Followers

Wednesday, October 26, 2016

Ulasan filem: DOCTOR STRANGE

Marvel tiada dunia mistik a la DC/Vertigo dalam filem sebelum ini, but somehow DC yang selalunya lembab bab-bab filem ni dah pernah buat dulu melalui Hellblazer (Constantine yang punya kelebihan berbanding manusia meneroka alam mistik, siap Ancient One jadi Gabriel lagi)  yang dibenci fanboys kerana ketidaktepatan rupa dan accent Constantine, but that's not the case with Doctor Strange. 

Bila anda timbulkan ilham nak letak Constatine dan Morpheus dan Superman dalam satu kerangka, you'll get cringe. But that's not the case with Doctor Strange yang ditemukan dengan seorang Avenger, sebagai contoh. Anda mahu perkara itu berlaku. That would be fun. Cape with cape. Strange, isn't it?

Masa baca komik Doctor Strange keluaran pertama tahun 1963, kalau anda bagitau saya ia mahu dijadikan filem, saya boleh ketawa juga. Sebab ia agak flower power.

Tapi bila Scott Derrickson menzahirkannya, dengan ketepatan rupa, accent, dunia mistik dan kostumnya, saya boleh terima dengan mudah. Ia memang straight dari buku komik. Saya dah tak boleh gelak, macam Wong.

Dan Doctor Strange menjadi Doctor Strange bukan secara keterpaksaan as it so happens, naturally, strangely. Tak terasa seperti latihan panjang Bruce Wayne di Bhutan (nak bagitahu yang ianya filem origin story, dengan formula yang sama tapi tetap ada benda yang tak sama pada lain-lain perkara). Sebab dia dah well prepared dengan Phd barangkali, bukan beli.

Dengan segala medical term jokes, Doctor Strange juga terasa seperti album Carcass dan satu episod Scrubs bila J.D bertukar menjadi Hulk, tapi dikembangkan. It's all fun. Benedict Cumberbatch is nothing but fun to watch. And I'm glad he's now part of MCU.

Simply put, pada saya, filem ni memang Benedict Cumberbatch punya show. Dia, dia, dia, dari awal ke hujung filem.

Kemudian letak pulak Rachel McAdams sebagai love interest. Memang lain macam lah dia punya rom com. Saya minat dia dari Mean Girls lagi.

And I've come to terms apa yang membezakan Doctor Strange dengan filem MCU yang lain ialah Doctor Strange is deeply rooted on self-centre rather than superheroic purpose yang nak lawan their evil counterpart. Strange sangat reklusif dengan konsep mencederakan lawan sampai hilang nyawa. His main purpose is to cure and to save. Dia ni doktor yang sebenar dalam dunia Marvel walaupun sebelum ini Marvel dah ada doktor dalam bentuk Bruce Banner.

Jadi antagonist ni siapa dan di mana? Adakah dia secondary character atau 3rd or simply stock character (yang adakalanya orang kata tak ada pun tak apa sebab membazir ruang kerana watak tak dikembangkan.).

Antagonis dalam filem ini ialah Kaecilius, yes. Tapi dia kat mana? Sama macam watak utama yang mana weight-nya sama berat dengan protagonis sampai protagonis tenggelam (Joker dalam The Dark Knight)? Saya tak rasa begitu. Dia cuma watak secondary yang ada isu dengan Ancient One yang juga watak secondary. Focus filem awal ke akhir tetap lah si Strange. Dia lawan diri sendiri.

Dan saya nampak premis filem ini yang agak menarik. Hero sebelum ni lawan pakai bertumbuk. Dalam Doctor Strange, it's more on jampi and mind games. Endingnya perfect. Dan saya faham nature sebuah filem origin. Plotnya standard. Ianya tak adil sebab Iron Man, Ant Man, Batman Begins, Spider-Man, Deadpool dah keluar dulu. What if Doctor Stranger guna kuasa pusingan masa dia dan filem Doctor Strange yang keluar dulu instead of Iron Man, agaknya apalah nilai filem superhero lain yang terdahulu? Adakah masih diangkat tinggi? Sebab tu saya hargai filem ini. Saya nampak apa yang berbeza, thematically.

Dan Doctor Strange ialah sebuah tribute yang manis buat pereka wataknya, Stephen J. "Steve" Ditko, yang kadangkala kita tak nampak kontribusinya yang boleh tahan besar dalam pembentukan universe Marvel kerana dibayangi oleh Stan Lee.

8 out of 10

* Terima kasih buat Walt Disney Malaysia untuk preview media di dewan IMAX, TGV 1Utama. Doctor Strange akan mula ditayangkan di Malaysia mulai 27 Oktober 2016.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2016
Genre: Superhero / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 1 Jam 55 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Michael Stuhlbarg, Mads Mikkelsen, Tilda Swinton
Lakonlayar: Scott Derrickson, C. Robert Cargill
Cerita: Jon Spaihts, Scott Derrickson, C. Robert Cargill, berdasarkan watak komik Doctor Strange rekaan Steve Ditko
Pengarah: Scott Derrickson

Saturday, October 22, 2016

Ulasan filem: ANGRY BIRDS

Saya tonton semula filem ini sebab saya bersumpah semasa anak-anak ketua rumah pasang DVD filem ini sebagai tontonan, saya macam dengar "we're fucking angry birds" disusuli lagu Black Sabbath. Too good to be true.

