Followers
Thursday, July 26, 2007
rebekkah
Sunday, July 08, 2007
RE: Ayat Paling Touching Korang Penah Dengar
{Previously on VirtualfFriends}
"it feels like,... . you're not exist."
kalau tak touching takkan la orang tu anggap dia 'mati' dalam hidup aku like , fornever.
tapi ayat betul dia: "we are not exist, unto each other. but the phone line. "
Posted On: Sun, 11 Mar 2007 12:43:27 AM
Dream Brother from
Jeff Buckley, album : So Real: Songs From Jeff Buckley
HAHAHA! FLOOD! FLOOD! FLOOD! /TIMER FOOD #, AKULAH GANAH KALI, AHAHAHAH! SAPE NOK LAWANG FLOOD NGE AKU? ! !
Mr. 'Miss You Love' : Ko tak tau, Tham erti rindu.
The Most Impassioned Ugly People : Ko plak tak tau erti DERITA!!!!!!
Sunday, May 04, 2003
{nota : perkara yang paling pasti di sini ialah title di atas ialah satu perkara yang agak prominent ketika era 2000-2004. saya tak pasti saya jumpa di mana, ia mungkin dimualakan rakan2 Askor Team. Optimis bunyinya. Hell, yeah....)
Friday, July 06, 2007
you gimme an idea, of complete lies, and lies and lies...
anthony swooford ketika krisis minyak, berada di iraq. 1991.
bersama rakan2 perajurit, salah seorang dari mereka menerima pakej dari kampung halaman, US. dihantar oleh isteri, yang tanpa disedari mereka sebenarnya rakaman perlakuan curang isteri ini dengan seorang jiran.
reaksi bercampur,.... tetapi didominasi kekecewaan seluruh bilik tayangan video.
ketika yang lain keluar kerana tak tahan dengan permainan dunia, anthony masih di kerusinya.
"saya nak tengok video tu. saya nak rasa dicurangi di depan mata..."
jadi lengkaplah derita neurosis saya selama sebulan. saya duduk di kerusi saya, dengan kemungkinan bankrap sebelum menjengah 20 jun, dan mati kebulur, sambil melihat dia stripped naked, kissing someone else after shower, a phone call of denial sort of.
she gave me an idea to giving someone else a complete biography of lies, of my burnout, about going mental when i'm coming quarter century.
mungkin itu balasannya, of your parents too going mental around you. (dude, did i said this happen twice?). mungkin datang bala yang lebih besar.
but as always, i wont play God.
Wednesday, July 04, 2007
Re: ader aper dengan kampung korang?
{Previously on Friendster}
Re: ader aper dengan kampung korang??? [post #3429418 is a reply to post #3053877 ]
toLocaleString(1177782232,"1177782232");
Sun, 04/29/07 01:43 AM
Kampung saya ada polis moral, yang tak tau beza antara 'budak ponteng sekolah' dengan 'orang tua yang dah lama tak skolah tapi suka bawak backpack sebab suka bawak magazine Decibel + IdN + sketchbook'.
'Orang tua.... ' yang dimaksudkan ialah saya. polis moral itu membawa kapcai. suka lalu lalang berceramah tentang perihal "pegilah sekolah menimba ilmu dan janganlah pedulikan aku yang suka bawak moto ni sebab aku terlebih masa terluang".
Kampung itu, ialah Kampung Nibung,... betul2 dekat skolah panji alam.itu pun berjamang dulu masa aku tunggu bas depan skolah.
Aku rasa dah takder bas dah kat Terengganu.
KTKTK : Bargain that wasn't there
{Previously in Friendster Re: TEMPAT SHOPPING KAT KTKTK Mon, 04/30/07 12:43 AM }
Aku cerita benda yang aku ingat dulu2 la, perihal shopping kat terengganu,... hok aku cerita ni mungkin dop relevan doh sekarang, sebab buleh kata aku 2 tahun doh dop duduk terengganu.
