Followers

Friday, December 31, 2010

damn the resolution, this is my top 34 for the year 2010 because top 10 is just not enough...


[Yours truly ketika sedang menemubual Khian (kiri) dan Andy (tengah) sebelum persembahan Spiral Kinetic Circus, 25 September 2010. Foto : Nadia J Mahfix ]

Jadi tulisan saya agak panjang kali ini kerana sedar dah lama tidak mengemaskini blog. Saya hanya akan membosankan anda. Lagu-lagu di bawah memaknakan tahun 2010 saya, ada yang bersifat peribadi, ada yang saya sendiri tak pasti kenapa ia berada di dalam senarai. Ia tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang mutlak atau yang terbaik. Most of the time, saya hanya ikut angin ataupun ditakdirkan saya mendengar sekian-sekian lagu kerana terjumpa di sesetengah tempat, tak cari pun. Sebahagian dari perasaan saya tentang 2010 juga boleh dibayangkan melalui lagu-lagu di bawah. There you go, my top 34 for the year 2010:


Red Sparowes - "A Swarm" : mendengar lagu ini kembali buat bulu roma saya meremang. Ia buat saya rasa sedih yang amat. Saya tak tahu apa niat sebenar Red Sparowes melalui lagu ini dan apa cerita di sebaliknya. Saya pun tak pasti jika saya rindu waktu-waktu ketika mendengar lagu ini kerana ia begitu menyakitkan. Red Sparowes saya dengar sejak beberapa tahun lalu sebenarnya kerana mereka ialah salah sebuah band di bawah label Neurot Recordings milik band Neurosis dan dengan dibarisi anggota-anggota Isis dan Neurosis, itu jadi hype factor buat saya. Lagu-lagu Red Sparowes ni kalau saya boleh terangkan pada yang tak pernah dengar: gelap - ya, sedih - pun ya jugak. Ada orang suruh saya tukar lagu lain, tapi kekadang lagu-lagu macam ni yang selalunya bagi saya saya idea, termasuk bagi nota yang berupa death threat atau harapan tak selamat. Sampai tahap macam tu sekali.

Pelican - "Strung Up From The Sky" : saya pernah panggil lagu ni sebagai lagu Tiz Zaqyah as an insider joke. Awak tahu lah kan saya ni ada hubungan cinta-benci dengan pelakon Nur Kasih itu yang tak pernah saya tonton di televisyen pun. Malah dalam satu keadaan, saya samakan avatar Twitter Tiz Zaqyah macam photo sexdoll Tumblr. Ia membuatkan bini Julian Cassablancas bengang tahap dewa kat saya dengan menuduh saya tak cool dan poser gila kerana mengangkat tinggi-tinggi watak tak nyata ini. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu... [muat turun trek ini ]


Rosetta - "Release" : lagu ini ada suara jeritan Isis si 'Aaron Turner', tapi tiba-tiba ada mamat emo yang menyanyikan baris "The problem with now is no matter how much we want it to / it doesn't last forever". Mula-mula saya macam jengkel, tetapi lama-lama baris ini mula jadi mentera yang sering saya nyanyikan tiap hari di ofis. Ia satu saat di mana saya mahu melepaskan sesuatu itu pergi dengan hati terbuka. Anda akan rasa tenang selepas itu.

Trent Reznor and Atticus Ross – "Hand Covers Bruise" : memang saya rasa macam Mark Zuckerberg lepas berperang mesej ringkas bertubi-tubi di rangkaian jaringan sosial dengan bekas kekasih, lalu berjalan keluar dari rumah, ke ofis , kemudian balik ke rumah semula, di waktu malam, di bawah cahaya lampu yang suram sebijik macam adegan permulaan filem "The Social Network" yang menggunakan trek ini.


Warpaint - "Baby" : Fuck! Aku bajet nak letak lagu "Undertow". Tetapi bila melihatkan kembali saat-saat di mana saya lebih kerap memasang lagu ini untuk tahun ini, ia sebenarnya membayangkan kepada khalayak yang saya ini bersifat bermuka-muka. (*baca balik mana-mana remarks 'benci-cinta'). Hari ni cakap, "don't you call anyone else baby, because i am your baby still...", semalam cakap lain. Perasaan saya terganggu sebenarnya dengan lagu ini. Dia macam men'judas'kan diri saya lepas dah lama saya memantrakan lagu 'Release' dari Rosetta. Puncanya, saya mahu jalinkan hubungan persahabatan dengan seseorang tetapi tak dapat melupakan sentimental item di sekeliling saya. Dan Emily Kokal memungkinkan perasaan ini hadir. Celaka kau.