Angry Birds walaupun lambat dihasilkan, ia dah jadi pop culture untuk generasi iPad dan tablet. Anak-anak tuan rumah saya hari-hari tengok DVDnya kerana mereka dah kenal wataknya. "Wait, Angry Bird tu sebut 'fucking' ke? Lagu Black Sabbath?" (Sebelum saya tonton kali kedua untuk kepastian).

Pengalaman kali pertama, Angry Birds terasa cepat sangat habis, seolah-olah ia tidak berusaha untuk mengembangkan plotnya. It went downhill masa Leonard masuk kampung. (Though i like the graphic). Macam kita main game level 1. Tak berkembang. Tau-tau kita perlu hancurkan si babi-babi yang macam lanun dan penyamun dalam Ali Baba.  Which makes Ali Baba Bujang Lapok far more superior sebab weight antara Ali Baba dan ketua penyamun ada balance.

"Actually, I cuma ingat nama 3 characters: Red, Bomb dan Terrence, hahaha. Ceritanya taklah hebat sangat tapi part last-last tu banyak pulak menyentuh perasaan, hahaha." - kata peminat (dia merujuk pada heroic dan acceptance). Ada benarnya. Sepatutnya saya boleh kaitkan diri saya dengan watak Red sebab dia seorang anti hero, outcast, reklusif, dan menyendiri kerana dia ada isu dengan orang sekeliling yang buat dia seringkali marah - hence, the angry bird. Bezanya, saya pendam, Red pula habis diamuk satu pulau Bird Island. Ditambah dengan rujukan The Who - "Behind Blue Eyes", dari dalam, sebenarnya Red mahu diterima, marahnya mahu dihapus, dan tanpa mendedahkan spoiler (ini sebenarnya boleh diagak), Red menjadi wira kerana rasa sayangnya pada masyarakat burung di kepulauannya walau dia semacam disisihkan (atau menyisihkan dirinya sendiri). Red tak nampak, tapi dia sebenarnya ada nilai dan kontribusi pada masyarakatnya. Dan dia tak minta balasan apa-apa kecuali ketenangan kerana amarah itu bagai satu beban yang amat berat dan tak tertanggung.

Actually, Angry Birds is all fun. Silaplah yang kata tak best tu.

7.5 out of 10

Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 12 Mei 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph, Peter Dinklage
Pengarah: Fergal Reilly, Clay Kaytis

Ulasan filem: JASON BOURNE

First half menguap. All those spy thriller cliches. Then came the second half. We just wanted to see Las Vegas burn down to the ground because we never had enough with Nicholas Cage.

I give it a half. If you like popcorn stuff, it's all there and it's fun. Heck, Bourne did some Rambo at the beginning.

Dalam video ulasan aku di IGN, aku mungkin praise filem ni gila-gila tapi aku rasa semua yang aku sebut tu tak boleh pakai kecuali seperkara: anggaplah Bourne Legacy tak berlaku. Jason Bourne ialah mesin duit dengan penamat yang mengitar tema kejatuhan markas spy sebagaimana filem terakhir James Bond  atau Mission Impossible kerana masalah dalaman yang mungkin puncanya ialah orang dalam sendiri. Cyber security tu icing on the cake je. This is pizza.

Dan aky dah penat dengan teknik Greengrass-ing sejak Taken 3.

5 out of 10

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 28 Julai 2016
Genre: Aksi / Thriller
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Matt Damon, Julia Stiles, Alicia Vikander, Tommy Lee Jones, Vincent Cassel
Pengarah: Paul Greengrass

Ulasan filem: TAKEN 3 (2015)

Jika diukur sebagai filem aksi semata, TAK3N lebih OK daripada filem terdahulu TAKEN 2 yang hilang jiwanya. For the sake of no-brainer action movie, ia boleh diterima. Letup sana, terbalik sini but still, it’s silly, silly, silly. Taken has been silly plotwise from day one lagi.

Jika ianya sebuah siri televisyen yang bernama Taken, maka TAK3N dah tak berapa nak ‘taken’ dah kerana TAK3N dah berubah menjadi sebuah filem fugitive. Definisi ‘taken’ sudah berubah (macam ‘life has been taken’ sebagai contoh). Jika anda boleh bersabar dengan cara pengarahan Olivier Megaton (yang mengambil alih kerusi pengarah dari Pierre Morel sejak Taken 2), maka anda akan suka dengan shot aksi yang sering bertukar-tukar angle kameranya setiap saat, ditambah dengan kamera bergegarnya yang pasti menyesakkan pengalaman sinema anda kerana anda tak sempat bernafas dan anda akan pening.

Namun anda tetap mahu menonton TAK3N jika apa yang saya sebut di atas sebagai filem fugitive buat anda mahu melihat sosok Liam Neeson sebagai Bryan Mills dalam kerangka filem-filem fugitive seperti North by Northwest, The Hitcher dan The Fugitive.

PLOT: Selepas kejayaan filem Taken dan Taken 2, kini siri ketiga filem yang bertemakan aksi ngeri ini mengisahkan Bryan Millis yang telah dituduh sebagai seorang pembunuh, walhal dirinya tidak melakukan jenayah tersebut dan telah dirancang oleh pihak tertentu bagi menganiayai dirinya.

