Followers

Monday, May 22, 2017

THE LEGO BATMAN MOVIE : Sindiran kepada majikan dan revenge porn

"All important movies start with a black screen...."

Paul Dini (Batman: Mask of Phantasm) ialah penulis skrip yang power dengan mencipta watak Harley Quinn sebagai 'another love story' supaya cerita Batman tidak hanya berlegar pada love story antara Batman dan Joker. Namun, walau saham Paul Dini naik dengan Batman: The Animated Series, dia masih tiada autoriti untuk menentukan apa yang dia mahukan dalam sebuah filem atau siri TV Batman. Semuanya kena ikut kepala Warner Bros. (ini anda boleh baca dalam memoir Dark Night: A True Batman Story terbitan DC/Vertigo yang keluar tahun lepas).

Team The Lego Batman Movie sedar akan hakikat ini. Kalau kau terlepas intro filem Batman terbaru ini dan masuk je time Batman lawan Joker, then you'll easily called it '40 Years Manchild Towering Inferno of Geekdom' tapi suara Will Arnett di permulaan filem ialah penyataan tebal akan pembikinnya yang mengutuk majikannya sendiri secara halus: "Warner Bros..., maksud kami, Warner Brothers... aku tau kalau aku propose idea pelik sikit dalam filem ni, mesti kau takkan setuju punya. Jadi, kami buat filem ini. Bukan untuk audiens, tapi untuk kau - yang sampai ke kiamat hanya tau BATMAN, SUPERMAN, dan BATMAN BERCINTA DENGAN JOKER, when it comes to DC."

Kapal (ship) dan perhubungan (relationship) antara Batman dan Joker ialah cercaan pembikin terhadap majikannya; "Kau nak sangat Joker bercinta Batman, aku bagi kat kau the ultimate Joker-Batman bromance movie sampai kau muntah." Suicide Squad dalam filem ini terbentuk dengan mudah, sebab Batman sendiri sebut tentang penyatuan team dari Arkham Asylum ini yang mendapat hidayah kerana mereka, tak seperti Warner. Bros, dah muak dengan perangai Joker, kecuali Harley Quinn, dan itu kau kena hormati Paul Dini. Dia mahu Harley Quinn bersama Joker.

Lupakan tentang niat nak panggil Superman dan Justice League sebagai backup sebab Superman sendiri menyampah dengan Batman. Batman takkan panggil JL. Dah tentulah dia boleh buat sendiri. Kes pun berlaku di Gotham, bukannya di Elseworlds. Christian Bale sendiri sebelum gagasan Justice League di bawah Zack Snyder, pernah mengata watak bawaannya sendiri, "Kalau di bawah JL, semua orang pandang Batman dan kata dalam hati, "Apahal dengan mamat tu?"". Pada aku, THE LEGO BATMAN MOVIE bijak menggunakan rujukan terhadap watak Batman itu sendiri (selalunya Batman versi filem terbitan Warner Bros.) untuk menunjukkan apa punya perangai sebenarnya Batman ini, walau bertukar pengarah. It will fuck your mind too, sebab dalam kepala kau Batman ialah Batman, sedang dalam filem ini, it's LEGO BATMAN, a difficult one, tapi secara harafiah, masih lagi Batman. Dengan membikin sebuah filem Batman tanpa perlu bajet skala besar The Dark Knight Rises, audiens melihat kebarangkalian jika Robin diwujudkan dalam dunia Batman versi Nolan-meets-Snyder yang moody. Pembikinnya have fun dengan brick Lego dan pembinaan imej Robin versi 1960'an diberikan asal-usulnya. Bane versi Tom Hardy ada isu dengan Joker tapi di sini, bukan Joker versi Ledger dan tanpa sedar dah mula diserap ke dalam geng Suicide Squad. Ia berlaku sangat cepat sampai kau tak sempat nak bernafas.

