Followers

Wednesday, June 30, 2010

better to write for yourself and have no public, than to write for the public and have no self


i've been doing this religiously for 3 years since. cuma bila saya sibuk kembali dengan kerja journalism saya, maka saya tak punya masa langsung dengan keinginan yang satu ini which is cook job at the kitchen. bila dah masuk 'midlife crisis' (kah kah kah) ni, it becomes common sense of living. well, this thing at least keeps me safe and sound at home. keluarga saya pulak has been into food industry (laksa making, to specify) for ages, seems like i can't runaway from it.



well, our dinner for tonite, lepas tu kita boleh sambung on drawing, on weekend. that's what you do kalau hujung minggu tak ada gig terhebat di dunia mahupun anda tak ada keperluan untuk dibeli seperti naskah terbaru IdN. anda juga tidak keluar berpacaran. anda tidak ada ritual date. most of the time anda di wash room, anda bercakap sendiri, seolah-olah anda bercakap dengan dia. ia jadi latihan harian.

however, dah ditakdirkan i got this gift, and i deliberately succumb myself into world of visual art. it's just, i always fell into this state of failed tortured artist who always keep a coma diary in his mind. girlfriend thinks she never work things out for me so she left.

dalam kesibukan hari ini, i spent myself at home on weekend, bila rakan lain keluar berpeleseran atau punya masa kualiti dengan isteri tersayang. i guess i really did have time. but, it still didn't move my hands to draw a single line. i've been curse for past few months. i think like im crying. stabbing myself everyday. however, i tried. so hard i tried. (itu pun lepas beberapa kali sesi terapi yg tak boleh pakai dengan limpahan substance.)



solution dia mudah bukan? berhenti berperang dengan dinding.

thanks phynaz, fez and bristol. this is for you guys. i've been working on daily basis since.

p/s : nigella is sex on the kitchen.

Monday, June 28, 2010

Tiz Zaqyah: Tidak...Semua Itu Tidak Benar!



Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.”, kata Jejai. "Who the fuck is Jejai? Gila rempit nya nama," yes, i heard u ask, but we already know.

Tapi Tiz Zaqyah kata lain plak.

Anyway, Tiz, I'm with you!!!!!! kahkahkahkahkahkahkahkah!!!! Fasha Sandha is yesterday news.


and anyway Tiz, beloved one, kalau saya rindu awak, saya mesti gi makan kat satu kedai kat sri gombak ni. saya terbayang awak amik order nasi goreng kampung dan neskopi ais saya. kemudian awak sambung makan. sambil menyuap nasi, awak merenung saya yang juga sedang menyuap nasi diiringi lagu Pelican, "Strung Up From The Sky".

Sunday, June 13, 2010

...sebenarnya tak minat lagu Bryan Adams, tapi boleh layan Bon Jovi - "I'll be there for you" pulak..... damn you, Ashton Kutcher!



you guys can follow me on Twitter,...if you guys can.

here : http://twitter.com/nazriahmadeus

Monday, June 07, 2010

you heard about, "be your own man", you talk a lot and loud, illustrate the obvious, boy, you're mentally endowed...

Fakta menarik hari ini : Rancid buat album di Skywalker Ranch. Mereka ditemani R2D2. Dalam R2D2 ada beberapa tin Coke. Rupa-rupanya R2D2 itu ialah sebuah peti sejuk. Tapi robot kecik separa bulat itu masih mampu menyimpan isyarat kecemasan buat Princess Leia Organa Bell, adik kepada pemain gitar Weezer. See, Luke,... I am your fartharrrr!

btw, album bulan ini jatuh pada Helmet. agaknyalah kot....aku pun tak pasti lagi nak letak album klasik macam "In The Meantime" ke atau "Betty",... tapi sejarah aku dengan Helmet hanya bermula 13 tahun lepas dengan album "Aftertaste". Mungkin ada yang panggil Helmet band post-hardcore. even aku sendiri masa mula-mula dengar Helmet, aku beri sepenuh harapan kat Aftertaste supaya pengetahuan aku pada muzik hardcore jadi luas sikit. agaknya lah kot.... memang luas betul sebab Helmet sebenarnya bermula ketika mereka dicanang sebagai alternative metal. Alternative sebab satu hal je.... diorang lah pada zaman tu yang metal tapi tak dressing metal. Mula-mula aku nak tulis pasal Isis sejak pembubaran tak terjangka mereka bulan lepas. Isis ni pulak memanggil muzik-muzik dari label diorang sebagai 'a thinking man's metal'. now let see,... the origin of 'thinking man's metal' actually derived from Helmet's jazz infused writing in metal and hardcore opus since early 1990's.

Instead of writing about Isis, i have to tell you that, my mind, they keep playing "Exactly What You wanted" or "Like I Care".

Helmet ada Page Hamilton dan John Stanier. Page Hamilton dulu dari sekolah jazz, tapi nak main muzik hardcore. kawan2 dia kata dia buang masa main muzik sampah. akan tetapi, muzik sampah dialah yang mempengaruhi banyak muzik keras yang ada hari ini. thus you get post metal, post-post or anything that rely on mathematic within music. that's even before Dillinger Escape Plan. now my friend, you never call making music like Helmet is a watse of time. John Stanier pula dikenali sebagai pemain dram yang pantas dalam genrenya. dan juga teknikal. cuba trek Helmet - "Wilma's Rainbow" atau "I Know". sekarang ni Stanier main dengan Battles. dan betapa ruginya aku sebab tak dapat tengok Battles di KL tahun lepas (walaupun tak dapat tengok Helmet dengan line up yang ada Hamilton dan Stanier).


i have to keep writing this actually. seorang pembaca saya sebenarnya ingin melihat saya menulis tentang muzik. saya selalu tulis dalam majalah bukan? membaca di blog pula lain kisahnya. kita ada Pitchfork apa? suara saya terlalu kecil untuk didengar.

bagaimanapun, selepas merapu pasal Toy Story bulan lepas, saya akhirnya dapat a pair of free tix to its Premiere Screening next week. in 3D. sekadar pengumuman....

anyway, selepas pembubaran Isis , saya rasa saya boleh layan Red Sparowes saja. Russian Circles. mereka ok. Lymbyc Systym yang nak datang KL bulan depan pun, ok, walaupun berbunyi terlalu positif. sekadar ok sajalah.

tapi Red Sparowes ni, dia boleh buat tajuk lagu atau tajuk album macam ni pulak : "Oh God, Lord of Vengeance, Show Yourself!" atau "Finally as That Blazing Sun Shone Down Upon Us Did We Know That True Enemy Was the Voice of Blind Idolatry; and Only Then Did We Begin to Think for Ourselves".... (tajuk yang pertama tu datang selepas gear mereka dicuri selepas konsert...).



p/s : gambar Helmet di atas ialah dari majalah ROTTW edisi April 1998, yang ada gambar Zua dan Ali XPDC kat depan. tengok gambar Helmet ni time tu rasa nak buat photo shoot band pun lebih kurang macam ni.
Related Posts with Thumbnails