Ini surat cinta Coen bros pada era post war Hollywood. Eddie Mannix (lakonan Josh Brolin) pada aku semacam refleksi Howard Hughes apabila ada plot dia dapat tawaran dari Lockheed Corporation (syarikat aerospace yang memang wujud), bezanya dia mahu terus mengemudi studio filemnya dengan menyelia pelbagai perkara, terutama sekali menjaga bintang-bintangnya dengan imej yang bersih. Kita melihat Mannix macam studio executive di studio major yang ada sekarang: dialah yang punya kuasa mutlak walau tidak sealiran dengan pengkarya; Doyle yang punya skil lakonan terhad tetap disuruh Mannix untuk berlakon di bawah arahan Laurentz walau tidak dipersetujui Laurentz yang melihat ia bakal menjejaskan visi artistiknya. Even Doyle keluar menonton premiere filem lakonannya bersama bintang bernama Carlotta Valdez pun atas arahan Mannix, untuk jadi jajaan media. Dan Mannix akan pastikan segalanya teratur di bawah tangannya walaupun mendapat penentangan dari komunis yang dia sendiri maklum siapa di sebaliknya. Pendek kata, ianya tentang bisnes dan bagaimana Hollywood dapat mengekalkan sejak hari pertama lagi, dan ini ialah catatan sehari bagi Coen untuk anda dapat gambarannya. Adegan yang paling menarik bagi saya ialah apabila Mannix bermesyuarat dengan empat orang agamawan perihal gambaran Jesus Christ dalam filem terbitannya. Scarjo pula ialah scene stealer walau bahagiannya tak banyak.
Sejujurnya saya enjoy dengan filem ni: all those things reflects segala pengalaman saya menonton filem-filem era post war, dari kategori agama, western, romance-drama, sampailah ke tarian si Channing Tatum. I give this 7 out of 10. Filem Coen yang keempat saya tonton di panggung selepas No Country For Old Man, True Grit dan satu slot dalam Paris Je T'aime (tak termasuk yang ditulis oleh mereka seperti Bridge of Spies dan Unbroken).
P/s: Oh yes, naratif filem ini disuarakan oleh suara dewa, Morgan Freeman (walau selalu hilang).
Sinopsis: Filem komedi muzikal arahan Joel dan Ethan Coen ini mengikuti seorang ketua studio perfileman di Hollywood pasca Perang Dunia ke-2 selama sehari, yang mana dia sentiasa sibuk dengan pelbagai masalah yang perlu dihadapinya.
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2016
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: George Clooney, Josh Brolin, Channing Tatum, Tilda Swinton, Ralph Fiennes, Jonah Hill, Scarlett Johanson
Pengarah: Ethan Coen, Joel Coen