Followers

Monday, July 28, 2014

Salam Syawal 1435

Dari saya dan seluruh keluarga, buat semua yang mengikuti blog saya. Have a good one!

Monday, July 21, 2014

Ulasan filem: Wreck-It Ralph (2012)

Bila tengok game arcade Street Fighter 2 dalam filem ni, teringat zaman masuk jawi 22 tahun dulu. Ayahanda saya bawa saya pergi Kuantan, pergi Kompleks Teruntum nampak budak-budak main game arcade Street Fighter 2 (di Terengganu tiada pusat game arcade). Life has never been the same ever since...
Berbalik pada Wreck-It Ralph, filem ni ada moment macam Toy Story juga. Monolog oleh John C Reilly pada permulaan filem pada saya antara yang terbaik pada sebuah filem animasi Disney. Filem ini sangat recommended! Boleh tengok dengan keluarga. Gamer old school pasti dok tercari-cari karakter game kegemaran atau elemen-elemen berkaitan yang banyak disumbat dalam filem ni. Saya terasa macam budak 12 tahun main arcade masa game Street Fighter baru keluar. Paling lawak ialah Pacman masa dekat parti. Satu lagi jangan miss satu filem animasi pendek Disney, Paperman yang tayang sebelum filem ni. Foto publisiti awal dari filem ni ada tunjuk geng 'bad guy' (yang ada Zangief, M Bison, Bowser, Ghost dari game Pacman) tengah meeting dalam sebuah bilik. Cuba bayang bilik tu sebenarnya di mana, dan dalam game apa?
Semasa menonton filem ini di panggung dalam versi 3D dulu, di depan saya ada wakil media yang bawak anak-anak dia sekali tengok filem ini. Filem ni kelakar tapi saya rasa saya yang gelak lagi kuat daripada anak-anak rakan media ini sebab lawak game dia lebih kurang macam filem Scott Pilgrim. Gamer tua je paham... (hampir macam lawak orang tua dalam Lego Movie). Saya menangis masa ada scene Ryu buat Sho-ryu-ken.... Adalah juga Ralph terbuat aksi Iron Man macam dalam Avengers, tapi most of them the time dia jadi Hulk. Ada sesekali macam Swamp Thing. Part spandex Zangief tu pun lawak.



Pengarah: Rich Moore
Lakonlayar: Phil Johnston, Jennifer Lee
Cerita: Rich Moore, Phil Johnston, Jim Reardon
Pelakon suara: John C. Reilly, Sarah Silverman, Jack McBrayer, Jane Lynch
Muzik: Henry Jackman
Studio: Walt Disney Pictures, Walt Disney Animation Studios
Edaran di Malaysia: Walt Disney Malaysia



--------------------------------------------------------------------------------



Friday, July 18, 2014

Ulasan filem: The Wolverine (2013)

Logan dalam siri Cuti-Cuti ke Jepun dan sedikit asmara ala Inception mimpi 2, 3 lapis. Lebih baik daripada Origins, visual James Mangold lebih saya germari berbanding Gavin Hood tapi style Logan bagi one liner lepas dah siap bergaduh tetap kekal. Filem ni nak bagitau bagaimana jika kuasa mutan itu boleh bertukar tangan tapi entah kenapa Wolverine dari dulu seperti asyik mendambakan asmara. Kalah Aaron Aziz ni....

Wolverine sebenarnya bukan watak yang secara zahirnya forever alone. Sekali dia tunjukkan kuku adamantium, pasti awek akan tersangkut. Ini sebenarnya telahpun dibuktikan melalui Origins (walaupun terang-terang kena tipu, tapi yang menipu masih ada hati). Tetapi mungkin, mungkinlah Wolverine memilih untuk jadi begitu iaitu menyendiri.

P/s: patutnya Wolverine make out dengan Yukio je. Sikit punya badass Yukio tu dan dia sebenarnya fangirl dekat Wolverine tapi entah kenapa scriptwriter tetap nak bagi Logan dekat awek Hello Kitty tu.

Terima kasih 20th Century Fox Malaysia untuk cenderahati semasa pratayang yang saya hadiri Ramadan tahun lepas. Lepas kunyah chewing gum perisa adamantium yang diberi, memang tubuh saya menerima perubahan fizikal yakni tulang besi urat dawai.

