Followers

Friday, November 20, 2015

[PERADUAN] Tayangan premiere filem IN THE HEART OF THE SEA (Warner Bros Pictures)

It's that time of the month again! I mean, THE MOVIE NIGHT OUT bersama MOVIE ADDICT!

Kalau anda peminat :
1) Chris Hemworth
2) novel Moby Dick tulisan Herman Melville, mungkin filemnya juga arahan John Huston, terbitan Warner Bros. pada tahun 1956
3) filem-filem arahan Ron Howard
...maka, you're in for an absolute treat sebab kami ada 20 pasang tiket untuk menyaksikan premiere filem IN THE HEART OF THE SEA yang bakal ditayangkan di pawagam 3 Disember 2015 ini.

Butiran tayangan:
Tempat: GSC 1 Utama, Petaling Jaya
Tarikh: 2 Disember 2015 (Rabu)
Waktu: 9:30 malam

Apa yang anda perlu buat? :

Di ruangan komen, namakan pembawa watak novelis Herman Melville dalam filem IN THE HEART OF THE SEA di mana baru-baru ini dalam filem Bond, SPECTRE dia telah membawakan watak Q. (Pastikan anda tinggalkan email untuk kami hubungi)

Plus point, anda boleh kongsi filem arahan Ron Howard, atau filem lakonan Chris Hemsworth, Benjamin Walker, Cillian Murphy, Tom Holland atau Ben Whishaw kegemaran anda and your thoughts about it.

Dan tolong SHARE entry ini di page anda!

Terima kasih kepada rakan kami dari WARNER BROS. PICTURES (Malaysia)

SINOPSIS: Filem ini merupakan adaptasi novel Nathaniel Philbrick berjudul "In the Heart of the Sea". Berlatarbelakangkan tahun 1820, Kapten George Pollard, Jr. (Benjamin Walker), anak-anak kapal Owen Chase (Chris Hemsworth), Matthew Joy (Cillian Murphy), dan Thomas Nickerson (Tom Holland) mengembara lautan luas di atas sebuah kapal yang dinamakan Essex. Kapal itu karam setelah dilanggar oleh seekor ikan paus, menyebabkan kapten dan anak-anak kapal itu terkandas di laut selama 90 hari.

Trailer: https://www.youtube.com/watch?v=K-H35Mpj4uk

Tarikh Tayangan: 3 Disember 2015
Genre: Epik/sejarah/thriller/drama
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Chris Hemsworth, Benjamin Walker, Cillian Murphy, Tom Holland, Ben Whishaw, Brendan Gleeson
Pengarah: Ron Howard

Ulasan filem: SINISTER (2012)

"Sinister doesn’t rewrite the rules of horror like Cabin in the Woods or deliver a masterful cinematic statement like The Shining, but it’s a step up from the torture porn and endless sequels and remakes that have weakened the genre in recent years. There are plenty of loud noises and sudden scares, all executed effectively enough to make you jump in your seat." - ini apa yang saya baca dari WIRED yang menggerakkan saya untuk menonton filem ini. Ketika ini saya baru mengenali produksi Blumhouse dengan filem bajet rendahnya tetapi efektif. Mainly horror (and of course non horror macam Whiplash yang bajet murah juga tapi power dan Sundance-material).

The result: predictable but still scary as fuck. Memang rasa tak selamat je duduk kat kerusi sepanjang filem. The best use of score and creepy sound boleh dilihat dalam filem ini. Ada satu scene tu yang memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila, melibatkan mesin rumput. Visual ini amat kuat kerana gambar footage dari super 8mm yang cranky dan analog tu jarang untuk gagal menbuatkan aku rasa gerun (kerana ini The Conjuring berjaya bagi aku).

Sebenarnya tiada yang baru pun dalam Sinister tapi aku ulang, masih scary as shit (masa filem ni keluar dulu, nak menakutkan penonton tanpa guna teknik jump scare yang murah pun sukar, but Sinister nailed it) UNLESS makanan harian anda ialah filem horror Jepun, maka filem ini biasa-biasa saja.

Selepas aku reevaluate, aku beri filem ini 8 out of 10. Sesetengah mungkin agak piss off juga dengan penamatnya (yang cuba diberi justifikasi melalui sekuelnya, Sinister 2 tetapi gagal).

....and you dont wanna watch that super 8mm crank film if you found it at the rooftop of your house

Anyway, penggunaan muzik penamat dari Sunn O))) & Boris - "Blood Swamp" dan Boards of Canada - "Gyroscope", kedua-duanya aku pernah dengar sebenarnya tapi aku tak membayangkan kedua-duanya digunakan di dalam filem ini dalam suasana damn-near-iconic yang sampai bila-bila akan memahatkan ia sebagai 'lagu Sinister' which is quite true bila "Gyroscope" hadir kembali dalam Sinister 2. Dengan penggunaan muzik dari Accurst, Ulver dan Aghast pula sebagai runut bunyinya yang berteraskan dark ambient yang berat ke arah ambient black metal, ianya langkah yang buat ramai ingat skor filemnya original tetapi ini aku lihat sebagai kerajinan pengarahnya, Scott Derrickson (aku masih tak percaya yang dia hasilkan filem The Day the Earth Stood Still yang dibenci pengkritik, tapi aku akan cuba duduk menilai filem The Exorcism of Emily Rose dengan seadilnya, dan mengharapkan dia buat kerja dengan senonoh melalui Doctor Strange nanti) dalam mencari sumber muzik yang boleh memadankan ia dengan suasana kesurupan Sinister. Dan semuanya tepat.

