Followers

Friday, December 31, 2004

cover art : Fear Factory - "Obsolete"


masa aku surf2, terjumpa work yang dicari2 selama ni, iaitu artwork untuk Conception 5 iaitu karangan Burton C Bell untuk album Fear Factory - Obsolete tahun 1998, yang mana artworknya dihasilkan oleh Dave McKean berdasarkan karangan Burton tu. Kiranya Burton buat cerita lah untuk sequence 10 lagu dalam album Obsolete. aku pun dah tak jumpa dah CD Obsolete ni , versi digipak, tapi ada la sorang kawan kita yang beli tolong scan artworknya. satu lagi, aku jumpa work kawan comic kita kat Australia, Ben Templesmith. selama bertahun berkawan aku tak tau plak dia di'komisyen'kan oleh Fear Factory untuk bikin work berdasarkan logo Fear Factory - archetype (sebut betul2: "ar-ki-taip"). dia buat masa Fear Factory shooting video kat Australia.










Alang-alang tunjuk banyak work Dave Mckean, jadi aku introduce la sikit pasal McKean (penipu betul la aku ni, hari tu kata tak nak cerita. superstar sangat la, apa la...) aku cerita berdasarkan kronologi macamana aku boleh minat work dia.
masa zaman rock abang aku dulu, dalam awal 90 an, work McKean aku boleh kata banyak menghiasi record2 rock ketika itu. Alice Cooper, Paradise Lost, Dream Theater, Life of Agony, Machine Head, Testament, Skinny Puppy adalah antara band dan artist yang menerima setuhan seni McKean untuk cover album mereka. tapi work McKean yang aku minat mula2 dulu ialah masa dia buat cover album Fear Factory - Demanufacture, dan some of Adobe Photoshopper mesti tahu yang dia pakai Photoshop version 4, (atau 3, kurang pasti) masa tu. Some of designer sekarang ni start dengan photoshop 5 ke atas. jadi bila tengok work dia yang pakai version Photoshop yang 'cikai', we're like, "so we can do like what McKean do." No, until you find out that McKean menggunakan hampir kesemua media seni: collage, painting, drawing, photography, computer, dan kombinasi lebih dari satu media seni. aku yang asalnya terbiasa dengan comic style pencil dan ink tergamam sekali lagi bila dapat tahu yang McKean adalah antara artis komik disegani melalui cover komiknya untuk The Sandman hasil tulisan Neil Gaiman yang telah memenangi banyak anugerah. sejak dari itu, aku banyak cari komik2 yang ada hasil kerja Pakcik Mckean ni, walaupun dia hanya buat cover macam komik 'The Dreaming'. Tapi semua pasti tahu kehebatan MCKean melalui komik 'Cages' yang tebal macam buku panduan telefon tu dimana segala style art dari lukisan pensil, ke inking, ke paiting, ke collage , suma diaplikasikan ke dalam satu buku itu. Comic Journal dalam ulasan mereka menyebut buku komik itu sebagai "wajib beli untuk peminat komik!" (tapi tak berdosa pun kalau tak beli, bukan semua kedai ada.) Pakcik McKean ni mula dikenali di arena komik melalui komik spin-off Batman bertajuk "Arkham Asylum" sekitar lewat 80 an. selepas ber'kolaborasi' dengan Neil Gaiman, dia banyak mendapat projek 'high profile' dengan penulis, dan syarikat penerbitan ternama seperti John Cale, Stephen King, The Rolling Stones dan Lars Von Trier antaranya. Projek terbaru McKean ialah filem pertama arahannya "Mirror Mask" dengan kerjasama Gaiman dan Jim Henson Production yang sebelum ini pernah menghasilkan filem hebat, Labyrinth. tunggu tahun depan untuk satu cerita yang penuh dengan mind-twist.


The man - Dave McKean

perincian tentang seni Obsolete boleh dilihat di sini: http://www.zenial.nl/txt/obsolete.htm

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts with Thumbnails