Followers

Monday, March 30, 2015

[ULASAN FILEM] Jengka, terbitan Aziz M Osman

Minggu lalu, saya bersama 3 delegasi lain mewakili Movie Addict : Hatta Kain Kapan (bertshirt Black Dahlia Murder), Thaaqhib Mohammed dan Saiful Kifler (tidak kelihatan di dalam gambar) memenuhi jemputan tuan Aziz M Osman (terima kasih yang tak terhingga sebab recognize grup ini) semalam untuk majlis pratayang filem Jengka terbitan syarikat beliau Ace Motion Pictures, arahan Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman di Cathay e@Curve Damansara.

Filem bermula dengan Raja Azri beri sedikit penerangan tentang found footage yang jadi basis kepada cerita yang bakal ditonton. Kisah rumahtangga yang dilanda ujian kerana kecurangan suami tatkala isterinya sedang sarat mengandung. Seramnya bermula ketika laki bini pulang ke kampung di Jengka berlatarkan kebun kelapa sawit sebelah rumah ketika isteri tinggal seminggu nak bersalin. Kecurangan si suami terbongkar, isteri yang lemah semangat tatkala menerima hakikat ini lalu penunggu Felda mula merasuk.

Akhir kata tontonlah JENGKA yg telah mula bermain di panggung hari ini dan nilaikan dengan seadilnya.



My take on JENGKA:

*** BEWARE! MUNGKIN ADA MAJOR SPOILER ***

Saya terganggu sedikit bila screen terbelah dua untuk menunjukkan rakaman semula dan 'rakaman sebenar' yang bergerak selari membentuk cerita, tetapi selalunya ia berselang seli sebab rakaman sebenarnya real sangat, kesan rasuknya real, emosi isteri terganggu sebab suami curang pun real sampaikan saya nak orang yang dalam 'rakaman sebenar' tu yang jadi pelakon untuk rakaman semula, bukannya Riezman, Ramona mahupun Raja Azri walaupun mereka beri persembahan yg baik. Kredit besar filem ini sebenarnya ialah footage tersebut. Sebabnya, tahap kesurupan rakaman semula lakonan Riezman Khuzaimi, Ramona Zam Zam, Raja Azri tu turun mendadak pada saya (termasuklah entiti yang dibikin secara computer generated, ia tak membantu pada saya, sekadar alas dalam penyampaian cerita). Jengka bagaimanapun tetap ada momennya pada saya sebagai sebuah filem seram harus tonton. Bak kata Hatta Kain Kapan, wanita mengandung tak pernah gagal untuk memberikan keseraman buat penontonnya dari era Rosemary's Baby sehinggalah ke Annabelle.

Gambar sekitar tayangan khas JENGKA minggu lalu.

Tuesday, March 24, 2015

[ULASAN FILEM] Divergent (2014)

Sebenarnya Divergent membawa satu mesej yang besar betapa manusia punya pelbagai sifat (yang membuatkan kita menjadi seorang manusia) tetapi Divergent cuba melihat sebuah kebarangkalian jika sifat-sifat ini terhakis, terkurang, atau kita punya kawalan ke atasnya atau tiada langsung. Ia juga soal pilihan. Salah pilihan atau tiada pilihan. Jika ia mahu dijelaskan dengan panjang lebar, ia mahu meneroka soal kepimpinan, kedamaian, mempertahankan kedaulatan, kebijaksanaan, belas ihsan. Untuk punya kesemua sifat-sifat (yang dibahagikan dalam dunia filem Divergent) seperti tidak mementingkan diri, jujur, berani dan bijak adalah satu malapetaka dalam dunia Divergent kerana adanya watak gila kuasa Jeanine Matthews. You see, tidakkah ia menggambarkan apa yang sedang berlaku di dunia sekarang? Mesej besar ini bagaimanapun cuba digayakan dengan fesyen filem remaja terkini macam Hunger Games, The Maze Runner, Twilight - untuk khalayak begitu yang tak berapa cemerlang di sini kerana penulisannya tak cemerlang, pengarahan tak cemerlang dan saya boleh panjangkan lagi tetapi jujurnya begini - Divergent ditonton kerana pembawa wataknya seperti Shailene Woodley, Ansel Elgort, Zoe Kravitz, Miles Teller dan Jai Courtney yang merupakan nama-nama baru dan sedang meningkat naik tetapi lebih cemerlang di luar filem ini. And that's bad enough. Sebab satu perkara saja yang saya ingat tentang Divergent yakni Shailene Woodley cute sangat bila dia kata "OK..." dan ini bukan filem The Fault in Our Stars.