Pengarah: Scott Derrickson
Tulisan: C. Robert Cargill, Scott Derrickson
Muzik: Christopher Young
Pelakon: Ethan Hawke, Juliet Rylance, Fred Thompson, James Ransone, Clare Foley, Michael Hall D'Addario
Pengedar: GSC Movies
Tarikh tayang: 18 Oktober 2012

Ulasan filem: PANIC ROOM (2002)

"We can’t get in the panic room. That’s the whole point. We have to get her to come out."

Saya tonton Panic Room kerana Fincher. Betul, ianya biasa tapi saya suka sudut teknikalnya, mulai title sequence-nya (sejak SE7EN memang saya akan perhatikan intro title Fincher, dan kali ini kredit filem ini terapung, dan kita melihat Manhattan puas-puas sebelum minda kita kemudiannya terperangkap di satu tempat ini saja - bilik panik). Katanya, title ini saja dah ambil masa setahun untuk dibuat. Fincher melawak kot. Sebab dia buat filem satu lokasi begini pun untuk alihkan perhatiannya seketika daripada buat filem di banyak lokasi yang perlukan dia pack barang keluar masuk dalam trak.

Kemudian pada sinematografinya ( ada sedikit seperti Fight Club, tapi dikembangkan dan ianya menyerlah selepas Fincher menghasilkan video muzik Nine Inch Nails - Only, tiga tahun kemudian dan ini kemudian saya panggil sebagai 'gaya Fincher'. Fincher memanggilnya 'graphic fun'.). Dalam memerhatikan setiap sudut rumah dan bilik panik dan raksaksa di sebaliknya, kamera Fincher yang menggerakkannya dan gerak kamera gambar ini perlu dilihat dengan teliti. Dengan satu lokasi, Fincher mudah buat kerja kamera dia sebenarnya sebab semua dia dah susun dalam komputer. Kamera bergerak sesedap hati tapi watak-watak dalam filem terperangkap. Dengan aku-aku sekali pun stuck (seperti Meg dan anaknya, memikirkan bagaimana ingin keluar dari neraka klaustrofobik ini yang sepatutnya menjadi pelindung tapi dalam masa sama, ianya juga penjara - lihat ketika Sarah perlukan ubat sakitnya; itu bukannya perkara yang anda mahu hadap ketika sedang genting dalam bilik panik). Ia menyesakkan aku sebab aku nak kembali kepada awalnya filem ini: melihat mentari celahan bangunan tinggi kota Manhattan sambil menghirup udara.

Yang mengendalikan sinematografi ini ada dua orang, Conrad W. Hall dan Darius Khondji. Saya tak pasti mana satu yg prominen, tapi kedua-dua mereka ada portfolio yang impresif. Hall dengan filem Se7en, Fight Club, American Beauty dan Sleepy Hollow sebelum Panic Room manakala Khondji dengan filem The City of Lost Children, Evita dan juga  Se7en.  Kedua-dua memang pernah berkerja dengan Fincher, cuma untuk Panic Room, Khondji bertugas selama 6 minggu saja  sebelum Hall mengambil alih. Wasn't that bad. Saya suka kerja Hall untuk filem  American Beauty.

Panic Room meletakkan diri saya dalam keadaan yang menakutkan mengenangkan ada 3 orang asing yang memecah masuk ke rumah sendiri. Letak sorang yang macam Dwight Yoakam pun dah rasa jahanam, apatah lagi 3 orang, walaupun ada Forest Whitaker yang menimbulkan sedikit simpatetik sebab dia nak bon tu je, bukan nak serang orang pun but, hey! Kau dah masuk territory aku! That's how effective about Panic Room: mencipta rasa takut - neraka klaustrofobik, di rumah sendiri - sedang di luar, di Manhattan, di NY sendiri, macam-macam benda buruk yang berlaku.

Tarikh Tayangan: 29 Mac 2002
Pengedar: Columbia Pictures
Pelakon: Jodie Foster, Forest Whitaker, Dwight Yoakam, Jared Leto, Kristen Stewart
Tulisan: David Koepp
Pengarah: David Fincher

MALAYSIA OPENS DOORS FOR THE GAMING COMMUNITY

MDEC hosts South East Asia’s premier gaming event to attract developers and businesses

Kuala Lumpur, 19 November 2015 – The Multimedia Development Corporation (MDeC) hosted Level UP KL 2015, one of South East Asia’s premier gaming conferences in Kuala Lumpur, Malaysia. Held on 18 th and 19 th November, Level UP KL 2015 was aimed towards bringing together prominent international and local players in the Games industry to interact, educate and share knowledge on a wide range of subjects from content development to fundraising to business development and marketing.

The two-day event organised in conjunction with the ASEAN Entrepreneurship Summit attracted over 350 participants from local and international game industry. Michael Mumbauer from Sony Computer Entertainment America, Grayson Chalmers from Blizzard Entertainment, Wan Hazmer from Square Enix, and Tommy Palmer of Candy Crush fame were among few of the prominent speakers present at the event.

Level Up KL 2015 is part of the ongoing efforts led by MDEC to build a world class gaming ecosystem in Malaysia. According to the SEA Game Industry Initiative report 2015 by MDeC, Malaysia is one of the nations to collaboratively work towards a formal alliance called the ASEAN Game Network Connection, dedicated to move the South East Asia game industry landscape to the next level. MDec aims to provide a platform for the local game developers to showcase their work to more international buyers. With MDeC’s support and market access funding, local game developers will be able to bring their games to the global market once the production is completed.

