Followers

Tuesday, November 27, 2012

Ulasan filem: Dredd (2012)



Saya paling suka gambar di atas dalam banyak-banyak scene dalam filem Dredd terbaru ini. Refleksi si penjenayah yang dihukum secara bakar oleh Dredd sebab anda dah cari pasal, ia memantul ke helmet Dredd tapi masih ada sesuatu yang misteri yang sukar dirungkai di sebalik reaksi "ambik kau!" pada gambar di atas. Banyak lagi yang kita tak tahu tentang Dredd tapi lebih baik filemnya bercerita perkara yang tepat tentang watak ikonik. Dan ini membawa kita kepada filem pertamanya pada tahun 1995 yang dilakonkan oleh Sylvester Stallone yang banyak tak tepatnya, melampau-lampau tak tepatnya, tapi masih ada yang menerimanya sebagai Judge Dredd....

Well, memang betul, ramai fanboys Stallone suka Dredd Stallone. Ada juga yang kata sut Dredd Karl Urban macam papan plywood tampal di dada yang membuatkan mereka mengadili filem ini dengan tidak menontonnya. Saya tak dapat nak kata apa. Stallone pula cuma jadi Dredd untuk 10 minit sahaja. Selepas dia bukak helmet, dia jadi Rambo balik dan bermulalah segala klise yg ada pada filem-filem Stallone sebelumnya. Dredd 2012 pada saya pula benar-benar mengkaji watak Dredd yang pembaca komiknya kenali. Filem ini pada saya cuma pengenalan saja. Keberjayaan Dredd 2012 sebenarnya boleh membuka peluang lebih banyak plot yang menarik seperti yang berkait dengan Dark Judges yang saya tau bakal muncul kalau dibuat sequel nanti.... kalaulah,... macam mustahil sebab filem pertama ini kutipannya tak memberangsangkan. Tapi, berbalik kepada kata 'kalau' tadi, kalau penerbitnya yakin untuk mengeluarkan bajet untuk sequelnya, pasti premis Dredd ini jadi lagi menarik. Anda ambil contoh ini saja : ramai yang masih terkesan dengan perubahan rekaan Batman semasa filem Batman Begins tanpa menyedari the real thing hanya berlaku semasa filem The Dark Knight. Begitu juga dengan Dredd. Filem Dredd 2012 ini menarik cuma saya tak rasa ianya bakal menarik ramai penonton yang bukan peminat. Tapi the real thing pada Dredd ini hanya berlaku bila ia memasuki plot-plot yang berkait dengan Dark Judges, lebih-lebih lagi bila masuk karakter Judge Death yang boleh diibaratkan sebagai Joker dalam dunia Dredd. Kalaulah ada niat nak dibuat sequel....

Balik kepada reboot filem ini, boleh kata serba-serbi saya suka pasal Dredd 2012 dari segi ultra violencenya hingga kepada lawak deadpan-nya. Mereka yang komplen pasal kostum dan mahukan lebih spandex boleh duduk dalam basement sambil melayan VHS Dredd Stallone semula. This is the real deal. Pada kahalayak yang follow komik Dredd, Dredd 1995 ialah the nipple erected Batman & Robin movie manakakala Dredd 2012 ialah Batman Begins.

Dan tentang plotnya yang lebih kurang macam The Raid (sebenarnya lebih pada scene block war), Dredd ni adalah kes malang bila ideanya keluar dahulu, shooting dah dibuat, tapi post production untuk mencantikkan special efefcts membuatkan proses filem ini jadi agak lama yang memberi peluang The Raid untuk siap cepat dan keluar cepat.

Still, DRED THAT WAS ONE BRILLIANTLY VIOLENT COMIC BOOK MOVIE! Lebih ganas dan lebih British feelnya.

----------------------------------------------------------------------------

Coming up next, Frankenweenie, Wreck-It Ralph dan Life of Pi yang saya baru tengok di Imax 3D Jumaat lepas, dan nak tengok seround lagi di GSC Mid Valley malam ni.


Catch Wreck-It Ralph (now on Astro Best [Channel 481]) & put ur brain to the test for official movie merchandise! #wreckitralph 



Saturday, November 17, 2012

Permohonan Duit Raya 1Malaysia anda telah BERJAYA!

Terima kasih kerana permohonan Duit Raya 1Malaysia anda.

Friday, November 09, 2012

[filem/muzik] Coldplay Live 2012



Mungkin pengalaman menonton Coldplay di pawagam yang satu ni tak sama macam saya tengok Foo Fighters di Cineleisure tahun lepas sebab yang kes Foo Fighters tu lebih pada dokumentari yang lebih banyak drama jadi saya masih rasa mcam tengok wayang. Ini mungkin dekat dengan filem Mogwai - "Burning" walaupun visual Vincent Moon untuk Mogwai sebenarnya lebih gritty dan pengalaman Mogwai tu sebenarnya pada saya lebih dekat sebab ia tak sebesar skala mega konsert Cooldplay ini (maknanya takde nak main shot-shot yang jaraknya sepelaung sebab nak bagitau betapa jutanya umat yang datang ke konsert). Foo Fighters pula lebih eksklusif sebab ia tak ditayangkan secara komersil, cuma secara jemputan dari record label dan yang lain2 pula ialah peminat yang bertuah selepas menang peraduan. Coldplay Live 2012 pula akan ditayangkan di 3 panggung GSC yang terpilih pada 13 November 2012 (satu hari ni je, tak tayang hari lain sebab lepas tu anda layan DVD mereka saja...) dengan tiket berharga RM15 yang ada boleh rujuk di sini : http://www.gsc.com.my/html/news-highlights-details.aspx?ID=8&PID=41&NID=68


Filem konsert ini diarahkan oleh Paul Dugdale yang pernah mengarah dokumentari muzikal seperti Adele Live at the Royal Albert Hall dan The Prodigy: World's on Fire dengan tenaga produksi dari Arts Alliance Media yang pernah memberikan pengalaman sinema untuk dokumentari seperti Iron Maiden: Flight 666, Rush: Beyond the Lighted Stage dan Pearl Jam Twenty, antaranya. Saya bukan fan besar Coldplay, memang tak banyak sangat yang saya boleh sebut tentang mereka secara ekstensif (dan saya rasa nak kena dengar mereka balik start dari album Parachute untuk bersifat lebih adil sebab masa album tu keluar saya tak beri perhatian sangat, tapi saya suka album Viva La Vida dengan video muzik dari tenaga kerja Shynola yang pernah saya temubual pada tahun 2007 dan Shynola turut mengarah video muzik Coldplay untuk album terbaru iaiitu untuk trek "Paradise" ) Jika anda berminat boleh cuba dapatkan maklumat lanjut dari rakan saya dari Warner Music, Desiree ( email: desiree.fanvell [at] warnermusic.com )

