Followers

Monday, January 19, 2015

[ULASAN FILEM] SUAMIKU ENCIK PERFECT 10

 Sebelum filem SEP10 ditayang, saya ada berperasaan begini sebagaimana juga rakan yang lain : Ada promo aku tengok tadi 'AKAN DATANG' ke pawagam lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani berjudul "Suamiku Encik Perfect 10". Errr... cerita macam ni tak perlu dibuat untuk wayang kot? Kan cukup sesuai untuk telemovie atau drama aje? Tak ada beza langsung dengan siri tv Ariana Rose, Rindu Awak 200%, dan lain-lain yang mana seperti juga SEP10, turut diadaptasi dari novel. Bezanya ialah susah nak tengok Aaron mahupun Lisa berlakon drama sekarang ni.

Jadi itulah agaknya percaturan sang produser. Cerita standard drama saja, tapi barisan pelakon tu mempunyai mutu wayang. Tak lama lepas tu raya esok dah main di tv tanpa saya sedar SEP10 sememangnya material direct-to-tv melihatkan pada cara persembahan dari perletakan watak, plot, lakonan, sinematografi, hinggalah ke skor filem yang pada saya jauh benar jika hendak dibandingkan dengan Manisnya Cinta di Cappadocia arahan Bernard Chauly. Bernard ada mata yang membuatkan karya chic lit Melayu yang popular seperti Manisnya Cinta dapat diterjemah secara sinematik dengan berjaya sekali. SEP10 pula sebaliknya. Di tangan pengarah Feroz Kadir, SEP10 amat memenatkan saya kerana SEP10 asalnya ialah telemovie dua episod untuk siaran tv yang terpaksa disunting dengan crucial sekali buat ada banyak perkara yang terganggu dengan plot yang melompat di sana sini. Malah 'PERFECT 10' pada tajuknya pun saya tak berapa jelas kenapa ia digunakan kerana ia hadir sekali dua saja pada skripnya (selepas disunting) yang saya kira lebih signifikan jika ia dirujuk pada novelnya (Perfect 10 ada dua maksud saja pada saya, samada ianya merujuk pada Zarief lakonan Aaron yang pakai produk Safi Balqis Perfect 10, persis Suamiku Encik Sotong ataupun Perfect 10 yang merujuk pada,... ehem, majalah dewasa di UK).

Jika filem SEP10 ialah sebuah buku (no pun intended, memang asalnya ia sebuah novel) maka saya akan jadi seperti Pat lakonan Bradley Cooper di dalam filem Silver Linings Playbook yang membaling buku Ernest Hemingway ke tingkap sehingga berkecai sambil mengeluarkan kata kesat sebelum mengejutkan ibu bapanya seawal 3/4 pagi kerana sangat tidak berpuas hati dengan isi kandungan buku yang dibacanya, sebagaimana saya yang sangat bengang dengan cara watak utama Aleeya Azmeen dan Zarief Danial ditulis yang saya rasakan bodoh mulai awal cerita lagi dengan perkembangan watak yang menyesakkan yang buat saya fikir SEP10 mungkin berbeza jika Bernard Chauly yang menggarap karya ini ke layar perak.

SEP10 dihasilkan untuk pasaran, kerana ada permintaan untuk premis Suamiku ini yang mungkin akan berakhir jika satu hari nanti akan berlakunya adaptasi filem untuk novel yang bertajuk IKAN PAUS DALAM KULIT ALBUM BAND PROG METAL YANG BERNAMA MASTODON ITU SUAMI AKU.

Saturday, January 17, 2015

[ULASAN FILEM] The Hundred-Foot Journey

ULASAN: Sedikit pesanan (atau amaran) sebelum anda tonton The Hundred-Foot Journey: makan dulu. Tak kisah la sikit ke banyak, tapi makan. Indian food, French cuisine or both. Jangan jadi macam saya tak makan sebelum tonton. Akibatnya, it's torturing. Sebab banyak sangat masakan yang sedap-sedap. This roti nan at Husen Cafe, KL Central however is a bliss. Charlotte Le Bon nampak macam pandai masak, gigi terjuih.

Berbalik pada The Hundred-Foot Journey, saya melihatnya seperti Life of Pi, tetapi Pi yang melalui jalan darat, bukannya laut. Kedua-dua keluarga Kadam dan Pi, mereka berhijrah ke tanah asing, ke tempat yang berbeza budayanya dan mereka perlu adapt. Cuma cerita yang satu lagi berlaku tragedi di tengahnya. Dan kita membayangkan bagaimana jika kejadian itu tak berlaku melalui The Hundred-Foot Journey.

Seorang rakan menyebut betapa filem ini amat dekat dengan jiwanya kerana dia sendiri memang suka memasak dan cipta resepi baru. Dulunya dia memang ada kendalikan kedai makan, buat karaoke tetapi lepas tu dianiaya di mana ada yang buat laporan polis pasal bunyi bising di kedai. Maklumlah, karaoke buka operasi sampai jam 3 - 4 pagi. Tak cukup dengan itu dipanggil cawangan Bukit Aman kerana PATI. Maksudnya mana-mana tempat/negara pun gejala Phd tetap wujud seperti juga yang ditonjolkan dalam The Hundred-Foot Journey. Dalam filem ini juga ada unsur-unsur gangsterisme tapi untuk orang-orang kita, gengster yang dihantar itu adalah dalam bentuk syirik. Yang pasti, banyak moral dan intipati dalam The Hundred-Foot Journey yang masih belum digali. Filem ialah refleksi kehidupan kita. Selagi kita jujur dan ikhlas, nothing else matters.

PLOT: Dari pengarah Chocolat, premis filem ini ialah imigran India yang membuka restoran makanan India di Perancis dan bersaing dengan restoran mewah Perancis di seberang jalan. Drama-komedi berdasarkan novel dengan tajuk yang sama. Rating average saja tapi dah tengah lapar. 

Pengarah: Lasse Hallström
Lakonlayar: Steven Knight, berdasarkan novel The Hundred-Foot Journey tulisan Richard C. Morais
Lakonan: Helen Mirren, Om Puri, Manish Dayal, Charlotte Le Bon
Muzik: A. R. Rahman
Sinematografi: Linus Sandgren
Suntingan: Andrew Mondshein
Studio: Touchstone Pictures, DreamWorks Pictures, Reliance Entertainment, Participant Media, Image Nation, Amblin Entertainment, Harpo Films
Edaran: Buena Vista / Walt Disney Studios Malaysia
Tarikh tayangan: 28 Ogos 2014

Preview filem di GSC Paradigm Mall, 26 Ogos 2014, 9 malam

Related Posts with Thumbnails