Followers

Friday, September 30, 2016

Ulasan filem: FRANK (2014) arahan Lenny Abrahamson

FRANK by numbers...

1. Saya pernah dipanggil unik. It's an insult. "Hey, I'm mental, call me unique then!" Seingat saya, saya cuma berbeza daripada orang lain. Berbeza. Itu lebih tepat. Dan anda pula nak ke langit dengan saya?

2. Fassbender komited dengan watak tanpa perlu membuka topeng Frank, seperti Karl Urban yang kekal dengan helmet Dredd sepanjang filem. Kalau egonya tinggi macam Stallone bukak helmet Dredd, memang hancur nanti.

3. Frank pula: the character is sick, and the music is his remedy. But what I learnt, muziknya refleksi kepada pemuzik yang tidak berkompromi dengan tuntutan komersialism a.k.a diarah oleh the power that be untuk mengubah sound dan penampilan supaya ianya boleh dijual. We don't call it unique, we call it kedegilan artistik. And I'm always sucker for his avant garde song, Secure Galactic Parameter. Which I guess, yang memanggilnya unik pun mungkin tak faham lagu ini. Sebab lidah mereka sesedap hati mengaitkan unik dengan depression. Yang bukan dalam kategori Frank. Dia kategori 'istimewa'. Tapi di luar filem, yang mengarang karya sebegini is gifted. And you're not. And you start to call them names.

4. Mental boleh dipanggil unik? Eksentrik? Again, that's an insult. Kalau Frank tak sakit sebegitu, dah lama lagunya macam tulisan arwah Adnan Abu Hassan.

5. Frank pada aku embody a real talent, dia sorang je dah power. Lagu-lagu tulisannya ada mencerminkan sifat itu dan juga kedegilan artistiknya. The problem is the people around him.  Clara is just a really, really bad influence. Don mencerminkan bad management. Bila dia mati, kita melihat unmanagable band. Jon jadi bidan terjun untuk Don pun is a bad move, sebab dia cuba ubah creative direction pada band. 'Likable song' atau lagu paling mainstream yang ditulis Frank pun jauh sangat dari apa yang dibayangkan Jon. Kalau Jon fikir Soronprfbs sebagai batu loncatannya, dia memang silap. Ia bukan soal Jon nak menyelamatkan band dan band appreciate him like shit, but the band itself is just a wreck.

6. Pada aku, Jon dah salah gig. Dia ni market macam Ed Sheeran tapi pergi masuk band avant garde memanglah jadi makanan. Even Jon pun stuck untuk hasilkan lagu. Lagu dia crap. Dan susah nak letakkan salah pada bahu Frank sebab dia sakit. Jon should have notice from the very beginning. That said, ia menyakitkan bila muzik avant garde Soronprfbs dianggap gimmicky bila Jon menjual pada khalayak di Youtube dan ia tak difahami, never been taken seriously. Jon should have known earlier. Dia meletakkan kedua-dua; dirinya dan band dalam keadaan sukar. Dia patut masuk X Factor atau British Got Talents je, rather than bawa Soronprfbs kepada khalayak hipster di SXSW yang poser tentang muzik band itu sendiri.

7. Lagu Secure the Galactic Perimeter power sangat. Not a fan of "I Love You All". Tapi boleh tolerate Fassbender dengan gitar akustik.

8. Aku akan sentiasa kenal Carla Azar sebagai perempuan di belakang drumkit lagu Turnstile Blues. https://www.youtube.com/watch?v=UoC-tSER6I0

Pengarah: Lenny Abrahamson
Penerbit: David Barron, Ed Guiney, Stevie Lee
Lakonlayar: Jon Ronson, Peter Straughan
Lakonan: Domhnall Gleeson, Maggie Gyllenhaal, Scoot McNairy, Michael Fassbender Muzik: Stephen Rennicks, Carla Azar
Sinematografi: James Mather
Suntingan: Nathan Nugent
Studio: Film4, Irish Film Board - Bord Scannán na hÉireann, Element Pictures, Runaway Fridge Films
Edaran: Magnolia Pictures (US), Element Pictures (Ireland)
Tarikh tayang: 17 Januari 2014 (Sundance), 9 Mei 2014 (United Kingdom), 15 Ogos 2014 (United States)