tempat cari bahan bacaan :
Pustaka Seri Intan. dulu selalu beli Alternative Press, Rolling Stone kat sini + Surface sekali, Revolver sekali, tapi stop sebab mahal sangat ,... when u can have it in KL cheaper. dulu aku buleh belanja kat sini sebulan approximately lebih dari RM100. the worst thing it affect my salary,... tolak itu ini, i'll never be a proud parent. so, ada masa aku datang sini window shopping je,.... sampai la yang jaga kedai sound aku cakap, aku tak pernah beli. tapi datang nak baca je, bos dia marah... ok, that's it! this is the end! to think again, masih banyak benda yang kurang kat kedai PSI. even sebuah kedai MPH yang simple di KL, can have many thing. kat sini pun takder IdN, comic siri Vertigo jauh sekali (sampai aku mimpi ada kedai comic vintage kat basement di tapak panggung Cathay lama,... sebab rindu sangat nak shopping kat Mind Shop, KL Plaza dulu2...). more power to internet library, I guess,.... and your own bedroom. {year active, 2000 - 2005}
Kampung Cina : Sini best kalau nak cari magazine imported HK je, atau comic,... macam Milk, satu art magazine HK yang tebal tapi interesting,... it's a great bargain at the time,... until currency ruined. sini pun tempat yang best untuk buat photography, Nasir selalu pegi. {year active, 2003 - 2005}
Record store :
Kanna Music Shop: Kedai ni cuma best ketika era alternative nation je, from 1995 till end of the last century. probably to the fact mp3 takeover. Plus kedai ni tak banyak title yang menarik, takder banyak bargain,.... tapi member aku pernah la beli kaset Bjork kat sini , sebab orang tak beli pun, dated 1997, dapat la RM10. ada gak kaset Yeah Yeah Yeahs murah... dulu aku cari koleksi NIN aku kat sini , dalam bentuk kaset. satu lagi kedai kaset depan Kanna , has this nice collection, even better,... kalau korang order dari diorang. but I guess , these year has put these stores to an end, to the fact that kedai2 ni hidup sebab koleksi VCD/DVD yang extensive je. but not for music. {year active 1996-2001}
clothing:
bundle pantai Batu Buruk : kawan saya jumpa t-shirt vintage Akira for 5 bucks,... that was 2002. Saya dah lama tak pegi sini. kalau vintage clothing skang ni, saya pesan secara personal dari kwn terdekat, i they have some great NIN tees,... Heavy Metal comic mag tees,... at the moment I'm looking for Mastodon tees, which I think,... takder kat Terengganu. {year active 2000-2003}
Bandar Kuala Terengganu, quite dead sejak penutupan 2 panggung wayang, Rex dan Cathay, that actually has nothing to do with politics,.. that was a decade ago. masa saya kat Terengganu, sumber saya selalunya kawan2 yang balik ke Terengganu, ataupun package yang posmen hantar. Joe Kidd dalam radio show Alternation di TraxxFM khamis lepas pun ada beritahu, exposure dia untuk music sekitar lewat 70'an banyak dari page swap, dari kawan2 pena kat semenanjung. itu ketika era sebelum internet...so, i guess now, more power to internet.
RE: kenapa ramai WANITA yang memandu KERETA??
{previously in Virtualfriends)
"Here in my car. I feel safest of all. I can lock all my doors. It's the only way to live, in cars. I can only receive. I can listen to you. It keeps me stable for days, in cars... "
Gary Numan, Cars.
Lagu di atas tu ditulis oleh Gary Numan selepas kejadian mak dia hampir dirompak di luar rumah. Kereta si Gary menyelamatkan mak dia, bila mak dia lock suma pintu kereta. Ia juga memberi maksud, golongan wanita ini yang sering jadi ancaman di luar kediaman mereka, dan mereka hanya ada satu tempat untuk menyelamatkan diri mereka: di dalam kereta mereka, to say the least. Ia berbeza dengan golongan lelaki bersama motosikal mereka, kerana sifat rebel lelaki dapat dilihat dengan motosikal, ie: the speed of destruction, simplicity, the adrenaline rush,... Wanita tidak dilihat sebegitu dengan motosikal. They have to wait for their first car.
Gary menambah : "Here in my car (where) the image breaks down... " It's so true...
Coffee Shop Dream
Ahmad Nazri : "Hor! Kat sini."
Rizal pandang satu kedai.
Aku tak tau berapa kali Rizal ulang pasal coffee shop dream ni kat orang lain. Kekadang dengan Munk cakap pasal nak bukak kedai komik. Rizal dah tua dah. Angoh lagi lah tua. Angoh skang ni kat rumah pasal sangkut paper. Dah pakai tongkat baru nak grad. Mimpi kedai kopi tu boleh jadi realiti tapi aku takut Rizal tutup kedai tu tak sampai sebulan beroperasi sebab it's not about the right place and the right time. 5 tahun lagi? 10 tahun? Aku dah jadi bapak yang berdedikasi pada anak-anaknya lepas retired dan frustrated jadi frontman band industrial grind paling 'leceh' kat KT.