Filem macam THE LEGO BATMAN MOVIE kalau kau tengok sebagai filem lawak atau parodi dalam urat yang sama dengan Mamat Khalid memanglah kau nak gelak je, tapi filem ni filem yang serius. Ada yang nampak filem ini sebagai sindiran terhadap filem superhero atau filem aksi summer blockbuster yang mulai dark dan gritty ikut kata penerbit. Itu betul juga. Pada aku, it's the ultimate 'filem mengutuk majikan sendiri' dalam urat yang sama dengan Deadpool. It's a revenge porn.

P/s: intro THE LEGO BATMAN MOVIE power gila sampai tahap aku nak canangkan komposer Lorne Balfe (satu tempat kerja dengan Hans Zimmer dalam beberapa produksi seperti Megamind dan Son of God) dan konsultan di bahagian sinematografi dan Seth Grahame-Smith (the go-to-guy untuk Tim Burton sejak Dark Shadows) untuk take over filem solo Batffleck terus.

THE LEGO BATMAN MOVIE
Arahan: Chris McKay
Pelakon suara: Will Arnett, Zach Galifianakis, Michael Cera, Rosario Dawson
Tarikh tayang: 9 Februari 2017
Edaran: Warner Bros. Pictures

Tuesday, May 16, 2017

Isn't it a bit too soon, Peter Berg? : Ulasan filem PATRIOTS DAY

You know me well kalau ada filem Nine-Inch-Nails-related, aku memang laju.

Anyways.....

Amerika masih lagi sukar untuk membuang stereotaip muslim jika diberi filem begini dengan kerap dalam waktu-waktu begini. Bila kau sebut stereotyping muslim, aku yang menonton ni ada merasa "Isn't it a bit too soon, Peter Berg? Sedang Islamophic di US jauh dari selesai?" Melainkan jika kita melihat dari sudut seorang muslim yang tidak menyebelahi pengeboman Boston Marathon - peristiwa sebenar yang pedih bagi Amerika yang masih baru lagi pada aku, then aku boleh cakap watak-watak dalam filem ini blend well. (Boston ni ramai Asian. Surprisingly aku tak nampak watak black kecuali sorang dua pegawai kerajaan, tapi Asian ramai pula - dari makwe polis, roomate terrorist sampailah ke cina yang keretanya kena hijack dek terrorist).

Biarpun watak Rick Deslauriers bawaan Kevin Bacon menunjukkan seorang ketua di FBI yang cuba untuk bersifat neutral dengan tidak terus menuduh tapi kau keluar panggung kau masih merasa, "it's not helping." Macam juga filem lain seperti Eye In The Sky (Peter Berg juga pernah mengarah filem Lone Survivor tentang askar US dalam konflik Taliban, dia ni memang sekapal dengan Michael Bay yang mengarah filem 13 Hours dengan tema hampir serupa). Ia beri vibe negatif. Ia mengingatkan Amerika apa yang mereka benci, yang sepatutnya terrorism. Tapi terrorism dah sebati dengan muslim bagi mereka, malangnya...

Lihat filem ini secara keseluruhan, sepatutnya watak J.K Simmons tu yang diutamakan kalau nak letak hero sangat (ini watak sebenar, Jeffrey Pugliese, seorang anggota polis veteran yang kuat patriotismanya). Atau Ed Davis lakonan John Goodman. Atau Kevin Bacon (ini watak sebenar juga - bekas agen FBI, Rick Deslauriers yang menolak asosiasi jihad dan keganasan dengan tidak menuduh seorang muslim yang melakukan pengeboman). Kalau betul nak neutral, fokus kat Kevin Bacon dari awal sampai habis. Sebab watak utama Tommy Saunders lakonan Mark Whalberg tak wujud. Dan pada aku wataknya tak cukup kuat. Memang kita boleh lihat dia sebagai orang awam, everyday man yang memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam dan ketua keluarga yang ada naik turunnya tetapi dia tak cukup tujahannya untuk kita melihat dia sebagai bintang utama di muka poster kerana ia hanya mewakili emosi Amrerika yang merudum kerana peristiwa pengeboman untuk meraih simpati dan juga tipikal Hollywood yang mahukan watak utama yang lebih muda dan bergaya berbanding Simmons dan Goodman. Tak lebih daripada itu. Dan selebihnya kita melihat J.K. Simmons yang fully load, full frontal action seorang diri tetapi turut menunjukkan sisi sebagai seorang marhaen - mengambil alih segala perhatian macam yang dia pernah tunjukkan melalui watak Fletcher dalam filem Whiplash.

