Followers

Thursday, September 10, 2015

Sidang Media DRAMA BERSIRI TERBAHARU HYPPTV - ‘SI MONTEL’ di Menara KL

Lebih pilihan drama bersiri di Saluran Berbahasa Melayu Pertama Milik HyppTV Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan A. AidaProduction Sdn Bhd pada 3 September lalu secara rasminya melancarkan ‘Si Montel’, drama bersiri Berbahasa Melayu terbaharu, disiarkan pertama kali dan secara eksklusifnya di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV.

Diarahkan oleh Nuad Hj. Othman, drama bersiri komedi romantik ini dibintangi oleh Nor Syuhada yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Dottie’ memainkan watak sebagai utama, ‘Tipah Montel’ dan Azrel Ismail sebagai ‘Asri’. Biarpun berbeza saiz tubuh badan, kedua-dua pelakon utama ini menyahut cabaran untuk menjadi pasangan pelakon utama terbaik di Malaysia!

Drama ini turut dibintangi oleh Adibah Yunus, Ruhainies, Ezzaty Abdullah, Janna Nick, Syawal dan Keena Mentor.

Drama bersiri terbaharu ‘Si Montel’, telah dilancarkan dengan rasminya olehEmily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, bersama A. Aida, Pengarah Urusan, A. Aida Production Sdn Bhd pada satu sidang akhbar yang diadakan di Menara Kuala Lumpur (MKL). Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh para pelakonnya dan selebriti tempatan seperti Sabhi Sadhi, Reyhana, Mila Jirin, Lulu dan ramai lagi.

Bercakap pada majlis pelancaran tersebut, Emily berkata, “Kami amat berbesar hati untuk membawakan satu lagi drama bersiri tempatan untuk para penonton kami dan kali ini, sebuah drama bergenre romantik komedi berbahasa Malaysia yang unik, ‘Si Montel’ di HyppTV. Pelancaran ini membuktikan komitmen berterusan kami dalam menawarkan pelbagai pilihan kandungan hiburan secara eksklusif di HyppSensasi, saluran hiburan Berbahasa Malaysia pertama milik HyppTV. Dengan peningkatan bilangan pelanggan HyppTV terutamanya penonton saluran HyppSensasi, ‘Si Montel’ menawarkan drama-drama hiburan yang penuh dengan mesej-mesej positif yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga.”

“HyppSensasi boleh dinikmati secara ala-carte pada harga RM6 sebulan atau dengan HyppTV Aneka Pack, yang menayangkan pelbagai kandungan tempatan dan hiburan Asia yang terbaik, pertama kali dan secara eksklusif pada harga RM31.80 sebulan serta tanpa yuran HD tambahan. Tidak lama lagi, pelanggan HyppTV turut berpeluang untuk menyertai peraduan hebat dan merebut peluang memenangi hadiah percutian ke luar negara sekiranya mereka melanggan mana-mana HyppTV Value Pack, atau melanggan kandungan Video On Demand (VOD) kami,” tambah beliau.

Sementara itu, A. Aida berkata, “Kami amat bersyukur dan berbangga dengan peluang yang diberikan oleh HyppTV dan akan berusaha sebaik mungkin untuk menerbitkan drama-drama bersiri terbaik buat penonton-penonton HyppSensasi.

Apa yang menjadikan drama ‘Si Montel’ ini unik adalah kami ingin mengetengahkan pelakon berbadan besar yang berbakat dengan memberikan peluang kepada beliau untuk memegang watak utama yang jarang sekali diterima oleh golongan ini. Terdapat banyak mesej positif yang ingin kami kongsikan bersama para penonton menerusi drama bersiri ini, termasuklah, kita tidak seharusnya memandang rendah kepada golongan berbadan besarkerana mereka juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri.”

Tambah beliau, “Dalam drama bersiri ini, kami turut menampilkan seorang jejaka yang menjadi kegilaan gadis-gadis kampung dan kemudiannya telah jatuh cinta dengan ‘Si Montel’, yang mempunyai personaliti periang, kelakar, mengambil berat dan sangat merendah diri. Apa yang lebih penting, kami ingin ketengahkan sikap positif ‘Si Montel’ seperti menghormati orang yang lebih berusia dan mengambil berat kebajikan mereka terutamanya semasa mereka jatuh sakit. Beliau sanggup menjaga mereka apabila tiada siapa yang mahu memikul tanggungjawab tersebut. Kami yakin drama ini dapat memikathati penonton HyppSensasi dengan keunikan jalan cerita yang menarik dan mesej-mesej positif yang akan ditonjolkan kepada penonton. Selain itu, drama ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon popular dan berbakat besarserta pelakon-pelakon yang semakin meningkat naik. Kami berharap ‘Si Montel’ akan menjadi ikon dan memberi inspirasi kepada golongan yang berbadan besar untuk mengetepikan rasa rendah diri dan meningkatkan tahap keyakinan  mereka untuk menjadi lebih berjaya dalam kehidupan.”