Rizal : "At least kawan kat luar KT ada tempat untuk hang out."
airplay : "Bloodloss Cosmopolitan" - Glassjaw.Thursday, 131 103.
Still Bored : The Definitive Process Of Hang Out
Hari ni kebetulan ayah aku take a rest dari sebarang kerja so aku tak perlu tolong kerja dia. Aku mungkin boleh keluar lebih awal tapi aku mungkin akan hadapi keboasanan yang ultimate. Mana aku nak pergi? Ada 2 tempat jer. Tempat yang ada buku = bookstore, dan tempat yang ada line internet = cc Neonet. Jarak dari rumah aku ke bandar KT (pekan la sayang! Bandar ni macam makin mengecil jer...) sebenarnya ambik masa beberapa minit jer kalau kau naik motor atau kereta sendiri. Aku cari bas. Aku boleh saja telefon kawan aku, Munk ajak dia kluar, maknanya dia bawak skuter dia atau kereta ayah dia ambik aku kat rumah. Tapi aku tak nak bother dia lepas dia baru balik dari kursus. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Jadi aku keluar sengsorang jer, since Fadzli ada kat KB dan abangnya Fauzi baru jer operate lutut. Aku berjalan dalam 2 ke 3 minit ke tempat bas selalu berhenti, di hadapan padang Sekolah Panji Alam. Aku bayangkan aku tunggu kat situ bermula 3:00pm, atau petang. Tapi kecelakaan berlaku bila bas yang aku tunggu ambik masa selama 1 jam lebih untuk sampai ke tempat yang aku tunggu tu. Lebih syahdu bila terdengar laungan azan asar dari surau yang berhampiran. Aku belek booklist dari Laurence King dan Thames yang baru sampai kat rumah aku tadi untuk bunuh keboasanan itu. Didn't work.
OK, that's it! Bas tu pun sampai. Yang aku tau bas ni buat 2 kerja. Selain dari lalu kat tempat aku, bas tu lalu ke daerah lain. Jadi gap masa untuk menunggu bas ni sebenarnya adalah 2 jam! Tambang bas ni 70 sen sebab bas ni bas mini. Kalau cari kereta sapu, aku perlu bayar seringgit jer tapi aku tak nampak sebarang kereta yang berhenti dekat aku untuk ambik penumpang. Bila bas tu sampai jer, aku buat perangai aku yang tak sabar-sabar nak naik bas sebab dah lama benar aku tanggung derita. Aku dah tak peduli benda lain selain mengharapkan bas tu terus sampai ke destinasi aku. Good! Aku ada company yang aman damai dan tak crowded sebab hari ni hari Ahad, dan di Terengganu hari Ahad adalah hari berkerja. Cuba kalau aku kluar semalam , iaitu hari Sabtu? Damn!
OK, bagus. Bas tu lalu on the way ke bookstore jadi aku hanya perlu berhenti kat situ dan tak perlu berhenti kat stesen bas dan menambahkan perjalanan. Turun jer, tanpa melihat kiri dan kanan kecuali time melintas jalan aku cari bahan bacaan yang sesuai dihadam oleh jiwa ini. Not good. I found nuthin' that keeps me quake! Seolah-olah aku buang masa aku ke bookstore ni (bookstore yang sama pernah sound aku sebab 'membaca sangat' tapi belinya tidak). Fikir untuk tidak mahu our dream end here, aku decide untuk switch ke Chinatown yang ada a few newstand yang interesting. Dalam perjalanan terjumpa Zam, drummer Nosferiel dan sebagai orang Melayu dan Islam yang penuh adab, kami bertegur sapa dan menghulurkan salam. Zam nampaknya tengah rushing, jadi kami pendekkan pertemuan kami kat situ jer. "Kat studio ada orang..."
Sampai kat Newstand kat Kampung Cina, aku ambik masa lama sikit berbanding kat bookstore tadi sebab dalam rak, banyak sangat magazine yang dah lama aku tak beli. Aku ambik satu jer. Bila dah bayar magazine tu, aku bayangkan journey aku dah abis kat situ so aku kena type summary yang panjang ni kat website aku, jadi aku kena cari cc. Cc yang terdekat ialah Neonet. Not good, Neonet tutup. Cc lain yang biasa aku pergi menyebabkan aku kena lalu kat Stesen bas KT, man, that's sucks! Aku sampai situ dalam pukul 5 something. Aku end up pakai PC sampai 2 jam, pasal banyak benda yang nak dibuat. Itu dah masuk plan dari rumah tadi.