Russian Circles - photo by Nadia J Mahfix
Russian Circles - "Fathom" : saya teruskan Russian Circles dengan album mutakhir mereka, "Geneva", dan ini trek pertama. Selalulah saya bayangkan jika konsert mereka bertaraf mega dimulakan dengan trek ini, maka mereka lebih Sabbath/Zeppelin berbanding band-band pengkategorian malas post rock/post metal yang lain. Ada Brian Cook, bekas pemain bass Botch yang mengembalikan nostalgia mathcore, walaupun dengan pembawaan yang berbeza tetapi tetap sinister.

Russian Circles sebenarnya jarang memainkan trek ini, but somehow, i managed to find the video above.


The Unwinding Hours – "Knut" : dia macam lagu-lagu Jesu, tapi lagu ni tona dia macam membangkitkan semangat, so it's a good thing (pernah lah tahun ni aku layan lagu-lagu Jesu in sequence, seriously rasa lagu-lagu tu semua stok nak membunuh aku je, jadi ini ialah alternatif.) The Unwinding Hours dibentuk oleh 2 bekas anggota band Aereogramme dari Scotland dan mereka sangat pakar dalam menulis lagu putus cinta tahap dalam gua.


65daysofstatic – "Crash Tactics" : 65daysofstatic jadi besar di rantau Asia kerana mereka sepatutnya membuat persembahan live di Singapura dan Malaysia awal tahun lalu tetapi dibatalkan di saat akhir-akhir. Mereka akan bermain di Singapura di Mosaic Music Festival 2011 13 Mac ini sedang peminat mereka di Malaysia masih mengharapkan mereka sempat singgah di sini di antara tarikh tersebut. "Crash Tactics" yang dipetik dari album "We Were Exploding Anyway", bunyinya begitu berasid dengan elemen elektronik yang kental, ia buat peminat 65dos terasa sedikit terasing kecuali bunyi distort gitar masih kedengaran. Ada yang terasa macam layan "Smack My Bitch Up" dari Prodigy. Itu pun saya perasan juga...


Kylesa – "Forsaken" : is this the new Pixies? Pitchfork Media dan majalah SPIN tiba-tiba angkat Kylesa gila-gila. Laura Pleasants memang macam Kim Deal yang nak curi perhatian dari seluruh alam Frank Black dalam bentuk fizikal Phil Cole, but man, this girl really rocks. Lagu ini berat, sebuah jam yang bagus dan ia menuntut anda melepaskan jenglot yang terkurung dalam badan anda.


Knut - "Calamity" : band sludgecore dari Switzerland ini membuatkan grindcore itu jadi begitu teknikal, hampir kepada mathcore/math metal tetapi dengan semangat Melvins. Lagu ini ada kat sini sebab anda perlu salurkan jeritan batin anda itu dalam bentuk yang selamat.

Zoroaster – "Firewater" : primal, concrete sludge-doom dengan hantu Kevin Shields dari My Bloody Valentine. I loike!


Arcade Fire – "Ready to Start" : jika Arcade Fire ada anthem of the year, maka ia jatuh pada lagu ini. Ramai yang dapat kaitkan lagu ini dengan perasaan dan kisah peribadi mereka, saya pula terasa bila Win Butler menyanyikan baris "...I guess I'll just begin again / You say can we still be friends / If I was scared, I would / And if I was bored, you know I would / And if I was yours, but I'm not..." mahupun "...but I would rather be alone / Than pretend I feel alright..." tapi yang pasti, it asked me to feel good about things, macam buka halaman baru when it says "...now I'm ready to start...".


The Album Leaf – "There Is a Wind" : lagu ni nak suruh aku pergi berkelah kat kampung agaknya... Takpun pergi mandi air terjun (Kalau tengok video muzik dia lah..) because in fact, i feel like there's no wind here in Kuala Lumpur, it's all about job. Aku rasa tenang dan lega bila balik kampung je. Tapi lagu ini menunjukkan ketidakpastian, anda hanya ikut angin dan anda pun tak pasti ke mana ia akan membawa anda pergi. But you know, this wind, it just set me apart, set me away, far from you.

Mogwai – "Rano Pano" : lagu ni memberi harapan akan sebuah album of the year 2011, mungkin. Yes, saya pernah sebut rasa macam ada elemen drone-doom Earth pada gitarnya melalui lagu ini.


Hans Zimmer – "Dream is Collapsing" : mula-mula sekali anda akan disambut dengan petikan gitar Johnny Marr, bekas anggota The Smiths untuk trek komposisi Hans Zimmer ini, dipetik dari album runut bunyi filem Inception. Faktor itu saja dah buat saya gilakan album ini. Selain lagu ini, lagu lain yang jadi kegemaran saya ialah "Time" yang menyentap jiwa.


