Followers

Thursday, September 28, 2017

When man dies a woman, amarah seorang isteri dan apokalips : ulasan filem mother! arahan Darren Aronofsky

Filem mother! arahan Darren Aronofsky ialah suara yang memberitahu apa yang membuatkan aku minat sangat akan filem malah pernah bikin filem juga (dan ini datang dari graduasi art school yang sekian malam mempersoalkan akan kewarasan diri dan sering berlaku tidak adil pada diri sendiri sedang dia membuang dirinya jauh ke ibukota, kerana mahu kembangkan kerjaya tapi kalah dek 'the end of print' yang membuatkan dirinya papa kedana dan lupa seketika perihal matlamat lalu nak balik kampung semula tapi aku boleh tambah nota kaki: it doesn't matter anymore...).

mother! ialah filem yang seronok. Seronoknya melihat bagaimana Darren menterjemah kitab Genesis dalam hal writer's block (aku boleh kaitkan pada diri sendiri dan perlukan ilham) sampai orang tak perasan. Dan ia berlaku pada satu tempat itu saja melalui perspektif isteri lakonan Jennifer Lawrence yang aku lihat sebagai pelukis (juga aku boleh kaitkan dengan diri) bersuamikan seorang poet. Tapi lagi seronok kalau aku tak tau apa-apa tentang alegori Genesisnya.

Sebab bila Darren secara jelas menyatakan ianya alegori Genesis, ia menyebabkan majoriti penyembah berhala pagan yang kian menular di US menyisihkan filem ini. Dan di tempat sendiri, orang lebih banyak bercerita tentang sumber asalnya (yang dipadankan secara longgar). Ini salah bagi aku. Sebab ia buat kita tak bercerita tentang mother! sebagai filem, samada dari segi plot, naratif dan penggayaan (ini lagilah ramai yang tak terkejar). Tapi tema keretakan dan kesesatan yang digambarkan Darren pada mother! ialah realiti yang berlaku sekarang. Semacam manusia itu mengambil inspirasi dari kitab dan menyelewengnya atau amaran tentang kesan dan akibat bila manusia melakukan 'act of God' tanpa benar-benar memahami kata-kataNya.

Darren boleh dipanggil pretentious (dengan lebih teruk lagi) melalui mother! tapi ia perlukan seseorang yang menyukai kerja pengarah yang pernah bikin Requiem for a Dream, The Fountain (aku beli novel grafiknya dengan catan Kent Williams) dan Black Swan ini untuk benar-benar menghargainya.

9/10

Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 28 September 2017
Genre: Drama / Misteri
Durasi: 2 Jam 2 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson, Ed Harris
Pengarah: Darren Aronofsky

p/s: aku tak fokus bila tengok treler filemnya, tak baca sinopsis jadi taklah aku termasuk dalam kategori salah tafsir.

Wednesday, September 27, 2017

Ulasan filem Kingsman: The Golden Circle

Ultra violent memang forte Matthew Vaughn. Kau dah boleh expect. Pada aku, Kingsman: Secret Service ialah sebuah filem yang solid sebab source materialnya solid, mainly datang dari cetusan ilham Mark Millar melalui komik tulisannya Secret Service. Ianya cukup untuk satu filem. Semuanya gila dan make sense (satu dunia ke arah mobile dan gadgetry, ianya plan yang baik untuk dominasi global.) Then came church battle royale yang dikembang baik dari asalnya scene kenduri kahwin yang huru hara dari komik tulisan Millar (Millar juga memungkinkan banyak watak Marvel dijadikan filem dalam dunia MCU melalui siri Ultimates Avengers).

Kingsman: The Golden Circle tidak mencapai tahap atau melebihi Kingsman pertama dalam banyak perkara sebab sebenarnya Kingsman dah habis pada filem pertama. Lakonlayar filem kedua ini hanya Matthew Vaughn dan Jane Goldman yang try hard untuk sambung filem pertama tanpa cap mohor gila Millar. Bukan adaptasi komik lagi tapi sambungan yang tak perlu yang berakhir menjadi sophomore slump dalam entry Kingsman. Semua benda dari HQ burned down to the ground (Batman Begins buat adegan ini dengan lebih baik), traitor dari dalam, war against drug, semua tu kau dah tengok banyak kali dalam filem-filem spy sebelum ini. Bahkan lagu Word Up (penyanyi asal Cameo) pun dah digunapakai dalam Johnny English. Kemudian watak tak dikembang dengan baik, Tequilla mati awal sebab studio exec nak buat part 3, Statesman is a total waste sebab ia tak terasa macam team up tapi macam Kingsman saja di lokasi lain (tapi katanya Statesman sedara jauh...). Dan aku tak rasa kick mulai intro lagi.

Anyway, henchgirl dengan kaki besi dalam filem pertama jauh lebih menacing berbanding tangan besi dalam The Golden Circle.

Rating: 5.5 out of 10

Tarikh Tayangan: 21 September 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: 2 Jam 20 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry, Channing Tatum, Jeff Bridges, Pedro Pascal
Pengarah: Matthew Vaughn
Berdasarkan novel grafik Secret Service karya Mark Millar dan Dave Gibbons

Related Posts with Thumbnails