PLOT: Divergent merupakan pengembaraan di alam masa depan. Manusia dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza mengikut personaliti . Abnegation (tidak mementingkan diri), Candor (jujur), Dauntless (berani) dan Erudite (bijak). Tris Prior (Shailene Woodley) terlebih dahulu diberi amaran yang dia merupakan Divergent dan tidak layak untuk masuk ke dalam mana-mana kumpulan. Apabila mengetahui tentang konspirasi untuk memusnahkan seluruh Divergent, dia cuba untuk mencari punca apakah yang membuatkan Divergent berbahaya sebelum semuanya terlambat.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Fiksyen Sains / Romantik
Tarikh Tayangan: 20 Mac 2014
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Neil Burger
Pelakon: Shailene Woodley, Theo James, Kate Winslet, Aaron Eckhart, Ashley Judd, Ansel Elgort, Zoe Kravitz, Miles Teller, Jai Courtney

[ULASAN FILEM] Chappie (Sony Pictures)

Dari pengarah filem District 9 dan Elysium, Neill Blomkamp terhasilnya cereka 'hard-edged violent political sci-fi' Chappie

Humanity's last hope isn't human.

SINOPSIS: Filem ini mengisahkan tentang Chappie yang diculik oleh dua penjenayah tetapi kemudiannya diambil menjadi anak angkat oleh sebuah keluarga yang pelik. Chappie berbakat luar biasa dan amat pintar, ini kerana Chappie merupakan robot yang dikurniakan dengan kepandaian.

ULASAN: Selepas selesai menonton Chappie semalam, saya tau akan ada pengkritik yang tidak akan menyukai beberapa perkara dan akan membandingkannya dgn District 9 yang jadi kerja terbaik Blomkamp. Itu pun tak menjadi hal pada saya kerana 2 jam saya menonton Chappie saya rasa puas kerana saya faham apa yang hendak disampaikan oleh Blomkamp dan saya kira ia tidak dikongsi bersama kritik-kritik yang lain yang menghentamnya.

Saya lihat filem Chappie begini, kebanyakan ulasan samada dari pengkritik atau peminat menunjukkan apa yang mempengaruhi ulasan/kritik mereka ialah faktanya kerana ianya hasil dari pengarah yang mana kerja breakthrough beliau ialah District 9 tapi dalam masa sama, pernah menghasilkan satu kegagalan yang dipanggil Elysium (malah ia diakui oleh beliau sendiri). Blomkamp ada sejarahnya dan peminat, mereka ada satu jangkaan. (Ini membuatkan Blomkamp terbeban dek jangkaan peminat). Tapi tidak pada saya. Bila saya tonton Chappie, saya tidak melihat sejarah Blomkamp, samada District 9 atau Elysium. Saya mahu lihat apa benda pula yang si Blomkamp ni nak buat. Letupan dalam Chappie seolah-olah ia meminjam filem summer blockbuster (baca: Bayhem), kita tak jangka benda ini dari Blomkamp but he did. Kehadiran Die Antwoord membawa watak ibu bapa angkat Chappie datang bak komedi bagi saya, kita tak jangkakan komedi, but he did. Blomkamp buat filem popcorn, ia nampak tak masuk akal dengan setting Robocop-meets-Short-Circuit (tapi Chappie lebih besar mengangkat dongengan Pinocchio sebagai rujukan, cuma hubungan Chappie dengan pembikinnya, Deon tak dikembang dengan baik) dan sukar kita hendak telan hakikat filem ini hasil dari Blomkamp because dude, you're the District 9 guy! Dan lebih kelakar sebab ada kritik yang menghentam Elysium tapi mengangkat Chappie macam ianya District 9 (walaupun jika dibuat perbandingan, ada banyak perbedaannya). Mudahnya, saya lihat Chappie sebagai satu wacana baru Blomkamp yang berbeza dengan kerja-kerja lamanya. Tapi pada saya, kritik-kritik ini perlu diambil kira juga: tak kira yang membenci atau menyukainya. Anda kena tau apa yang anda bakal tonton. Saya rasa masalahnya hadir bila kita mengharapkan sesuatu dari filem ni,... and it didn't turned the way we wanted (salah pengkategorian dan pemasaran). Saya lihat Chappie macam filem gangster komedi juga, dan di sini, Malaysia, ia genre filem yang dibenci sebab ia melambak di pasaran macam tiada filem lain. Dan Sony Pictures sebagai studio filem gagal memasarkan filem ini dengan sebaik dan setelusnya, the trailer makes it dark and gritty as if we're looking at District 9 number 2 when it wasn't.