OK, lepas tu? Aku bayangkan aku kluar pukul 7 dan tunggu bas balik yang hanya beroperasi pada pukul 8 something and that's sucks again! Banyak masa yang terbuang. Dan itu yang menyebabkan aku ambik masa dalam 15 hari untuk keluar balik pegi bandar KT untuk update bahan bacaan dan cyberactivity. Tapi perkara tu tak berlaku kalau aku bermusic dengan band aku, sebab transportation melimpah-ruah, daripada Munk ke Ayeng ke Azulaimi. So, this is our not good day. Aku tak singgah minum kat mana-mana kecuali Munk atau kawan-kawan aku yang lain ada kat satu kedai. Jadi anda bercakap tentang hangout. Nuthin' much but it's scarificing. Thanx for reading.
Sunday, 261 003, ktktk.
Tuesday, July 03, 2007
Masih Simpan Present Dari X-boyfriend @ X-girfriend Ke?
dari pos di laman web VirtualFriends
Posted By : Ellyn85 (MiSz, @rE' LyNn)
Assalamualaikum semua... nak tanya semua geng2 VF ni... yg mana pernah bercintalakan... sure pernah terima pemberian dr xbf @ xgf korangkan... . so bile dah xde paper feel n fair ni korang simpan lagi pemberian tu @ korang buang? dan kenapa korang buat cam tu erk? jomla kongsi2 kat sini k... nak tau gak apa yg korang buat ngan pemberian tukan!!!... .
Sat, 12 May 2007 02:06:46 PM
RE: Masih Simpan Present Dr Xbf @ Xgf Ke?
Saya tak pernah terima apa-apa dari girlfriend (...jika itu maksud anda). I always wish it's my favourite comic books , dalam bentuk trade paperback, like the one from Ashley Wood - "Lore", or Dave McKean - "Cages", atau artbook Kent Williams - "Sparrow". Sejak 7 tahun lepas saya berharap,... but nothing's happen. Tapi saya selalu hadiahkan birthday card dengan original artwork saya (saya draw sendiri... . i'm not fancy with 'kad yang dah siap'... it's not me), with mixed tape or doll. selalunya, it became the last gift i gave her, sebab lepas saya bagi hadiah tu, we broke up. That's fate.
My Top 5 that didn't hit well (and i never made this)
So, these are my 'top 5 things' I found while i re-open my Yahoo music launch again. 4 out of 5, i don't think i'm all excited about Snot nowadays. They're kinda like ,.... one shot for me. They came out with only one studio release with the late singer Lynn Strait, and i remember this one compilation that people might consider as 2nd Snot album that featured all top nu-metal related singer by year 2000, pave homage to Lynn. I don't know how this thing really going, but whenever i open my Yahoo launchcast, they always had Snot song, most probably "Absent", but if I had to choose, my favourite track is "Stoopid" (I remember the music video with this one person hang around, and people look at him with displeasure. that's something...)
As for Glassjaw, I hope Daryl and co. going back to studio again, but I guess that's not going to happen as Daryl now is htting thing with Head Automatica. It's almost the same situation that happen when Chino came out with Team Sleep and in Revolver magazine it said that they almost folded because of this freelance work. But then they come out with Saturday Night Wrist, better than the last album, .... almost the same par with White Pony. (But not remarkable...)
But the thing with Glassjaw is it's already 2nd album by Head Automatica, and there's still no light of their reunion album (yes, they call it quit before, but there's some re_join gig early this year).
Afterall, you can never trust this top 5. Every one of 4, had a contradiction to what you belies on your listening. My first encounter lasy year is the worst. only 2 out of 5 really stick with me, as I wrote it below on my first commentary: "Mudvayne, A Perfect Circle, Chimaira, Stone Temple Pilots, and Jewel. That's my top 5 rated music listed on my station when i start this message. Out of Chimaira and APC, I'm not sure if I like to put Mudvayne ahead. Jewel music I listen to now is the old tracks, one I remembered is with that Standing Still song while STP is dead. If I could replace those 3, I'll go for Tori Amos, Nine Inch Nails and Tool. Definitely! My only hope is the new CD by Tool that might come out next year (rock really hard). "
one poem, one rambling in 2002 or three
For some purpose, I hate to get the fuck out of home.
I rather do my empty decoration.