Friday, November 02, 2012

[video muzik] How to destroy angels: Keep it together


Best la ada bini, boleh suruh nyanyi. Si grafik designer-merangkap-jurugambar rasmi tu pun dia boleh paksa main keyboard/synth macam dia suruh si Robin Finck main key/synth sampai sumbang-sumbing bunyinya masa lagu "Closer"....*ceritabenar

 
Anyway, HTDA secara rasmi telah menjadi unit berempat dengan Rob Sheridan menjadi anggota keempat dan rasmi (walaupun ramai yang menganggap dia hanya sebagai anggota yang memberikan perlambangan visual kepada HTDA sebagaimana kerja seni projektornya untuk Nine Inch Nails, mirip Josh Graham untuk band Neurosis sedangkan di  dalam video di atas anda lihat sebaliknya). EP HTDA bertajuk An omen_ EP (yang kedua selepas EP 'test market' pertama pada tahun 2010) akan rilis pada 13 November 2012 ini, 6 hari sebelum hari bertuah kami. Buat reti sikit, cik Suessy.

Oh, Fez, jangan mulakan atau dengan sengaja menyebut dreamgirl pun dalam entry ni. Nanti merebak kat cik Suraya 'Suessy' Suhaimi dengan dia pun bercakap benda yang sama. Anggaplah ianya fasa saja.... I know what's going on okay.


Wednesday, October 31, 2012

Basikal Ini Ialah Bom Paip, Segala Rujukan Tentang Terbang Boleh Masuk ke Dalam Saluran Pembentung dan 65daysofstatic di Kuala Lumpur, Januari 2013


Re : damn the resolution, this is my top 34 for the year 2010 because top 10 is just not enough... band no. #8

Faraliza suka band ni, kalau tengok pada graf Last.fm dia lah (saya tak statik kecuali saya rujuk mereka kembali kerana runut bunyi Silent Running mereka yang buat saya teringat Vangelis+campur+Mogwai yang semakin mengasingkan 65dos dengan peminat terawal mereka yang lebih glitchy macam Aphex Twin). Saya amat menghargai perkenalan kami yang bermula di laman web sosial perkongsian muzik itu. Faraliza nak ajak pergi tengok konsert mereka di Hong Kong untuk lebih bersifat pengembaraan tetapi saya sebenarnya sedang mencongak Australia jika mereka yang berempat ini dah bersedia. Kucing ini sekali lagi menjadi periuk api. Tiket 65dos yang telah dipulangkan kembali kerana pembatalan konsert mereka 2 tahun lalu tak sempat pun saya pegang. Arie Supertramp kena selongkar kembali diskografi tak lengkap 65dos-nya kerana merasa harapan untuk melihat mereka buat pertama kali didepan matanya dulu hampir mustahil. Jumaat lepas hari raya Aidiladha. Semua orang bising pasal drama Raya pergi Mekah menampilkan Neelofa tapi saya tak pulang ke kampung dan kurang pedulikan sangat pengisian Aidiladha di TV (yang merebak kepada filem Shah Rukh Khan dengan isi pluralisme agama yang kami sekeluarga dah tengok masa hari raya Aidilfitri lagi sebenarnya tapi tak dijadikan isu). Abang saya yang kedua bertunang pada hari raya yang kedua. Kerja saya pada hari raya pertama itu pula lebih banyak kepada membuka emel sekerap yang mungkin dengan jemputan melihat Finding Nemo versi 3D di pawagam yang tak dapat dipenuhi (sepatutnya pagi tadi) tetapi menerima emel di atas dari 65dos. The Bee terasa kecil untuk band yang ada adrenalin meluap ni (tempat yang sama turut dikritik seorang rakan kerana kecelakaan akustiknya) but we'll see about it...

65daysofstatic : UPFRONT Showcase, live at The Bee, 8 January 2013. CONFIRMED.





 p/s: Saya dijemput rakan, kartunis Nur Azmi @ Mie Mambo (juga vokalis band Nuras) untuk menjadi peserta Bengkel Novel Grafik di Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya selain menyediakan teks yang memberikan penerangan ringkas apa yang menyebabkan sebuah karya itu dipanggil novel grafik lebih daripada apa yang difahami umum itu sebagai komik, dan kenapa Stan Lee tak termasuk di dalam kelompok 3 ini : Alan Moore, Will Eisner dan Art Spiegelman. Cerita asalnya sebab yang benar merasakan dirinya tidak bercadang untuk merilis sebuah buku yang kaya dengan teks buat masa terdekat sementelah beberapa tahun menulis jurnal berkaitan dengan muzik dan juga muzik video tetapi tidak juga bercadang untuk merilis sebuah komik secara paksa sebab tidak melihat dirinya sebagai pencerita, lalu datang ilham untuk menggabungkan teks dan ilustrasi dalam sebuah buku. Mungkin sebab dapat ilham dari buku Charles Saatchi - Be The Worst You Can Be yang sempat dibelek sebelum ke Rockaway minggu lepas. Bengkel ini pula akan berlangsung untuk 2 sesi. Sesi pertama iaitu 3 & 4 November, dan yang kedua pada 15 & 16 Disember dari jam 8 pagi hingga 4:30 petang. Semua dijemput hadir.

p/p/s: Tadi dengan Mie pun ada cakap pasal lirik berbahasa Melayu dari band-band tempatan yang masih lagi tersekat dengan dunia 'terbang'. Buat lirik mesti kena 'terbang'. Salahkan bom paip. Ramai yang putus jari masa bulan puasa sampai trauma nak buat lirik dengan subjek yang sedemikian....

p/p/p/s: Filem yang bakal ditonton :- Wreck It Ralph, Silent Running (1972), New Rose Hotel (1998, either sebab ada Yoshitaka Amano pre-Sandman : Dream Hunters ataupun sebab tekanan atas akaun Facebook Asia Argento yang hypster sangat isinya.. ada orang post lagu Grimes.....).


