-tiba tahun itu kedua-dua album ini jadi bahan putaran paling kerap. album self titled mahu jadi heavy semula tetapi tetap tidak mahu memakai nama nu metal. rakan saya yang lain yang dah bertukar pada Dillinger Escape Plan atau The Killers, mungkin rasa ini masih album nu metal ataupun merasakan perubahan Deftones itu buat mereka jadi malas. tapi ada sesuatu tentang album Deftones, saya rasa mereka cuba meneroka daerah muzik yangberbeza tapi saya sendiri tak pasti ke mana. bunyian keyboard Delgado meninggalkan jauh zaman saya di Shah Alam bersama band Man Gemuk. jauh sangat. setahun kemudian saya banyak mengkaji seni kulit album Factory Records, termasuk muziknya. tahun itu juga saya mula jadi staf tetap ROTTW. bila saya mula mengkaji seni grafik post punk di UK, ia membawa saya ke UK. ketika itu jugalah saya diperkenalkan dengan muzik shoegaze My Bloody Valentine, band-band post punk serta band era Madchester. saya mula menulis artikel untuk bahagian seni visual pada muzik untuk ROTTW tapi saya tinggalkan bahagian muzik untuk penulis lain. bila keadaan itu berlaku, pengetahuan atau sifat analitikal saya pada muzik masih terhad. kerja saya banyak berkait dengan menemuramah pengarah video muzik dan artis grafik berbanding menemuramah pemuzik. bila saya bertemu Maya Suaraya (yang banyak berkongsi citarasa muzik yang sama) dan menyertainya sebagai penerbit jemputan untuk program radio Rock It her Way (kemudian Alternation) di TraxxFM lewat 2006, keadaan berubah sedikit. saya mula menggali muzik lama tapi punya pengaruh terhadap muzik sekarang. masa tu saya gilakan Depeche Mode (Deftones pernah cover lagu "To Have and To Hold" dalam album tribute DM - "Music For The Masses"). Maya pula kerap mainkan The Smiths dan The Cure yang sebenarnya punya pengaruh pada Deftones tapi mungkin kurang diketahui. dalam program radio sulung itu, saya memasang satu trek dari Deftones - "Beware" yang masih belum diriliskan, dari album terbaru Saturday Night Wrist. trek itu sebenarnya sudah hampir kepada penerokaan saya pada elemen luar dalam muzik Deftones. malah saya juga sempat dengar album terbaru ini secara penuh, tapi sekali sahaja, belum sempat untuk mengkaji. tetapi tahun 2007 dan seterusnya saya mula tinggalkan dunia muzik dan journalism saya. selebih ianya jadi era inferiority complex bagi saya. teman wanita saya ketika itu tak banyak membantu. dengan dunia muzik mula berubah pola pendengar dan coraknya, dengan kebangkitan pemuzik bebas tanahair, dan muzik berat dan post, kematian format fizikal dan kehilangan fungsi bagi major label, dunia muzik sebenarnya berubah secara drastik tetapi saya tak mengikut corak ini. saya banyak berkurung di bilik dengan bekalan internet terputus.


ini ialah hasil berkurung tanpa internet saya, ilustrasi Chino yang selamat saya publish dalam magazine ROTTW V.164, Dec 2010

itu yang saya maksudkan dengan on/off saya dengan Deftones di permulaan penulisan ini. faham maksud saya?

bila mereka keluar dengan album terbaru, Diamond Eyes, saya jadi makin tak kisah sebab album Saturday tu , saya boleh kata sebagai 'forgettable' malah buat peminat Deftones sendiri.