I rather stay healthy at home. I rather starve at home because I'm more starving out there.
For some reason, I need friends at home, not out there.
I rather left a note to you,
Send me books.It's better to read something than left something.
Behind.
This is better than evrtn, they say.
I admit, or must I?
There's still a lot of sad thing out there.
So, bring me the impressionist calendar. Bring me double A's and generator.
Because thing that matter is an eye ache and a torn.
Imprint. Not in screen.
Love my eyes, love you and hate you some more.
Because I don't have a thing, just have nothing.
You're not mine; you're not a thing unless it was on fire.
Hey, do I have a rug?
'Sadness' day, August 14th, 2002
SPIDER
Spider tu kecik tapi bisa mengeluarkan jaringan yang unpredictable. Time tu my bike has lost and I need to get it back. My dad gimme a few bucks, and I end up to use it for my chocolate bar + cake, and that's cost 7 dollar ++. Sick! Mahal gila.
(Maknanya, in reality, aku boros sangat, tak pandai budget langsung). I took the bike in rainy dau, then witness my 3/4 brain's friend driving his car beside his dad, while I'm all wet. Man, that pissed me!!
Semasa jumpa labah-labah tu, aku jumpa 3 maskot yang style-style maskot KFC but in front of Pizza Hut. What freak me, tak silap aku, Pizza Hut takder maskot. Mereka ber-3 dalam keadaan di mana premis pizza tu dalam kejatuhan.
And the spiders,... dia tak merbahaya, tapi still feel uncomfortable. It's weird color of webbing. Jaringannya pelik. Feel like this place getting older.
PUBLICATION YEAR
Macam mana tu ?
"Since kolej bercuti 2 bulan 24 hari, mesti orang tua tu suruh kita cari kerja. Kau boleh dengar sendiri time abang-abang kau balik raya, how they react bila tau kau lepak selama 2 bulan 24 hari tanpa buat apa-apa. Dalam hati menyumpah-seranah, kenapa la ada makhluk macam kau yang kerjanya menyusahkan orang tua, harapkan dia orang secara total tanggung kau." Dia orang mana tau yang aku memang kerja. "
Aik! Tak nampak pun ?
"Ha! Tu la pasal, aku ada sistem! Tapi malangnya, untuk menjelaskan sistem itu kepada mereka adalah amat neraka sekali!! "
Aku rasa ramai rakan sekolej yang ambik peluang cuti panjang yang lepas (1hb Oktober - 23/24hb Disember 2002) dengan cari duit. Cara bagaimana dia orang cari duit tu aku tak peduli langsung. Tapi frasa yang keluar kat kepala otak aku ialah: "This holiday should be relaxing." Macam-macam perkara yang relaks yang dibentangkan atas paperwork. Malangnya, perkara itu dijalankan di Kuala Terengganu. Ia sama sekali equal dengan tidak berjalan langsung. Pelan pembentangan jadi lakaran jiwa. Orang yang sangat-sangat diperlukan berada jauh dari pandangan kita. Jangankan nak menyentuh rambutnya, suara mereka pun tidak kedengaran. Orang-orang yang boleh membantu membentuk realiti itulah yang kita harapkan, dan mereka tiada. Sick! Idiot box stay idiot. Komunikasi kita diblok lagi. Yang tinggal hanyalah menyambung lakaran jiwa itu di kamar beradu. Tidor!!!! Aku dah malas nak layan perasa-perasa artificial bangkai ini. Sehinggalah datang Ramadhan...............
Ahmad masih meneruskan diksi-diksinya dengan kertas, pen, pencil, ink dan management diary walaupun Ahmad bukanlah terurus sangat. Tak ada PC. "Aku rasa aku nak throw up untuk kali ke 666." Sesi jamming bersama band kesayangan ada la dalam 2 kali selama 2 bulan lebih bercuti. Tak logik bunyinya. List barangan keperluan domestik bertambah, tapi duit tetap berkurang. Software-software yang berkredibiliti tinggi menjalani proses kemaskini, tetapi Ahmad tetap sama, malah semakin backward. Society Ahmad hanyalah bilik kotak yang penuh dengan back-issues. "Aku tak fikir orang diluar sana boleh menerima Ahmad yang sekarang ini. Tolonglah, mereka akan terkejut dengan perbezaan yang radikal ini. Dia orang memang suka benda yang cliche. Dapatkan majalah Mangga dipasaran sekarang dengan gosip terbaru yang hangat lagi sensasi. Mangga tu bukan komik. Perlukan correction." (nota: Ketika ini, Mangga masih memakai nama komik. Ia seperti satu hinaan.) Bookstore dikunjungi beratus-ratus kali. Manusia itu masih boleh bertahan walaupun jalan sekian-sekian itu telah dilalui beratus ribu kali. "Sebab dah takder jalan lain la, bengong!"