Thursday, September 29, 2016

Ulasan filem: DEMOLITION

Pada mulanya saya nak menulis ulasan filem terbaru edaran GSC Movies,  Demolition - unfavourable one sebenarnya despite its stellar casts seperti Jake Gyllenhaal, Chris Cooper, Naomi Watts, yang bermula dengan poetik sekali bilamana Jake menulis surat rungutan buat syarikat vending machine bila M&M yang dibeli tersangkut pada mesin, dengan suratnya dibaca ibarat suara hati Kurt Vonnegut yang membuka bicaranya buat individu yang menyelia bahagian khidmat pelanggan lakonan Watts. Dan suara hatinya dibalas dengan panggilan telefon dari Watts yang tersentuh dengan sasteranya. Dan anda tahu apa yang berlaku seterusnya? She stalk him. Dan bicara bersambung dengan memetik lagu Heart - Crazy On You. Jean-Marc Vallée (Dallas Buyer's Club, Wild) memanggil filem ini sebagai moment rock n' roll-nya tapi saya tak merasa sebegitu. Untuk agen insuran, mungkin. Dan Watts selalu saja hilang buat saya tak tahu filem ini nak pergi ke mana. Saya cuba rujuk Wiki, kalau-kalau saya tertinggal sesuatu dalam plot detailnya dan saya menemui catatan di bawah:

"Flounder (Jake Gyllenhaal), a fish, struggles after losing his ability to shape-shift in a tragic underwater-car crash. Despite pressure from his precious darling parrot, Iago (Chris Cooper) to pull it together, Flounder continues to unravel. What starts as a complaint letter to a witch named Ursula, turns into a series of letters revealing startling personal admissions. Flounder’s letters catch the attention of Ursula (Naomi Watts) and, amidst emotional and magical issues of her own, the two form an unlikely connection. With the help of Ursula and her daughter Ariel (Judah Lewis), Flounder starts to rebuild, beginning with the demolition of the life he once knew."

6.5 out of 10

Nota kaki:
1. "Tampak menarik." Kalau menarik tu ialah melihat Watts jadi pothead dan kurus gila dan Gyllenhaal jadi delusional the whole time.
2. "6.5." Saya ada tulis : 'unfavourable'. Tak ada tambahan merit dari segi sastera, pilihan lagu dan sinematografi walaupun bahagian ini dijaga dengan baik. (Ok, lah. '.5' itulah tambahannya.)
3. "Persamaan dengan Silver Linings Playbook. Tapi Demolition ni lebih pelik. Jake delusional? Mungkin lebih kepada emotionless." Selfless pun ya juga. First act, bila dia tulis surat tu dan dalam masa sama berdepan dengan kematian, it feels just like me. Tak tau macam mana nak react: terkejut atau sedih. Bila things unravel aku mula rasa I don't want to end up to be just like this guy. Dia helpless. Tapi he does it to himself. Tapi Silver Linings aku suka, sebab dia tu memang sakit. And he knows it. Dan walaupun aku tertarik dengan Karen Moreno pada awalnya, aku boleh conclude that she's not helping.
4. Pada aku, adalah 2, 3 moment dalam filem ni.

Tarikh Tayangan: 26 Mei 2016
Genre: Komedi / Drama
Durasi: 1 Jam 41 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Jake Gyllenhaal, Naomi Watts, Chris Cooper, Judah Lewis
Pengarah: Jean-Marc Vallee

Monday, September 26, 2016

Ulasan filem: Miss Peregrine's Home for Peculiar Children

Sebelum menonton filemnya, saya cuba mengenali dulu penulis novel asalnya, Ransom Riggs - pengumpul artifak lama dari gambar lama dan entah apa barang antik lagi, semua disumbat ke dalam novelnya yang plotnya sounds familiar dari setiap sudut. Memang sebelum ini Miss Peregrine's Home for Peculiar Children sering dibandingkan dengan X-Men. Ditambah dengan Jane Goldman yang sebelum ini menulis lakonlayar X-Men: First Class. Dan ini tricky sangat. Sebab saya tak nak Jane Goldman ulang cerita sama.

Miss Peregrine memang dari dunia yang sama dengan X-Men kerana studio yang sama, malah garis masa juga sama ketika era Perang Dunia Kedua tapi Miss Peregrine menghala ke arah Young Adult berbanding X-Men yang mengarah ke superhero jadi ada masanya filem Miss Peregrine tidak nampak heroik sangat, malah Miss Peregrine bawaan Eva Green siap pesan lagi jangan berlagak hero. Jika ingin dipermudahkan, Miss Peregrine ialah Charles Xavier versi perempuan di tahun 1943, ketua di rumah agam yang menempatkan anak-anak dengan kelebihan luar biasa. Bila Samuel L. Jackson yang dulunya orang istimewa juga tapi dah masuk ke 'dark side', dia mula memburu anak-anak yang kita panggil The Peculiar Children ini untuk kelangsungan hidup (dia tak sebut nak 'take over the world', one of the most overused tropes in movies, but simply nak nampak normal kembali, sebab kalau tak si Samuel a.k.a Barron ni dah rupa raksasa dah. Raksasa pula dalam kategori hantu yang sukar dilihat dengan mata kasar.)

