Followers

Friday, January 12, 2024

Bagaimana anda mula kenal Butterfingers ketika zaman tak berapa nak ada internet, sebelum Friendster, MySpace, MyRakan apatah lagi Facebook dan Stegrem?

Kalau sekarang tak ada internet, perut boleh masuk angin ni.

Aku first time dengar Butter dulu masa kemunculan pertama di rancangan Alternatif di TV3 sekitar 1996. Tiada pengenalan apa2, Butter terus mainkan lagu Garden City of Lights (masa ni Butter Worth tak keluar lagi). Tapi korang paham ajelah, bila band alternatif perform live kat TV3, semua band dah bunyi macam kombo Ambang Klasik jadi ianya bukan cinta pandang pertama pada aku walaupun aku pun dah mula kenal grunge sebelum itu lagi dari band-band big 4 grunge dari Seattle ke pembacaan di akhbar Star, majalah ROTTW, majalah Hit Parder, akhbar Harian Metro (masa ni Saniboey Ismail  banyak mengulas album2 alternatif tempatan dan luar negara di Metro dengan penulisan yang buat kau senang faham sebelum mendengar album itu sendiri kalau banding dengan Harian Metro post black metal yg dah jadi jahanam. Fuck you, Rudy.) Selepas beberapa ketika, aku mula dengar rakaman studio Butter seperti lagu Chrome di Radio 4 RTM (sekarang Traxx FM) dan Nicc o Tyne di Radio Muzik (sekarang Muzik FM) yang lebih buat aku menerima Butter walaupun tak terus beli kaset. Aku betul-betul melekat dengan Butter melalui album Butter Worth Pushful sebab bunyian mereka lebih jelas dengan produksi rakaman yang lebih baik tapi aku masih tak beli-beli kaset Butter sebab aku sibuk buat mixtape tiap-tiap minggu bila dengar program radio macam Alternative Rock Chart dan Under Current di Radio 4 RTM. Banyak band masuk radio dan jika diikutkan pada zaman ekonomi gawat dan masih sekolahnya, tak terbeli kaset-kaset di kedai walaupun disarankan oleh rakan beli tape kosong supaya dia boleh tolong 'dubbing'. 

So, yeah. The struggle is real and internet is nowhere to be found tapi ajaib jugalah sebab aku boleh hafal dua album Butter dalam kepala masa tu.

Bayangkan aje kalau zaman tu majalah ROTTW pun belum ada, tak mustahil Butter keluar dalam majalah URTV pose terjun kolam sebagaimana yang terjadi pada kumpulan Wings dan banyak band rock kapak dan rock leleh sebelumnya.

Wednesday, January 03, 2024

Offspring - Album Self Titled (dan aku yang dah mula analitikal dalam bab dengar muzik di tahun 1996)

Masa Smash tengah naik, sebab tak sabar nak tunggu album baru keluar (masa tu dapat dengar sample 3 lagu dari album Ixnay sebelum album penuh keluar - All I Want, I Choose, Me and My Old Lady yang Sony Music hantar dalam bentuk kaset ke rumah), maka pergilah ke kedai kaset, tengok ada satu kaset Offspring gambar serba gelap tulisan hijau kekuningan. Kata staf kedai baru sampai jadi aku expect itu album baru tapi sebenarnya itu album pertama, self titled Offspring tahun 1989. Tapi album ni versi rerelease oleh Epitaph Records bawah imprint Nitro Records milk Dexter Holland (diedar semula untuk capitalize sukses Smash selepas syarikat rakaman asal Nemesis Records tutup kedai tahun 1993). Kaset yang aku dapat tu pun versi bootleg dan terkurang satu trek, Tehran. Ruang kosong dia masukkan lagu Smash It Up (cover The Damned dari OST Batman Forever) dan 3 lagu dari album Smash, practice biasa kaset bootleg. 

Pada minda yang dah mula analitikal masa tu, album 'baru' ni dirasakan tak sesedap Smash yang dah jadi all time favorite tanpa sedar album self title tu ialah permulaan Offspring yang mana Offspring masa tu sebahagian dari scene Orange County yang ada band-band macam Social Distortion, Adolescent, D.I., T.S.O.L. dan Agent Orange. Offspring ada ciri-ciri band-band O.C 80'an sebab dipengaruhi oleh band-band sekampung yang lebih awal. Aku masa tu tak faham sebab album Smash ni peak Offspring yang dah ada ciri-ciri alternative rock 90'an (Nirvana) macam distortion yang heavy. Aku ada baca kritik pasal album self title Offspring ni yang mana pengkritik ni baru dengar selepas album Smash dan dia bagi 5/10 markah je sebab dia tak boleh terima sound awal Offspring ni. Dia dah terbiasa dengan album Smash dan bunyi pop punk dan alternative rock masa tu. Production pun dah lain. Jadi perasaan aku macam pengkritik tu jugalah. 

