Adalah fasa dia sebelum nak masuk muzik rock ni, bila tengok abang-abang aku ada kaset Maiden, Metallica, Megadeth, Slayer, kau nak tumpang sekaki tapi kena ada band yang jadi gateway atau pembuka jalan, and that is Offspring (sebab lagu Come Out And Play asyik main kat radio) dan Nirvana (sebab album Unplugged tengah top).
Bila dah masuk, kau tengok balik majalah-majalah hiburan yang ada, URTV ke, Media Hiburan ke, Variapop ke, kau cari semua kolum dan artikel yang sentuh pasal rock, gunting dan archive dalam buku sebab benda tu macam rare sangat sampailah keluar majalah ROTTW. Dalam proses tu aku perasanlah juga BMG pernah beli 1 page iklan di URTV utk promote album2 alternatif rock terhangat bawah label mereka (Geffen) yakni album Beck, Sonic Youth dan Hole. Syarikat rakaman Sampoerna (yang ada artis rakaman yang tak laku iaitu Ayie yang juga abang kepada Siti Nurhaliza) dapat lesen jual album Roadrunner Records jadi iklan dia mestilah album metal dan hardcore terhangat. Dan page lirik lagu sebelah poster diorang letak lirik lagu Smashing Pumpkins - Bullet with Butterfly Wings, yang membuka mata jugalah walaupun kau tak pernah dengar lagu tu kat radio. Dan majalah kartun Gelihati zaman Gayour, Scorpyan dan Yo dulu penuh dengan ikonografi rock yang sangat jelas sampai pembaca kata Gelihati ni dah macam majalah mat metal.
Ini zaman sebelum internet yang ada keterbatasan dalam menerima info tapi setiap benda kecil dalam majalah hiburan yang orang perlekeh tu amat kau hargai.
NOTA GAMBAR: Sinopsis filem APOKALIPS X (arahan Mamat Khalid) di majalah URTV.
No comments:
Post a Comment