Followers

Tuesday, November 27, 2012

Ulasan filem: Dredd (2012)



Saya paling suka gambar di atas dalam banyak-banyak scene dalam filem Dredd terbaru ini. Refleksi si penjenayah yang dihukum secara bakar oleh Dredd sebab anda dah cari pasal, ia memantul ke helmet Dredd tapi masih ada sesuatu yang misteri yang sukar dirungkai di sebalik reaksi "ambik kau!" pada gambar di atas. Banyak lagi yang kita tak tahu tentang Dredd tapi lebih baik filemnya bercerita perkara yang tepat tentang watak ikonik. Dan ini membawa kita kepada filem pertamanya pada tahun 1995 yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone yang banyak tak tepatnya, melampau-lampau tak tepatnya, tapi masih ada yang menerimanya sebagai Judge Dredd....

Well, memang betul, ramai fanboys Stallone suka Dredd Stallone. Ada juga yang kata sut Dredd Karl Urban macam papan plywood tampal di dada yang membuatkan mereka mengadili filem ini dengan tidak menontonnya. Saya tak dapat nak kata apa. Stallone pula cuma jadi Dredd untuk 10 minit sahaja. Selepas dia bukak helmet, dia jadi Rambo balik dan bermulalah segala klise yg ada pada filem-filem Stallone sebelumnya. Dredd 2012 pada saya pula benar-benar mengkaji watak Dredd yang pembaca komiknya kenali. Filem ini pada saya cuma pengenalan saja. Keberjayaan Dredd 2012 sebenarnya boleh membuka peluang lebih banyak plot yang menarik seperti yang berkait dengan Dark Judges yang saya tau bakal muncul kalau dibuat sequel nanti.... kalaulah,... macam mustahil sebab filem pertama ini kutipannya tak memberangsangkan. Tapi, berbalik kepada kata 'kalau' tadi, kalau penerbitnya yakin untuk mengeluarkan bajet untuk sequelnya, pasti premis Dredd ini jadi lagi menarik. Anda ambil contoh ini saja : ramai yang masih terkesan dengan perubahan rekaan Batman semasa filem Batman Begins tanpa menyedari the real thing hanya berlaku semasa filem The Dark Knight. Begitu juga dengan Dredd. Filem Dredd 2012 ini menarik cuma saya tak rasa ianya bakal menarik ramai penonton yang bukan peminat. Tapi the real thing pada Dredd ini hanya berlaku bila ia memasuki plot-plot yang berkait dengan Dark Judges, lebih-lebih lagi bila masuk karakter Judge Death yang boleh diibaratkan sebagai Joker dalam dunia Dredd. Kalaulah ada niat nak dibuat sequel....

Balik kepada reboot filem ini, boleh kata serba-serbi saya suka pasal Dredd 2012 dari segi ultra violencenya hingga kepada lawak deadpan-nya. Mereka yang komplen pasal kostum dan mahukan lebih spandex boleh duduk dalam basement sambil melayan VHS Dredd Stallone semula. This is the real deal. Pada kahalayak yang follow komik Dredd, Dredd 1995 ialah the nipple erected Batman & Robin movie manakakala Dredd 2012 ialah Batman Begins.

Dan tentang plotnya yang lebih kurang macam The Raid (sebenarnya lebih pada scene block war), Dredd ni adalah kes malang bila ideanya keluar dahulu, shooting dah dibuat, tapi post production untuk mencantikkan special efefcts membuatkan proses filem ini jadi agak lama yang memberi peluang The Raid untuk siap cepat dan keluar cepat.

Still, DRED THAT WAS ONE BRILLIANTLY VIOLENT COMIC BOOK MOVIE! Lebih ganas dan lebih British feelnya.

----------------------------------------------------------------------------

Coming up next, Frankenweenie, Wreck-It Ralph dan Life of Pi yang saya baru tengok di Imax 3D Jumaat lepas, dan nak tengok seround lagi di GSC Mid Valley malam ni.


Catch Wreck-It Ralph (now on Astro Best [Channel 481]) & put ur brain to the test for official movie merchandise! #wreckitralph 



Saturday, November 17, 2012

Permohonan Duit Raya 1Malaysia anda telah BERJAYA!