Si Montel mengisahkan Tipah Montel, yang dilakonkan oleh Dottie, seorang yang berbadan besar dan berhati mulia serta penyayang yang tinggal di sebuah kampung. Ketika gadis-gadis lain di kampungnya sibuk mencuba untuk menarik perhatian Aris, yang dilakonkan oleh Azrel Ismail, Tipah merasakan peluangnya adalah tipis kerana saiz badannya yang besar. Dapatkah Tipah memenangi hati Aris dengan kejujuran dan kebaikannya? Drama 13 episod iniakan mula ditayangkan pada 11 September 2015, setiap Jumaat pada jam 9.00malam. Drama ini menggabungkan pelakon-pelakon baru dan pelakon popular seperti Amyza Adnan dan Kartina Aziz. Penyanyi tempatan, Lulu turut menyanyikan lagu tema yang bertajuk ‘Si Montel’, lagu dan lirik ciptaan A.Aida.

Drama bersiri ‘Si Montel’ boleh ditonton buat pertama kali dan secara eksklusifnya di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV dengan fungsi-fungsi “timeshift” dan “catch-up” atau menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere yang boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store bagi pengguna peranti pintar dan versi WebTV bagi pengguna PC. HyppTV Everywhere turut menawarkan pendaftaran dalam aplikasi (on app registration) untuk orang ramai, dengan tontonan secara percuma selama 7 hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

Sidang Media Pelancaran saluran 550 HYPPTV / DREAMWORKS

Pelanggan HyppTV kini boleh menikmati DreamWorks di HyppTV Saluran 550

Telekom Malaysia Berhad (TM), menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah -HyppTV, dan DreamWorks Animation SKG, Inc. (Nasdaq:DWA) bersama-sama HBO Asia, hari ini secara rasminya melancarkan saluranDreamWorks, saluran kanak-kanak dan seisi keluarga terbaharu di Malaysia. DreamWorks boleh dinikmati di HyppTV Saluran 550, dengan tontonan secara PERCUMA untuk dua (2) bulan bermula 10 September 2015.

Susulan kejayaan pelancaran saluran ini di Thailand pada bulan lalu, Malaysia menjadi negara kedua di Asia yang menerima saluran ini, yang ditawarkan oleh DreamWorks dan HBO merentasi rantau ini.

Saluran baharu ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM bersama Eric Ellenbogen, Ketua Bersama,International TV & DreamWorks Classics serta Jonathan Spink, Ketua Pegawai Eksekutif, HBO Asia dalam satu majlis eksklusif yang diadakan di Menara Kuala Lumpur (MKL). Majlis tersebut turut dihadiri oleh selebriti tempatanseperti Hunny Madu, Afzan Rahman dan si comel, Arissa Afrina.

Bagi memeriahkan lagi acara, HyppTV turut menganjurkan aktiviti-aktiviti ceria untuk menarik peminat-peminat cilik dengan penampilan karakter-karakter dari DreamWorks iaitu King Julien dan Puss in Boots.

Mengulas mengenai pelancaran tersebut, Jeremy berkata, “Kami amat teruja membawakan DreamWorks kepada para pelanggan kami; saluran terbaharu dan belum pernah ditayangkan di Malaysia, kini boleh ditonton di HyppTV Saluran550. DreamWorks menawarkan siri animasi bertaraf antarabangsa yang segarbuat para pelanggan HyppTV yang bukan sahaja boleh dinikmati oleh golongan kanak-kanak malah turut menjadi hiburan untuk seisi keluarga, justeru memberikan pelanggan kami pengalaman tontonan sekeluarga yang dipertingkatkan. Di HyppTV, kami akan terus membawakan kepada para penonton di Malaysia dengan kandungan-kandungan menarik, unik dan bertaraf antarabangsa bagi memenuhi kehendak para pelanggan kami.”

“Dengan pengalaman tontonan yang menyeronokkan dan menepati janji kami “Hidup Lebih Mudah” buat para pelanggan kami yang dihargai, DreamWorks boleh dilanggan secara ala-carte pada harga RM9 sebulan dan juga merupakan sebahagian daripada HyppTV Jumbo Pack yang menawarkan kandungan hiburan dan sukan yang menarik pada harga RM60 sebulan tanpa bayaran tambahan untuk Definisi Tinggi (HD),” tambah beliau.Sementara itu, Eric berkata: “Kami amat gembira untuk bekerjasama dengan TM dan HyppTV bagi membawakan siri-siri televisyen terkenal kami untuk seisi keluarga di seluruh Malaysia. DreamWorks menghimpunkan animasi dan cerita-cerita hebat dan kami amat berbesar hati untuk membawakan kandungan ini dalam satu saluran dan merentasi setiap platform yang ada. Saluran ini menampilkan karakter-karakter terkenal kami dan boleh dinikmati oleh golongan kanak-kanak dan ahli keluarga mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.”

“Sebagai pengedar eksklusif bagi saluran DreamWorks di Asia, kami amat gembira kerana dapat membawakan saluran ini dengan cerita-cerita menarik serta karakter-karakter kesayangan ramai untuk para penonton HyppTV di Malaysia,” kata Jonathan Spink.