Eh! Penulisan ini boleh diterbitkan, bukan? (Saya tersenyum...) Can get money out of it. (Saya melihat realism di sudut yang sukar.) Juga kartun 3 panel tu. (Diterbitkan, tak berbayar...). Kenapalah dulu tak terpikir? Tiba masa untuk ripping someone else's head. Lalu Ahmad berkurung lagi di bilik kotak itu. Karya dihasilkan untuk dapatkan duit. Karya dihasilkan tanpa ketulusan kerana siapa yang pedulikan ketulusan itu? Yang penting, ikut kehendak pasaran yang nak termuntah itu dan kehendak masyarakat. Tiada siapa pedulikan individualism apalagi jika individu itu tidak dikenali. Bukankah sesuatu boleh berubah dan berevolusi ? "Aku takut ianya devolusi dan kita bakal depresi dan kecewa" Pergi mampus, aku mau duit!!!
Dan dia menunggu di sudut itu. Penantian yang menyeksakan. "Jadi anda jelas dengan sistem saya. Tak usah curious, aku tak habis lagi. Seberapa ramai graduasi yang keluar setiap tahun. Kita memang rasa tercabar. Tapi berapa ramaikah yang punya jiwa dan attraction dalam karya kerja mereka? Kalau kau dah ada itu, tak usah risau la.... orang tetap cari kau." Dunia makin mengecilkan oksigennya yang diperlukan ramai orang. You have to pray. God help us!
Jumaat - 27 Dez 2002. 8: 1 1 , aku nak gi sarap!
What We're All About
{Sekitar 2003, ketika masih menuntut di UiTM Machang, saya menulis manifesto ini. Tentang rakan-rakan satu band yang saya kenang kerana kesukaran bersama sebagai satu unit band. Saya muatkan tulisan ini dalam laman web peribadi ketika itu http://www.blynk3n.cjb.net/ yang ketika ini lupus segala isi teks dan grafiknya kerana sering bertukar pelayan digital percuma. Ketika pelayan digital ini lebur dan lupus dari dunia digital, saya menghela nafas panjang sambil berkata, " ....hmm,.... kita dah biasa sangat bermula dengan sifar. Dan kita tak endah langsung dengan kejadian sebegini..." Moralnya, jika belum bersedia dengan pelayan berbayar, paling tidakpun, cubalah selamatkan harta digital di dalam format CD-R. Malangnya, ketika itu, nak mengumpulkan segala harta digital yang bersepah di ruang siber dengan pengakhiran di dalam sebuah CD-R jadi sebuah kerja yang sukar ketika teknologi 'CD burning' belum lagi dibangunkan semua kafe siber. Dan perkataan seperti thumb/flash drive boleh diibaratkan seperti perkataan yang keluar dari genius komputer. Benar sekali...}
Awal 1999, di Kuala Terengganu...
Macam mana perasaan kalau dapat join band yang mana semua benda dari atas sampai ke bawah kau suka dari segi muzikal, line up, attitude, dan segala-galanya? Everything! Tapi benda tu payah nak berlaku...
{Okey, give you some times....}
Ahmad Nazri bukanlah orang yang sempurna untuk kau bawak pergi jamming. Dia tak tahu main instrumen yang biasa ada dalam studio jamming, macam gitar, 4 string, dram ,... mic ? Sikit je la kalau kau nak ajak dia jadi vocalist sebab suara dia pun bukannya kuat sangat. Tak best langsung!!!
Lepas SPM, ketika budak-budak lain sibuk jamming, buat recording demo, join gig, atau sekurang-kurangnya hang out dengan member-member satu band, Ahmad Nazri banyak menghabiskan masa dengar record-record yang dia suka, dan juga sample-sample guitar yang dirakam oleh kawan-kawan dia 2/3 tahun dulu, sekurang-kurangnya dapat la dia men'jahanam'kan sample-sample guitar tu dengan 'dram kayu' yang dia buat sendiri. Takpun 'bluesy' dengan piano kat rumah Hilman Hajijan. Tiada peralatan rakaman audio di rumah Hilman menyebabkan beberapa material yang kononnya menarik tidak dapat di rakam. (nota : Di rumah Hilman pun ada PC tapi versi dia buruk sangat!! Susah nak buat kerja digital editing)
Realitinya, tak ramai yang berminat nak ajak Ahmad Nazri join diorang untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan audio + music. ("Hampir sifar,heh!" , Ahmad Nazri.)
