Melalui Fast & Furious 7, pengarah James Wan buat graviti tu tak wujud (baca: kereta boleh terbang dari satu menara ke dua menara yang lain). Otak memang kena letak kat luar panggung. Banyak sungguh dialog yang cheesy. One more, boleh tahu scriptwriter tu malas tak malas bila dah masuk plot hacker.
FF7 mungkin takkan habis kat nombor 7, mungkin akan ada 8, 9, selagi Universal Studios boleh buat duit walaupun dikhabarkan sebagai pembayaran tunggakan kereta yang terakhir namun FF7 juga ialah tribute yang baik buat mendiang Paul Walker, terutama pada scene terakhirnya dengan Vin Diesel yang paling terkesan kerana dia dan Paul merupakan dua pelakon yang paling kerap muncul dalam francais ini iaitu enam daripada keseluruhan tujuh filem.
Secara ringkas, James Wan telah merampas takhta Michael Bay sebagai master of mayhem.
Furious 7 (tajuk filem di US) akan mula ditayangkan serentak di pawagam esok.
Nota: pratayang media semalam di hall IMAX dalam format 3D, TGV 1Utama, ihsan United International Pictures Malaysia.
Plot: Furious 7 menyaksikan abang Owen Shaw, Ian Shaw (lakonan Jason Statham) bangkit menentang Dominic Toretto (Vin Diesel) dan kumpulannya setelah mereka menjatuhkan adiknya yang mahu membalas dendam. Walaubagaimanapun, Ian Shaw menggunakan banyak taktik dan permainan demi melunaskan dendamnya. Hanya Dominic Toretto dan kumpulannya sahaja mengetahui apakah yang bakal terjadi.
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri / Jenayah
Tarikh Tayangan: 2 April 2015
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: James Wan
Pelakon: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Chris Bridges, Jason Statham