Wednesday, October 17, 2012

BLACK METAL MOGWAI IS BLACK METAL (but then again.... sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room....)



Sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room yang membuatkan sesuatu yang berbunyi seperti black metal itu sudah tidak berkait dengan perkara-perkara Satanism lagi. Media seperti SPIN ada bahagian metal mereka yang mengangkat album Liturgy sebagai album metal terbaik yang kemudian menjadi bahan jenaka dengan brand 'Transcendental black metal' yang turut diterjemahkan sebagai "2deep4pitchfork fans and metalheads..." sedangkan black metal dari dulu lagi dah transcendental pun...dan kemudian kita ada band Deafheaven yang sebenarnya boleh saja kita panggil sebagai mengambil ilham Darkthrone dengan dua anggotanya cuma merakam muzik mereka di studio saja dan tidak membuat persembahan live sehingga keluar mitos yang mereka buat muzik dalam gua sedang hakikatnya Deafheaven ialah beberapa pemuzik dengan imej yang agak terang sifatnya (atau mungkin dalam bahasa anda : imej bersih, clean cut...) tetapi punya kecenderungan untuk memainkan muzik yang agak gelap. Bila rilisan demo Deafheaven mula diperkatakan kerana pada pengkritik ada sebuah band 'black metal' yang sedikit membuka dimensi baru, mereka mula mahu menyingkap rahsianya tapi yang dilihat ialah sebaliknya....

But then again.... sukar untuk tidak meletakkan kesalahan pada bahu Wolves in the Throne Room. Atau Agalloch. Anda melihat image breakdown...

Pembawaan semula Deafheaven pada lagu Mogwai - "Punk Rock/Cody" baru-baru ini sebenarnya buat lagu ni bertukar corak 360 darjah. Lama jugaklah saya tak dengar lagu Mogwai ni. Despite ramai yang kata ini versi black metal Mogwai, bunyi dia sebenarnya lebih berakarkan shoegaze yang sebenarnya akar Mogwai juga semasa mereka mengkaji muzik My Bloody Valentine. Kecuali vokal black-nya, versi Deafheaven ini buat saya teringat akan format terbaru muzik This Will Destroy You bilamana melalui trek "Little Smoke" pendengar membayangkan seorang mamat black metal telah menyertai TWDY lalu membentuk muzik doomgaze kerana TWDY dah tak tahan digelar ripoff Explosions in the Sky which i consider a smart move....

Tak seperti Liturgy (band tu ada idea yang baik, tapi kalau bercakap pasal fanbase ni memang macam celaka sikit...), saya amat gemarkan Deafheaven. Trek seperti "Exit:Denied" boleh membuka hari saya.

p/s: vokal intro pada lagu ni, tak seperti asalnya yang menggunakan sample suara Iggy Pop pada sebuah temuramah tentang punk rock sekitar 1969, ia sebenarnya milik William Faulkner. saya tak pasti petikan ucapan Faulkner tentang apa.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Filem yang akan ditonton minggu ini : Sinister (dah tengok tadi. Filem seram yang agak baik juga kerana mengembalikan suspense yang saya rasa dah tak berapa nak suspense pada filem-filem seram sejak kebelakangan ini),... dan Frankenweenie. Next entry, DREDD. Jangan lupa group Movie Addict

Saturday, October 06, 2012

"I like the cross between Duran Duran, A Perfect Circle and Jane's Addiction in this one... eh, wait..., OMG! IT'S COMA WHITE!!!" (reaksi terhadap trek baru Deftones, "Tempest")


Kulit album terbaru Deftones, Koi No Yokan. Go on,... chicks dig that. 
Keluar 13 November ni. 


"Tempest" pula ialah trek kedua selepas "Leathers" yang diperdengarkan kepada umum ("Leathers" diedarkan sebagai muat turun percuma, anyway...). Seseorang suruh saya rujuk Tempest versi yang dimuat naik di laman PureVolume sebab kata mereka lebih panjang sikit dan dapat dengar jelas efeknya.




Hari ini hari Ahad. Saya diusulkan untuk pergi ke sebuah pameran dengan tema wanita dengan pengunjungnya mungkin lebih ramai wanita daripada lelaki dan bila berkeadaan begitu, saya akan lebih banyak menulis dalam kepala... Teringat pula scene 'menulis dalam kepala' dalam Shakespeare In Love,... jangan gelak. Saya suka filem tu. Saya guna sebagai rujukan semasa berhubungan dengan seseorang yang juga akan berada di pameran yang diusulkan sehingga ia memakan diri saya dari dalam yang dalam, sehinggalah dia terbitkan sebuah buku 'best seller'. Nasib baiklah dia dah kahwin.

p/s : Kali ini Deftones memakai logo yang sama seperti album Saturday Night Wrist, album 'post rock' Deftones yang dulu jarang saya pasang. Tak tahu kalau vibenya sama, tapi pada sesetengah peminat, ada kegusaran bila pemain bass, Sergio Vega membawa band ini jauh sedikit dari landasan asal Deftones sehingga ada yang memanggil Deftones mahu menjadi Quicksand

p/s/s: 'Koi No Yokan' ialah perkataan yang diambil dari bahasa Jepun yang sebenarnya sukar diterjemah maksudnya secara terus ke bahasa Inggeris. Pada Chino, ianya 'cinta pandang pertama' tapi ia memberi penyataan yang romantik. And then again, chicks dig that....

Friday, October 05, 2012

lagu ni bunyi dia macam runut bunyi filem U-wei Haji Shaari, "Kaki Bakar"...



"We Drift Like Worried Fire" dari Godspeed You! Black Emperor, dipetik dari album terbaru, 'Allelujah! Don't Bend! Ascend!' bakal rilis secara rasmi pada 18 Oktober 2012 melalui label CONSTELLATION .