tapi tahu tak,... semasa saya kerap berulang-alik dari Shah Alam ke Batu Caves pada tahun 2009 (saya kembali ke majalah, tapi secara separuh masa, mula menulis kembali) sekurang-kurang pasti ada 2, 3 lagu Deftones (dari album White Pony selalunya) di pemain mp3, atau lagu Team Sleep. bila mendengar cerita tentang tour Deftones di tanahair, saya rasa saya perlu melakukan sesuatu. saya menulis biografi mereka dan itu proses menggali semula muzik mereka. ini untuk ruangan Mitos Moden di majalah ROTTW. bila keadaan ini berlaku, anda perlu mendengar muziknya. semua album. saya dengar album Saturday Night Wrist kembali, dan saya perasan betapa album ini mula menyumbat elemen post rock pada beberapa lagu. album Diamond Eyes dengan Nick Raskulinez di meja penerbit buat Deftones terarah pada elemen rock moden, tapi lebih berat. tetapi sesuatu yang pasti, bila mereka sendiri sebenarnya yang mencorak muzik rock moden yang kita dengar hari ini, mereka kedengaran lebih baik dari band-band kotemporari hari ini. mereka boleh saya panggil sebagai experimentalist. mereka tidak mencipta konsep muzik nu metal yang kita dengar sebenarnya tetapi mereka berevolusi dengan muzik ini. kerana itu mereka masih kekal dan punya pengaruh yang besar. berat Deftones sukar sekali ditiru band lain, ia berbunyi tersendiri. bunyi gitar Stephen Carpenter pelbagai, dia boleh jadi seberat-berat makhluk yang brutal tetapi boleh berubah kepada elemen lembut atau jiwang sedang masih kekal metalnya. bolehkah anda melakukan yang sama. saya pernah baca Joe Satriani pernah keluar rumah dengan kereta sambil mendengar trek "Minerva" yang menarik perhatiannya. ini bukan lagu dengan gitar solo atau yang senior di Machang dulu kata, 'tak ada melodi', tetapi riff Stephen Carpenter pasti punya jiwa yang sukar diterjemah pendengar, sukar ditiru pemuzik sealiran. Chino pula dalam temuramah pernah berkata bahawa dia cuba menjiwai penyanyi-penyanyi wanita yang boleh membawakan lagu lelaki, seperti PJ Harvey. ambil contoh "Be Quiet and Drive". itu vokal 'wanita' atau sisi lembut Chino Moreno. perkara yang dah lama saya nak buat berbanding menjerit tak sudah. kalau dalam album terbaru, Deftones ada 'Beauty School' sebagai lagu dengan jiwa wanita. kalau tak percaya cuba tengok pembawaan awek kat bawah ni secara akustik. ia merentasi pelbagai genre dan jantina bagi pendengarnya.



tak sampai beberapa jam lagi, Deftones akan membuat persembahan sulung mereka di KL Live. jika berkesempatan saya akan menemuramah mereka. kedatangan mereka dicanang pelbagai blog hiburan, rancangan televisyen seperti Melodi, malah selebriti tanahair juga turut melobi akan pergi menonton Deftones (hello Fasha Sandha, nanti datang pakai t-shirt Quicksand tau?). ini ialah senario yang pelik bagi saya. tapi yang pasti, bukan saya seorang saja yang punya cerita peribadi tentang Deftones. malah saya akan bertemu ramai rakan saya di sekolah dan di universiti atau rakan zaman 'gemilang' dengan band dulu. kami akan ingat balik kisah lama kami membesar dengan Deftones.

Deftones saya ibaratkan minat peribadi yang tak diceritakan pada umum, dan bersarang di dalam hati. malah saya tak tunjukkan minat ini melalui perbuatan macam mengumpul banyak CD atau t-shirt. sifatnya masih seperti zaman remaja saya dulu : sukar dicari. tetapi band seperti Deftones tak perlukan radio popular supaya lagu mereka hidup. itu yang pasti.

buat semua peminat Deftones, enjoy the show!

Thursday, February 03, 2011

Ok, this is really, really cute...



...lagi-lagi part dia terkejut.

Selamat tahun baru Cina yang menyambutnya dan selamat bercuti.
Related Posts with Thumbnails