Followers
Friday, December 31, 2004
cover art : Fear Factory - "Obsolete"
masa aku surf2, terjumpa work yang dicari2 selama ni, iaitu artwork untuk Conception 5 iaitu karangan Burton C Bell untuk album Fear Factory - Obsolete tahun 1998, yang mana artworknya dihasilkan oleh Dave McKean berdasarkan karangan Burton tu. Kiranya Burton buat cerita lah untuk sequence 10 lagu dalam album Obsolete. aku pun dah tak jumpa dah CD Obsolete ni , versi digipak, tapi ada la sorang kawan kita yang beli tolong scan artworknya. satu lagi, aku jumpa work kawan comic kita kat Australia, Ben Templesmith. selama bertahun berkawan aku tak tau plak dia di'komisyen'kan oleh Fear Factory untuk bikin work berdasarkan logo Fear Factory - archetype (sebut betul2: "ar-ki-taip"). dia buat masa Fear Factory shooting video kat Australia.
Alang-alang tunjuk banyak work Dave Mckean, jadi aku introduce la sikit pasal McKean (penipu betul la aku ni, hari tu kata tak nak cerita. superstar sangat la, apa la...) aku cerita berdasarkan kronologi macamana aku boleh minat work dia.
masa zaman rock abang aku dulu, dalam awal 90 an, work McKean aku boleh kata banyak menghiasi record2 rock ketika itu. Alice Cooper, Paradise Lost, Dream Theater, Life of Agony, Machine Head, Testament, Skinny Puppy adalah antara band dan artist yang menerima setuhan seni McKean untuk cover album mereka. tapi work McKean yang aku minat mula2 dulu ialah masa dia buat cover album Fear Factory - Demanufacture, dan some of Adobe Photoshopper mesti tahu yang dia pakai Photoshop version 4, (atau 3, kurang pasti) masa tu. Some of designer sekarang ni start dengan photoshop 5 ke atas. jadi bila tengok work dia yang pakai version Photoshop yang 'cikai', we're like, "so we can do like what McKean do." No, until you find out that McKean menggunakan hampir kesemua media seni: collage, painting, drawing, photography, computer, dan kombinasi lebih dari satu media seni. aku yang asalnya terbiasa dengan comic style pencil dan ink tergamam sekali lagi bila dapat tahu yang McKean adalah antara artis komik disegani melalui cover komiknya untuk The Sandman hasil tulisan Neil Gaiman yang telah memenangi banyak anugerah. sejak dari itu, aku banyak cari komik2 yang ada hasil kerja Pakcik Mckean ni, walaupun dia hanya buat cover macam komik 'The Dreaming'. Tapi semua pasti tahu kehebatan MCKean melalui komik 'Cages' yang tebal macam buku panduan telefon tu dimana segala style art dari lukisan pensil, ke inking, ke paiting, ke collage , suma diaplikasikan ke dalam satu buku itu. Comic Journal dalam ulasan mereka menyebut buku komik itu sebagai "wajib beli untuk peminat komik!" (tapi tak berdosa pun kalau tak beli, bukan semua kedai ada.) Pakcik McKean ni mula dikenali di arena komik melalui komik spin-off Batman bertajuk "Arkham Asylum" sekitar lewat 80 an. selepas ber'kolaborasi' dengan Neil Gaiman, dia banyak mendapat projek 'high profile' dengan penulis, dan syarikat penerbitan ternama seperti John Cale, Stephen King, The Rolling Stones dan Lars Von Trier antaranya. Projek terbaru McKean ialah filem pertama arahannya "Mirror Mask" dengan kerjasama Gaiman dan Jim Henson Production yang sebelum ini pernah menghasilkan filem hebat, Labyrinth. tunggu tahun depan untuk satu cerita yang penuh dengan mind-twist.