Terima kasih kerana permohonan Duit Raya 1Malaysia anda.

Friday, November 09, 2012

[filem/muzik] Coldplay Live 2012



Mungkin pengalaman menonton Coldplay di pawagam yang satu ni tak sama macam saya tengok Foo Fighters di Cineleisure tahun lepas sebab yang kes Foo Fighters tu lebih pada dokumentari yang lebih banyak drama jadi saya masih rasa mcam tengok wayang. Ini mungkin dekat dengan filem Mogwai - "Burning" walaupun visual Vincent Moon untuk Mogwai sebenarnya lebih gritty dan pengalaman Mogwai tu sebenarnya pada saya lebih dekat sebab ia tak sebesar skala mega konsert Cooldplay ini (maknanya takde nak main shot-shot yang jaraknya sepelaung sebab nak bagitau betapa jutanya umat yang datang ke konsert). Foo Fighters pula lebih eksklusif sebab ia tak ditayangkan secara komersil, cuma secara jemputan dari record label dan yang lain2 pula ialah peminat yang bertuah selepas menang peraduan. Coldplay Live 2012 pula akan ditayangkan di 3 panggung GSC yang terpilih pada 13 November 2012 (satu hari ni je, tak tayang hari lain sebab lepas tu anda layan DVD mereka saja...) dengan tiket berharga RM15 yang ada boleh rujuk di sini : http://www.gsc.com.my/html/news-highlights-details.aspx?ID=8&PID=41&NID=68


Filem konsert ini diarahkan oleh Paul Dugdale yang pernah mengarah dokumentari muzikal seperti Adele Live at the Royal Albert Hall dan The Prodigy: World's on Fire dengan tenaga produksi dari Arts Alliance Media yang pernah memberikan pengalaman sinema untuk dokumentari seperti Iron Maiden: Flight 666, Rush: Beyond the Lighted Stage dan Pearl Jam Twenty, antaranya. Saya bukan fan besar Coldplay, memang tak banyak sangat yang saya boleh sebut tentang mereka secara ekstensif (dan saya rasa nak kena dengar mereka balik start dari album Parachute untuk bersifat lebih adil sebab masa album tu keluar saya tak beri perhatian sangat, tapi saya suka album Viva La Vida dengan video muzik dari tenaga kerja Shynola yang pernah saya temubual pada tahun 2007 dan Shynola turut mengarah video muzik Coldplay untuk album terbaru iaiitu untuk trek "Paradise" ) Jika anda berminat boleh cuba dapatkan maklumat lanjut dari rakan saya dari Warner Music, Desiree ( email: desiree.fanvell [at] warnermusic.com )

Friday, November 02, 2012

[video muzik] How to destroy angels: Keep it together


Best la ada bini, boleh suruh nyanyi. Si grafik designer-merangkap-jurugambar rasmi tu pun dia boleh paksa main keyboard/synth macam dia suruh si Robin Finck main key/synth sampai sumbang-sumbing bunyinya masa lagu "Closer"....*ceritabenar

 
Anyway, HTDA secara rasmi telah menjadi unit berempat dengan Rob Sheridan menjadi anggota keempat dan rasmi (walaupun ramai yang menganggap dia hanya sebagai anggota yang memberikan perlambangan visual kepada HTDA sebagaimana kerja seni projektornya untuk Nine Inch Nails, mirip Josh Graham untuk band Neurosis sedangkan di  dalam video di atas anda lihat sebaliknya). EP HTDA bertajuk An omen_ EP (yang kedua selepas EP 'test market' pertama pada tahun 2010) akan rilis pada 13 November 2012 ini, 6 hari sebelum hari bertuah kami. Buat reti sikit, cik Suessy.

Oh, Fez, jangan mulakan atau dengan sengaja menyebut dreamgirl pun dalam entry ni. Nanti merebak kat cik Suraya 'Suessy' Suhaimi dengan dia pun bercakap benda yang sama. Anggaplah ianya fasa saja.... I know what's going on okay.


Related Posts with Thumbnails