“With initiatives like Level UP KL 2015, we aim to showcase the breadth of talent in Malaysia’s gaming industry. By providing access to a global network of mentors, subject matter experts and infrastructure driven by MDeC, Level Up KL 2015 was envisioned with MDeC‘s goal to position Malaysia as a game development hub in Asia,” said Dato’ Yasmin Mahmood, Chief Executive Officer, MDeC.

“Malaysia has a huge potential to be the game hub in South East Asia, with the majority of game companies (61%) involved in the industry being game developers. As South East Asia is an important region for export, games produced by game companies from within Malaysia would resonate well with other regions due its cultural and language familiarities.”, said Hasnul Hadi Samsudin, Director of Creative Multimedia Division at MDeC.

From left: Dato’ Yasmin Mahmood, CEO of MDeC, Mr. Hasnul Hadi Samsudin, Director of Creative Multimedia of MDeC, Kadri Ugand, Cofounder and CEO of Gamefounders

Developing a robust ecosystem

MDeC is committed to drive the games development industry in Malaysia. To establish Malaysia as Asia’s game hub, MDeC partnered with GameFounders in March 2015, the first gaming startup accelerator in Europe in order to bring a regional games accelerator to Malaysia.

“By tapping into GameFounders’ network of mentors, investors and strategic partners, we will raise the bar of the whole Malaysian game ecosystem, creating long-term jobs and boosting valuable skillsets for the country,” Dato’ Yasmin Mahmood added.

Gamefounders was present on the Demo Day of the Level UP KL 2015 event to share their industry knowledge and success stories. Among the successful participants of the acceleration programme include IMGNATION Studios from Brazil, a game start up that focuses on virtual reality that have already secured investment on their game.

“The South East Asian games industry is currently flourishing and projected to grow by 30% in the next five years (2015-2018), driven by the rapid rise in internet access and ownership. This tremendous expansion of the games market provides vast opportunities for everyone involved in the industry”, said GameFounders cofounder and chief executive officer Kadri Ugand.

“We are excited about our collaboration with MDeC. By combining our global network of mentors with the Malaysia’s local talents, we aim to push the industry growth to an exciting new level”, added Kadri Ugand.

From left: Mr. Hasnul Hadi Samsudin, Director of Creative Multimedia of MDeC, Dato’ Yasmin Mahmood, CEO of MDeC, Kadri Ugand, Cofounder and CEO of Gamefounders

Call for entries for Cohort 2016

Given the success of the accelerator programme Cohort 2015, GameFounders have opened registrations for Cohort 2016. Game developers interested in the accelerator programme by GameFounders can now apply at http://www.gamefounders.com/. Applications closes on 20th December 2015.

Tuesday, November 10, 2015

Ulasan filem: REGRESSION

Jika hendak dibandingkan dengan filem dengan tema Satanik yang sama keluar tahun ini, Dark Places, maka atmosfera setan Regression lebih baik daripada ritual Satanic yang poser dalam Dark Places (serius, penulis tercari-cari scene belah kucing hitam tapi tak jumpa. Cuma ada budak hardcore yang headbanging macam kerasukan, itu saja. Nasib filem ni ada kucing hitam). Regression ialah filem yang memain-mainkan perasaan kita tentang ritual Satanik, lebih-lebih lagi ia dipadankan dari peristiwa sebenar. Seorang skeptik seperti Detektif Bruce Kenner (lakonan Ethan Hawke) boleh keliru untuk memilih mana satu yg benar dan sebaliknya, cuma yang mencacatkan filem  ini ialah ada beberapa perkara yang boleh dipersoal seperti ilusi yang diterima si nenek. And oh man, how old is Emma Watson? Dia ni berlakon memang sampai situ je ke?

Jelasnya, bukan karya terbaik Alejandro Amenabar yang sebelum ini hebat dengan filem The Sea Inside, The Others dan Abre los Ojos.

SINOPSIS: Pada tahun 1990 di Minnesota, seorang detektif bernama Bruce Kenner sedang menyiasat satu kes yang mana seorang gadis bernama Angela telah menuduh bapanya, John Gray, melakukan jenayah seksual terhadapnya. Bagaimanapun John tidak mengingati langsung tentang kejadian itu. Kemudian seorang pakar psikologi, Dr Raines, telah ditugaskan untuk membantu John untuk mengembalikan memorinya dan ketika rawatan, mereka telah membongkar satu misteri yang amat menakutkan.

Xxx

Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2015
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Ethan Hawke, Emma Watson, David Dencik, Devon Bostick, Aaron Ashmore, David Thewlis
Pengarah: Alejandro Amenabar

Ulasan filem: THE MARTIAN

Apa yang membezakan filem ini dengan filem eksplorasi marikh yang pernah dihasilkan ialah it wasn't like Adam West On Mars (rujuk Robinson Crusoe on Mars). The Martian tidak begitu. Kalau tak, kita dah ada planet berapi dan seekor monyet sebagai peneman. Apa yang saya faham, filemnya memang banyak merujuk jurnal harian Andy Weir dalam menghasilkan naskhah The Martian sebelum ia jadi novel yg hit. Dia telah mengkaji kebarangkalian untuk jadi survival di planet merah. Andy menulis dalam nada, "ok, jangan panik!", kerana itu ada perkara yang buat orang media fikir "kau biar betul kau hantar official shot macam ni?!"

Ianya filem 'feel good'. Ia bukan cereka survival astronaut yang gelap yang sering dijaja Hollywood yang banyak merujuk tema sci fi robinsonade. Barangkali Ridley Scott dah penat dengan cereka sebegitu sementelah penghasilan Alien. Dia hanya mahu bawa anda.... berjalan-jalan ke Marikh.