Constellation Records ialah antara 3 subjek utama Kenneth Thomas melalui dokumentarinya, Blood, Sweat + Vinyl: DIY in the 21st Century selain Neurot Recordings dan Hydrahead tentang semangat DIY pada label-label bebas ini yang berakar dari punk rock dan membuka persoalan adakah semangat DIY ini masih mekar di era muzik digital sedang label-label ini masih lagi beroperasi dengan cara punk, masih merilis album fizikal. Macam Godspeed You! Black Emperor sendiri yang kali terakhir keluar album ialah 10 tahun lalu melalui Yanqui U.X.O., permintaan pada album terbaru ini amat overwhelming sampaikan pesanan pada versi LP terpaksa dihentikan dulu kerana kehabisan stok dan kena tunggu cetakan yang seterusnya. Sesetengah label macam Hydrahead tak dapat bertahan juga dengan kedegilan artistik dan kekal DIY sehingga label mereka terpaksa ditutup, tapi Constellation masih kekal dan tahun ini genaplah 15 tahun kewujudan mereka. 

Kalau agak asing dengan rilisan keluaran Constellation, cubalah dengar mixtape di bawah sempena 15 tahun kewujudan mereka. Saya suka kesemuanya, dari mula trek Hangedup sampai Eric Chenaux. Mungkinlah saya nak highlight kat Sandro Perri





anyway, cerita Kaki Bakar tu memang gritty dan berselut...


Thursday, October 04, 2012

consider hadiah harijadi paling best tahun ni...



baru masuk trek nombor 4 sambil mata membaca ulasan2 yang boleh dijelaskan secara puratanya sebagai 'universal acclaim'.

Wednesday, October 03, 2012

three-oh



"Three decades and now you plan to leave and lead a life more valiant...."

My dear Nadia Jasmine Mahfix, have a happy birthday, have a good one and may God bless you. 

Sunday, September 30, 2012

entry ini bertajuk 'mengepost video anak kucing yang bakal mendapat berjuta hits di laman Youtube dengan berlatarkan lagu Explosions in the Sky' jadi harapannya entry ini juga bakal dapat hits berjuta...



Sebenarnya, saya dapat idea ni dari masa scene Jonah Hill tunjuk video kucing di Youtube kat Seth Rogen dalam filem Funny People. Filem itu, walaupun nama dan isi ceritanya tentang orang yang kerjanya buat kelakar, filem tu bukan filem kelakar. Maksud saya, filem tu agak sedih dan misleading juga kalau diberi pada khalayak yang layan filem lawak no brainer (macam bekas housemate di Shah Alam yang bersungguh-sungguh beli DVD You Don't Mess With Zohan). Mereka boleh lah tahan filem-filem sedih macam ni, tapi teks dalam filem ni kuat sangat dan mereka tak cukup kental untuk itu dan sebab tu jugalah mereka tak beli DVD trilogi Godfather sampailah sekarang, dan saya rasa agak lega jugalah bila kami sudah tak serumah lagi. Kalau tak tiap hari jugalah saya menyumpah dengan DVD yang bukan-bukan yang mereka beli walaupun bukan menggunakan duit saya. Saya benci bila orang membazir tapi masalahnya mereka tak tahu mereka membazir.


Letak gambar Aubrey Plaza sorang je? Intentional...

Video anak kucing yang ditemui di sebuah stesen minyak dirakam oleh Max Moore yang juga pengarah video muzik terbaru dari Converge yang anda boleh saksikan di bawah, dipetik dari album terbaru mereka, 'All We Love We Leave Behind', bakal keluar pada 8 Oktober 2012 dan ditunggu-tunggu dengan penuh antisipasi.



---------------------------------------

Lepas ni saya cerita pasal filem DREDD yang telah saya tonton masa press screeningnya yang saya boleh sebut sebagai faithful adaptation dan beri justifikasi kepada watak Judge Dredd yang dikenali oleh pembaca komiknya dan BUKAN yang mereka kenal kerana Stallone dengan spandex-nya. Saya selalu juga berada di group Facebook MOVIE ADDICT dengan rakan-rakan peminat filem yang lain. Bentara rajin promote group ni sekarang. 

Wednesday, September 12, 2012

i'm jumping on the bandwagon now!




Chino Moreno pun dah buat rekod dubstep. No, lambat lagi Deftones nak buat album dubstep macam Korn atau Muse. Better not. 

Sebab yang bawah ni lagi godlike....

Monday, September 10, 2012

that bass...


Russian Circles. See them again at Sunflower Hall, Global Business & Convention Centre, 4th Floor, No. 8, Jalan 19/1, Section 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor on October 12, 2012.

Information on tickets here : http://www.soundscape-records.com/?p=1201

Tak sempat cerita lagi kan pasal album Empros (kecuali yang follow tulisan saya dalam ruangan Ulasan Album majalah ROTTW, ada jugak saya post sikit kat Tumblr, macam teaser dulu). Album tu boleh dapat di sini, cuba contact Soundscape Records. Yes, ada tajuk lagu "Batu" yang saya suspect datang ilhamnya selepas mereka melawat Batu Caves, tempat kita makan, mandi , tidur, membanting tulang empat kerat setiap hari but I could be wrong.



Kalau ada yang terlepas, di bawah ialah video post concert Russian Circles di KLPac 2 tahun lalu.



Ketika ini Russian Circles sedang tour bersama band Eagles Twin di Australia. Kalaulah dapat bawak Eagles Twin sekali untuk tour Asia ni...

Sunday, August 12, 2012

surat terbuka buat Puan Ainon Mohd (yang sedikit sebanyak membuatkan saya teringat akan diari pertama di rumah yang mula dipandang secara serius ketika berumur 16 tahun, terima kasih buat Sarah Joan Mokhtar atas ingatan anda)


rujukan asal kenyataan Puan Ainon Mohd di sini dan kronikel Fixi dan Kedai Buku Popular di sini

Puan Ainon Mohd,
saya faham kegusaran puan cuma rasanya perlu diperjelaskan bahawa buku-buku dari penerbitan Fixi yang dihalang jualannya hanya 2 sahaja iaitu HILANG dan MURTAD daripada banyak buku terbitan mereka.