Arahan James Mangold
Lakonlayar: Mark Bomback dan Scott Frank, berdasarkan novel grafik Wolverine karya Chris Claremont dan Frank Miller
Lakonan: Hugh Jackman, Hiroyuki Sanada, Tao Okamoto, Rila Fukushima, Famke Janssen, Will Yun Lee, Svetlana Khodchenkova, Haruhiko Yamanouchi, Brian Tee
Muzik: Marco Beltrami
Sinematografi: Ross Emery
Studio: Fox 2000, Marvel Entertainment, The Donners' Company
Edaran di Malaysia: 20th Century Fox

Thursday, July 17, 2014

Ulasan filem: PHILOMENA (2013)

Philomena: "And after I had the sex, I thought anything that feels so lovely must be wrong."
Martin: "Fucking Catholics."

Watak Philomena lakonan Judi Dench ni kalau di alam realiti ia melambangkan akak-akak dan makcik-makcik yang sering menjana sumber ekonomi novel Melayu di MPH dan juga khalayak wajib drama Maghrib di kaca tv ketika mereka datang bulan. Memang kena sebijik kat diorang. Dan Steve 'I'am Tony Wilson' Coogan masih lagi  UK's biggest twat, kali ini sebagai Martin Sixsmith, jurnalis British yang tumpul idea lalu mengambil kes Philomena sebagai bahan tulisannya. Filem tentang pencarian (cerita sedih sebenarnya berdasarkan kisah benar) musim Oscar yang perlu ditonton kerana gandingan ideal Dench dan Coogan.

Arahan Stephen Frears (High Fidelity)
Lakonlayar: Steve Coogan, Jeff Pope
Berdasarkan buku The Lost Child of Philomena Lee tulisan Martin Sixsmith
Lakonan: Judi Dench, Steve Coogan
Muzik: Alexandre Desplat
Sinematografi: Robbie Ryan
Studio: BBC Films, British Film Institute, Canal+, Cine+, Baby Cow Productions, Magnolia Mae Films
Edaran di Malaysia: GSC Movies

Saturday, July 12, 2014

Trent Reznor: "This is feeling like our best work."

Masalahnya Trent, semua orang kata macam tu bila mereka dah selesaikan sesuatu. Dan audiens mereka berkata sebaliknya. Orang di Academy lagilah lainnya...

GONE GIRL, arahan David Fincher dengan skor oleh Reznor dan Atticus Ross. Yang ketiga selepas The Social Network dan The Girl With Dragon Tattoo. Bakal tayang di Malaysia pada 2 Oktober 2014. Berdasarkan novel tulisan Gillian Flynn dengan adaptasi ke layar juga oleh Gillian. Lakonan Ben Affleck, Rosamund Pike, Neil Patrick Harris, Missi Pyle dan Tyler Perry. Edaran di Malaysia oleh 20th Century Fox (Malaysia).

Plot: With his wife's disappearance having become the focus of an intense media circus, a man sees the spotlight turned on him when it's suspected that he may not be innocent.

LOKO pemain dram Butterfingers/Monoloque/Scan umum persaraan, pengganti dicari

Sebagaimana yang tertera di atas. Ramai yang tak sebut dia bekas drummer Scan. Balik ni aku nak cuba khatam album-album Scan macam Jelas Terlihat (1996) dan Bila Anganku Terbukti (1997).

Dari Facebook LoQue:

"Salam Sabtu smua.. slamat menjalani ibadah berpuasa.Di sini duka cita dimaklumkan bahawasanya 'mesin drum, pemukul gendang' kami , kawan akrab kami, pemegang cap mohor bunyian drum dari Butterfingers Transcendence shingga monoloQue Corak-2, Encik Hafiz aka LOKO,… akhirnya mengambil keputusan untuk bersara dari bidang muzik bermula dari skrang. Memang sukar utk dipercayai tentang persaraan beliau ini, pasti mengejutkan anda smua ( kami lagilah terkejut) tapi itu adalah kehendak beliau sendiri, dan kami hormati apa shj. keputusan ahli2 kumpulan kami. Kepada sesiapa yg kurang ariff tentang LOKO, beliau merupakan satu satunya 'pemain drum' yang telah bersama loQue sejak 1998, selepas Kalai meninggalkan Butterfingers dan melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

Lagu "the Chemistry( between Us) merupakan antara lagu2 pertama percambahan Butterfingers dgn Loko,dan ia terbukti suatu tindakbalas kimia yg menjadi. 15 tahun bersama, Dari 'The Chemistry ( Between US) hingga ke Den.Dam, paluan/ cap mohor bunyian gendang/drum beliau tetap akan diingati dan di sanjungi 1000 tahun lagi!

