Followers

Thursday, November 20, 2014

Sidang media dan pratayang filem GILA BABY arahan Kabir Bhatia

I was talking to Kabir Bhatia tadi, a thing that we believed was tough to answer: our top 5 films. It keeps changing and evolving. But he can name me a few he recently enjoy: Grand Budapest Hotel, her (Spike Jonze film yang ada share theme dgn Sepi), a few Korean flick by Park Chang Wook and one Indian film. Petang tadi (20 November 2014) kami berada di Red Box Karaoke Pavillion sempena pratayang dan sidang akhbar filem terbaru arahan Kabir, GILA BABY. Bakal tayang 4 Disember ini. Pelakon2 yg turut hadir : Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Adlin Ahmad Ramli, Lan Pet Pet, Chelsea Ng. 

SINOPSIS: Filem aksi komedi ini mengisahkan Bob yang memerlukan wang yang banyak bagimembiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut.

Genre: Komedi / Romantik
Tarikh Tayangan: 4 Disember 2014
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Kabir Bhatia
Pelakon: Beto Kusyairy, Nadiya Nissa, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid.

Wednesday, November 19, 2014

[ULASAN FILEM] Big Hero 6



ULASAN: Kalau nak kata Big Hero 6 cuba lari dari formula biasa Disney yang ditampilkan melalui Frozen (cerita sang puteri, lagu nyanyian...) tak juga. Pelbagai tema yang diteroka mereka sebenarnya (ingat kembali dunia video game Wreck-It Ralph) tetapi ia tetap ada cap mohor Disney (baca: hubungan adik-abang sebagaimana adik-kakak dalam Frozen). John Lasseter sebagai orang Pixar dan kini di Disney ada juga tandaniaganya dalam Big Hero 6 sedang Marvel Comics pula lay a foundation buat Big Hero 6 because they're the go-to-guy.

Saya ikuti juga kerja Joe Casey (salah seorang tenaga kerja Man of Action). Kalau nak diikutkan dia boleh buat cerita team superhero yang lagi pelik macam Automatic Kafka, one of my favourite graphic novel. Secara mudahnya, Big Hero 6 is Disney trying to make their own Ben 10 sebab Man of Action yang mencipta siri Ben 10. Mungkin lepas ini Big Hero 6 akan jadi siri tv regular Disney XD pula. I can see on its numerical reference.

Kalau anda tonton Big Hero 6 selepas Interstellar, anda akan rasa ianya versi shortcut bagi Interstellar, secara spesifik di bahagian akhir. Ianya filem animasi 3D Disney yang meyakinkan bagi saya tanpa nama Pixar (sebab ada nama John Lasseter agaknya di kerusi penerbit). Ianya bukannya The Incredibles yang dihasilkan Pixar tetapi inilah jiwa yang hampir bagi saya. Bila Disney memegang authorship Marvel, saya sebenarnya mahu lihat apa lagi yang boleh dihasilkan mereka sebagai 'adaptasi Marvel oleh Disney' kerana idea Marvel itu sendiri.

Bercakap tentang idea Marvel, anda perlu tunggu sehingga akhir kredit filem ini sebagaimana tradisi filem-filem Marvel.  


SINOPSIS: Filem animasi komedi dan aksi menampilkan sebuah kumpulan super hero yang mempunyai 6 orang ahli yang terdiri daripada Hiro Hamada, Baymax, Wasabi-No-Ginger, Honey Lemon, GoGo Tomagi dan Fred. Berinspirasi dari sebuah komik Marvel era 90'an yang di'Disney'kan untuk mesra kanak-kanak,  ia mengikuti kisah pereka robot muda Hiro Hamada, yang terperangkap di bawah satu plot yang bakal menghancurkan bandaraya yang didiaminya iaitu San Fransokyo lalu mengumpulkan team superhero yang dibarisi oleh Baymax, robot penjaga kesihatan rekaan abangnya yang mati dalam sebuah kemalangan serta rakan-rakannya yang lain.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 13 November 2014
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Chris Williams, Don Hall
Pelakon: T.J. Miller, Maya Rudolph, Jamie Chung.  


Related Posts with Thumbnails