Jodis – "Continents" : lagu ini kerap dipasang untuk menyembunyikan hakikat yang saya dah 3 kali naik tren LRT semata-mata kerana terpaksa pergi ke konsert Usher, Kelly Clarkson dan Adam Lambert yang saya tak minat langsung atas urusan kerja (saya boleh tambah Paramore, tapi takut orang lain sakit hati lah kan? Hai, Lisa Surihani. Oh, Andaq Fitri! Saya naik kereta pulak pegi tengok Paramore, Nasib baik...). Jodis ialah projek sisi yang menampilkan James Plotkin (Khanate, Phantomsmasher, O.L.D.,...), Aaron Turner (Isis, Old Man Gloom, Lotus Eaters,...) dan Tim Wyskida (ex Khanate, Blind Idiot God,...) sebagai satu eksplorasi bunyi yang menghasilkan sebuah lagu yang tak konvensional tapi tak lah avant garde sampai anda tak faham langsung. [ muat turun trek ini ]

Scala & Kolacny Brothers – "Creep" : okay, now i do feel like a creep, a weirdo, and what the hell am i doing here and i don't belong here, dan semua orang lain yang tiba-tiba mengaku creep dan weirdo itu disebabkan lagu ini tersangatlah pretentious gila. Macam tiba-tiba yang minat bolasepak Malaysia sebab Khairul Fahmi hengsem gila. Cuba kalau dia tak hengsem gila tetapi engsel gila, agak-agak Cristian Gonzales boleh lepas offside tak?

Wormrot - "Blasphemy My Ass" : lebih pantas daripada Zee Avi, lagu ini buat semangat aku mencanak-canak naik untuk backpacking ke Johor Bahru sebab nak tengok persembahan live mereka selepas mereka diterima baik di pentas muzik Eropah dan Amerika yang macam tak percaya budak-budak lepas PLKN ni (National Service kalau kat kampung diorang, Singapura) lagi dashyat dari budak-budak metal tempat diorang.


Envy - "0 and 1" : Aidan Moffat dari Arab Strap yang mula-mula perkenalkan lagu ni kat aku. Mula-mula aku ingat dia kata (dengan pelat Scottish dia yang pekat tu), "That's angry..", sebetulnya dia kata "That's Envy." Tapi memang betul pun, angry betul lagu ni. Stok tak puas hati. Dipetik dari album terbaru band post hardcore / post rock Jepun ini, "Recitation". p/s: video kat atas tu ialah trailer untuk album "Recitation" dengan trek pembuka, "Guidance" buat yang belum mengenali Envy.


Bear in Heaven – "Lovesick Teenagers" : Bear In Heaven ini penampilan mereka memmang macam mamat indie rock kat US yang mana muzik mereka lebih hipster dari pakaian mereka, itu yang lebih penting, dan mereka lebih menumpukan pada permainan elektronik berbanding instrumen gitar, bass dan dram. Bunyinya macam sebuah trek dari Scissor Sisters - "It Can't Come Quickly Enough". Good stuff here.

Eluvium – "The Motion Makes Me Last" : lagu ini boleh dibayangkan pada waktu petang, anda baru habis kerja, tengah tunggu pengangkutan awam atau sedang memandu, angin sepoi-sepoi bahasa sort of, dan matahari mahu terbenam, lihat mentari itu terbenam, bukan dari atas bukit atau dari pantai tapi dari celahan konkrit kota, kota itu memanglah sibuk dengan hiruk-pikuk urusniaga dan penghuninya, tetapi anda tak pedulipun, telinga anda hanya ada runut bunyi Eluvium sahaja.... [ muat turun trek ini ]


Crash and The Boys"We Hate You Please Die" : bila anggota-anggota Broken Social Scene kembali ke akar punk rock mereka dengan menghasilkan lagu pendek macam ni, you just can't resist yourself. Tambah dengan rakaman simple yang memberikan authentic punk sound, i was like "shoot!".


I Am David Sparkle – "A Bad Corpse (Your Majesty)" : lagu ni perlu combine dengan lagu 'Ghostfuck' barulah dahsyat sebab sequence bass permainan Farizwan tu. Lagu ini menjadi pengenalan saya akan band instrumental rock dari Singapura ini yang buat saya ingin menonton persembahan live mereka, dan mereka memang hebat.


