Fakta menarik hari ini : Rancid buat album di Skywalker Ranch. Mereka ditemani R2D2. Dalam R2D2 ada beberapa tin Coke. Rupa-rupanya R2D2 itu ialah sebuah peti sejuk. Tapi robot kecik separa bulat itu masih mampu menyimpan isyarat kecemasan buat Princess Leia Organa Bell, adik kepada pemain gitar Weezer. See, Luke,... I am your fartharrrr!
btw, album bulan ini jatuh pada Helmet. agaknyalah kot....aku pun tak pasti lagi nak letak album klasik macam "In The Meantime" ke atau "Betty",... tapi sejarah aku dengan Helmet hanya bermula 13 tahun lepas dengan album "Aftertaste". Mungkin ada yang panggil Helmet band post-hardcore. even aku sendiri masa mula-mula dengar Helmet, aku beri sepenuh harapan kat Aftertaste supaya pengetahuan aku pada muzik hardcore jadi luas sikit. agaknya lah kot.... memang luas betul sebab Helmet sebenarnya bermula ketika mereka dicanang sebagai alternative metal. Alternative sebab satu hal je.... diorang lah pada zaman tu yang metal tapi tak dressing metal. Mula-mula aku nak tulis pasal Isis sejak pembubaran tak terjangka mereka bulan lepas. Isis ni pulak memanggil muzik-muzik dari label diorang sebagai 'a thinking man's metal'. now let see,... the origin of 'thinking man's metal' actually derived from Helmet's jazz infused writing in metal and hardcore opus since early 1990's.
Instead of writing about Isis, i have to tell you that, my mind, they keep playing "Exactly What You wanted" or "Like I Care".
Helmet ada Page Hamilton dan John Stanier. Page Hamilton dulu dari sekolah jazz, tapi nak main muzik hardcore. kawan2 dia kata dia buang masa main muzik sampah. akan tetapi, muzik sampah dialah yang mempengaruhi banyak muzik keras yang ada hari ini. thus you get post metal, post-post or anything that rely on mathematic within music. that's even before Dillinger Escape Plan. now my friend, you never call making music like Helmet is a watse of time. John Stanier pula dikenali sebagai pemain dram yang pantas dalam genrenya. dan juga teknikal. cuba trek Helmet - "Wilma's Rainbow" atau "I Know". sekarang ni Stanier main dengan Battles. dan betapa ruginya aku sebab tak dapat tengok Battles di KL tahun lepas (walaupun tak dapat tengok Helmet dengan line up yang ada Hamilton dan Stanier).
i have to keep writing this actually. seorang pembaca saya sebenarnya ingin melihat saya menulis tentang muzik. saya selalu tulis dalam majalah bukan? membaca di blog pula lain kisahnya. kita ada Pitchfork apa? suara saya terlalu kecil untuk didengar.
bagaimanapun, selepas merapu pasal Toy Story bulan lepas, saya akhirnya dapat a pair of free tix to its Premiere Screening next week. in 3D. sekadar pengumuman....
anyway, selepas pembubaran Isis , saya rasa saya boleh layan Red Sparowes saja. Russian Circles. mereka ok. Lymbyc Systym yang nak datang KL bulan depan pun, ok, walaupun berbunyi terlalu positif. sekadar ok sajalah.
tapi Red Sparowes ni, dia boleh buat tajuk lagu atau tajuk album macam ni pulak : "Oh God, Lord of Vengeance, Show Yourself!" atau "Finally as That Blazing Sun Shone Down Upon Us Did We Know That True Enemy Was the Voice of Blind Idolatry; and Only Then Did We Begin to Think for Ourselves".... (tajuk yang pertama tu datang selepas gear mereka dicuri selepas konsert...).
p/s : gambar Helmet di atas ialah dari majalah ROTTW edisi April 1998, yang ada gambar Zua dan Ali XPDC kat depan. tengok gambar Helmet ni time tu rasa nak buat photo shoot band pun lebih kurang macam ni.
1 comment:
Salam.
Macam yang saya komen di page Last Fm anda, saya sebenarnya sangat suka membaca blog anda.
Betul, anda menulis di ROTTW. Segala tulisan, dari review album sehingga ke sekecil-kecil artikel saya hadam. Saya lebih suka baca di blog, berbanding di mana-mana majalah sebenarnya. Mungkin kerana faktor bias.
Sebab saya suka membaca segala komen yang diutarakan dengan jujur. Bukan sebab hipokrit, album tak bagus, lagu mungkin 'entahapaapa' tapi dikatakan best hanya sebab mengikut faktor populariti. Banyak penulis seperti itu.
Keep on writing, mungkin bagi anda, suara anda terlalu kecil untuk didengar.
Bagi saya, suara kecil itu lagi jujur yang sebenarnya.
:)
Post a Comment