Tapi aku suka sebenarnya album self title Offspring ni. Aku tak adalah nak bagi markah 5 out 10 macam pengkritik tu. Aku bagi lebih sikit sebab aku suka lagu macam Jennifer Lost The War (lagu ni ada dalam kompilasi Punk-O-Rama dari Epitaph yang Sony Music Malaysia pun jual juga sebab kompilasi alternative rock masa tu memang laku keras), Demons (yang kuat pengaruh T.S.O.L), Beheaded (yang mana Offspring jadi cameo dalam filem Idle Hands bawa lagu ni), I'll Be Waiting (yang kawan aku kata tajuk macam lagu jiwang tapi lagunya tak begitu). Dan satu lagi lagu, K*** The President pun aku suka tapi rerelease album ni sejak tahun 2007 dah tak ada trek terakhir ini. Cari kat YouTube pun takkan jumpa. Offspring dalam liriknya agak politikal dan gelap masa tu banding masa dengan Smash. Aku pun banyak juga baca yang orang persoalkan punk Offspring bila dah level commercial sellout Americana tu atau jadi parody of themselves dalam album-album kemudian tapi pada aku sebab ramai yang tak jumpa atau cuba dengar album pertama ni. 


Memperkasa Nolej di Era URTV

Aku dulu tak beli URTV tapi kat rumah mesti ada majalah URTV, samada kakak beli atau pinjam jiran buat reta sendiri. Ini sebelum ROTTW keluar Mei 1996. Jadi nolej (knowledge) kau bercampur-campur juga lah. Kau tau pasal A TO Z,  KRU (kakak aku minat KRU,  habis semua majalah hiburan ada KRU dia sapu), Sheeda,  Amelina,  Shamsul Ghau Ghau,  Mr. Big, Megadeth, Offspring. Band-band rock oversea ni tau pun sebab Nas Ahmad pernah menulis kolum rock di URTV sebelum jadi wartawan Melodi. 

Adalah fasa dia sebelum nak masuk muzik rock ni, bila tengok abang-abang aku ada kaset Maiden, Metallica, Megadeth,  Slayer, kau nak tumpang sekaki tapi kena ada band yang jadi gateway atau pembuka jalan, and that is Offspring (sebab lagu Come Out And Play asyik main kat radio) dan Nirvana (sebab album Unplugged tengah top). 

Bila dah masuk, kau tengok balik majalah-majalah hiburan yang ada, URTV ke,  Media Hiburan ke, Variapop ke, kau cari semua kolum dan artikel yang sentuh pasal rock, gunting dan archive dalam buku sebab benda tu macam rare sangat sampailah keluar majalah ROTTW. Dalam proses tu aku perasanlah juga BMG pernah beli 1 page iklan di URTV utk promote album2 alternatif rock terhangat bawah label mereka (Geffen) yakni album Beck, Sonic Youth dan Hole. Syarikat rakaman Sampoerna (yang ada artis rakaman yang tak laku iaitu Ayie yang juga abang kepada Siti Nurhaliza) dapat lesen jual album Roadrunner Records jadi iklan dia mestilah album metal dan hardcore terhangat. Dan page lirik lagu sebelah poster diorang letak lirik lagu Smashing Pumpkins - Bullet with Butterfly Wings, yang membuka mata jugalah walaupun kau tak pernah dengar lagu tu kat radio. Dan majalah kartun Gelihati zaman Gayour, Scorpyan dan Yo dulu penuh dengan ikonografi rock yang sangat jelas sampai pembaca kata Gelihati ni dah macam majalah mat metal. 

Ini zaman sebelum internet yang ada keterbatasan dalam menerima info tapi setiap benda kecil dalam majalah hiburan yang orang perlekeh tu amat kau hargai.

NOTA GAMBAR: Sinopsis filem APOKALIPS X (arahan Mamat Khalid) di majalah URTV.


Related Posts with Thumbnails