Jadi , sehubungan dengan rasminya persaraan LOKO dari kumpulan kami,yg 'luput' perlu diperbaharui, yg 'patah' perlu dicari ganti, ruang yg kosong perlu diisi kembali, dan sememangnya LOKO tiada pengganti Dua-nya, jesteru itu kami ingin mencari 'Bunyi Baru' utk meneruskan legasi yg ditinggalkan oleh LOKO. Jadi kami di sini suka cita ingin memaklumkan , bahawasanya kami akan mengadakan ' audition rasmi ala2 Metallica' untuk mencari ' pemain drum/gendang/pemegang rentak' utk bunyi,/hala tuju baru monoloQue. Kepada smua drummer2 di luar sana yg berminat, atau rasa2 mcm ingin mencuba sesuatu yg lain, bersama2 kami di dlm pengembaraan mencari bunyi- bunyian baru Msia, truskan menyemak FB page monoloQue ni utk info lanjut kelak. juga utk mereka yg kenal atau mengenali siapa2 yg dirasakan sesuai, sila sebarkan perihal ini tanpa was-was, dan kami akan update tentang tarikh auditon serta terma2 dan syarat2 utk "Audition Pemain Gendang Baru MonoloQue" tak lama lagi!"

- loQue -

Friday, July 11, 2014

Dia mula-mula sembang pasal t-shirt dengan kulit album Fear Factory - Demanufacture,... ada lah ke laut sikit...

SELF-BIAS RESISTANT WE ARE...

Saya pernah nampak sorang makcik pegi pasar dekat-dekat Jalan Loke Yew pakai t-shirt Fear Factory - Demanufacture (karya Dave McKean yang saya pernah tulis sebelum ini). Serius ni. Kalaulah saya boleh beli dari dia secara bundle.

Zulfo Mahadi: Ingat Foo Fighters (juga FF) tadi.

Yang benar: Aku boleh terima lagi kalau dia pakai tshirt Foo Fighters sebab orang Jerman panggil Dave Grohl 'a funnyman', bukan drummer Nirvana.

Zulfo Mahadi: Really? Baru saya tau.. funnyman with chewing gum while singing.

Yang benar: Yes, dan orang Jerman yang tengok show dia kat England tu goes like:

" i saw you last time in Germany, you seems to lost your sense of humor..."

Dave : "...what does that mean? i mean, you're German, dude!"

Zulfo Mahadi: Dave memang a funny person.

Fadzli Fauzi: Aku pun penah nampak cleaner india perempuan tua dekat Phileo Damansara pakai tshirt Trivium Ascendency. And sorang auntie cina kat kuantan pakai tshirt Rancid.  Mungkin dia orang memang minat la.

Acit Raman Abdullah: FF antara part yang aku suka double paddle Herrera. Ikut strumming guitar tu. Uih laju-laju.. Pasti juga clean chorus burton jadi ikutan era-era nu metal yang ada masa kini. Produk paling kecewa, lagu 'Cars'.. kenapakahhhhhhh.... hadui

Yang benar: Fazli : saya rasa anak-anak mereka yang punk rok ini pun mau mereka dihormati melalui pemberian tshirt tersebut kepada mereka. Viva la zapatista. Acit : Kita mungkin takkan dapat tengok lineup FF macam ni lagi lepas Dino dan Burton nak reform balik FF tanpa Christian dan Raymond Herera. Aku suka 'Cars' lebih-lebih lagi dengan penglibatan penyanyi asal, Gary Numan. Mana-mana individu yang mengaku industrial pasti akan tersentuh dan terinspirasi dengan karya-karya Gary Numan, bapak segala manipulasi dark synth. Aku pun mulanya  tak paham Cars versi FF tu sehinggalah mengenali Gary Numan. Tema dystopian yang dia terokai dlm lagu-lagunya amat besar impaknya dalam lagu-lagu FF selain Ministry dan Justin Broadrick. Kalau tak, mungkin FF sound macam metal karat je.