How to Destroy Angels – "Parasite" : saya terkejut juga bila lagu ini naik carta berbanding trek-trek HTDA yang lain. Mungkin sebab single yang pertama HTDA, "The Space In Between" terasa biasa saja sedang trek kedua ini sedikit saja memanipulasi vokal bini Trent Reznor iaitu Mariqueen Maandig, tetapi lebih kepada permainan noise dan mesin dram macam NIN, tambah lagi vokal Trent Reznor yang menyelit lebih banyak dalam lagu ini. Oh, kamon lah Trent, kata NIN nak berehat. Gian lagi ke nak pegang micstand? [ muat trek EP 6 lagu How To Destroy Angels di sini ]


Isis – "Holy Tears" : saya pilih persembahan live mereka di Continental Airlines Arena, E. Rutherford, NJ, poada 6 Oktober 2006. Versi studionya dipetik dari album "In The Abscene of Truth" tahun 2006 tetapi versi live ini dipilih untuk mood persembahan terakhir Isis sejak perpecahan mereka pertengahan tahun lalu. Perpecahan mereka diratapi macamlah esok tu peminat mereka dah tak boleh buat kerja atau tak boleh meneruskan hidup. Kamon lah... Tetapi saya suka penjiwaan Aaron Turner ketika menyanyikan baris "...slow change might bring holy tears upon his battered skull..." memang terasa sentapnya dan cukup jeritan batinnya.


Baroness - "Swollen and Halo" : saya masih lagi mencari sebab-sebab kenapa saya selalu pasang lagu ini, sedang memori saya pada Red Album masih lagi kuat. "The Gnashing" mungkin lebih dekat dengan memori itu. Muzik rock dari Savannah, Georgia pula semakin mendapat perhatian dan band ini mendahului mana-mana band yang ada. Sejarah saya dengan Baroness awalnya mungkin sebab saya senang kaitkan muziknya dengan Mastodon, juga dari Georgia. John Dyer Baizley, gitaris dan vokalisnya juga hebat sebagai seorang artis visual. Tengok sendiri pada kulit album-album Baroness yang dihasilkannya.

Torche – "Arrowhead" : stoner pop dari Torche ni kadang-kadang buat aku teringat geng-geng Ipoh dari band Chewbacca.


Massive Attack - "Saturday Come Slow" : Damon Albarn bila digabungkan dengan Massive Attack mungkin kedengaran seperti crossover Massive Attack dan Gorillaz, tetapi penghayatan Damon Albarn dalam lagu ini memang macam lagu-lagu frust Blur, macam "To The End", "This Is A Low",.... dan Massive Attack yang anda kenal, mananya pernah nak bagi tona-tona cerah dalam lagu mereka. So this is a perfect match.


Metric - "Black Sheep" : lagu reject pun dah best. Emily Haines makes me howling. You sure she's not 17 years old?

...dan beberapa lagu yang kerap saya dengar tahun ini dari album-album yang keluar beberapa tahun sudah:

Jets Overhead Where Did You Go? (2006) : jumpa kat satu episod House M.D, sebagai satu soalan buat seseorang.


Copeland - "Chin Up" (2008) : lebih manis sebab dapat melihat band ini dalam persembahan live terakhir mereka di Malaysia sebelum mereka tutup buku.

The Beatles – "Baby You're a Rich Man" : lagu Beatles ni naik balik sebab Mark Zuckerberg now is a rich man. Tahun depan turn "Norwegian Wood" pulak.


Emily Haines & the Soft Skeleton – "Crowd Surf Off a Cliff" (2006) : sebab Emily Haines merata-rata sejak akhir ini, sebab saya tak dapat tengok persembahan Broken Social Scene, sebab 65dos remix satu lagunya, because it is so dark it didn't connect with Metric at all...

Honorbale mention:
No Joy - "Heedless"
Grinderman - "Heathen Child"
Beck - "Ramona"
Beck / Bat For Lashes - "Let's Get Lost"

p/s: ok lah Fez, aku tambah Deftones - "You've Seen The Butcher", lagu wajib kedai buku, kedai komik dan perpustakaan yang ada kat alam semesta ni.


p/s/s: dalam satu keadaan, saya lupa yang album Dillinger Escape Plan, "Option Paralysis" sebenarnya keluar tahun 2010. It's a great record but something about me that made me forgot about it. "The Widower" is huge leap in DEP musical diversity, making a music that challenging themselves. Anda boleh dengar Mike Garson yang pernah memainkan piano untuk album-album David Bowie, Smashing Pumpkins, dan Nine Inch Nails (DEP benar-benar memanfaatkan siri tour mereka bersama NIN hingga dapat berhubung dengan Garson). I never thought DEP got balls to play this song live, but they did, and you can see it here:


Thanks for reading, guys. And happy new year 2011.

-------------------------------------------------
photo credits:
Isis : Daniel Temmesfeld
Russian Circles : Nadia J Mahfix
Related Posts with Thumbnails