Saya mahu menyukai filem Batman v Superman: Dawn of Justice (BvS), sebenarnya.
Dan sebenarnya, BvS had its moment. Dan saya perlu tengok sekali lagi walau saya tak suka pada pembentukan watak Doomsday (masalah #1: cepat sangat, and dumb) but then again Marvel pun pernah juga macam ni melalui watak Mandarin, cuma tak dumb sebegini.
Pada saya, penonton akan appreciate BvS sedikit bila filem Justice League keluar, when everything is connected. Tapi bukan sekarang.
Masalah #2: Zack Snyder bukan penyampai cerita yang baik dari cerita tulisan Chris Terrio dan David S Goyer yang juga tak berapa bijak menggarap + merojakkan novel grafik The Dark Knight Returns + Death of Superman + Injustice : Gods Among Us. Ianya filem. 2 jam setengah dalam mahu menggarap teks tebal yang mahu menyentuh pelbagai perkara, filem 'dark dan terlalu dewasa ini' katanya, akhir sekali guna approach Teen Titans yang ditonton audiens muda yang turut menonton siaran Nickelodeon. Batman menghentikan persengketaannya dengan Supe sejak 2 tahun dalam masa beberapa saat saja. Sebab Teen Titans ada kurang lebih 24 minit selepas menolak ruang komersil TV. Ada satu masa Warner letak David S Goyer sebagai 'that comic book guy' ke filem untuk DC, sebagaimana Joss Whedon untuk Marvel Studios. Tapi nasib baiklah Charles Roven ('that Kevin Fiege untuk DCEU') tak fikir sebegitu untuk projek seterusnya: Suicide Squad, Wonder Woman. Same cannot be said about Chris Terrio. Argo tak dapat menyelamatkan 'a convoluted mess' dalam BvS.
The good stuff #1: separuh masa pertama yang buat kita berpijak pada realiti yang Bat dan Supe berkongsi dunia (dan nama emak sekali). Bruce Wayne memandang ke langit ketika Superman bergasak dengan Zod, cue pada filem Man of Steel. Bruce menelefon Jack yang pada kita orang penting dalam hidup Wayne. Mati Jack juga digambarkan Snyder dengan penuh novelty, lengkap dengan rujukan biblikal tetapi cerita Jack habis di situ saja. Kesian Jack. Masalah #3: watak dan situasi tak dikembangkan.
The good stuff #2: saya suka masa Batffleck lompat dari Batplane menuju ke bangunan untuk selamatkan Ma Kent. That itself is full of Batman, belum lagi tengok dia in full body. Dia punya full of Batman sampai terkeluar aura dan imej Adam West dalam kepala, siap dengan "Wham!" "Bam!" "Kappow!" pada title intro siri TV Batman era 60'an. Secara tak langsung, ini mengelirukan kita. Batman digambarkan sebagai devil di dalam filem. Tiada ketokohan hero langsung, malah dalam filem melakukan kerja detektif yang lebih bersifat peribadi. Perlu difahami, ini sebelum pembentukan Justice League, di mana pihak media dan pihak berkuasa melihat Batman sebagai satu threat, a serial psycho. Batman sebagai vigilante telahpun diangkat oleh Zack Snyder melalui filem Watchmen, but that particular scene, Batman menyelamatkan Martha jauh lebih heroik daripada Superman. Superman dah tak jadi hero dalam BvS yang sepatutnya mesra rakyat, tapi menerima tugasnya bagai satu beban hingga mula menampakkan ciri antiheronya (yang kita boleh panggil masalah #4).
The good stuff #3: Jeremy Irons sebagai Alfred yang barangkali merujuknya sebagai an ex-SAS or Spec Ops, yang menjadi bodyguard di Wayne Manor sebelum naik pangkat jadi head of security for Wayne, a father figure untuk Bruce. Bukan lagi khadam Wayne. Kita boleh anggap dia dah banyak kali bunuh orang semasa tugasnya, yang mengubah banyak polisi 'no guns, no kills' yang tertulis pada kitab Batman, sebab melalui BvS, 20 tahun sebagai Batman - he doesn't give an f anymore.
The thing is BvS could fuel Warner Bros' business for years to come, membenarkan banyak premis komik DC untuk difilemkan (kalau ikut kutipan Bv sekarang, ya). Tanya mamat kat Marvel Studios hatta Stan Lee pun mereka berpandangan yang sama sebab mereka minat filem dari DC juga, (Stan Lee pernah tulis komik Batman dan Superman, do remember). I just hope Warner Bros. could do something with its creative direction (tak terlalu membebankan Zack Snyder) dan tak ulang kesilapan lalu (terlalu fokus pada Bat dan Supe, sampaikan Green Lantern gagal).
(Saya harap Ma Kent jahit baju baru untuk anaknya yang koyak dalam filem ni, as a nod to siri tv The New Adventure of Superman lakonan Dean Cain mengenakan persalinan yang disediakan oleh Ma Kent).
BvS tidak menepati jangkaan saya di sebalik sedapnya melayan visual Snyder sejam yang pertama dan imejan yang memang terus keluar dari panel komik. Sebab ia hendak bercerita banyak perkara dan menyisihkan perkara utamanya, lalu BvS jadi huru hara jika minda anda masih intact undur ke belakang dan melihat BvS secara keseluruhan dan masalah-masalahnya.
6/10
Pengarah: Zack Snyder
Cerita dan lakonlayar: Chris Terrio dan David S. Goyer
Berdasarkan watak-watak komik DC: Superman ciptaan Jerry Siegel dan Joe Shuster, Batman ciptaan Bill Finger dan Bob Kane, dan Wonder Woman ciptaan William Moulton Marston dan Harry G. Peter
Lakonan: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburn, eJeremy Irons, Holly Hunter, Gal Gadot
Muzik: Hans Zimmer dan Junkie XL
Sinematografi Larry Fong
Suntingan: David Brenner
Studio: DC Entertainment, RatPac Entertainment Atlas Entertainment, Cruel and Unusual Films
Pengedar: Warner Bros. Pictures (Malaysia)
Tarikh tayang: 24 Mac 2016