Ibaratnya, menyembunyikan tujuan filem Chappie itu sebagai promo grup Die Antwoord seolah-olah mengiklankan filem 'A Hard Day's Night' sebagai filem tentang peminat yang berkejaran semata.


Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Fiksyen sains / komedi / drama
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2015
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Neill Blomkamp
Pelakon: Hugh Jackman, Dev Patel, Sigourney Weaver, Sharlto Copley, Jose Pablo Cantillo

Monday, March 23, 2015

Puteri Gunung Ledang In Concert - "Rebirth of The Legend"

The journey for Enfiniti began with the highly successful Puteri Gunung Ledang movie, which won numerous local andcinternational awards including Best Director, Best Screenplay, Best Art Direction, Best Cinematography, Best Actress and Best producer. First ever Malaysian film to make to the Top 50 list in the Foreign Language Film Award category at the 77th Academy Awards in 2005. Premiered at the Venice International Film Festival, South East Asia’s only entry for 2004, and Malaysia’s first every film to be accepted at the festival.

Since then, the producers of the film, Enfiniti Vision Media have continued to develop and nurture the Puteri Gunung Ledang brand, on stage in the form of musical theatre, in a children's book in English as well as a commemorative coffee table book, charting the journey of the PGL brand.

Puteri Gunung Ledang The Musical swept 8 major awards at the 2006 Boh Cameronian Arts Awards, and has changed the landscape of the arts industry in Malaysia, creating an unprecedented appreciation for Musical Theatre and setting new records for ticket sales.

In conjunction with the 10th anniversary of Puteri Gunung Ledang, the award-winning Enfiniti Team will stage the BIGGEST concert in Istana Budaya, never been done on this scale before.

Fans of Puteri Gunung Ledang will re-experience favorite iconic and memorable scenes and songs, from both the movie and musical.

PGL in Concert - Rebirth of The Legend will be a MEGA concert with spectacular new choreography, upbeat new music arrangements, stunning new sets and props, mesmerizing LED visuals and all-new dramatic costumes! This concert is also a reunion of the original Dream Team who are known to have brought the Malaysian Musical Theatre scene alive.

The creative direction by Adlin Aman Ramlie is “refreshed, reconstructed, reimagined”, will feature performances by Tiara Jacquelina, Stephen Rahman-Hughes, Adlin Aman Ramlie, Ida Mariana, AC Mizal and more.