Jadi, it took this one boy from 2016 untuk time travel ke masa silam untuk melakukan tugas mulia, yakni you're the chosen one to save us all, again, one of the most overused tropes in movies, except, dia ni tak ada ciri-ciri heroik. Waima nak mengorat awek pun agak terkial-kial.

Dari sudut lain, Miss Peregrine's Home for Peculiar Children ialah tentang coming of age. Dari boyhood ke PLKN ke manhood. Ia juga mengitar semula tema X-Men: yang 'istimewa' ini disisihkan.

Miss Peregrine's Home for Peculiar Children secara jelasnya bukanlah labor of love buat Tim Burton. Ia sekadar meneruskan kelangsungan kerjaya beliau, tak menambah apa-apa. Karya Ransom Riggs sekadar dijelmakan ke dalam lanskap, arkitek dan kostum yang kita sedia maklum akan dunia Burton. Ibaratnya gambar anda yang diberi filter Tim Burton di Photoshop. Tapi kesan efek ini yang dikepalai oleh Frazer Churchill (VFX supervisor untuk The Worlds End, Scott Pilgrim Vs The World, Children of Men) memanglah cantik. Pokok-pokok dalam filem ini memang dipinjam dari set Edward Scissorhands (dirakam di Tampa Bay, pernah jadi lokasi penggambaran Edward Scissorhands). Cuma tanpa muzik oleh Danny Elfman yang tak lagi jadi budak suruhan Tim Burton, diganti dengan Mike Higham, ia beri kesan juga pada pengalaman sinematik.

Saya masih menyukai Miss Peregrine's Home for Peculiar Children, ada nilai hiburannya. Menonton filem ini membangkitkan perasaan saya yang membesar dengan filem-filem Tim Burton yang meneroka dunia fantasi dengan pengaruh Edwardian dan child-like feature. Dan sepanjang mengikuti kerja tulisan Jane Goldman, kena akui Miss Peregrine bukanlah yang terbaik. Tinggi kesabaran saya ketika menonton filem ini.

6.5/10

Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Pengembaraan / Fantasi
Durasi: 2 Jam 7 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Eva Green, Asa Butterfield, Samuel L. Jackson, Ella Purnell, Allison Janney
Pengarah: Tim Burton

Ulasan filem: THE CONJURING 2

Bila James Wan meminimakan kes Amityville (lanjutan dari filem pertama bila pasangan Warren di akhir filem pertama menyebut tentang siasatan mereka yang seterusnya ialah di Long Island yang merujuk kepada The Amityville Horror yang berlaku pada 13 November 1974), ia mungkin nampak seperti langkah tepat sebab ia boleh jadi paparan seram yang generik tentang pembunuhan kejam yang disulami unsur mistik (telahpun digunakan pada filem spin-off The Conjuring, Annabelle yang seharusnya jadi dokumen seram dari kisah sebenar tetapi terlebih exaggerated sampai ia jadi kisah rekaan yang gagal dari sudut seram).

Tapi pengenalan kes Amityville di awal filem penting juga sebab ia membezakannya dengan cara biasa James Wan  (sebab kita dah tau schtick James Wan bila nak sampaikan seram: loud door knock, loud-slow-louder-louder music, dark corner...). Amityville disampaikan  dengan crime scene ala Charles Manson (sebab tu di permulaan ada forum di TV tentang pengalaman supernatural Warren yang dipertikai tapi Lorraine sebenarnya melihat kedua-duanya: mass shooting dan pengalaman mistik yang mempengruhi pembunuhan ini.

Tiada yang lebih gruesome bila anda masuk ke dalam jiwa seseorang yang sedang memegang senapang melakukan jenayah kejam menembak mangsanya satu persatu tak kira usia. Itu lebih ngeri berbanding pengalaman 'out of body' Lorraine sebelum ini berdepan dengan hantu-hantu dan roh jahat (James Wan kembali kepada schtick 'out of body experience' Insidious di awal filem ini, lengkap dengan budak misteri yang berlari-lari).

Hantu main sembunyi tepuk tangan pada filem pertama mungkin sukar untuk diatasi pengalamannya tapi kes Enfield Poltergeist yang berlaku di England sekitar 1977 hingga 1979 sekurang-kurangnya memberi feel yang berbeza berbanding American pada filem pertama. Tiada yang lebih British bila satu keluarga di sebuah pekan diganggu entiti hingga buat mereka terpaksa beralih ke rumah saudara mereka yang cuma tinggal di seberang jalan. Tiada yang lebih British bila polis Britain turut diganggu entiti ketika melakukan siasatan sehinggakan mereka tiada daya melainkan kes keluarga Hodgson diminta dirujuk pada pihak gereja. Tiada yang lebih British tentang biskut dan London Calling oleh The Clash.

Tiba-tiba saya jadi rindu pula dengan gerak kamera John R. Leonetti yang duduk di kerusi pengarah kembali sejak filem Annabelle sebab Enfield Poltergeist terlalu canggih pula untuk era seram 70'an.