4.5 out of 10

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Thriller
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2015
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Olivier Megaton
Pelakon: Liam Neeson, Famke Janssen, Maggie Grace, Forest Whitaker

Tuesday, October 11, 2016

Ulasan filem: THE NICE GUYS

Shane Black (Kiss Kiss Bang Bang, Iron Man 3) is back in black again. Saya tonton filem ini di press preview pagi tadi, totally better than Angry Birds that I've watched later. Tonton dengan my KL Buddy, I've told him why The Nice Guys is unlike any other mystery noir buddy comedy he had seen before.

KL Buddy: Filem ni kelakar tapi rumit sikitlah pada orang yang berusia macam saya.
Me: Tengok je lah era 70'annya dan apa isu yang diangkat bila kita dibawa ke era itu. Pornografi - yang sebenarnya sebenarnya bukannya pornografi sangat pun, tapi pembikinnya mahu creative freedom, free speech. Ada watak anti pornografi yang mengingatkan saya pada Tipper Gore tapi Shane make it further down the spiral. Scene protes depan mahkamah tu kelakar dan paling jelas.
KL Buddy: Jadi filem ni komedi yang ada isilah?
Me: I leave it there....

Sedangkan dialog anak dan ayah yang nampak simple pun boleh jadi witty, bold dan charming. (Dalam kecoh hal kerja si ayah, masih terselit hal rutin yang mereka buat tiap hari yang disebut.) Itu yang writer kita lack of.

(Lepas tu bincang kami berkisar Russell Crowe yang dah gemuk macam John Goodman, kenapa Ryan Gosling ialah bekas Mouseketeer yg jauh lebih baik daripada Britney, Christina Aguilera, JT combined and unstoppable force.)

Nota kaki:
1. Janna Nick tak suka. "Filem ini terlalu deeeepppp." Janna kena tipu dengan IMDB hahaha! Komen-komen satu benda pun takde kait dengan filem. Mau juga aku share kat Movie Addict bawak satu army walaupun a film is a matter of preference. #jnmoviereview
#sayangketatsendatpadat

2. Ryan Gosling masih menjerit macam perempuan.

8 out of 10

Plot: Berlatarkan Los Angeles pada tahun 1970an, penyiasat persendirian Holland March dan penguatkuasa Jackson Healy perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kes kehilangan seorang gadis dan juga kematian pelakon porno yang pada mulanya dianggap tidak saling berkait. Ketika menyiasat mereka mendapati satu konspirasi yang mengejutkan membabitkan orang-orang ternama.

Treler: https://youtu.be/roh3MfHRRKI

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 26 Mei 2016
Genre: Misteri / Komedi
Durasi: 1 Jam 56 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Ryan Gosling, Matt Bomer, Russell Crowe, Kim Basinger
Pengarah: Shane Black

Saturday, October 08, 2016

Ulasan filem: NIGHTCRAWLER (2014)

Sekolah filem journalism Network campur Taxi Driver, kesannya efektif terhadap pengamal media (segera) yang keji, yang membuatkan saya melihat kerja mereka keji juga hingga buat saya nak cari kerja yang lebih mulia. Tapi saya cakap je lah. Faktanya, kalau Jake Gyllenhaal join bisnes MLM, ramai yang nak jadi downline dia.

"Recomended?" It is recommended if you, like me, understand those 2 movies I've mentioned: Network. Taxi Driver.

Well, for me it's a mix of two. You have no problem with Taxi Driver, tapi kena faham filem journalism yang menyekolahkan Nightcrawler, macam Network atau Broadcast News. It's dark but I don't called it funny, it's cynical actually, terhadap media segera macam vlogger yang tak sekolah journalism, dan konglomerat media sendiri yang tiada moral dan menolak etika kewartawanan. Dari sekecil-kecil buat tajuk clickbait hingga yang melibatkan nyawa orang yang tak bersalah.

Lihat intronya saja. Sebelum masuk Jake Gyllenhaal, muzik dark ambient James Newton Howard dan sinematografi Robert Elswit (memaparkan LA di kala malam) already make a story itself. It speaks intense pretty loudly (now you have to remember it's the same composer who had collaborated with Hans Zimmer to make The Dark Knight one of the best opening in the history of cinema).

9 out of 10

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2014
Genre: Drama / Jenayah
Durasi: 1 Jam 58 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Rene Russo, BillPaxton, Ann Cusack
Pengarah: Dan Gilroy

Ulasan filem: ME BEFORE YOU (edaran Warner Bros)

1. Kalau filem ini diterjemah ke karya tempatan, mesti dah jadi drama gandingan Ayda Jebat dan Keith Foo, kerana watak Louisa Clark, dari golongan working class yang tampak ceria dengan fesyennya yang eyecandy tapi struggle dalam mencari pekerjaan selepas diberhentikan kerja di sebuah kafe. Susahnya dia nak meneruskan kelangsungan hidup, mengenepikan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen satu waktu dulu, sehinggalah dia diterima sebagai pembantu di rumah keluarga orang berada Traynor, menjaga anak bujang keluarga itu, Will Traynor yang lumpuh hampir seluruh tubuh badan selepas berlaku kemalangan di awal filem. Dan Will digambarkan selalu moody. Kerana ditinggalkan kekasih (yang paling utama sekali) selepas keadaannya begitu.

2. You see, macam manalah aku tak terbayang Ayda Jebat dalam drama berangkai M.A.I.D, juga sebagai pembantu rumah untuk orang kaya. Kerana kualiti kedua-dua Emilia Clarke dan Ayda Jebat yang hampir sama taranya.