The Dream Team, Reunited
Tiara Jacquelina - Producer / Gusti Putri
Adlin Aman Ramlie – Concert Director / Sultan Melaka
Stephen Rahman Hughes – Hang Tuah
AC Mizal – Gusti Adipati (Raja Majapahit)
Ida Mariana – Bayan
Roslan Aziz – Music Director
Jason Voo – Music Arranger
Pat Ibrahim – Choreographer
Raja Malek – Production Designer
Shada Hamid – Costume Designer
Dale Majid – Head of Production
Andrea Lok – Project Manager

Tiara Jacquelina, Producer on PGL:  "I don't know what it is about PGL. Fans keep asking for the show to come back every single year. Everyone in the production team can't understand why there just isn't another show like it. It's magical, fantastical, the music and songs and lines unforgettable. So, for the 10th anniversary of the PGL brand since its premiere in 2004 at the Venice Film Festival, I decided to bring PGL back, in a different incarnation, never done before - we will celebrate both the movie and musical with a mega concert, the biggest concert ever at Istana Budaya. The creative direction is to refresh, reconstruct and refresh a wellloved legend and brand, and make it relevant to today's audience.

For this celebration, I chose Adlin Aman Ramlie to direct it because of his wild imagination. infectious energy and boldness as a director. He is also extremely familiar with the PGL brand, having been with us since the film.

Since this a reunion of sorts, we have also assembled most of the original Dream Team who made the original staging of the musical happen, from the Creative Team to the concert cast to Stage Management. The brief to Roslan Aziz, Raja Malek and Pat Ibrahim was "how can you top YOURSELVES, and give us a refreshed "today"look, sound and feel to PGL."

In this concert, fans will be able to get up close and personal with Gusti Putri, Hang Tuah, Sultan Mahmud, Gusti Adipati and more! We will dedicate a whole segment of the show with a tribute to original iconic scenes and moments from the musical so that fans can re-live their favorite magical moments. I imagine they will really enjoy speaking aloud favorite lines from the movie and musical and even singing along to favorite songs like Keranamu Kekasih, Di Puncak Tertinggi, Katakan Hadirmu Kerana Cinta and… Asmaradana!”

A show like this is almost impossible to put together again, and will only run for 7 performances over 5 days – so if you’re a fan of PGL, don't miss it!”

Concert Dates PGL in Concert will run from the 20th – 24th March 2015 at Istana Budaya

Ticket info
Tickets are priced at RM79, RM129, RM179, RM219, RM259, RM339 and RM439 and are available through the following platforms -
www.Tickethotline.com.my / www.Ticket2u.biz
• Ticket hotline 03-7725 1177 or 03-4147 8600
• Ticket2u.biz counter at the Istana Budaya box office
• For the first time ever in Istana Budaya, there will be a concert “Rock Zone”, a standing area in front of the stage, so fans of PGL can sing and dance along with the performers onstage!

Facebook, Twitter and Instagram @PGLenfiniti

Sunday, March 22, 2015

Bukan Sekadar Bicara : Perempuan Dan Filem

When & Where? : Friday, March 27 at 8:30pm - 10:00pm at Gb Gerakbudaya, Lorong 11 4e, Petaling Jaya, Malaysia

What it's all about? : "We're engaging insiders of the film industry to discuss the lack of representative and diversity female leading roles in Malaysian films; be it from a online medium to the leading roles in local cinema. What does it mean to be a leading lady of Malaysia in today's society?"

Among the list of panelists are :

Low Ngai Yuen - Head of Kakiseni & WOMEN:girls, Ngai Yuen is an award winning director cum producer with reputable milestones in the entertainment industry.

Grace Chin - Currently the editor at Viddsee BUZZ, Grace worked in PR and is also a former lifestyle and culture writer at The Edge and Off The Edge

Sofia Jane - An award winning actress, with a career spanning 20 years in the Malaysian film and as well as theatre is well known for her diversity in leading roles which challenge the female cultural norms

Hassan Abd Muthalib - A well renowned film historian and critic, Hassan has had close to 40 years of experience in the industry. This man of many hats is also a director, self-taught artist, lecturer and writer.

+ More details to be announced soon!