* perbualan ini berlaku pada 26 Julai 2009 di sebuah laman jaringan sosial yang amat terkemuka.

Wednesday, July 09, 2014

Ulasan filem: THE CONJURING

Yup, fail The Warrens yang saya terima semasa pratayang media tahun lepas yang di dalamnya ada kes The Millers yang saya akan ulas kemudian.

Berbalik pada The Conjuring...

Yang saya suka pasal The Conjuring ni banyak sebenarnya. Bila kita menonton filem seram klasik macam The Exorcist, kita sering mengeluh dan berkata, "filem seram sekarang dah tak buat macam dulu lagi. Tak seram macam dulu lagi." The Conjuring mengembalikan keseraman seperti The Exorcist. Bukan filem yang berpatah ke belakang tapi memberi kemaskini pada genre ini. Feel vintage dan old school pada filem ini pada saya ialah kerana latar belakang 70'an-nya dan James Wan benar-benar cemerlang dalam memberi gambaran kes exorcism yang berlaku di era 70'an. Even tak bagitau cerita ini berdasar kisah benar pun, ia buat kita rasa percaya pada apa yg berlaku. Dengan mengurangkan muzik latar, tiba-tiba elemen senyap tu jadi lebih seram daripada bunyi dram stail jump scare tactic filem-filem seram terkini. Skor filem oleh Joseph Bishara (dengan bantuan Mark Crozer, bekas pemain bass band The Jesus and Mary Chain) membawa semula gaya seram style Psycho.

The Conjuring lebih detail apabila membincangkan tentang kes paranormal ini (dengan scene di dalam kelas di mana pasangan Warren menjelaskan 3 peringkat dlm kes kerasukan iaitu infestation, oppression, dan possession). Ia membuatkan saya membuka dan mengkaji kes Warren itu sendiri selesai menonton filem ini di mana mereka terlibat dgn 10,000 kes paranormal sepanjang kerjaya mereka sebagai demonologist (termasuklah kes serigala jadian pada tahun 1983). The Conjuring ni baru permulaan saja, belum masuk lagi kes terbesar mereka iaitu The Amityville Horror (yang belum lagi difilemkan dengan sebaik-baiknya, kalau yang ada pun cuma mengambil watak George dan Kathy Lutz saja yang Hollywood suka twist ikut suka ketiak mereka).

Yang membezakan The Conjuring dan The Exorcist (yang saya kira agak menarik juga) ialah tiada penglibatan pihak gereja (dah minta pengesahan tapi paderi tak join sekali,.... gereja jauh sangat) jadi pasangan Warren melakukan upacara ini dengan perasaan tawakal.... kalau tak jadi mampuslah kita. hahaha. Cuma dibantu oleh seorang assistant dan seorang anggota polis yang nampak macam skeptikal dengan penyelesaian dia cuma "kalau nampak hantu, aku tembak!". Satu lagi yang saya gemari apabila pasukan The Warrens cuba mencari entiti dalam rumah keluarga Perron dengan kelengkapan mereka. Visual dari kamera lama yang dikendalikan oleh pembantu pasangan Warren ini pun dah memberikan rasa seram buat saya, itu belum lagi muncul entitinya...

Apart from that, The Conjuring is the scariest movie i've seen in years. jujur, tak senang duduk saya kat kerusi panggung.....

Patung Annabelle yang diberi filem spin-offnya 2 Oktober ini. Bakal diarah oleh sinematografernya, John R. Leonetti (dia pernah mengarah filem Mortal Kombat: Annihilation. Yes, hancur filem tu! Hahaha!)

Pengarah: James Wan
Lakonlayar: Chad Hayes, Carey W. Hayes
Lakonan: Vera Farmiga, Patrick Wilson, Ron Livingston, Lili Taylor
Muzik: Joseph Bishara
Sinematografi: John R. Leonetti
Suntingan: Kirk M. Morri
Studio: New Line Cinema, The Safran Company, Evergreen Media Group
Edaran di Malaysia: Warner Bros Pictures Malaysia

Ulasan filem: ADAPTATION (2002)

"You've been chosen as an extra in the movie adaptation of the sequel to your life..." Shady Lane, Pavement

Filem bijak. Cerita pasal diri sendiri memanglah smart, kan? Tentang penulis filem ni sendiri, Charlie Kaufman yang kena writer's block bila diminta mengadaptasi sebuah novel kepada filem. Dan dia ada crush kat penulis tu . Watak-watak, malah novel (buku non-fiction sebenarnya) dan penulis buku tu sendiri, Susan Orlean wujud dalam alam nyata.