Dan watak dua pengganasnya? Terlalu bodoh sampaikan ianya jadi terlampau fiksyen.

Muzik Trent Reznor dan Atticus Ross untuk PATRIOTS DAY pula,  it was done well tapi not their best. And I think Atticus boleh handle sorang-sorang macam yang dia pernah buat untuk filem lakonan Mark Whalberg, Broken City tiga tahun lalu, tak perlu pun dia tarik Trent (supaya Trent boleh fokus pada Nine Inch Nails yang asyik tergendala je...).

Apparently, Amerika tak boleh move on dengan cerita mereka kena bom seolah-olah mereka sajalah yang menjadi mangsa kerana bukan hanya Patriots Day, akan datang pula bukan satu, tapi dua lagi filem dari peristiwa pegeboman Boston Marathon dalam masa terdekat iaitu Boston Strong (arahan Daniel Espinos dan lakonan Casey Affleck, berdasarkan buku dengan tajuk yang sama) dan Stronger (dari sisi mangsa Jeff Bauman, lakonan Jake Gyllenhaal).

PATRIOTS DAY
Pengarah: Peter Berg
Lakonlayar: Peter Berg, Matt Cook, Joshua Zetumer
Cerita: Peter Berg, Matt Cook, Paul Tamasy, Eric Johnson. Berdasarkan buku Boston Strong tulisan Casey Sherman dan Dave Wedge
Pelakon: Mark Wahlberg, Kevin Bacon, John Goodman, J. K. Simmons, Michelle Monaghan
Skor: Trent Reznor, Atticus Ross
Edaran: TGV Pictures
Tarikh tayang: 12 Januari 2017

Monday, May 15, 2017

Adakah LOGAN mahu memberi satu penyataan tentang sebuah filem superhero gritty realism sedangkan The Dark Knight dah pun buat dulu?: Sebuah ulasan

Untuk menjawab soalan di atas, LOGAN is not a costume superhero movie. Malah ia mengetawakan kau dalam satu adegan bila Hugh Jackman sebagai Logan mengatakan Wolverine yang berspandex kuning takkan wujud dalam dunia nyata. Dan The Dark Knight pun bukan yang pertama. Alex Proyas dah buat gritty realism melalui The Crow.

Dan aku amat menghargai filem LOGAN ini sebab ia punya feel southern gothic macam kulit album Earth dan karya Cormac McCarthy macam Blood Meridian (juga menulis No Country For Old Man). Put it that way dan anda akan lihat Logan dengan pandangan yang berbeza, tak macam TDK. Sebab Logan tak bagi penyataan yang ianya filem dari watak superhero yang realistik yang pertama. Peminat mahu justice pada filem Wolverine yakni visual ganas, itu saja (selepas karakter dari universe X-Men, Deadpool membenarkannya). Dan itulah yang dirasakan 'realistik' bagi Wolverine selepas aksi ganasnya dalamm filem-filemnya yang terdahulu seperti ditahan-tahan oleh produser dan badan penapis.

Realisnya Logan bila Prof X untuk kesekian kalinya minta dia lupakan spandex dan jadilah manusia untuk satu hari (jadi ayah untuk seorang anak yang tak didendang, panggil Prof X sebagai 'pak', ada masa untuk keluarga). Adegan meja makan. Dan tidur terakhir Charles.