Azulaimi Mohamad memecahkan tradisi ni.
Semua ini bermula di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, yang dahulunya jadi tempat Azulaimi, Mat Ros, Bidong, Mizi dan rakan-rakan lain untuk study kalau dia orang rasa sekolah bukanlah tempat yang sesuai secara total untuk menerima pelajaran. "Yeah, break the rules! Cut skool, bebeh!"
Azulaimi mempelawa Ahmad Nazri untuk join sesi jamming dengan beberapa orang rakan (termasuk Mizi), mengambil posisi vokal.
Tapi, kenapa Ahmad Nazri ?
"...sebab member aku tu baser malah nok ngafal lirik. Kalu mung dakper sikit," begitulah lebih kurang apa yang Azulaimi cakap.
"..doh tu mung main mender pulok, " tanya Ahmad Nazri kepada Azulaimi.
Dengan nada yang lemah seribu bicara, Azulaimi menjawab, "Aku .... kembali kepada posisi asal .... main drum. Huh!"
Realitinya, Azulaimi sebenarnya dah letih gila main dram. Apa yang dimimpikan oleh Azulaimi ialah 'tali 6', gitar. Tapi nak buat macam mana ? Itulah kelebihan Azulaimi yang menarik perhatian rakan-rakannya. Ketukan dramnya , bukan petikan gitar. Pada satu pandangan, aku dapat rasakan pemain dram susah dicari, tapi pada satu ketika mereka mungkin beranggapan 'ramai yang boleh main gitar'. Tapi apa yang mereka tahu tentang revolusi ?
Sesi jamming tu bakal berlaku pada Julai 1999, sebelum Azulaimi ke Dungun untuk sambung pelajarannya ke peringkat Matrikulasi.
Ahmad Nazri pada ketika itu tidak dapat apa-apa keputusan untuk menyambung pelajarannya. "Lepak Kampung Nibung laaa.... Boring hampas!!," ... antara rungutan Ahmad Nazri. "Jeles laaa aku , semua orang pegi ke lain , aku sorang-sorang lepak kampung, tak ke bodoh namanya ?" Jadi Ahmad Nazri hanya menunggu masa sebelum sesi jamming tu berlaku. Azulaimi dan Mizi menamakan projek jamming tu sebagai Little Kordine. Aku tak tahu apa makna di sebalik nama itu secara spiritual atau tersirat kerana secara kasarnya ianya bukanlah nama yang bagus pun. Ia tak bermakna apa-apa dan superficial. Azulaimi mengibaratkan ia seperti 'temporary drug', aku memanggilnya 'enigma'. Dan Azuaimi mendapat inspirasi ketika proses yang lebih berat dari urination. "Tak best langsung!!" Tapi aku peduli apa, dia orang nak jamming nak pakai nama apa-apa, itu hal orang. Aku hanya menumpang ruang kreatif.
Akhir Jun 1999, tiba-tiba Ahmad Nazri membawa 2 berita. Berita baik dan berita buruk. "Best la aku dapat sambung belajar ITM 4 haribulan karang", kata Ahmad Nazri, lepas tu dia menyambung... " tapi tak sempat la jamming."
Sebelum sempat Little Kordine nak bernafas, dia orang dah 'mati' dulu.
Damnit!!
{nota: Ahmad Nazri menulis 'cerita' ini semasa zaman opus Little Kordine, band yang dia sertai selepas SPM, selepas beralih dari band 'alternative nation', Marigold. Sepatutnya 'cerita' ini menjadi biografi band di dalam website band yang tak siap terus sampai la sekarang. "Aku letak cerita 'biasa-biasa' ni dalam page ni sebab yang aku ingat time ni la aku jadi darker person. Time ni la aku start kenal Mizi, sebelum Nasir, Mang, Zuang and a few people I always hang out with these days. Aku sepatutnya erase terus cerita ni sebab ia banyak menyakitkan hati aku." Ia menimbulkan persoalan yang payah untuk dijawab, "Why I always become like this and not like that?" sehinggalah seorang rakan yang prihatin memberi jawapan, "Tuhan tak izinkan." Jika berhajatkan sesuatu, minta daripadaNya, usahakan. Kalau sesuatu yang tak dijangka berlaku, anggaplah ia sebagai ketentuan. Carilah hikmah.}
(nota x nota : okay, you know what? menulis tentang diri sendiri kedengaran lame now.... bak kata Peter Gabriel : "And it feels so unnatural to sing your own name" I should have vanish this post.)