   saya rasa catatan puan perlu lebih terperinci seperti tajuk buku serta capaian kepada isu ini supaya pelawat 'universiti terbuka' ini lebh memahami akan apa yang sedang berlaku. bila puan menyebut akan rungutan ibu bapa (saya membayangkan rungutan yang diterima oleh pihak Popular ini datang dari ibu bapa kepada seorang remaja yang berusia 24 tahun yang masih dalam tanggungan), permasalahannya ialah bukan soal bahasa sahaja, tetapi kelemahan pihak kedai buku atau penerbit dalam melabel buku-buku mereka, samada sesuai untuk seisi keluarga atau kategori kanak-kanak atau pembaca muda atau remaja ataupun dewasa atau jika ingin lebih spesifik lagi, saranan saya, labelkan ‘untuk pembaca matang sahaja’ seperti yang dibuat oleh penerbit komik DC/Vertigo untuk novel grafik mereka seperti Watchmen, V For Vendetta, Sandman A History of Violence antaranya, selepas komik (atau bahasa yang lebih tepat, novel grafik supaya lebih adil untuk siri Sandman tulisan Neil Gaiman) sebelumnya dilihat hanyalah bahan bacaan ringan untuk golongan muda dan fanboy.

   apabila sesebuah buku novel itu dilabelkan hanya untuk pembaca matang, maka kita dapat membuat kesimpulan yang membeli naskhah ini adalah di kalangan mereka yang pandai-pandai belaka. sukar untuk saya mengatakan yang buku-buku terbitan Fixi ini boleh dikategorikan dalam kumpulan Bahasa Melayu Rendah kerana ada di kalangan editor untuk penerbitan Dewan Bahasa (untuk lebih spesifik, Dewan Sastera) juga turut menulis untuk Buku Fixi. yang rendah bahasanya mungkinlah hanya sebahagian teks yang disebut oleh pihak Popular dan bukan bersifat menyeluruh (tetapi teks ini perlu dalam menyatakan kebenaran dan realiti yang ingin digambarkan pada novel, kelak novel akan jadi seperti filem arahan Yusof Haslam era Awie dan Erra). yang disentuh mungkin tak sampai beberapa muka daripada beratus-ratus mukasurat.

   dan ada juga keraguan jika puan benar-benar membaca kesemua buku-buku penerbitan Fixi ini. lebih mudah jika puan membuat analisa kepada buku-buku ini seperti sebuah ulasan supaya peminat novel dan sastera berbahasa Melayu hari ini dapat lebih memahami apa isi kandungan, cerita dan gaya bahasa yang cuba disampaikan oleh penulis kerana pada pendapat saya dengan adanya penerbit-penerbit bebas maka bertambahlah minat anak-anak muda untuk membaca malah ada yang bercita-cita mahu turut menjadi penulis kerana keberjayaan novel-novel ini dan kepelbagaiannya. zaman ini, anak-anak muda kita agak bertuah kerana mudah terdedah dengan pelbagai platform yang mendekatkan mereka dengan bahasa Melayu, sastera dan penulisan samada karangan atau puisi selepas adanya internet, blog dan jaringan sosial seperti Twitter dan Facebook. mereka boleh berhubung secara terus dengan penulis kegemaran mereka untuk bertanyakan pendapat dan sedikit ilmu. bezanya dengan waktu saya bersekolah dahulu sekitar 1990’an ketika internet masih belum bertapak di tanahair, ketika pendidikan bahasa Melayu di sekolah amat kurang membantu kerana tenaga pengajar yang lebih banyak memberi markah tetapi tiada penerangan akan sebuah penulisan yang baik, bahasa Melayu yang 'tinggi', atau pengisian untuk sebuah karangan yang baik. tiada perkara yang dapat menarik minat pelajar untuk menulis kerana dilambakkan dengan novel-novel dengan perkataan ‘cinta’, ‘rindu’ atau sesekali ‘ombak’ seolah-olah kita tak terbuka genre penulisannya. tiada kem penulisan karangan atau tips untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan memartabat bahasa. kebanyakan rakan sekelas pula ialah bakal mat rempit yang berpotensi. cuma saya agak bernasib baik kerana meminati muzik yang turut menerbitkan minat terhadap jurnalisma muzik yang memperkenalkan saya akan nama-nama seperti Lester Bangs, Simon Reynolds, Chuck Klosterman dan ada juga penulis tempatan yang berwibawa seperti Saniboey Mohd Ismail.

   jelasnya, semua bermula di luar kawasan persekolahan yang kemudian cuba dibawa ke sekolah, dipraktikkan dalam suasana pendidikan yang agak formal dan menjadi tugas pendidik untuk membetulkan apa yang dirasakan salah atau perlu diperbetulkan kecuali jika pendidik itu tidak menjalankan tanggungjawabnya. saya tahu kerana pernah mengalaminya.

   saya menghormati keputusan Popular untuk menghentikan edaran dua buah buku terbitan Fixi (bukan semua) tetapi ia bukanlah satu sekatan kepada perkembangan bahasa yang total. sebenarnya, ada begitu banyak caranya untuk mendekatkan remaja kepada bahasa Melayu, mencintainya dan memartabatkannya. daripada seringan-ringan dan serendah-rendah bahasa hingga ia naik setingkat demi setingkat kepada bahasa yang lebih tinggi hingga ia mencapai tahap nirvana. perlu ada panduan dan janganlah disekat.

maaf. saya menulis dalam bahasa Melayu dalam kadar sederhana sahaja.

and in the end, all he say is “it's just business nothing personal...” 

Thursday, July 19, 2012

This is how you do a superhero movie dan Nolan memang fearless.... bapak fearless! : sebuah ulasan The Dark Knight Rises


A storm is coming...


PROLOG: Pada  26 Ogos 2008, saya menulis perkara di bawah selepas menonton The Dark Knight yang kata Aadi Salman watak Joker lakonan mendiang Heath Ledger telah menenggelamkan Batman lakonan Christian Bale:

"Sebenarnya ketika karya Christopher Nolan tahun 2005 'Batman Begins' keluar, orang masih tak mahu memperkatakan betapa bagusnya filem ini. Sesetengah orang masih trauma dengan 'campiness'  filem Batman terdahulu, Batman & Robin ketika era Joel Schumacher (yang buat filem tu jadi crappy ). Sesetengahnya pula tak dapat menerima dengan rekaan Batmobile yang dah jadi tank, walaupun ia lebih dekat dengan realiti. Itu saja."