Saat Omar: "Bukannya senang nak menulis novel tentang orkid."

Dan bukan senang juga nak berkongsi kredit penulisan lakonlayar dengan kembar kita yang tak wujud pun.

Spike Jonze at his finest selain Being Jonze Malkovich dan Her. Nicolas Cage pun bagus sebenarnya tapi jarang dia dapat watak bagus macam ni. Dia main rembat je ambik watak filem. Ada lah pengecualian macam Big Daddy dalam Kick Ass.

Pengarah: Spike Jonze
Lakonlayar: Charlie Kaufman, Donald Kaufman
Berdasar buku bukan fiksyen The Orchid Thief tulisan Susan Orlean
Lakonan: Nicolas Cage, Meryl Streep, Chris Cooper, Cara Seymour, Tilda Swinton, Brian Cox
Muzik: Carter Burwell
Sinematografi: Lance Acord
Studio: Good Machine, Intermedia, Propaganda Films, Saturn Films

Tuesday, July 08, 2014

Ulasan filem: 12 Years a Slave

"Kami.... kutip kapas..."

Walaupun mungkin akan muat turun atau cari Bluray untuk mengenalpasti perkara-perkara yang dicantas, pengalaman sinematik lebih mengatasi segala-galanya. Lebih-lebih lagi dengan skor muzik oleh Hans 'BAAAMMM!! AKU LA YANG BUAT LAGU INCEPTION SAMPAI NAK PECAH DOLBY ATMOS!' Zimmer. Ditambah dengan Paul Dano menyanyi (dan dibelasah sekali lagi sekali lagi sampai tersungkur ke tanah hingga terjerit. Dengan hamba kutip kapas pun dia kena belasah).

Lihat gambar di atas? Hebat nampak gathering MOVIE ADDICT ni, sebab kental nak tengok filem bawah banner art house. No Hobbit, no summer blockbuster cliches, not even Hallmark channel.

Setelah diminta oleh Lampuditengah Cakerawala, saya review bab score dulu. Kami panel-panel sebulat suara menyatakan ambik Hans Zimmer sebagai komposer untuk skor serupa tak payah ambik sebab kerja dia mudah sangat. Copy style, copy chord progression score filemnya yg lepas-lepas.

Filem ini telahpun bertayang secara rasmi pada 26 Disember 2013 di Malaysia (secara terhad di bawah banner International Screening). Jadi kami antara penonton terawal (awal lah sangat...). Tapi dengarnya international screening di negara lain pun delay sehingga awal tahun 2014 untuk ambil mood musim Oscar.

Berbalik kepada review, filem ini dibuat dengan baik, digalas dengan baik oleh pelakon-pelakonnya. Tak terlalu dramatik yang melebih-lebih sebagaimana tradisi filem biografi lain kerana Steve McQueen menterjemah teks Solomon Northup seperti sebuah diari dari awal ke akhir tetapi tetap juga meninggalkan gaya trademarknya (gambar pegun dengan kamera yang tak bergerak selama beberapa minit kecuali watak utama dalam keadaan yang menyeksakan)  dan persembahan sinematografi dari tenaga kerja yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.

Tapi anda akan perasan satu scene ini di atas kapal yang membawa Solomon ke tempat hamba dijual samada ia memang tertulis begitu di dalam buku tapi kalau kita fikir logik, tak mungkin berlaku dan sekadar ditambah oleh penulis lakonlayar, John Ridley.

Satu lagi, filem ini tak menulis tahun sepanjang filem berjalan. Jadi anda bayangkan sendiri perit 12 tahun itu bagaimana (ini komen orang yang baru baca biografi Solomon Northup).

12 YEARS A SLAVE ialah filem yang sukar ditonton bagi orang Amerika kerana dosa silam mereka. Sedangkan Spike Lee yang keturunan Solomon pun menyisihkan filem ini (....dan memilih Oldboy).