SINOPSIS: Sewaktu misi manusia ke Marikh, angkasawan Mark Watney dikatakan mati selepas ribut petir dan ditinggalkan oleh ahli-ahli kru yang lain. Namun, Watney masih bertahan dan dia mendapati dirinya terdampar di planet asing seorang diri. Dengan sedikit bekalan yang ada, dan kepintarannya, dia perlu mencari cara untuk memberi isyarat ke Bumi untuk menyatakan dia masih hidup.

Xxx

Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Matt Damon, Jessica Chastain, Michael Pena, Kristen Wiig, Jeff Daniels, Kate Mara
Pengarah: Ridley Scott
Berdasarkan novel dengan tajuk yang sama tulisan Andy Weir
Tarikh tayang: 1 Oktober 2015

Friday, November 06, 2015

Sidang Media KONSERT M. NASIR... KEMBARA di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal

FiRST Postpaid oleh Celcom dengan kerjasama Perodua, dan dianjurkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd mempersembahkan Konsert M. Nasir...Kembara yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 7 November 2015, Sabtu, jam 8.45 malam. Selepas menggegarkan peminat-peminatnya di Kuantan, Pasir Gudang dan.Pulau Pinang, Dato' Dr. M. Nssir ingin mengajak seluruh peminat dan pencinta muzik dan seni tanahair untuk hadir ke konsert finale bagi siri ini di Shah Alam pada malam ini yang berdurasi 2 jam.

Bertemu di sesi sidang media konsert di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal pada 13 Oktober lalu, bukan sekadar nyanyian, malah konsert ini bakal diekspresikan dengan cara yanh unik dan berlainan daripada biasa. Menurut jurucakap Celcom Axiata Berhad, Encik Zalma Aefendy Zainal Abidin merangkap Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan, "Kami amat berbangga mempersembahkan siri Konsert M. Nasir...Kembara yang amat dinantikan semua. Di lokasi terakhir, kami menawarkan peluang istimewa serta eksklusif buat pelanggan-pelanggan FiRST Postpaid yang turut meminati Dato' M. Nasir."

Sebagai penghargaan, Celcom menawarkan diskaun 30% kepada pelanggan Celcom yang akan dimaklumkan menerusi pesanan ringkas, tertakluk pada terma dan syarat. Pelanggan juga berpeluang memenangi tiket Konsert M. Nasir...Kembara secara percuma melalui pelbagai aktiviti istimewa di booth Celcom pada hari tersebut.

Celcom juga akan memberi layanan eksklusif melalui "FiRST VIP pass" di mana pelanggan dapat bertemu dengan artis manakala pelanggan FiRST Postpaid yang bertuah dapat menikmati hospitaliti yang eksklusif dan bersantai sebelum konsert bermula.

Antara lagu-lagu hits M. Masir yang bakal dipersembahan ialah seperti Hijab Kekasih, Andalusia, Sang Pencinta, Bonda, Tanya Sama Itu Hud Hud, Apokalips, Gerhana, Kepadamu Kekasih, Mustika, Keroncong Untuk Ana, Rajawali, Mentera Semerah Padi, Sesat Di Kuala Lumpur, Anak Anak Kita, Phoenix Bangkit Dari Abu, Di Balik Cermin Mimpi, Ada, Rajawali dan Juwita.

Konsert ini juga turut menampilkan Fynn Jamal sebagai artis pembuka yang bakal membawakan hitsnya seperti Arjuna Beta, Terbang Tunduk dan banyak lagi. 

Tiket berharga RM50, RM100, RM200 dan RM350 boleh dibeli di laman web www.ticket2u.biz dan di pejabat urusan Luncai Emas Sdn Bhd di talian 03 6156 6700.

* Foto sekitar sidang media yang telah berlangsung pada 13 Oktober 2015 di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal.

Tayangan perdana filem BADI terbitan MIG Pictures (berserta ulasan!)

Filem terbaru terbitan MIG ini, BADI ada subjek latar yang menarik iaitu Mak Yong. Kemudian ada elemen saka. Saka lagi. Popular sangat untuk sebuah cereka seram. Di tangan pengarah chick flick seram Pengantin Malam iaitu Eyra Rahman yang sedia maklum buat filem seram macam orang yang tak minat pun genre seram, dia ulang kesilapan yang sama lagi. Badi ialah missed opportunity dalam menimbulkan keangkeran dan kesurupan Mak Yong yang tak timbul-timbul.

Badi mengisahkan Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) keempat-empat pelajar perubatan yang diberi tugasan memeriksa anatomi mayat bidan bernama Mek Nak (Rashidah Jaafar). Mek Nak ni sebenarnya mati dibunuh yang ditunjukkan pada introduksi filem yang sangat lemah visual dan audionya, standard MIG. Kita tak ditunjukkan pembunuhnya siapa untuk menzahirkan plot twist ala Fincher yang merogol minda tapi minda kita masih intact. Berbalik pada keempat pelajar tadi, semasa nak membedah anatomi, mereka sangat kecoh. Kalau anda pergi ke Bukit Bintang dan tengok budak baru nak up, kecohnya nak macam tu, tapi tak macam tu. Adalah adegan mulut tak insurans depan mayat, standard filem seram supaya entiti bakal mengikuti anda, so that you pay for it. Ada adegan curi cincin mayat. Tak ada sebab untuk tak rasa selamat sebab buat benda tak elok. Biarpun mayat ini akhirnya dituntut oleh Sarah (hot babe Adiba Yunus tapi dalam ni jadi gadis kampung ayu bertudung) untuk dikebumikan, saka mayat ini menghantui pelajar-pelajar ini termasuk yang kudus macam Joe, tapi tidak pula pada Kila sebab Kila membersihkan dirinya setelah pulang. Kelakar pula. But then again, Joe dah syok kat Sarah, jadi kekudusannya boleh dipersoal. Dan ini menimbulkan cemburu buat Tania yang syok kat Joe, sebab Joe ada kereta. Sorry, Faiz pun ada kereta. Nak kata Joe ni berada, rumah simple je (ada lah swimming pool...). Barangkali kombo kudus dan kereta. Dan Joe tak pernah suka Tania sebab Tania control freak.