3. Cuma bezanya di sini, drama tempatan dalam genre serupa mungkin akan dapat bad rep (selain execution, skrip dan lakonan) kerana yang mengkritik tak minat pun cerita tersebut seolah-olah macam tak ada cerita lain yang dia boleh tengok di TV, walhal ada. Berbeza dengan Me Before You. Kau tak suka filem ni? Ok, tak payah tengok. Kau tak perlu kritik apa yang bukan preference kau. Save duit kau. Kau tengoklah Money Monster atau Ninja Turtles yang kau lebih prefer. Dan kau kritiklah. X-Men pun tengah tayang lagi.

4. Saya maafkan Emilia Clarke selepas kegagalan Terminator Genysis. Sebab setiap adegan lakonannya dalam filem ini menghiburkan. Dia memang pelakon yang berbakat. Man, I can feel her...

5. Saya perasan Sam Claflin dalam saga Hunger Games. Tapi saya lebih senang kaitkan dia sebagai Alex Stewart dalam filem Love, Rosie kerana ia juga filem romantik adaptasi novel seperti juga Me Before You. Dan saya risau juga sebab dia macam dibentuk ala GQ, ada kualiti 'kau ingat kau hensem sangat, semua filem kau awek yang hotstuff je kau kepit'. Nasib baik dia dilumpuhkan sejak awal filem lagi. Terserlah sedikit aspek lakonannya. Sikitlah...

6. Saya letakkan filem ini dalam kategori 'sick love story' in the same vein of The Fault In Our Stars. Dan awalnya saya menyukai juga filem Me Before You melebihi TFIOS. Cuma saya ada satu masalah dengan watak Will yang mewakili orang kurang upaya: dia helpless, hopeless, suicidal. Dan ia berjangkit pada watak-watak lain seperti mak ayahnya yang juga hopeless pada keadaan Will. Dalam erti kata, we can't take it anymore, we can't live this way anymore, we can live.... That kind of negativity, ya, saya ada masalah. Namun jika anda mengikuti keseluruhan filem, tindakan Will perlahan-perlahan mungkin dapat difahami. Kena duduk di tempat Will yang sememangnya sakit, menderita dan amat lemah. Kita kurang merasa sakit kerana kehadiran Louisa. Will merasakan Louisa punya tempat yang lebih baik dan kerana cintanya, dia melepaskan Louisa... ke tempat yang lebih baik. Me Before You pada saya, is a perfect example of the art of letting go in the name of love.

Mujurlah ada Khaleesi.

7.5 out of 10

Plot: Filem yang diangkat dari novel "Me Before You" nukilan Jojo Moyes ini mengisahkan tentang seorang gadis di sebuah perkampungan kecil yang menjalin hubungan tanpa disedari dengan seorang lelaki lumpuh yang dijaga olehnya.

Klasifikasi: P13
Tarikh Mula Tayangan: 2 Jun 2016
Genre: Drama / Romantik / Komedi
Durasi: 1 Jam 44 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Emilia Clarke, Sam Claflin, Jenna Coleman, Charles Dance, Matthew Lewis
Pengarah: Thea Sharrock

Trailer: https://youtu.be/uEv57GJzHMw

Tuesday, October 04, 2016

Ulasan filem: DOKTOR DUKUN DANI, arahan Sabri Yunus

Saya suka filem ni. Sebuah komedi ringan (saya dengar sendiri dari Sabri Yunus sebab ia filem pertamanya, sebelum diteruskan dengan filem kedua yang boleh mengangkat drama yang lebih berat) yang pada saya memanfaatkan bakat pelakon-pelakon yang saya gemari seperti Amerul Affendi dan arwah Yuss Jambu. They both drive the whole movie dan ia juga sisi lakonan Yuss yang belum pernah dilihat sebelum ini yang lebih serius, dan lawaknya bukan lawak MLM. Setting kampung dan orang-orang kampungnya sealiran dengan Mamat Khalid tapi saya lebih gemari versi Sabri sebab ia tak sesesak versi Mamat dari segi komedi. Memang dari A ke B, on point.

Saya tak gemar sangat pemilihan Taufik Batisah sebagai watak utama. Betul. Such a bold move to cast Taufik Batisah yang tiada acting background dan lakonannya tidak terasa apa-apa. Walaupun wataknya tak mencabar, tapi saya tengok dia macam tu je lah, tak ada tekstur. Amerul dan Yuss yang banyak steal the show. Kalau dibuat filem based on watak Amerul memang saya canang gila-gila. Ianya permulaan yang baik walaupun masih ada  kelemahannya. Membasuh luka melihat Fasha dalam naskhah Anak Mami Prof Razak baru-baru ini.

Cuma satu je lah. Tajuk filemnya Doktor Dukun Dani tapi sekali je saya nampak Dani jadi dukun. Besar harapan saya bila Dani seorang bekas doktor didukunkan selepas dia berguru dengan Dukun Sudin kerana ianya premis yang menarik tapi disia-siakan oleh Sabri Yunus untuk memberi ruang kepada drama yang biasa-biasa saja.

7 out of 10

Premis: Dani, seorang doktor muda yang baru bekerja, meletak jawatan apabila pembedahan pertamanya gagal dan pesakit meninggal dunia. Pulang ke kampung halamannya, jadi buah mulut orang. Bila dia ambil keputusan mengurus pusat perubatan tradisional milik Dukun Sudin, ibunya Mak Siti merasa kecewa. Ditambah dia menjadi mangsa dengki Chot yang sering memfitnahnya.