Saya tiada pengalaman sinematik dengan Batman Begins sebab tiada panggung wayang di Kuala Terengganu. Salinan VCD pula hancur visualnya. Tapi saya bernasib baik kerana selepas berhijrah ke Kuala Lumpur, pada tahun 2008 beberapa ketika sebelum TDK keluar di panggung, saya sempat menonton filem Batman Begins semula di saluran HBO dengan visual yang lebih cantik dan juga sebuah lagi filem arahan Christopher Nolan, The Prestige (yang saya akui sukar difahami oleh penonton filem yang lain kerana penceritaan tidak linearnya) tetapi amat saya sukai (mungkin sebab ada David Bowie sebagai Nikola Tesla). The Prestige sebenarnya menyelamatkan saya dari kemurungan, tambah pula ada lagu dari Thom Yorke - "Analyse" sebagai penutup filem yang agak rawak juga kejadiannya.

Bila tiba waktunya TDK ditayangkan , saya jadi seperti seorang budak lapan tahun yang gilakan watak superhero kegemarannya dan meronta (baca : jiwa yang bergelojak) mahu menonton filem ini di pawagam. Bekas kekasih waktu itu dipaksa membeli tiket untuk tayangan waktu siang. Tetapi malangnya, bekas kekasih tidak dapat menemani (dan ia menjadi titik terakhir kami untuk bercerita tentang pengalaman sinema sebelum kami terputus hubungan buat selama-lamanya....). TDK ditonton dengan seat sebelah kanan yang kosong (yang sepatutnya ditemani oleh bekas kekasih) manakala seorang lelaki cina di sebelah kiri saya pula jadi amat kagum dengan adegan Batman terjun dari bangunan pencakar langit di Hong Kong. Keluarnya dari menonton TDK, timbul perasaan ingin menonton filem ini sekali lagi. Ia jadi satu mandatori di mana filem Nolan perlu di tonton lebih daripada sekali di pawagam (seperti yang saya lakukan dengan filem Inception pada tahun 2010). Peluang menonton filem TDK kali kedua di pawagam bagaimanapun datang ketika tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Syawal (kalau tak silap saya), jadi waktu itu rasanya saya lebih sibuk dengan persiapan membeli tiket bas pulang ke kampung di Terengganu.

Filem TDK disambut dengan pujian pengkritik. Banyak keratan akhbar yang saya simpan ketika itu. Sesetengah masih lagi tertanya-tanya adakah mereka menonton sebuah cereka superhero kerana filem TDK agak cross-genre yang membuatkan filem adaptasi dari komik lebih-lebih lagi dalam genre superhero tidak dilihat sama seperti dulu lagi.

Saya ada perasaan yang filem Batman ketiga oleh Nolan akan disambut dengan kurang antisipasi sejak kematian Ledger, seolah-olah filem Batman Nolan hanya hidup dek kelibat Joker/Ledger sahaja. Sehinggalah Inception. Sehinggalah datang terma 'fanboy Christopher Nolan'. Sehinggalah Following, Memento dan Insomnia digali semula. (atau kes terpencil, saya yang menonton semula lakonan Bale dalam filem Empire of the Sun yang jadi filem kegemaran ketika sekolah rendah dahulu).

The Dark Knight Rises akhirnya keluar dengan trailer dan pengenalan kepada watak Bane yang bakal menghapuskan mimpi ngeri Bane di dalam Batman & Robin yang tidak diberikan karakteristik yang sewajarnya. Bane jadi lebih taktikal dan seteru Batman setara dari segi kebolehan fizikal.

......................................................

Pada 19 Julai 2002, sehari selepas preview screening, 2 hari selepas press screening, ketika ada umat masih belum menyaksikannya, tetapi yang benar telahpun menonton konklusi epik yang bernama The Dark Knight Rises ini...


... dan sekitar perbualan pada 19 Julai:
Terence Aaron: Berapa bintang bos? Esok baru aku nak pergi tengok. Hahaha.
Yang benar: Macam mana ye? ... Kalau saya larat buat standing ovation sambil tepuk tangan 10 minit masa end credit, i will do that (Fakta: Memang masa end credit semua orang tepuk tangan pun...). But i got these words : JOEL SCHUMACER, THIS IS YOUR LIBERATION!!! Hahahaaha... By the way, kalau anda nilai filem ni by comparison dengan filem-filem Batman-Nolan yang lain macam Batman Begins dan The Dark Knight, mungkin anda akan ada masalah sikit dengan The Dark Knight Rises (TDKR) sebab performance Heath Ledger sebagai Joker memang top notch dan sukar dibendung. Tapi as a trilogy, it's the best way to end the Bat movie. Kata Nolan, ini filem BATMAN-nya yang terakhir. jadi fahamkan maksud dia.
   I give it 9 out of 10. It could be 10. WAIT, I give this movie 10!!!! Or 11. And I wanna watch it again! Sebab saya tak ada masalah dengan TDKR dan benci nak buat perbandingan dengan filem Batman-Nolan yang lain. Dan saya boleh kata juga yang filem ini lebih baik daripada TDK dan BB pada satu dua perkara atau banyak perkara..... Itu pandangan peribadi saya tapi saya juga dapat rasa yang penonton lain bakal punya masalah dengan TDKR....
Si Komeng: Wowww.. Hari ni baru nak tengok...huhu...
Yang benar: ‎Si Komeng, kena sabar sikit dengan filem ni. Nasib baik saya ni jenis yang penyabar orangnya.
(Rasa nak tengok lagi, dapat rasa feel dia dekat dengan novel grafik Frank Miller's Dark Knight Returns selain Knightfall untuk rujukan watak Bane dan beberapa scene). Satu lagi, saya ada soft spot sikit dengan Christopher Nolan walaupun ramai kata ini bukan filem terbaik Nolan.
Izham AliAs: Arghh..tertekan... Hahaha.. Tak sabar nak tengok..hahaha.. Encik Blitzenius selalu bagi hint yang exciting.. Demm.. Hahaha.. Thanks Encik Ahmad.. Akan bersabar dengan cerita ini as per advised.
Yang benar: ‎Izham AliAs , saya bukan apa. Saya risau untuk sesetengah penonton, this excitement kinda ruin them bila diorang dah tengok. But let me put it here again : ini mungkin bukan filem terbaik Nolan TETAPI bukanlah filem terburuk Nolan sebab Nolan tak boleh buat filem yang buruk pun. Tapi pengalaman saya, kalau banding dengan The Avengers yang orang dok kata best tu, this is beyond epic.
   Satu lagi hint : dalam TDK, Batman tenggelam sebab semua orang dok tunggu si Joker keluar. Dalam TDKR pula, korang akan tertunggu-tunggu bilalah Batman nak keluar balik.
Izham AliAs: Hehehe.. Noted tuan.. Thanks for the info.. at least saya tahu what to expect.
Raydza Reys: Tersangat ohsemm....
Shamsul Amri: Best. tak rugi tengok
Yang benar: Kawan saya punya review (Faizal Mukhtar) : "Kalau ada orang yang bercakap mahupun berbisik sekalipun sepanjang tayangan filem ini, tikam orang itu di bahagian rusuk dengan perlahan-lahan menggunakan sebarang objek tumpul." He's right about it. Saya tak bergerak-gerak langsung sepanjang menonton TDKR, mata saya tertumpu pada layar. Kawan saya di sebelah ingatkan saya tidur. Nak saja saya tikamnya secara perlahan-lahan dengan objek tumpul.....

