Followers

Saturday, October 22, 2016

Ulasan filem: ANGRY BIRDS

Saya tonton semula filem ini sebab saya bersumpah semasa anak-anak ketua rumah pasang DVD filem ini sebagai tontonan, saya macam dengar "we're fucking angry birds" disusuli lagu Black Sabbath. Too good to be true.

Angry Birds walaupun lambat dihasilkan, ia dah jadi pop culture untuk generasi iPad dan tablet. Anak-anak tuan rumah saya hari-hari tengok DVDnya kerana mereka dah kenal wataknya. "Wait, Angry Bird tu sebut 'fucking' ke? Lagu Black Sabbath?" (Sebelum saya tonton kali kedua untuk kepastian).

Pengalaman kali pertama, Angry Birds terasa cepat sangat habis, seolah-olah ia tidak berusaha untuk mengembangkan plotnya. It went downhill masa Leonard masuk kampung. (Though i like the graphic). Macam kita main game level 1. Tak berkembang. Tau-tau kita perlu hancurkan si babi-babi yang macam lanun dan penyamun dalam Ali Baba.  Which makes Ali Baba Bujang Lapok far more superior sebab weight antara Ali Baba dan ketua penyamun ada balance.

"Actually, I cuma ingat nama 3 characters: Red, Bomb dan Terrence, hahaha. Ceritanya taklah hebat sangat tapi part last-last tu banyak pulak menyentuh perasaan, hahaha." - kata peminat (dia merujuk pada heroic dan acceptance). Ada benarnya. Sepatutnya saya boleh kaitkan diri saya dengan watak Red sebab dia seorang anti hero, outcast, reklusif, dan menyendiri kerana dia ada isu dengan orang sekeliling yang buat dia seringkali marah - hence, the angry bird. Bezanya, saya pendam, Red pula habis diamuk satu pulau Bird Island. Ditambah dengan rujukan The Who - "Behind Blue Eyes", dari dalam, sebenarnya Red mahu diterima, marahnya mahu dihapus, dan tanpa mendedahkan spoiler (ini sebenarnya boleh diagak), Red menjadi wira kerana rasa sayangnya pada masyarakat burung di kepulauannya walau dia semacam disisihkan (atau menyisihkan dirinya sendiri). Red tak nampak, tapi dia sebenarnya ada nilai dan kontribusi pada masyarakatnya. Dan dia tak minta balasan apa-apa kecuali ketenangan kerana amarah itu bagai satu beban yang amat berat dan tak tertanggung.

Actually, Angry Birds is all fun. Silaplah yang kata tak best tu.

7.5 out of 10

Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 12 Mei 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph, Peter Dinklage
Pengarah: Fergal Reilly, Clay Kaytis

No comments:

Related Posts with Thumbnails