Tarikh Tayangan: 28 Julai 2016
Genre: Komedi / Drama
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Taufik Batisah, Fasha Sandha, Raysha Rizrose, Amerul Affendi, Khatijah Tan
Pengarah, cerita dan lakonlayar: Sabri Yunus

Ulasan filem REMBAT 球发财 (2015), arahan Shamyl Othman

REMBAT melakar potret menyakitkan tentang gen Y hari ini yang mengimpikan mimpi Malaysia sebagaimana yang sering didodoikan melalui harapan dalam bentuk lagu patriotik nyanyian Siti Nurhaliza, tetapi hakikatnya mereka berdepan dengan masa depan yang kelam, dibebani oleh hutang along berfesyenkan pinjaman pendidikan. Harapan tinggal harapan (boleh jadi palsu bila kita dibawa ke penghujungnya). Filem ini memang tepat menusuk ke hati kalau kita nampak mesejnya tapi ia dikaburi dengan gaya komedi Shamyl, goofball atau tidak (siap dia lepaskan seekor panda. Memang makan dalam.)

Usai menonton filem REMBAT, tertanya-tanya ada lagi ke perempuan (lakonan Zara Zya, sorry tak tengok I Love You, Mr. Arrogant tapi dia memang babe....) yang sanggup (taklah sanggup juga, nyaris-nyaris tu...) tunggu watak loser Malik yang takde kerja, beban hutang PTPTN tu? Ex aku yang time aku ada kerja, aku minta tunggu setahun sebab nak kumpul harta kekayaan pun dia terima orang lain. Fuck off. Really.

7 out of 10

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2015
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Studio: Marna Films, Grand Brilliance, Red Films
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Ah Niu, Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sam Chong, Zara Zya
Cerita dan lakonlayar: Amir Rohayat, Rafidah Abdullah
Pengarah: Shamyl Othman (Kami Histeria)

Monday, October 03, 2016

Ulasan filem: VOLKSWAGEN KUNING

1. Banding dengan produk MIG yang lain, VOLKSWAGEN KUNING ni ada lain sikit, sebab dari tulisan Raja Azmi dan Shahad. Kalau tak, selamanya dikreditkan sebagai 'panel skrip MIG'. Tapi post produksinya masih lagi 'pustaka MIG'.

2. Raja Azmi pun kata kalau boleh dia cuba kurangkan feel MIG tapi tak dapat 100% selagi lead dia masih lagi pelakon MIG dan post produksinya masih MIG (paling ketara masa audio suara pelakonnya yang template studio MIG dan skor dari pustaka MIG). Aku bukan peminat Atikah Suhaime (aku masih boleh tolerate dia dalam My, Stupid Boss, but not this one). Aku ambil contoh, sebelum filem ini ditayangkan, ada treler  filem MIG lain - Dorm Melati yang dilakonkan Nadia Aqilah. Terus feel dia jadi lain. Aku jadi minat pula nak tengok filem tu. Nadia bukan bintang MIG tapi dia pernah berlakon dalam telemovie terbitan MIG, Dendam Pencinta. Aku kira dia dah bergraduasi dari situ.

3. Untuk cinema, aku tak rekomen sangat. Tapi kalau ada Astro, cubalah. Itupun sebab lakonan Azman Hasan yang bawa watak Pak Ayob yang bagi aku drive filem ini. (Azman Hasan selain berlakon dalam CEO dan KL24ZOMBIE, dia juga recurring cast dalam  telemovie arahan Al Jafree Md Yusop seperti Melur vs Rajawali dan Kembara Nak Dara. So, aku memang minat lakonan dia.)

5. Bersungguh Raja Azmi buat research backstory kereta tu sampai ke rumah lama di Perak. Tapi tu lah, nak kena seorang master of horror juga yang berkebolehan membawa cerita legenda urban Malaysia ini. Cerita VOLKSWAGEN KUNING ni dah melekat di fikiran orang Malaysia. Bukanlah Shadan Hashim tak berkebolehan. Dia ada mencipta moment dalam filem ini tapi masih rendah daripada jangkaan aku.

6. VOLKSWAGEN KUNING dihasilkan oleh team yang sama membikin telemovienya lakonan Janet Khoo era VCD dulu, tahun 2005. Expand pada backstory kereta.

6.5 out of 10

Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 24 Minit
Pengedar: METROWEALTH PICURES
Pelakon: Pekin Ibrahim (Fuad), Atikah Suhaime (Sarah),  Shahronizam (Halim), Azman Hasan (Pak Ayob), Mak Jah (Nek Jah), Amai Kamarudin (Saleh waktu muda), Fatin Afeefa (Nek Jah waktu muda), Aida Othman (Raudhah), Hanif Safuan (Suami) dan Dayang Areeda (Isteri)
Skrip dan arahan: Shadan Hashim, berdasarkan idea asal oleh Raja Azmi

Ulasan filem: JUNGLE BOOK (2016)