......................................................

Penyudahnya...
This is how you do a superhero movie dan Nolan memang fearless (anda akan perasan beberapa perkara yang tak pernah dibuat oleh pengarah filem superhero lain tapi dibuat oleh Nolan dalam TDKR). Tetapi perkara yang 'tak dibuat oleh pengarah lain tetapi dibuat oleh Nolan' ini juga boleh jadi satu kekurangan kepada penonton yang lain (terutama bagi yang mengangkat Avengers sebagai filem superhero terbaik bagi tahun 2012). Anda mungkin rasa apa yang terkurang itu perlu diadakan di dalam filem ini tetapi saya dapat merasakan yang Nolan tidak mahu mengulang perkara yang sama iaitu apa yang telah dilakukan di dalam dua filem Batman yang terdahulu. Ianya untuk mengelakkan klise. Hakikatnya, saya menerima karya Nolan bukan sahaja kerana ianya filem tentang Batman tetapi saya memang menyukai kerja Nolan dan kualitinya yang jarang ada pada pengarah yang lain. Saya rasa tak semua pengarah dapat menggarap sebuah filem superhero dengan tona realistiknya sebagaimana Nolan. Dia membuatkan anda percaya yang adiwira seperti Batman boleh wujud dalam dunia sebenar. Ada emosi dalam filem TDKR yang saya oleh kaitkan dengan perasaan manusia saya. 

Tanpa memberi banyak spoiler sebab saya tahu banyak website lain yang akan bocorkan plotnya, filem ini lebih besar skalanya jika dibandingkan dengan filem-filem Batman yang lain. Menutup sesuatu yang telah dimulakan sejak 2 buah filem yang lalu memang satu kerja yang penuh ambisi tetapi Nolan telah melakukan dengan sebaik-baiknya. Sesetengah penonton akan rasa ini bukan filem Batman yang terbaik tetapi dalam kamus filem Nolan, tidak wujud perkataan 'buruk' pun kerana Nolan tidak punya kemampuan untuk melakukan sebuah filem yang buruk. Go, watch it at your nearest cinema.

p/s: skor filem Hans Zimmer. damn good.

p/s/s: Around 2010, aku rasa Aziz M Osman kata confirm nak buat filem Keluang Man, mungkin sebab terpanggil dengan Batman versi Nolan tapi tak tahu apa kesudahannya.

Wednesday, July 18, 2012

gotham's reckoning in less than 5 hours from now...



ulasan mungkin akan menyusul kalau tak seberapa segera pun...

Saturday, June 16, 2012

Anda pernah sebut beberapa hari lepas, semua orang akan punya sebuah rumah yang kosong. Ya, tiada apa-apapun di rak. Buku pun tak ada. Tiada sesiapa pun yang akan menyimpan foto, tiada sesiapa pun yang ada cakera padat atau vinyl. Hanya ada sebuah layar dan kerusi. Anda akan kata, “Bunyi. Ini ialah bunyi."

Yours truly @ Upfront presents The Jezabels Live at The Bee last nite. Photo by Nadia Jasmine Mahfix.



Music sunday, we present you The Jezabels...







Album The Prisoner ialah sebuah album yang solid pada saya, di Malaysia boleh dapatkan melalui Laguna Music yang menjadi pengedar album mereka.

Thursday, June 14, 2012

this entry screams ANGEL OF DEATHHHHHHH!!!!



we did this alot 10 years ago. yup, that includes the dial up thing...

Monday, June 04, 2012

The Death of a Pianist



dah lama dah nak post video ni. this is a friend of mine Alliia Shyra performing Cradle of Filth's Nymphetamine somewhere around 2010 tak silap. I've been encouraging her to do more solo stuff and/or asking her to do stuff I've been into on piano. sebuah lagu dari seorang rakan, Wani Ardy - "Askar" telah selamat diberikan versi pianonya. dan besar juga harapan saya (sekali lagi, kalau saya bebas dari sebarang tekanan dan kesibukan kerja) satu hari nanti saya dan Alliia akan dapat membikin satu kolaborasi dalam bentuk muzik (Alliia juga bermain gitar walaupun sering dia sebut sebagai lone ranger sebab kesukarannya berkonsiderasi dengan orang lain atau dengan sebuah band).

tajuk entry ni,... oh well, saya ada dengar satu berita tentang kematian yang tengah naik di Twitter, ... seorang gadis remaja ini, Yasmin J Hunwick (mungkin nama pentas yang bakal digunakan satu hari nanti di sebalik nama sebenarnya iaitu Yasmin Johan Eusoffe @ Yasmin Johari) yang terlibat dalam kemalangan jalanraya yang meragut nyawanya dan juga 2 rakannya yang lain. ramai yang terpesona dengan kecomelan arwah saya rasa, tapi saya tertarik dengan perkara lain - she played a piano, yang terus buat saya teringat kat Alliia dan betapa saya dah selalu sangat main piano pakai keyboard cover lagu Mogwai atau NIN tapi versi yang amat sloppy. dah tua-tua pun sloppy lagi, buat saya tertanya-tanya akan nilai saya di mata (atau telinga) orang lain di hujung hari nanti. al-Fatihah buat arwah Yasmin dan 2 rakannya, dan takziah buat keluarga mereka.