May’n, Mami Kawada and ELISA live at ANIMAX Carnival Malaysia 2015

A glitzy two hour free-standing concert featuring Ani-song artistes all the way from Japan – May’n (Macross Frontier, Accel Word), Mami Kawada (Shakugan no Shana, Hayate the Combat Butler) and ELISA (VALVRAVE, The World God Only Knows)!

*.29 March 2015 (Sun), 3pm to 5pm at Sunway Pyramid Convention Center
*.Doors open at 2 pm
*.1st year special price of RM20 per ticket
*.More information of Animax LIVE Concert can be found on the Animax Carnival website: http://www.animax-asia.com/acmy2015

Upfront presents Erlend Øye & The Rainbows - March 23, 8 pm @ The Bee, Publika

Since the late ‘90s, Norwegian singer/songwriter Erlend Øye has been a prolific force of nature, releasing numerous albums, EPs, and singles with his two primary bands, the acoustic duo Kings of Convenience and the more electronic-based The Whitest Boy Alive. Outside of these two projects, he has acted as a collaborator with a wide array of pop and electronic acts, most notably apprearing as the vocalist on Röyksopp’s 2011 debut album Melody A.M. A native of Bergen, Norway, Øye is also the founder of the independent label Bubbles Records. Officially announcing the end of his Whitest Boy Alive project in 2013, he shifted his focus squarely on his solo work, traveling to Reykjavík to record his long-awaited second solo album with Icelandic reggae band Hjálmar. The resulting album, Legao, was released in October 2014.

Get your tickets here:
The Bee outlets (Jaya One and Publika)
PULP by Papa Palheta
Rock Corner Bangsar Village
Teenage Head Records
VCR

Friday, March 20, 2015

[ULASAN FILEM] INSURGENT (edaran GSC Movies)

Ulasan senafas: Kalaulah Insurgent diarahkan Panos Cosmatos, siap dengan color grading analog 80'an yang dipinjamkan dari Kubrick, lengkap dengan skor oleh Jeremy Schmidt, maka Insurgent akan mendapat undian saya sebagai filem terbaik dari segala filem bagi tahun 2015.

But you know, it's not.

Sebab ubat tidur aku yang paling mujarab sekarang ialah album Sleep - Dopesmoker (lepas sembang dengan U-wei hari Isnin lepas). Filem ni lewat dua hari. Damnit.

You see, Insurgent dah jadi filem mind game. Tapi versi yang belum mummayiz.

PLOT: Sekuel kepada filem "Divergent", berdasarkan novel kedua dalam trilogi Divergent tulisan Veronica Roth (novel sci fi remaja acah-acah siri Hunger Games yang juga acah-acah filem Battle Royale tapi dari dalam-dalam kau tahu yang ianya tak lebih tak kurang cuba jadi versi gruesome Lord of the Flies yang turut menerbitkan Maze Runner) mengambil plot Tris Prior, lakonan Shailene Woodley yang ingin mengetahui apakah maklumat yang dijaga oleh Abnegation, puak asalnya sebelum dia menyertai Dauntless. Abnegation dijelaskan oleh Tris melalui filem pertamanya:

"My faction is Abnegation. The rest all call us stiffs. We lead a simply life, selfless, dedicated to helping others. We even feed the factionless, the ones that don't fit in anywhere. Because we're public servants, we're trusted to run government."

Melalui peristiwa pada filem pertama, kita melihat Tris, Four, Peter dan Caleb yang mula menjadi pelarian dan berlindung di bawah puak Amity (the peaceful) tetapi tidak lama sebelum Eric dan bala tenteranya mula menjejaki mereka selepas mendapat maklumat dari Jeanine yang membongkarkan rahsia artifak yang dapat menyelesaikan masalah Divergent yang membelenggu filem pertamanya, dan artifak ini hanya boleh dibuka oleh seorang Divergent. Dan subplotnya, kita mula mengetahui yang Four punya nama sebenar iaitu Tobias Eaton yang tak adalah teruk sangat bunyinya tapi dia membencinya kerana ia merujuk pada keluarga asalnya yang dianggap membuangnya, terutama ibu kandungnya, Evelyn Johnson-Eaton yang menghilangkan diri dan kita didedahkan yang Evelyn sebenarnya ialah ketua puak Factionless.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 19 Mac 2015
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Robert Schwentke
Lakonlayar: Brian Duffield, Akiva Goldsman dan Mark Bomback berdasarkan novel Insurgent tulisan Veronica Roth
Pelakon: Shailene Woodley, Ansel Elgort, Theo James, Miles Teller, Kate Winslet, Naomi Watts