Susah saya nak kata ianya klise, sebab ceritanya dah lama wujud. Saya sendiri membesar dengan cerita Jungle Book sebab ia jadi bahan bacaan ahli pengakap (sebelum animasi Disney, sebelum adaptasi Budak Serigala oleh penulis Adi Alhadi dengan lukisan oleh Jaafar Taib). Filem ini follow closely pada cerita yang dah melekat dalam kepala saya sekian lama, cuma ada perubahan yang ketara di penghujungnya. Tetapi filem ini masih sebuah tontonan yang menghiburkan kerana kecemerlangan Disney dengan enjin motion capture dan photorealistic yang benar-benar menghidupkan dunia haiwan dan hutan yang digabung dengan lakonan live action oleh Neel Sethi sebagai Mowgli dengan sebati sekali. Kemudian sukanya saya melihat Jon Favreau sebagai pengarah mengawal keseluruhan cerita buat ia jadi tak bosan. And then, Neel Sethi himself yang cemerlang kerana dia boleh berlakon seorang diri, berinteraksi dengan pelakon lain yang kebanyakan di'motion-capture' sebagai haiwan selepas pos produksi, tapi tampak believable dan tak canggung. Bagaimanapun ada beberapa perkara dari sudut teknikal (suntingan audio pada suara pelakon yang paling jelas sekali) yang agak off pada saya sebab volumenya naik, sampai saya rasa tak blend dengan visual haiwan bercakap tapi masih tak mengganggu pengalaman saya menonton sebuah cerita, dan tak terasa spoiler pun walaupun sebahagiannya saya dah baca dulu, ini kerana visual feast dari Disney yang membasuh luka saya selepas grafik video game yang melampau dari Zack Snyder sebelum ni.

Ceritanya punya semangat Disney. Lion King ada semangat ini. Lebih-lebih lagi dengan penyertaan lagu "The Bare Necessities" karya Terry Gilkyson yang memang dari filem animasi Jungle Book keluaran Disney tahun 1967. And somehow, kita seperti pernah merasa cerita sebegini sebelum ini sebab ia sememangnya resepi Disney.

Tonton featurette yang menampilkan kedua-dua versi animated (1967) / live action (2016). Ia tak boleh dianggap remake because they're different animals: http://youtu.be/ytHAsLLRehw

Dan end titles di mana bintang-binatang keluar dari buku ialah apa yang paling saya gemar sekali.

8 out of 10

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 April 2016
Genre: Pengembaraan / Drama / Fantasi
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Neel Sethi, Bill Murray, Ben Kingsley, Christopher Walken, Idris Elba, Scarlett Johansson, Lupita Nyong'o, Giancarlo Esposito
Pengarah: Jon Favreau

Sunday, October 02, 2016

Ulasan filem: TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES : OUT OF THE SHADOWS

In a nutshell: penyu tidak menangis lagi. But Megan Fox? We should get rid of her.

Kalau filem Turtles tahun 2014 tak diambil kira (saya masih ada isu dengan Splinter ajar Ralph, Mikey, Donnie, dan Leo ninjutsu ikut buku macam Kungfu Hustle) maka filem kedua ini barulah terasa seperti filem Ninja Turtles. Pengenalan Krang agak pelik sebenarnya. Tak terasa Turtles ada sengketa besar dengan Shredder pun tapi lebih kepada "siapakah aku? orang atau penyu?"

Filem ni dibuka dengan adegan turtles tengok basketball game which is the right thing to do sebab filem pertama pendek sangat (bajet banyak habis kat CGI agaknya sampai tak ada masa untuk story to shine). Kita mula tengok turtles sebagai remaja yang adapt pada persekitaran dan punya sosial / minat macam manusia lain juga. It became sad bila dalam gelap, mereka turut mahu jadi sebahagian dari perarakan Day of the Dead, selain parti kostum Halloween sebagai satu-satunya waktu mereka boleh diterima. Semangat filem Turtles tahun 1992 "The Secret of the Ooze" bangkit semula dengan plot mutasi yang menerbitkan Bebop dan Rocksteady (walaupun CGInya terlalu komputer sangat, tak real langsung). Van chase scene dengan explosions adalah forte Bayhem yang memang bersungguh-sungguh minta pengarah Dave Green masukkan elemen itu walaupun filem lain macam Deadpool atau The Dark Knight jauh lebih fun dan mendebarkan bila melibatkan adegan begini.

Pengenalan Casey Jones pun tak janggal (walaupun itulah scene terbaik Casey Jones pun dalam filem ni dengan Casey berubah dari street wise dude kepada beat cop yang lebih serius).

Like I've said, it feels like Ninja Turtles movie like what I've always wanted lebih-lebih lagi bila trailernya mengusik kemunculan Krang dan Technodrone.

Namun plot interdimensional ini mula terasa pelik saat Shredder ditemukan dengan Krang bilamana dengan mudahnya Shredder jadi orang suruhan Krang, too convenient sampai watak Shredder hilang macam tu je. That's the point yang saya rasa filem yang sepatutnya boleh jadi lebih baik daripadada filem Turtles tahun 2014 jadi sama teruk, disia-siakan and a missed opportunity of my favourite characters as a kid. What worse is kelibat Megan Fox yang tak membantu pun masih ada.

Yang bagusnya pada Out of the Shadows ialah konflik dan different personalities di antara Turtles yang mula timbul mulai panas baran Ralph yang tak boleh diubah, mempersoalkan leadership Leo hingga mula buat keputusan sendiri, Leo meragui dirinya boleh menjadi ketua and the wisest turtle among his turtle brothers, Donnie as a nerd yang mula tunjuk potensinya dan Mikey as the craziest and funniest of them all. Finally it feels like Ninja Turtles but that doesn't mean Out of the Shadows ialah lonjakan quantum bagi francais ini. It is still a mess.