“Pengumuman hari ini diadakan tidak lama selepas kejayaan pelancaran sulung saluran DreamWorks di Asia menerusi CTH di Thailand bulan lalu. ”DreamWorks akan menayangkan siri-siri terkenal termasuklah siri yang pernah memenangi anugerah Emmy iaitu All Hail King Julien, yang dibintangi oleh karakter yang gemar berparti, King Julien dari filem Madagascar dan TheAdventures of Puss in Boots yang menampilkan seekor pahlawan kucing bersenjatakan pedang dalam pencarian harta karun, terkenal menerusi francais filem Shrek. Dragons: Race to the Edge yang diinspirasikan darifilem How to Train Your Dragon dan siri-siri lain pula dijangka akan dimuatkan pada awal tahun 2016. Selain itu, terdapat juga karakter-karakter terkenal lain yang pernah memenangi anugerah seperti Casper the Friendly Ghost dalam siri menariknya, Casper’s Scare School dan siri original Dinotrux, siri pengembaraan prasejarah penuh aksi berdasarkan siri bukukanak-kanak yang pernah memenangi anugerah. Saluran ini akan turut menayangkan blok-blok prasekolah harian,DreamWorks Junior, yang menampilkan penerbitan semula, siri-siri kegemaran seperti Raa Raa The Noisy Lion dan Guess with Jess.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

Wednesday, September 02, 2015

Ulasan filem: POLIS EVO (2015) arahan Ghaz Abu Bakar

1. Sebagai filem aksi + buddy cop + popcorn, ia dibuat dengan baik sekali. Pacingnya cantik. Anda akan enjoy....
2. ...kecuali jika anda ada isu dengan Zizan Razak. It's Zizan Razak show (sampaikan presence partnernya, Shahiezy Sam pun rasa canggung sikit pada satu-satu ketika). Ada masa ianya ada gaya lawak  tipikal Zizan yang agak berisiko juga. Tapi bila Zizan berdialek Terengganu (yang pekat), ini lebih natural berbanding filem-filem lain lakonannya (yang mana dia cakap KL, paling gagal ialah Mael Lambong; setting Terengganu, tapi cakap KL)....
3. ...tapi ia jadi huru hara bila Zizan digandingkan dengan Nora Danish. Seriously, cakap Terengganu Nora Danish nampak sangat kerasnya. She ruined it. Idea siapalah yang bagi Nora Danish cakap Terengganu. Hati kecil saya menyumpah-nyumpah, "TOK MUNG!" It's loud. Louder than you can imagine. Louder than everything else.
4. Zizan dan Shaheizy Sam sebenarnya serasi bersama di layar. Ada kontras di antara mereka. Macam Shaheizy sebagai polis KL yang serius nak mati, beza dengan Zizan yang laid back dan banyak melawak...
5. ...tapi sebenarnya Zizan tak melawak. It's meant to be that way bila dia cakap Terengganu. Orang luar KENA faham. We're gifted and born with it....
6. ...sebagai contoh: ketika Zizan dalam adegan yang paling emosional yang anda tak pernah tengok sebelum ni.
7. Watak-watak bad guy dalam filem ni memang badass. Tahap hati kering punya penyangak. Dia boleh jadi lagi jahat dan sadis tahap R-rated kalau tak kena menjawab dengan LPF.
8. Amerul Affendi sebagai Mat Yam = scene stealer.
9. Sinematografinya saya kagumi, dari orang yang sama yang menyumbangkan tenaga untuk filem Songlap, Haris Hue Abdullah. Dan Songlap juga ialah salah sebuah filem tempatan terbaik yang anda patut tonton.
10. Ghaz Abu Bakar sekali lagi membuktikan yang beliau ialah pengarah yang harus diambil perhatian. Sebab Polis Evo ialah sebuah cereka aksi yang perlu ada dalam pasaran filem tempatan. Kalau anda menetapkan satu standard pada filem tempatan bergenre begini, Ghaz telah menganjakkannya naik ke atas.
11. Jadi jika anda berpeluang, tontonlah Polis Evo di pawagam. Plus point, kerana kerja skor filem oleh Luka Kuncevic buat pengalaman sinematiknya lebih bergegar.

P/S: Soundtrack filem Joe Flizzow dan Sonaone dalam filem ini agak Subang Jaya jika nak dibandingkan dengan isi filemya yang 'jual ikan'.

RATING: 7.5 / 10

PLOT: Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

TRAILER:



Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Cerita & Lakonlayar: Joel Soh, Kyle Gounting, Anwari Ashraf, Adib Zaini
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Amerul Affendy, Harun Salim Bachik
Muzik: Luka Kuncevic
Suntingan: Nazim Shah
Syarikat produksi: Tayangan Unggul
Pengedar: Astro Shaw
Tarikh tayang: 17 September 2015
Laman rasmi: http://www.polisevo.com

GAMBAR Sekitar sidang media pelancaran filem Polis Evo di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2015:

GAMBAR Sekitar malam gala tayangan POLIS EVO di GSC Pavilion pada 2 September 2015

Related Posts with Thumbnails