Dalam tak suka Tania pada Sarah, dia ikut juga rombongan ini ke kampung Sarah untuk pengebumian Mek Nak yang tak seorang pun nak kebumikan dan bacakan talqin kecuali seorang mamat ni yang sebenarnya ada rahsia terpendam. There you have it. Filem diteruskan dengan adegan seram yang bangang. Contoh: Kau dah tau kena kacau dengan Mek Nak, kau nak ikut juga mayat dia sampai kampung. Lepas tu kau boleh ikut balik kampung lagi ikut si Joe sedangkan kau benci kat Sarah. Dan aku tak faham kenapa kau kerap sangat nak ke jamban tapi tau pula takut pergi jamban sorang-sorang. Si Sarah ni tetiba nak bermakyong seorang diri dalam rumah apa hal (walaupun ada tunjuk Mek Nak pernah perturunkan ilmu Mak Yong).

Tetapi syukurlah tiada klise macam mayat tak diterima bumi. Atau tangan tiba-tiba memecah tanah nak keluar dari liang lahad berserta mesej 'BACK FROM DEAD!'. None of it. Rugi, kan?

Badi is a total waste, laughable walaupun ia premis yang berpotensi. So it deserves 1 out 10 from me. Tak seram. Dengar tak, Eyra? Just quit with genre seram. Ada genre yang lebih sesuai buat anda. Suami Aku Jatuh Dari Langit okey apa.

Xxx

Tarikh tayang: 15 Oktober 2015
Pengarah: Eyra Rahman
Lakonlayar: Tak ditulis, barangkali panel skrip MIG yang macam kilang tu atau Eyra sendiri
Pelakon: Azwan Kombos, Adibah Yunus, Sharisa Haris, Navilya Husna, Hanif Safuan, Rashidah Jaafar, Zakaria Zahid, Iszander Nor.
Terbitan dan edaran: MIG Pictures

* Foto-foto sekitar tayangan perdana Badi di e@Curve pada 13 Oktober lalu.

Ulasan filem: CRIMSON PEAK

Crimson Peak berat kepada murder mystery berbanding sebagai sebuah cereka seram seperti yang dijelaskan oleh watak utamanya Edith Cushing lakonan Mia Wasikowska di mana di dalam novelnya, hantu itu hidup sebagai satu metafora. Filem ini penulis tonton kerana Guillermo del Toro, pengarah yang gemar pada subjek yang gelap dengan penekanan pada rekaan produksi yang amat gothic, tambah pula dengan level ganas yang boleh tahan tingginya.

OK, sekarang - sesi spoiler!

Melalui watak-watak lain seperti Sir Thomas Sharpe lakonan Tom Hiddleston, anda akan dapat merasa sesuatu mulai dewa trickster ini memasuki frame. Si anak angkasawan dari Interstellar,  Jessica Chastain sebagai Lady Lucille Sharpe, juga punya wajah yang bermasalah yang buat anda ingin meneliti gerak watak ini dari mula ke akhir. Lanskap Crimson Peak: tempat mereka berdarah. Mudah kita hendak mencerna kebarangkalian yang sedang, bakal dan telah berlaku. Tapi demi Tuhan, rekaan gothicnya...... yummy!

Paparan keganasannya juga mengejutkan penulis kerana panel LPF kali ni lebih terbuka.

Setelah sekian lama menonton filem Pan's Labirynth, menanti sesuatu yang sepertinya,akhirnya penantian penulis berbaloi kerana Guillermo del Toro menjadikan Crimson Peak sebagai surat cintanya terhadap genre gothic romance.

SINOPSIS: Berikutan musibah yang menimpa keluarganya, seorang wanita kini memilih sama ada untuk berkahwin dengan kawannya atau seorang yang tidak dikenali. Dia akhirnya memilih lelaki misterinya sebagai suami dan telah berpindah ke rumah suaminya di atas bukit, iaitu tempat yang penuh dengan rahsia yang akan menghantui sepanjang hidupnya. Di antara keinginan dan kegelapan, di antara misteri dan kegilaan, perkara sebenar akan terbongkar di sebalik Crimson Peak.

Xxx

Tarikh Tayangan: 15 Oktober 2015
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Tom Hiddleston, Jessica Chastain, Charlie Hunnam, Mia Wasikowska
Pengarah: Guillermo del Toro

Thanks UIP for this awesome poster!

MILO® Malaysia Sebagai Penaja Filem Ola Bola

Serentak dengan pelancaran filem Ola Bola (laporan di sini: http://blitzenius.blogspot.com/2015/11/sekitar-pelancaran-dan-sidang-media.html ) yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan, turut diumumkan MILO® sebagai penaja filem ini. Bertepatan dengan tema sukan dan bolasepak, MILO® jika anda lihat iklan dengan slogan ikoniknya "Minum MILO® Anda Jadi Sihat Dan Kuat" samada di media cetak atau televisyen amat kuat dengan visual bolasepaknya.