Friday, March 13, 2015

Previu Teater & K-PaP "KENA MAIN"

Apakah kekuatan isi kandungan naskhah "Kena Main" hingga layak dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya?

Khalid Salleh (selaku pengarang) dan U-Wei HajiSaari (selaku pembaca) akan mengupas buku "Kena Main" hari ini, 14 Mac 2015, jam 11 pagi di Bilik Puding D'Raja, Istana Budaya.

Pemain teater "Kena Main" antaranya Eman Manan, Sani Sudin, Ebby Saiful, Aida Othman dan lain-lain juga akan mementaskan sebahagian babak teater tersebut.

Teater "Kena Main" akan dipentaskan bermula 27 Mac hingga 5 April ini, di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Drama Festival Kuala Lumpur 2015

Sebelum saya ke Wakalab, NSTP selama dua hari (14 & 15 Mac) sempena Drama Festival KL 2015 (DFKL 2015), serba ringkas acara ini ( dari press junket yang diterima pada sidang medianya di Delicious, One Utama, 10 Februari lalu):

TV3 bersama TV9 akan kembali lagi dengan festival drama yang terbesar iaitu DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR 2015 (DFKL 2015 ).Acara yang kali kedua diadakan ini menampilkan karyawan industri kreatif termasuklah pengarah, pelakon, pelawak dan juruanimasi dari amatur hinggalah ke profesional. Untukmerancakkan lagi DFKL 2015, siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih akan bermula pada bulan Februari 2015 bagi mempromosikan bengkel DFKL 2015 dan seperti tahun sebelumnya, karyawan yang terlibat dengan bengkel DFKL 2015 akan turut menyertai siri jelajah ini untuk berkongsi pengalaman mereka.

DFKL 2015 akan berlangsung pada tarikh berikut: Bengkel & Anugerah DFKL 2015 – 14 dan 15 Mac 2015. Bengkel akan diadakan di WAKALAB, BALAI BERITA NSTP, JALAN RIONG, BANGSAR, KL dari 10:00 pagi hingga 7:00 petang. Bengkel yang ditawarkan: Lakonan, Pengarahan, Animasi dan Komedi dengan panel-panel yang terdiri dari Mamat Khalid, Ebby Yus, Didie Alias dan Sharifah Shahirah (komedi), Nizam Razak daripada Animonsta, Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque) dan Tariq Mohd Noh (Glues Studios) untuk animasi, Datuk Yusof Haslam, Jinggo, Nik Amir Mustapha dan Khai Bahar (pengarahan), Sheila Rusly, Noorkhiriah, Remy Ishak dan Adi Putra untuk lakonan.

http://www.dfkl.com.my/

Hashtag rasmi: #dramafestKL

Teater Baik Punya Cilok

Dari filem ke Panggung Sari. Filem Baik Punya Cilok akhirnya akan dipentaskan sebagai teater di Istana Budaya yang dijayakan oleh empat sekawan : Aben (Afdlin Shauki), Bob (Awie), Jerry (Hans Isaac), dan Wak (Dato AC Mizal). Saksikannya di Panggung Sari Istana Budaya pada 25hb April hingga 1hb Mei 2015. Tiket boleh dibeli di laman web tiket2u atau hubungi Box Office 03-4253 2241.


Foto: Megat Firuz ( http://instagram.com/megatfiruz ) & yours truly, di sidang media Baik Punya Cilok pada 5 Mac lalu.

Related Posts with Thumbnails