Pengarah: Steve McQueen
Lakonlayar: John Ridley
Berdasarkan memoir Twelve Years a Slave tulisan Solomon Northup
Lakonan: Chiwetel Ejiofor,
Michael Fassbender, Benedict Cumberbatch, Paul Dano, Paul Giamatti, Lupita Nyong'o, Sarah Paulson, Brad Pitt, Alfre Woodard
Muzik: Hans Zimmer
Sinematografi: Sean Bobbitt
Studio: Summit Entertainment, Regency Enterprises, River Road Entertainment, Film4 dan Plan B
Edaran di Malaysia: GSC Movies

Ulasan filem: MALAVITA (a.k.a. THE FAMILY, 2013)

MALAVITA bermula dengan cantik. Cerita sebuah keluarga mafia yang didepani oleh Giovanni Manzoni (lakonan Robert De Niro yang jika anda perasan filem ini seperti penamat bagi biografi watak-watak mafia yang sinonim dengan De Niro, paling jelas ialah dengan penggunaan rujukan dari filem Goodfellas). Keluarga ini melalui program permerhatian, 'bersara' dan melalui kehidupan yang normal setelah berpindah ke Normandy, Perancis di mana gerak geri mereka dipantau oleh agen FBI Robert Stansfield (lakonan Tommy Lee Jones) tapi mereka keluar juga dari kepompong mereka apabila tanpa sedar telah mencabar ketua mafia yang lain iaitu Don Luchese (Stan Carp) yang mencari keluarga ini.

Rungutan saya pada filem ini ialah di penghujungnya yang saya rasa pendek sangat. "Macam tu je?" Penamatnya terlalu mudah sedang keluarga Manzoni bermafia bermatian-matian seawal filem; di sekolah, di pasaraya tetapi jadi semacam perlahman bila diserang hendap mafia sebenar. It was tame. Kalau dapat kat Tarantino, barangkali penghujung filem ini akan dipanjangkan. Watak De Niro ni katanya seorang ex mafia boss tapi kurang dijelaskan organized crime yang pernah dilakukan, semacam nak sangat kita merujuk filem Godfellas (filem ni pun ada alternate title, Badfellas). Nasib baiklah De Niro, Michelle Pfeiffer dan Tommy Lee Jones tu kelakar dalam filem ni.

Backstory kemafiaan De Niro yang tak berapa jelas sedikit mencemarkan nama Luc Besson sebagai pengarah yang saya pasti akan menarik perhatian penggemar filem-filemnya.

Di penghujung filem ada trek To Binge dari Gorillaz. Dah lama tak dengar suara Damon Albarn but that's about it.

Pengarah: Luc Besson
Lakonlayar: Luc Besson, Michael Caleo
Berdasarkan novel Malavita karya Tonino Benacquista
Lakinan: Robert De Niro, Michelle Pfeiffer, Tommy Lee Jones, Dianna Agron dan John D'Leo.
Studio: Malavita, Media Magik Entertainment
Edaran di Malaysia: GSC Movies

Monday, July 07, 2014

Ulasan filem: The Secret Life of Walter Mitty (2013)

Biarpun filem ini tak menerima universal acclaim, saya berada di pihak yang menyebelahi filem ini. Awal-lagi lagi saya dah jatuh cinta dengan gambarnya sebab cantik sangat. Sinematografinya cantik. Warnanya cantik. Senang cakap gambar di majalah yang bersifat ikonik yang difilemkan. Mungkin akan ada yang kata filem ini jadi blatant product placement (kali ini produknya ialah majalah Life) tapi saya yang lebih merasai sakitnya kerana pernah berkhidmat di bawah operasi penerbitan berkala bercetak yang kini dianggap dah nak mati sejak perkembangan penerbitan secara talian dan blog. Walter Mitty menggambarkan senario pengakhiran industri penerbitan bercetak ini (tapi permulaanya menunjukkan watak yang tak dapat adapt dengan cara bercinta yang old school hingga terpaksa bergantung pada dating site). Ben Stiller masih lagi jadi  mamat yg mendambakan 'Mary' tapi nasib baik Mary boleh nyanyi lagu David Bowie.

Edaran 20th Century Fox (Malaysia)

Related Posts with Thumbnails