6.5 out of 10

Plot: Teenage Mutant Ninja Turtles kembali dengan misi baru di Bandaraya New York, kali ini dengan kemunculan penegak keadilan dalam gelap dengan matlamat yang sama seperti mereka, Casey Jones. Musuh mereka Shredder, terlepas dari tahanan, bertemu pula dengan saintis gila, Baxter Stockman dan bergabung dengan, Bebop and Rocksteady, meneruskan pelan menakluk dunia. Ia jadi tak mudah dengan kehadiran Krang, makhluk misteri dengan niat jahat yang sama.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 2 Jun 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: 1 Jam 52 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Megan Fox, Will Arnett, Alan Ritchson, Noel Fisher, Jeremy Howard, Pete Ploszek, Stephen Amell, Tyler Perry, Brian Tee, Laura Linney
Pengarah: Dave Green

Ulasan filem: WARCRAFT : THE BEGINNING, arahan Duncan Jones

Warcraft versi filem ni macam main game juga di mana penonton perlu identify setiap karakter dan misi mereka, malangnya tanpa arahan dan cliffs notes yang jelas, sehinggakan bila ada perubahan pada watak yang tidak diberikan penerangan yang jelas kenapa, pemain yang baru masuk arena akan terkapai-kapai, struggle gila-gila nak adapt permainan ini, tau-tau dah masuk adegan kemuncak yakni battlefield yang menyajikan aksi, malangnya, pendek sangat. Dan anda main tekan je apa butang yang ada di keyboard atau joystick, asalkan watak pilihan anda menang; manusia atau orc (walaupun sebenarnya ia tentang skil menguruskan pasukan anda).

Duncan Jones bersama penulis Charles Leavitt dan Chris Metzen ialah pemain permainan video ini. Jones siap mengaku dia hardcore gamer Warcraft, jadi kita sebenarnya mengikuti permainan Jones yang memadankan permainan ini ke bentuk filem, malangnya pada ketika kita di level pertama, Jones lupa nak unlock banyak feature pada game ini (kebanyakannya pada watak) membuatkan penonton di sebelah saya tertidur, siap berdengkur lagi sebelum masuk level seterusnya iaitu aksi. Saya pula jadi lost. What's going on here, Duncan?

Warcraft ialah penyertaan baru dalam genre fantasi dalam urat yang sama dengan Lord of the Rings, (dengan Jones menyalurkan pada sci fi epik seperti Avatar pada satu dua adegan) dengan cerita yang familiar tapi ambisinya terlalu tinggi sehingga pengenalan watak dan perkembangannya jadi teramat longgar untuk sebuah cereka 2 jam. Plotnya sesak, terkejar-kejar sampai kau tak tau filem ni nak ke mana. Macam main game, kau kena check balik tiap nama watak untuk ingat semula apa tujuan dan matlamat mereka dalam game itu dan tempat kau berada. Peminat video gamenya mungkin boleh relate tetapi ia akan alienate penonton yang tak mengikuti permainan videonya. Dialognya buat aku geleng kepala. Dan gambarnya,... aku tak tau berapa level kontras yang dinaikkan oleh penjaga visual efeknya, sebab dah tak ada beza dengan menonton snippet movie pada permainan videonya sedangkan filem sepatutnya buat aku rasa sinematik.

Kritik awal tak tipu. Tapi aku tak give up dengan Duncan Jones. Big budget di bawah tekanan major studio ni bukan liga dia. I'm looking forward on his next sci fi project, Mute sebab tu baru kena dengan jiwa dia. Tak seperti Fant4stic yang penuh dengan cerita studio interference, kes Warcraft aku letak dosanya di bahu Duncan Jones yang setuju nak buat filem ni dari awal bersama Charles Leavitt (In The Heart Of The Sea, Seventh Son).
4 out of 10

Tarikh Tayangan: 9 Jun 2016
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 3 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper, Toby Kebbell
Pengarah: Duncan Jones

Ulasan filem: KIPIDAPP! SELAMATKAN HARI JADI

1. Basically, filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi ni aku boleh translate sebagai Kartina Aziz selamatkan the entire film.

2. Kalau kau letak lower expectation, filem ni bagus juga solely because of Kartina Aziz punya performance. Dia ada cerita yang nak disampaikan dengan komedi yang tak terlalu menekan, berbanding dengan filem Prof Razak post-MIG-buat-company-sendiri yang ceritanya tak bergerak , komedinya try hard tapi tak kelakar.

3. Produksi MIG, di bawah pengarah Eyra Rahman. Actually Eyra did a nice job with Isteri Untuk Dijual (yang orang kutuk tapi tak tengok pun) simply because Kamal Adli dan Nora Danish memang pair yang power onscreen. What Kipidapp! lack is dynamic duo macam Kamal dan Nora (sebab dua pelakon baru MIG tak level tu pun). So, Kartina Aziz steal the show. Tak payah ajar dia pun.