MILO®, peneraju minuman malta coklat yang berkhasiat di Malaysia telahpun menyokong sukan dari tahap akar umbi sejak tahun 1950 dan percaya bahawa sukan memberi pengajaran nilai hidup yang berharga kepada anak-anak muda. Setelah menyaksikan dengan sendiri kekuatan sukan melalui kerjasama dengan atlit Malaysia berdekad lamanya, MILO® tidak pernah gentar untuk terus memberi sokongan padu terhadap sukan malah sudah menjadi sebati dengan bidang tersebut, dengan itu menjaga kehidupan rakyat Malaysia untuk masa hadapan. Terbukti melalui kisah-kisah atlet MILO®, Kempen Juara Takkan Gentar (a.k.a Champions Never Give Up) dilancarkan pada tahun 2015 untuk memberi panduan kepada ibubapa mengambil langkah-langkah untuk mendidik anak mereka supaya pantang menyerah kalah dam mengubah persepsi mereka terhadap kekalahan dan kemenangan. Filem Ola Bola bukan sahaja memaparkan kemegahan bola sepak Malaysia tetapi juga berkongsi sama sentimen MILO® dan kempen tersebut, bahawa kejayaan terserlah apabila kita memberikan usaha yang terbaik terutamanya semasa saat-saat sukar. Ola Bola berkisar tentang situasi sebenar di mana pendidikan sukan semenjak awal usia membentuk prinsip-prinsip yang tidak ternilai dalam anak-anak muda yang akan mereka jadikan pegangan sepanjang perjalanan hidup.

MILO® akan menganjurkan aktiviti menarik bersempena dengan tayangan Ola Bola bermula Januari 2016. Untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti-aktiviti ini dan Kempen Juara Takkan Gentar, layari www.milo.com.my. Sertai perbualan di ruang sosial media (Facebook, Instagram  Twitter) dengan menggunakan hashtag #takkangentar atau #nevergiveup!

Sidang media CAHAYA JIWA - Amy Search & Saiful Kadir

Isnin lalu di Platinum Sentral, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis sidang media dan pelancaran CAHAYA JIWA - Amy Search & Saiful Kadir. Sebuah kolaborasi yang bersifat percubaan kreatif di mana ia menampilkan pameran seni khat islam hasil karya pelukis Saiful Kadir yang bergandingan dengan Amy Search, dengan hasil jualan lukisan akan disumbangkan ke Al-Bayan School of Quran & Hadith.

Pada hari pameran nanti iaitu 23 hingga 25 Disember 2015 (bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul) di perkarangan Istana Budaya, Kuala Lumpur, lebih 40 buah hasil karya indah akan dipersembahkan dan dibuka untuk jualan buat mereka yang berminat dengan harga sebuah lukisan bermula dari RM5,000 hingga RM15,000 bergantung pada medium. Menurut pelukisnya Saiful Kadir, selain untuk tujuan dana, pameran lukisan ini juga mahu mengajak anak-anak muda untuk meminati dan menghargai seni khat yang dahulunya lebih dikenali sebagai seni tipografi Islam tetapi hari ini diberi pendekatan yang lebih kotemporari dengan permainan warnanya.

Menurut Amy Search pula, beliau mengakui mula terpaut dengan seni khat hanya selepas sekali bertemu dengan Saiful Kadir. Hasil kerja Saiful cukup dikagumi oleh Amy dek kerana kehalusan pembuatannya serta ketinggian nilai estetikanya. Kolaborasi ini juga merupakan inisiatif pertama Amy Search dalam memperkenalkan siri projek jelajah Cahaya Jiwa di mana dalam perancangan, ia akan menjelajah seluruh tanah air dalam misi Amy dam Saiful menyebarkan keindahan seni khat Islamik serta mengumpul dana untuk meneruskan kelangsungan Al-Bayan School of Quran & Hadith.

Pameran ini dibawakan oleh Mask Team PR & Events (yang turut membawakan konsert Malam Kalimah Cinta - Hafiz Hamidun dan Opick pada tarikh yang sama) dengan kerjasama Istana Budaya. Bagi yang berminat untuk membeli lukisan seni khat sambil beramal bolehlah lawati instagram @CahayaJiwa.My untuk maklumat lanjut.

Ichiko Aoba live in Kuala Lumpur (with Liyana Fizi)

Japanese singer-songwriter Ichiko Aoba will make her debut performance in Kuala Lumpur, playing alongside local indie darling Liyana Fizi, with opening guest Straw Lim.

Ichiko Aoba has participated in major festivals such as Fuji Rock Festival and Montreux Jazz Festival in Japan as well as having recently completed a 15-city Japan Tour in support of her latest album ‘0’. Having performed alongside renowned Japanese musicians like Haruomi Hosono, Ryuichi Sakamoto and Keigo Oyamada (Cornelius), singer-songwriter Ichiko Aoba has come a long way since her debut in 2010, at the age of 19. Blessed with an exceptionally tranquil, bright voice, she released her fourth album "0" last year, and is now preparing for her first Asia tour.

Date: 18 November (Wednesday), 8PM
Venue: Live Fact Address: 33-2, Plaza Danau 2, Jalan 4/109F, Taman Danau Desa 58100 Kuala Lumpur
Admission: RM50 (Presale) RM60 (Door)
Tickets via http://www.soundscape-records.com and LIVE FACT.