preface, prakata
as much as i hate blogspot, let's face it, i could change it into something that i could chew with.
pelannya ialah untuk mengumpul data dalam bentuk kekata, segala jejak saya sepanjang hampir 9 tahun di ruang digital kepada sesuatu yang boleh saya nilaikan tentang diri saya di ruang ini. yang saya pasti, saya selalu jadi 'orang lain' mula saja saya menekan papan kekunci. dan saya banyak buang masa saya di sini. atau cuba menghiburkan hati saya. lara sunggoh!
pelan kedua, ialah untuk merumus kembali segala pengakuan saya di depan papan kekunci ini.
tak sampai seminggu yang lepas, ketika menekan papan kekunci ini,... saya berada di bawah 'hostage'. di gombak, dengan parang. dengan rasa gentar untuk meninggalkan monitor. "this is your life" - Tyler Durden.
pelan ketiga, ialah menulis dengan format 'kaya teks' (rich text), plain dan hampir kepada sebuah bahan bercetak, ie: buku, novel, tanpa grafik, imejan. kecuali satu fakta yang saya sukar sunggoh nak menjadikan sesuatu huruf itu kapital ketika mula perkataan pertama atau untuk nama khas. semua orang pun....
dan semua orang tak peduli pun kewujudan saya di sini. baiklah, baik saya perkenalkan diri saya (patutnya saya perkenalkan diri saya dari mula tadi ibarat permulaan novel Moby Dick, ie: "Call me Ishmael." tetapi, ini tahun ke 9 saya. haruskan saya ulang bicara saya yang sama setiap kali memulakan penulisan. atas logik juga.) baiklah. nama saya Ahmad Nazri, berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. di awal usia internet saya lebih dikenali dengan pseudonym 'Blynk3n', tetapi satu kejadian yang hampir memalukan saya telah menyebabkan saya menggunakan pseudonym 'Blitzenius', sebagai ganti nama untuk karya seni visual saya, seperti kes Jean Giraud dengan nama Moebius-nya. dan selalunya Blitzenius akan jadi nama tengah saya, contoh: Ahmad 'Blitzenius' Nazri. anda boleh cari di Google 2 nama ini 'blynk3n' dan 'blitzenius' untuk melihat segala aktiviti saya yang masih berbaki jejaknya.
rasanya saya senang menulis dalam bahasa ibunda (kalau nak diikutkan bahasa ibunda ialah bahasa tanah tinggi Bukit Besar di Kuala Terengganu sana, juga tempat yang dijejak Megat Panji Alam. akan tetapi kerana marhaen sudah maklum sangat dengan bahasa rasmi Malaysia, jadi saya kena ikut format ini. perhatikan juga beberapa perkataan Inggeris yang tak kunjung tiba maksudnya di dalam bahasa Melayu, atau terlalu panjang penjelasannya, jadi saya italikkan perkataan-perkataan ini untuk memudahkan urusan kita.
anda pernah terfikir tak kita banyak buang masa di sini? lebih-lebih lagi untuk orang yang banyak kerjanya tetapi sedikit hasilnya seperti saya ini? maaf, saya curi masa anda. saya tau anda banyak masa yang terluang.
maaf juga jika saya banyak merepek. (bukan saya seorang saja , kan?)
selepas habis prakata ini, kita akan mulakan dengan segala cerita hari-hari dan cerita yang telah lama berlalu tetapi indah untuk dikenang. kalau tak, takkanlah mereka beria-ia hendak menjadikan Transformers sebagai blockbuster musim panas mereka. saya yang dah bangka ini pun boleh syahdu mengenang kembali era emas mekanikal transformasi jentera itu. ia cool! saya boleh hafal banyak lagu-lagu dari kartun predecessor yang muncul pada zaman yang sama dengannya depan kawan wanita sebagai umpan.
jadi, saya tinggalkan di sini dahulu. beri ruang untuk anda kenalkan diri anda. seperti yang sebut dalam prakata ini, kerja saya banyak. jadi saya perlu kembali kepada kerja saya. assalamualaikum dan salam sejahtera.