The man - Dave McKean
perincian tentang seni Obsolete boleh dilihat di sini: http://www.zenial.nl/txt/obsolete.htm
Sunday, December 26, 2004
cover art : Chimaira - "Pass Out of Existence"
Kembali ke tahun 2001, semasa internet bertalian dial up masih berkuasa, kami dapat berhubung dengan Mike Boudine III, seorang rakan di cleveland, ohio, US. Mike atau lebih dikenali dengan nickname tech13 ialah designer yang memulakan gagasan Razorart (r.i.p) dan orang-orang awal yang join Deviantart bersama dengan seorang lagi kawan rapatnya, seorang designer dari Scotland, Neil atau nick dia thredz. Both are cool guys, yeah, i remember when we expressed and shared our interest on Dave McKean, Fear Factory album cover art (until the art for Digimortal was taken over by t42 design and that's sucks). at the time, diorang sedang dalam rangka kerja cover CD sebuah band yang sekampung dengan tech13, iaitu cleveland, band yang bernama Chimaira pada masa itu baru saja sign dengan label Roadrunner Records. (pada yang ingat, cover demo Chimaira yang introduce music diorang dengan Roadrunner masa tu, warna merah dengan logo 'chaos' yang direka oleh mereka). Melihatkan hasil kerja tech13 ngan thredz (bawah nama 'Animated Noise'), aku jadi tak sabar nak tengok work cover Cd diorang untuk Chimaira. pada bulan Ogos 2001, sebulan sebelum tragedy WTC di hijack, kami dapat melihat artwork sebenar Chimaira - "Pass Out Of Existance". wow. kaler biru, putih .... hitam. sungguh industri. Memandangkan aku tak dapat CD tu, jadi aku save work CD tu, yang complete dengan band photo yang di-distort-kan dengan typo ala matrix (photoshop habis!), ada la dekat 2 tahun work tu aku simpan dalam pc member aku, balik class, tengok..... sampai la pc member aku crash. aku ambik masa setahun baru la dapat CD 'Pass Out of Existance' dan automatiknya, artwork dalam bentuk fizikal. masa tu Chimaira dah release 2nd CD.
Sementara tech13 dan thredz aku rasa amat berterima kasih dengan Chimaira sebab lepas tu diorang banyak dapat projek dengan Roadrunner, mostly web-based project. so, diorang dah jarang dah bikin print art macam CD ni. diorang pun dah tak dapat aktif ber-community dengan designer online yang lain macam aku, kerana prospect kerja yang agak tight dan faktor usia, hahaha (sehingga meng - r.i.p kan Razorart, sedih, sebab Razorart ni bagus untuk introduce designer2, yang lama dan baru) dan lebih penting, metal!
Neil hari ini bergiat aktif menggerakkan Sensor Studios.
Tuesday, December 21, 2004
comicon at national art gallery (and meeting Lat)
Last week, i went to the 3rd installment of Comic Fiesta (I guess because the first one was year 2002). I got a mix reaction from the con. First, aku paksa diri aku untuk pergi sebab since aku ada a few days left before the rise of new year. And I think it's the right time to meet my old comic friends, Mustaqim + Kamal 'tang lung' Masrun. Where else you can have a nice gathering w/ comic fellow other than Comic Fiesta ? Tang Lung sebenarnya ada berita tentang perkembangan terbarunya selepas dia habiskan semester terakhir di UiTM Machang. Kemungkinan dia akan turn out sebagai Disney muralist. Dan dia ajak aku sekali,... Sebenarnya aku still consider tentang benda ni since aku still ada komitmen on a few thing kat tempat sendiri. Rasanya berat juga. Apa-apapun, we had a good laugh masa comic con. Tang Lung baru saja menyempitkan ruang Gundam-nya di rumah selepas dia menang figure Samurai X masa drawing competition kat sana (selepas aku paksa bertubi-tubi mintak dia join drawing competition tu, kes aku tak nak boring menconteng sorang2. You owe me one, Tang Lung , heh!) Yeah, I met a few comic buddies from Pergh.com as well as old online mates like Muid Latif (he came w/ fellow Digitalmalaya, Shieko, Perez), Zid, Adijin, to name a few. Also art-tech who I just knew from the online forum 'comic con talks'. Thanks again to guys at Pergh.com yang bawak aku + Tang Lung gi makan kat Kampung Baru lepas menahan seksa menunggu masa sesuai selepas habis licin kuih di cafe National Art Gallery selesai drawing competition kami. Well, they feel the same too. Chee for mentioning me as the guy who lugging around w/ portfolio (nah, it's not a portfolio, it's my dust jacket). Well, see you guys around next year. happy New Year 2005.
Labels:
comic,
comicon,
event,
socializing
Subscribe to:
Posts (Atom)