Friday, May 18, 2012

sejak kita dah masuk bulan Mei ni....


...saya teringat satu lagu ni dari Arcade Fire di bawah:


A. The Suburbs




AA. Month of May


(boleh mainkan rekod di atas seperti rekod sebenar, nak pusing dua-dua belah side ke, nak scratch ke, nak brostep ke, nak chill wave ke, nak witch house ke, ikut pada kepandaian dan keingingan anda.) 

bulan Mei pulak ialah bulan Star Wars, semalam yang lepas hari lahir Trent Reznor dan Billy Howerdel, bulan Mei juga ada hari untuk komik percuma dunia, semalam ada gig tribute Pink Floyd, hari ni dah masuk 32 tahun Ian Curtis tinggalkan legasi, hari ini juga ada comicon, esok pun ada comicon lagi siap dengan award, minggu depan ada Video Games Live, but oh well,... yang benar tetap begitu, sibuk juga, menunggu masa untuk sejam minum kopi dengan [n] bercerita tentang pulut gaul nyior sebagai sarapan di Terengganu, atau sekurang-kurangnya pengharapan yang saya akan pulang sekejap ke kampung dan bawak balik keropok lekor untuk dia, yang lebih ikan daripada tepung sagu kalau nak dibandingkan dengan yang ada di Kuala Lumpur ini.

Thursday, April 12, 2012

komentar lirik lagu "Bawaku Pergi" tulisan Malique




saya ada post komentar ini dalam Tumblr, Facebook dan ruang diskusi 'Melayu marhaen' (jenis yang tak banyak pilihan, fahamkan maksud saya....), yes dah seminggu dua dah jadi kes, tapi ada moleknya jika ada yang belum membaca boleh memberi pendapat kalian.

merujuk pada lagu Bawaku Pergi tulisan Malique pada saya lagu ini kalau didengar secara kasar, memanglah dengar macam orang nak larikan anak dara/anak dara yang nak ikut teman lelakinya lari. tapi pada saya Malique bukan nak encourage si rempit/mamat-Lombok-got-to-be ni larikan anak dara atau anak dara lari ikut teman lelakinya. pada saya rempit ni lagi bongok sebab tak dengar lagu pun, dan dipesan secara baik pun, bawak lari jugak anak dara orang. Malique menulis lagu ini pada perspektif 2 orang (seorang yang melarikan anak dara orang bawak ke sempadan dan seorang yang dilarikan) dan kita melihat pada sisi begini yang jarang diteroka oleh penulis lagu yang lain. pada saya approach ini sama macam lagu Nirvana - “Polly”, di mana Kurt Cobain menulis pada sisi seorang penculik/perogol yang menculik gadis bernama Polly tapi bukanlah kita maksudkan Kurt Cobain ni seorang penculik. ia memberi maksud ada satu sudut yang tak pernah kita fikirkan sebelum ni. dan lagu Polly tu tak menggalakkan kes culik pun, tapi sebagai satu kesedaran supaya kita sentiasa melihat persekitaran kita, tingkah laku anak kita, tahu di mana mereka berada dan pergaulan mereka, atau sebagai satu cerita semata. lagu Malique pada saya bergerak sebagai satu cerita, tak lebih daripada itu. bila anak dilarikan orang, saya melihat akan kegagalan ibu bapa dalam membentuk suasana yang positif dalam persekitaran keluarga mereka. suka menunding jari ke pihak yang lain, sebagai alasan untuk menutup kelemahan sendiri. jika ada pendengar yang mengambil lirik lagu ini pada satu konotasi negatif, itu hak mereka dan masalah mereka. bila anda menonton sebuah drama tentang rempit yang larikan anak dara orang dalam satu episod Gerak Khas, contohnya, tidakkah anda merasakan ianya negatif juga dan drama macam Gerak Khas ini patut dihentikan? tolong jangan jadi bias dan double standard. pada pihak yang di atas, banyak lagi perkara yang lebih runcing utk diselesaikan daripada kes lagu Malique ini. just my 2 cents.

tapi katalah majoriti (terutama masyarakat yang belum terbuka minda mereka apa lagi kurangnya apresiasi pada sebuah karya seni) merasakan lagu ini negatif pada mereka, itu sesuatu yang terpaksa diterima oleh pengkarya. kadang kala kita berimaginasi sesuatu yang terlalu tinggi dan sukar digapai oleh khalayak yang lain. saya pernah merasakan yang sedemikian. kita berikan alasan “takkanlah si rempit boleh berimaginasi puncak tertinggi dunia dengan rujukan Tibet segala sedangkan mereka gagal subjek geografi (hatta menjadi rempit)?” kita ambil contoh sebuah karya The Cure - “Killing An Arab”. walau pada pengkarya, ia mungkin sekadar sebuah bab dari sebuah cerita (rujukan dari tulisan Albert Camus), dan pada Robert Smith, ia tidak lain hanyalah sebagai sebuah cerita, tetapi pada masyarakat dunia, ia tetaplah sesuatu yang negatif juga. Robert Smith mengambil tanggungjawab ini dengan tidak menggalakkan stesen radio daripada memutarkan lagu ini. itu situasi yang saya lihat pada Malique sekarang.

it’s the people versus larry flynt scenario again…

and yes, we called this, “jumping into bandwagonry”. 





Tuesday, April 10, 2012

you gave april a reason, dreamgirl

it’s far beyond metal…


p/s: happy birthday phynaz!

Sepuluh tahun dah tak update,... i know, i know. Banyak benda yang berlaku dan banyak kemaskini yang saya lakukan dalam cawangan Tumblr, kalau ada yang selalu check lah. 

But first of all, i would like to say happy birthday to my dear friend, Phynaz. She's going 23 y.o by now. Have a good one.  

Nothing's better for someone else's birthday than playing Happy Songs for Happy People, an album by Mogwai and anything by Birthday Party

Lepas ni barulah saya cerita pasal sekian-sekian muzik. Mintak maaf sebab saya ada banyak benda yang nak ditulis tapi tak tertulis di sini tapi saya akan cuba tulis. Anything,... and nothing can't stop me now but death.



now,.... entry macam ni dah macam entry artblog zaman Livejournal dulu...


Related Posts with Thumbnails