Thursday, November 05, 2015

KOMIK KON MALAYSIA : PENGHORMATAN KEPADA INDUSTRI KREATIF TEMPATAN

Konvensyen Komik / Persidangan Komik atau ringkasnya dipanggil Komik Kon punya sejarah panjang sejak pertama kali diwujudkan sejak Golden State Comic Book Convention di San Diego pada tahun 1970 oleh sekumpulan 'fanboys' yang kemudian hari ni lebih dikenali sebagai San Diego Comic-Con (SDCC) atau Comic-Con sahaja, iaitu persidangan komik dan hiburan pelbagai genre yang dianjurkan secara tahunan. Dari namanya sendiri, Komik Kon menjadi medan pameran untuk perihal berkaitan komik, dikembangkan ke sci fi dan fantasi melalui filem, televisyen, dan seni popular yang berkaitan, dan pada hari ini terus berkembang dengan meraikan seni pop yang lain termasuklah aliran seram, animasi, anime, manga, permainan, kad, video game,komik web dan novel fantasi.

Bertitik tolak pada perkembangan budaya pop, fiksyen / fantasi dan industri kreatif tempatan secara am, beberapa individu yang merupakan fanboys tegar telah menubuhkan Komik Kon (M) Sdn Bhd dan cuba mengangkat jenama tempatan ini melalui Komik Kon Malaysia yang julung-julung kalinya bakal diadakan selama tiga hari berturut-turut pada 13, 14 dan 15 November 2015 di MAEPS, Serdang dari 10 pagi hingga 8 malam. Pas masuk ke karnival boleh dibeli di outlet yang terlibat melalui laman web www.ticketpro.com.my atau di pintu masuk lokasi pada ketiga-tiga hari acara, iaitu pada kadar RM35 - Dewasa (pas harian), RM78 (pas 3 hari), RM30 - Pelajar / Senior dan RM10 untuk Kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti yang bakal diatur seperti pertandingan Cosplay, persembahan penari-penari Adiwira, persembahan aksi Lightsaber, pameran seni prop filem, jualan koleksi mainan, figurin, aksesori, komik, dan juga cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik. Trak-trak makanan di sekitar tapak karnival juga turut menjual makanan buat pengunjung.

Antara nama-nama yang bakal memeriahkan Komik Kon Malaysia ialah dari team animasi Cingkus Blues, Boboiboy, Keluang Man, Animax, Tramsmy, N- Worldgo, Mylug, Legion of Armies, Funko Pop, Planet Cybertron, 501st Legion Malaysia,  Aldio & RK Designs, Malaysia Prowrestling (MYPW) dan ramai lagi.

Layari www.komikkonmalaysia.com atau www.facebook.com/komikkonmalaysia selain Twitter @komikkon dan Instagram @ komikkonmalaysia untuk maklumat lanjut berkenaan Komik Kon Malaysia. 

* foto-foto sekitar sidang media KOMIK KON MALAYSIA di Maeps, Serdang pada 29 Oktober lalu.

Sidang Media Anugerah Skrin 2015

30 September lalu di Ballroom Taming Sari 1 dan 2, Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur telah berlangsungnya sidang media Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) di mana 31 kategori bakal dipertandingkan. Diacarakan oleh Fizie HotFM, majlis dimulakan dengan persembahan oleh Sarah Mentor Legend, diikuti pelancaran oleh Yang Berusaha Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9 dan Yang Berbahagia Datin Lyanaz Hassan, Pengasas Lyanaz Beauty Care.

ASK2015 yang bakal diadakan pada 8 November 2015 jam 9 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan diacarakan oleh dua figura popular, Awie dan Fara Fauzana manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Hunny Madu, Muadz dan Ain Edruce. Siaran langsung mulai acara acara karpet merah ini boleh ditonton pada jam 7:45 malam secara global di atas talian di laman web rasmi www.anugerahskrin.com. TV9 juga turut menayangkan lintas langsung karpet merah melalui program Hip TV dari jam 8:30 hingga 9 malam.

Artis dan dramatis yang bakal membuat persembahan termasuklah Datin Alyah, Amir Jahari, Izzue Islam, Ayda Jebat, Azmil Mentor Legend, Sarah Mentor Legend, Asmidar, Ungku Ismail Aziz, Zahiril Adzim, Marsha Londoh dan Toi manakala penyampai anugerah ialah Fazura, Maya Karin, Eirma Fatima, Que Haidar, Hans Isaac, Faizal Hussein, Izreen Azminda, Nadiya Nissa, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Drama yang layak bertanding ialah Ada Sejadah Panjang Terbentang, Cahaya Cinta,  Cahaya Malaika, Dari Pintu Neraka, Hak, Jalan Taubat, Kereta Kita, Kerana Seorang Ammar, Lorong Kecil Ke Syurga, Penyabong, Pulangnya Tok Misai, Sebentuk Kunci Sedetik Cinta, Seligar, Sujudku Ibuku, Sinar Ya Rob dan Talak.

Bagj kategori drama rantaian, calon-calonnya termasuklah Angin Syurga, Astana Cinta Aleesa, Cinta Ilahi, Hidayahmu Ramadan, Mukhlis, Puteri Gunung Ledang, Tabuh Merdeka dan Zahira. Kategori drama rantaian komedi pula menerima pencalonan seperti Asam Pedas Untuk Dia, Menantu Mak Uteh dan Rubber Band manakala kategori filem ialah Mat Tudung, Adnan Sempit Sawadikap, Mamak Cupcake, Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah, Nasi Tangas, Amir & Lokman Pergi Kelaut, Dollah Superstar, Dendam Orang Mati, Anak Jantan,Kelibat, Lelaki Harapan Dunia, Gila Baby, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Ophilia, Terbaik Dari Langit, Villa Nabila, Suamiku  Encik Perfect 10, Puaka Balai Gombak, Jalan Puncak Alam, Cicakman 3, Isyarat Cinta, Jengka, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Pilot Cafe dan Suamiku Ustaz.