Realisnya Logan kerana ia filem keluarga superhero walaupun keluarga superhero dalam filem sebenarnya ialah Fantastic Four, kalaulah kita suka filemnya (tak kisah samada versi Jessica Alba atau versi reboot yang gagal).

Jadi Logan ialah filem tentang father figure. Sebelum ni ada yang komen tentang hubungan bapa dan anak yang tak sampai antara Logan dan Laura. That's not it. Sebenarnya ia tentang Chuck dan Logan dan ini lebih beremosi sebenarnya. Logan ada isu dengan bapa sebab dia ada bapa kandung yang dia benci sangat-sangat. Kedatangan Chuck sebagai bapa yang seterusnya ada episod 'I stay and I go', and for years kita melihat Chuck seperti ada perasaan yang dia gagal sebagai father figure kepada Logan, tapi dia sentiasa sabar dengan perangai Logan. Dalam filem ini, kita melihat hubungan kedua mereka dengan lebih mendalam lagi, dan inilah yang sepatutnya kita lihat. "Chuck, kau bersemadi di sini. Kat sini ada air."

Laura pula pada aku mula kaitkan Logan sebagai ayah sebab dialah biological father yang dia tahu tapi Logan tak pernah melihat insan yang bernama ayah pada dirinya atau yang bergelar ayah di dalam hidupnya.... sehinggalah adegan meja makan. Dari situlah mereka perlu tunjuk impression pada tuan rumah yang mereka ialah keluarga. They actually embrace it, macam manusia biasa.

P/S: The nurse's camera skill and editting skill, tho. I can't even top her.

LOGAN
Pengarah: James Mangold
Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart, Richard E. Grant, Boyd Holbrook, Stephen Merchant, Dafne Keen
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017
Pengedar: 20th Century Fox

Ulasan filem: Pacific Rim (2013)

If you look for a gripping story about destruction,... then bukan filem ni (walaupun ada cubaan ke arah itu).

Plot Pacific Rim biasa saja tapi taklah sehancur Transformers, dah hampir macam Ultraman yang lawan raksaksa bezanya umat manusia yang bina robot sebesar Ultraman dan kawal sendiri. Raksaksa pula bukan seperti filem Godzilla (1998) dulu dengan teori evolusi mengkarung yang membesar dan menyerang bumi tanpa arah tuju tapi yang memang dah lama wujud di perut bumi dan ada matlamat sendiri. Bunyinya macam kemaskini dari dongeng moden yang kanak-kanak suka tonton masa kita kecil dulu tapi dengan target audience yang lebih luas (mostly untuk dewasa). Dan sebagaimana Transformers atau Real Steel juga, banyak menekankan visual feast berbanding plot yang intricate, barangkali untuk tontonan seisi keluarga supaya anak-anak kecil juga faham ceritanya.

Sinopsis: Apabila raksasa gergasi dikenali sebagai Kaiju muncul dari laut, satu perang yang meragut jutaan nyawa manusia dan memakan sumber manusia untuk bertahun-tahun lamanya bermula. Sejenis senjata istimewa dicipta untuk bertarung dengan gergasi Kaiju, iaitu robot gergasi yang dipanggil Jaegers. Jaegers dikawal bersama oleh dua orang pemandu di mana mindanya dikunci dalam keadaan neutral. Namun Jaegers ternyata tidak memadai untuk menentang Kaiju. Dalam kekalahan tersebut, tentera pelindung manusia tidak mempunyai pilihan lain kecuali bergantung kepada dua orang wira iaitu seorang bekas pemandu yang gagal (Charlie Hunnam) dan seorang pelatih masih baru (Rinko Kikuchi). Mereka berdua akan bekerjasama untuk memandu sebuah Jaeger lama dan ketinggalan zaman. Mereka berdua juga merupakan harapan terakhir manusia terhadap malapetaka yang semakin menghampiri.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2013
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Idris Elba, Charlie Hunnam, Rinko Kikuchi, Charlie Day, Ron Perlman
Pengarah: Guillermo del To

Related Posts with Thumbnails