4. Krypton bagi MIG ialah dari sudut teknikal sebenarnya. Bukan ideanya tapi production valuenya masih macam tahun 90'an. Katalah filem ni tukar production, tapi idea, skrip dan pelakonnya kekal, aku rasa filem ni akan lebih dihargai. Di bawah direction yang berbeza, mungkin yang annoying tu dapat dihapuskan. Penonton Malaysia dia nak kritik idea filem ni, tapi diorang tak tahu apa benda yang diorang kritik sebab filemnya diorang tak tengok. Yang dikritik mereka sebenarnya ialah nilai produksi tu berdasarkan treler dan poster saja. Jangan kata filem ni level telemovie dan layak tayang kat TV sebab aku ada tengok telemovie yang jauh lebih baik tapi masih status sebuah movie direct to tv dan tak sinematik. Filem ni cuma produksi dia je kebelakang sangat. Sound editing out, muzik yang main ambil dari pustaka muzik je, dubbing suara yang gagal yang sedikit merosakkan persembahan pelakon baru yang tak berapa cemerlang, visual yang tak menyelerakan. Semua yang kau sedia maklum tentang produksi kilang MIG sebenarnya.

5. Rani Kulup bukan pelakon, baca skrip word to word tapi nasib baik skripnya lebih baik daripada lakonannya. Kalau sesiapa yang dah kenal Rani Kulup dengan "kipidap, dongibab, jila.....", filem ini ialah self- parody buat dirinya. Surprise juga bila dia ambil role ni. Dan wataknya sebagai Tok Daddy bukannya cameo yang keluar satu dua scene saja. Boleh tahan banyak, sesuailah muka dia kat poster. Agak berisiko letak orang yang bukan pelakon dalam sebuah produksi, tapi dia memang ada star power.

6. Berbanding dengan Hantu Bungkus Ikat Tepi yang hancur, tak ada plot dan lawak menjerit yang annoying, aku boleh tolerate filem ni. Filem ni hampir nak potong mood bila dimulakan dengan watak pengarah yang berleter secara menjerit tetapi nasib baik scene awal tu je. It gets better as the story goes.

7. Kipidapp! ialah komedi romantik sealiran dengan filem Cun arahan Osman Ali atau Sweet Home Alabama, tapi versi MIG yang orang should be well aware of.

6.5 out of 10

Tarikh tayang: 17 Mac 2016
Genre: Komedi
Pengedar: METROWEALTH Pictures
Pelakon: Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Aizat Hassan, Kartina Aziz, Rani Kulup
Pengarah: Eyra Rahman

Ulasan filem: ADA APA DENGAN CINTA 2. Saat Sastera Dibunuh Dan Aku Menyumpah Dengan Kedai Kopi Hipster Artisan.

1. Rangga pegang kamera. "Ni iklan Nikon yang selalu keluar sebelum tengok filem kat panggung ke? Dude, aku nak dengar kau baca sajak lah!"

2. It takes so long nak temukan Rangga dan Cinta. Gadis sekolah yang jumpa aku semula after years pun akan tanya, "Awak melukis lagi? Lama tak turn on dengan lukisan awak". "Yes, and it gets bitter."

3. Tapi aku suka adegan bilamana Cinta bersiap untuk dating semula dengan Rangga. this scene indicates that she still wants him - a nod to the first film, then she denies it, kemudian kamera membelakangi Rangga. Stark contrast pada adegan dating pertama dalam AADC1, ia jadi dating yang dark dan poignant. dan mendung mula berlabuh.

4. Aku bukan fan. Tapi flem ni memang fanservice. Ibarat fanboys Star Wars yang pergi premiere bawa kacang rebus.

5. Sebenarnya dari dulu lagi AADC didn't make it for me. Aku baca puisi zaman sekolah, kena gelak. Bila melukis sebab terer, barulah gadis yang tak pernah menegur mula mendekati. Art School Confidential lebih dekat barangkali. Aku faham the westernised notions of the film. Kat Indonesia pun tak baca puisi. The problem is aku dah lama dulu apply pada realiti. Realitinya gadis sukakan puisi tapi dalam bentuk lirik lagu yang kau tak nyanyikan tapi akan carikan untuk dia (lagu 'I Will Survive' versi Cake. Apasal kau tak minta 'Bullet With Butterfly Wings' dari Smashing Pumpkins je), because you know, internet belum boom lagi back in the mid 90's. 

6. "Tiada lagi kenangan 'Kaccang Rebuus'?" Sekarang musim kopi luwak.

7. "Kejar sana kejar sini. Tak leh lawan AADC1".  Aku penatlah. Cinta suka buat-buat cute. Tapi kalau emo, memang takleh buat bini. Rangga ni lemah. Dulu kemain kelek buku Aku, buku tu patutnya taught him to be stronger than ever.

8. "Pembunuh sastera harus disula dan direjam dengan kacang rebus". Dan tahu siapa penembak tepatnya? John Cusack in Grosse Pointe Blank.

9. "Rangga baca epub je sekarang. Kindle. Mungkin senaskhah Andy Weir." Dia takde Facebook. Takde Wechat. Lepas tu cari rumah Cinta. Cinta pindah. Main LINE kemain berapi. LINE boleh shake contact tak?

10. AADC2 tak mengulang perkara yang sama dari AADC1. But it's the same thing kalau compared dengan filem romantik yang sedia ada.

5.5 out of 10

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 28 April 2016
Genre: Romantik
Durasi: 2 Jam
Studio: Miles Productions
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Adinia Wirasti, Titi Kamal, Sissy Prescillia, Dennis Adhiswara
Pengarah: Riri Riza

Related Posts with Thumbnails