Sebelum saya ke Wakalab, NSTP selama dua hari (14 & 15 Mac) sempena Drama Festival KL 2015 (DFKL 2015), serba ringkas acara ini ( dari press junket yang diterima pada sidang medianya di Delicious, One Utama, 10 Februari lalu):
TV3 bersama TV9 akan kembali lagi dengan festival drama yang terbesar iaitu DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR 2015 (DFKL 2015 ).Acara yang kali kedua diadakan ini menampilkan karyawan industri kreatif termasuklah pengarah, pelakon, pelawak dan juruanimasi dari amatur hinggalah ke profesional. Untukmerancakkan lagi DFKL 2015, siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih akan bermula pada bulan Februari 2015 bagi mempromosikan bengkel DFKL 2015 dan seperti tahun sebelumnya, karyawan yang terlibat dengan bengkel DFKL 2015 akan turut menyertai siri jelajah ini untuk berkongsi pengalaman mereka.
DFKL 2015 akan berlangsung pada tarikh berikut: Bengkel & Anugerah DFKL 2015 – 14 dan 15 Mac 2015. Bengkel akan diadakan di WAKALAB, BALAI BERITA NSTP, JALAN RIONG, BANGSAR, KL dari 10:00 pagi hingga 7:00 petang. Bengkel yang ditawarkan: Lakonan, Pengarahan, Animasi dan Komedi dengan panel-panel yang terdiri dari Mamat Khalid, Ebby Yus, Didie Alias dan Sharifah Shahirah (komedi), Nizam Razak daripada Animonsta, Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque) dan Tariq Mohd Noh (Glues Studios) untuk animasi, Datuk Yusof Haslam, Jinggo, Nik Amir Mustapha dan Khai Bahar (pengarahan), Sheila Rusly, Noorkhiriah, Remy Ishak dan Adi Putra untuk lakonan.
Hashtag rasmi: #dramafestKL
No comments:
Post a Comment