Rating: 7/10

THE CONJURING 2 ialah filem seram arahan James Wan, lakonan Patrick Wilson dan Vera Farmiga, mulai tayangan sejak 9 Jun 2016, edaran WARNER BROS. PICTURES.

https://youtu.be/VFsmuRPClr4

Wednesday, September 21, 2016

Ulasan filem: STORKS (edaran Warner Bros. Malaysia)

(Selepas pra tayangan untuk para media di TGVCinemas 1 Utama Shopping Centre pagi tadi, ihsan Warner Bros. Pictures)

Apa yang kita dapat dari sebuah filem animasi dari alumni Disney / Pixar yang kemudian menjadi tenaga kerja untuk studio rival, Warner Bros (penerbit Brad Lewis pernah menang Oscar melalui Ratatouille terbitannya, pengarah bersama Doug Sweetland pula dah jadi animator untuk kebanyakan karya agung Pixar seperti Toy Story, A Bug's Life, Monsters, Inc., Finding Nemo, The Incredibles dan Cars): ketelitian animasi seperti Pixar jadi ia tak nampak macam studio baru walaupun STORKS merupakan filem animasi kedua Warner selepas THE LEGO MOVIE. Atas kertas, STORKS memang macam ikut template Disney dari segi plot dan pembinaan wataknya tapi apa yang mengasingkan gaya Warner daripada Disney ialah lawak wacky-nya yang merujuk gaya Looney Tunes yang dah memang jadi cop mohor Warner. Geng 100 serigala Wolf Pack yang didepani oleh Alpha dan Beta boleh buat benda yang masuk air yang ilhamnya dipetik dari cetakan biru Acme (dengan transformasi mereka yang macam Lego juga), mereka bergaya sekali dan penuh konfiden tetapi boleh bersifat self destructive macam bala yang selalu menimpa Wile E.Coyote. Permainan kejar mengejar antara Junior + Tulip dan Wolf Pack memang dah macam episod The Road Runner Show. Doug Sweetland memang suka lawak slapstick Looney Tunes yang telahpun dibuktikan melalui animasi pendek Presto untuk Pixar / Disney. Tapi tak bermakna STORKS hadir tanpa jiwa. Junior, sebagai bangau penghantar yang hendak jadi senior atau 'bos' (mantra yang sering diungkap oleh Hunter lakonan Kelsey Grammer yang memang jadi Kelsey Grammer dalam filem ini) perlu berdepan dengan Tulip, satu-satunya manusia di kilang penghantar Cornerstone dengan tugasan besar: memecat Tulip, kerana Tulip memang cemerkap dan tak boleh diharap. Ia sedikit sebanyak membangkitkan semangat Pixar melalui Monsters Inc, apatah lagi apabila duo ini perlu menghantar seorang bayi yang dipesan oleh sebuah keluarga; siri-siri Sulley dan Mike yang terpaksa melayan kerenah Boo dijelmakan kembali, but you know, it's pretty wacky and very un-Disney. Junior dan Tulip punya chemistry yang baik. Tulip sebenarnya punya backstory yang menyedihkan tapi Warner ni bukan nak bagi anda sedih pun. Kalau Tulip wujud di dunia sebenar, saya mahu menyayanginya walaupun dia tak kisah pun. I think she can live on her own ("Jangan panggil saya 'anak yatim', Tulip dah cukup".)

Dan satu lagi, animasi Amerika ni bila dia membebel, dia tak boleh berhenti. Kecoh sangat. Adrenalin meluap.

Saya sebenarnya menggilai Tex Avery. Entah kenapa filem animasi mutakhir ni dah tak capai tahap sebegitu. Tex mencorakkan animasi Warner Bros menggunakan 'speed, sarcasm, irony, and non-stop action' yang membezakan ia dengan animasi Disney, jadi saya harap sangat some people get it bila Warner mulakan studio animasi sejak The Lego Movie.

STORKS tak menambah apa-apa dari segi gaya animasi (LEGO MOVIE lebih inovatif) tapi ia masih sebuah filem yang menghiburkan. Saya ada juga ketawa tapi saya lupa kenapa. Sebab Wolf Pack agaknya. OK, i get it! Saya gelak gila kat geng penguin! Yes, the Tex Avery thing is there!

P/S: Masuk panggung lebih awal untuk animasi pendek LEGO NINJAGO yang nampak promising.

7.5 out of 10

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 22 September 2016
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 26 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Andy Samberg, Katie Crown, Kelsey Grammer, Keegan-Michael Key, Jordan Peele, Jennifer Aniston, Ty Burrell, Danny Trejo, Stephen Kramer Glickman
Pengarah: Doug Sweetland, Nicholas Stoller

Related Posts with Thumbnails