Anugerah Drama Bersiri Terbaik di Laman Sosial yang diperkenalkan pada tahun lepas kini dikenali sebagai Anugerah Drama Rantaian Popular Media Sosila. ASK 2015 menyaksikan Rindu Awak 200%, Setitis Kasih Darmia dan Tentang Hati tercalon dalam kategori ini. Uniknya, pemenang bagi kategori ini bakal ditentukan oleh jumlah undian orang ramai di laman Twitter & Instagram dari 5 Oktober - 5 November 2015. Untuk mengundi, anda perlu letak hashtag drama pilihananda iaitu #RinduAwak200Peratus,#SetitisKasihDarmia atau #TentangHatibeserta dengan #ASK2015. Akaun Twitter atau Instagram anda perlu ditetapkan untuk tatapan umum untuk proses pengiraan undi.

Layari laman web www.tv3.com.my dan www.anugerahskrin.com serta Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Hangatkan lagi perbualan di laman sosial dengan hashtag #ask2015.

Monday, November 02, 2015

Sidang media Malam Kalimah Cinta menampilkan Hafiz Hamidun dan Opick

Semalam di Platinum Sentral telah berlangsunya sidang media Malam Kalimah Cinta yang menampilkan Hafiz Hamidun dan Opick bersempena dengan Maulidur Rasul pada 23, 24 dan 25 Disember ini. Mask Team dan Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya akan menganjurkan persembahan pentas ini bertempat di Istana Budaya di mana ia bakal menyajikan para penonton dengan persembahan istimewa dari kedua penyanyi popular Nusantara itu diiringi komposisi muzikal penuh yang akan diselang-selikan dengan alunan zikir serta selawat. Opick yang akan membuka persembahan Malam Kalimah Cinta pada 23 Disember ini bakal tampil bersama kumpulan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia untuk mengiringi persembahan beliau manakala Hafiz Hamidun akan menerajui pentas Istana Budaya pada 24 dan 25 Disember ini di mana dia tampil bersama kumpulan pemuzik handalan di bawah bimbingan pengarah muzik terkenal, Lok U.

Menurut Hafiz Hamidun, beliau akan menyajikan para penonton dengan 20 buah lagu termasuk 2 buah lagu duet bersama artis jemputan yang akan diumumkan tidak lama lagi. Hafiz juga dijangka akan membawakan beberapa buah lagu dari album terbaru beliau yang kini masih menjalani proses rakaman di beberapa buah negara. Selain persembahan berbentuk halwa telinga, para penonton juga bakal disajikan dengan persembahanpenuh multimedia berserta efek khas yang digabungkan bersama iringan nasyid, zikir dan selawat dari kedua munsyid terbabit.

“Kami mahu menawarkan kelainan di Istana Budaya bersempena sambutan Maulidur Rasul kelak. Justeru, penganjuran Malam Kalimah Cinta dilihat bertepatan dengan tema tersebut. Pemilihan yang dibuat ini adalah berdasarkan kepada potensi serta permintaan semasa masyarakat yang tinggi terhadap hiburan berunsurkan kerohanian, ” jelas Dato’ Juhari Shaarani selaku Ketua Pengarah Istana Budaya. 

Bagi wakil penganjur dan penerbit bersama, Mohd Pauzi bin Abd Samad dari Indigital, biarpun Hafiz Hamidun tidak bernaung di syarikat rakamannya tetapi pemilihan Hafiz dilihat sesuai dan bertepatan dengan persembahan yang untuk mengingati perjuangan Rasulullah s.a.w.

Malam Kalimah Cinta menawarkan tiket pada harga RM85, RM105, RM155, RM185, RM205 dan RM255. Tempahan awal tiket boleh dilakukan menerusi laman web AirAsia RedTix atau di kaunter Box Office, Istana Budaya mulai' 30 Oktober 2015.

Sekitar pelancaran dan sidang media filem OLA BOLA terbitan Astro Shaw

Berlatarkan era 70'an, 22 Oktober lalu di Stadium Merdeka bertukar wajah seperti era kegemilangan bolasepak negara (ketika dipimpin oleh arwah Mokhtar Dahari) sempena berlangsungnya sidang media dan pelancaran filem terbaru edaran Astro Shaw, OLA BOLA. Selain barisan pelakon dan pengarah, turut hadir ialah Henry Tan selaku Ketua Pegawai Operasi Astro dan Najwa Abu Bakar, Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw merangkap Eksekutif Produser Ola Bola melancarkan filem ini.

Selepas kejayaan filem The Journey dan Polis Evo di layar perak, kini Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem yang diinspirasikan dari peristiwa sebenar zaman kegemilangan bola sepak Malaysia era 1970'an iaitu ‘Ola Bola’. Karya arahan sutradara berbakat besar, Chiu Keng Guan (The Journey) bukan sahaja menyaksikan semangat juang tinggi pasukan bola sepak Negara malah turut memaparkan semangat perpaduan seluruh rakyat Malaysia yang bersatu menyokong pasukan Malaysia.

Dibintangi oleh ramai pendatang baru dalam dunia lakonan seperti JC Chee,Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan,Katrina Ho, serta dibantu oleh Bront Palarae dan Frankie Lee.  Filem ini dijangka bakal ditayangkan kepada umum pada tahun 2016.

Salah seorang pelakonnya, Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru. Pemain terbaik Khairy Jamaluddin Cup 2014 ini berjaya mendapat watak utama sebagai Ali di dalam filem ini hasil gambar selfie-nya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan di dalam resumenya. Bront Palarae pula sebagai Rahman,seorang pengulas sukan. Pihak produksi (Astro Shaw) telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pengambaraan di Stadium Merdeka dengan 60 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Related Posts with Thumbnails