Followers

Thursday, August 28, 2014

Yana Samsudin bergambar dengan pakwe barunya, Qamar Hariz

Maka saya bagi pihak anak sedara saya, Hariz nak ucapkan terima kasih buat Yana sebab sudi luangkan masa bergambar dgn dia. Kau cantik Yana. Pakcik si Hariz pun nak bergambar dengan awak. Kita berdiri mesti sama tinggi...

Dengan itu saya juga ingin memohon maaf pada awak, Yana atas kritikan saya terhadap mutu pengarahan awak yang gagal di mata saya but that's about it. Shall we move on to our next film review. Yes, we should.

Thursday, August 07, 2014

Ulasan filem: Life of Pi (2012)

Yann Martel mengambil pendekatan di mana dalam setiap kisah kapal karam, mesti ada kes salah seorang yang akan jadi Richard Parker, tapi dalam bukunya diberi twist yang berbeza (tak macam Edgar Allan Poe). Jika anda belum baca bukunya, anda masuk dalam kes "kira ok juga sebab tak spoil mood." Life of Pi ialah filem kapal karam ala Castaway dan Lost yang tak jumpa pulau. Tak juga. Pi menemui sebuah pulau tapi mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan bersama 'kucing' belaannya. Ada misteri alam yang sukar untuk dijelaskan. Tragedi yang berlaku dilihat sebagai panggilan dari ilahi tapi Pi dalam perjalanan hidup sebenarnya mencari-cari Maha Pencipta dengan ujian yang getir yang mana jika dia merujuk kepada kitab, sebenarnya pernah berlaku pada hambaNya yang lain dan dia mengambil rujukan itu. Yann sebagai penulis turut mengangkat tema seseorang yang bersendiri dan hanya Tuhan dijadikan tempat untuk dia berbicara yang sebenarnya dirujuk dari kisah hidupnya sendiri sebagai seorang budak berkulit putih di India yang dianggap orang asing.

Menonton Life of Pi semasa pratayang media di TGV Imax Sunway Pyramid hampir 2 tahun lalu, saya sempat angkat 'Richard Parker' bawa balik ke rumah (rujuk gambar di atas). Novel Yann Martel ni memang diakui antara yang terbaik dekad lalu, jadi kena ada seorang pengarah yang terbaik untuk lebih adil buat adaptasi layar perak ini. Pada saya, apa yang dibuat oleh Ang Lee pada Life of Pi is well executed dan ceritanya bergerak dengan baik sekali tanpa menjejaskan kandungan cerita asal novelnya (walaupun anda tak pernah baca novelnya, tapi saya sarankan lepas tengok, cubalah cari novelnya. Kat festival buku Big Bad Wolf boleh dapat dalam RM8 je). Saya tak menjangka Life of Pi akan jadi sebuah filem dengan persembahan visual yang cantik. Sesetengah filem gah dengan visual saja, jalan cerita hancur tapi Life of Pi seimbang. Antara filem yang terbaik saya tengok tahun 2012 di pawagam. Filem ini membuatkan tenaga kerja Rhythm & Hues (yang bertahun-tahun berpengkalan di Malaysia) tiba-tiba menjadi sebutan di Festival Filem Malaysia kerana menang Academy Award untuk kesan khas terbaik dan setahun selepas itu cawangan Malaysia ini tutup kerana Rhythm & Hues LA mengumumkan mereka muflis. Nasib pekerja industri, gah di majlis anugerah saja tanpa pembelaan. Tapi,... itu bisneslah.

Sinopsis: Sebuah filem yang diadaptasi dari novel Yann Martel yang berjaya memenangi Anugerah Booker, "Life Of Pi" berlatarkan Pondicherry, India dan berkisar tentang Piscine Molitor Patel (Suraj Sharma), yang juga dikenali sebagai Pi. Pi merupakan seorang anak penjaga zoo yang hidup dalam keadaan berada. Sepanjang hidupnya, masanya diluangkan dengan menimba ilmu, bukan sahaja dari segi keagamaan, malah semua jenis sastera untuk menambah pengetahuannya tentang dunia. Walaubagaimanapun, perubahan politik di India telah menyebabkan keluarga Patel berpindah ke Kanada. Namun selepas kapal karam, Pi mendapati dirinya terapung bersama seekor kuda belang, orang utan, dubuk dan harimau baka Bengal Diraja bernama Richard Parker di atas sebuah bot keselamatan. Kisah selanjutnya mencatatkan pelayaran Pi di lautan Pasifik selama 227 hari dan membawa tema kepercayaan diri dan perjuangan hidup.

Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Drama
Tarikh Tayangan: 29 November 2012
Edaran di Malaysia: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Ang Lee
Lakonlayar: David Magee, berdasarkan novel Life of Pi tulisan Yann Martel
Pelakon: Suraj Sharma, Irrfan Khan, Tabu, Adil Hussain, Gerard Depardieu, Rafe Spall, Adil Hussain.

--------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, August 06, 2014

Ulasan filem : KOLUMPO (2013)

Seperti yang saya sering sebut, patut bagi Remy Ishak sikit dialog dalam‪ filem KOLUMPO ni ‬or else saya assume watak dia sebagai bangla yang melepak di mapley. Saya juga mengharap watak yang dibawa oleh Sabri Yunus dan Rosnah Mat Aris diberi storyline yang lebih prominent sejak ada yang bertanya filem Kolumpo ni pasal apa. Ianya apa yang anda lihat. Kalau tak dapat juga, tengok balik dan lihat di sekelilingnya. Kolumpo juga lebih baik jika ia dipanjangkan dengan cerita yang saling berkait berbanding dengan 3 cerita yang berbeza. Itu cabaran yang saya beri buat pembikin filemnya. Filem ini saya tonton di TGV Wangsa Walk bersama bekas housemate ketika nak masuk minggu terakhir filem ini ditayangkan yang nasib baik masih ada separuh panggung ini ada hati ingin menontonnya.

Sinopsis: "Kolumpo" mengisahkan Rahul, seorang pendatang dari India baru tiba di bandar dan mengetahui syarikat yang menawarkan pekerjaan kepadanya telah pun muflis. Dia telah dibantu oleh seorang pemilik restoran dan memulakan kehidupan di ibu kota sebagai pekerja tanpa izin. Di Setapak, Gienna adalah seorang wanita berbangsa Cina dalam lingkungan umur 30-an. Dia seringkali mengelak panggilan telefon dari ibunya. Pada satu hari dia telah membantu seorang wanita tua nyanyuk untuk mencari rumahnya. Di Ampang, Haffid, seorang pemuda telah bertemu dengan seorang gadis di stesen LRT selepas mereka ketinggalan tren terakhir. Hafidd yang tidak pernah bercinta menganggap kejadian yang berlaku adalah takdir dan harapan untuk bertemu cinta pertamanya. Tiga kisah berbeza dalam sebuah filem mencipta satu kelainan yang mengejutkan dan hubungan antara manusia yang memberikan kehidupan di bandar. (Sumber: TUPAI.COM.MY)

Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2013
Bahasa: English / Malay / Tamil / Cantonese
Penerbit/Pengedar: Otto Films Sdn Bhd / PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar
Pelakon: Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam,Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan memperkenalkan Amirul Ariff.

--------------------------------------------------------------------------------

Monday, August 04, 2014

Ulasan filem: Scott Pilgrim vs. the World

Hebat filem ni sebab ada Captain America, Punisher dan Superman di bawah director yang patutnya direct Ant-Man (which is a big loss sebab filem ni memang gila). Ada Michael Bacall yang turut menulis 21 Jump Street dan Project X (dan sedang tulis spinoff Tropic Thunder: Les Grossman). Ada Shynola yang design film title which i'm glad pernah jumpa mereka for an hour lenght interview masa datang Malaysia. Ada produser Radiohead untuk muziknya. Turut ada Broken Social Scene dalam versi punk. Filem ni sepatutnya UIP yang pick up untuk theaterical release di Malaysia tapi di minit-minit akhir tak berlaku. Ianya mimpi basah fanboy sebelum keluarnya Avengers.

Filem ni memang sandwich. Ambil budaya geek 90'an (muzik + komik + video game 8bit/16bit), diapit dengan fesyen hipster dan cerita tentang memenangi seorang gadis, dan anda dapat premis ini. Ceritanya yang sangat mudah, tetapi ia nampak pelik dengan bahasa grafik dan estetika visual yang menuntut seluruh perhatian anda tapi ia menarik juga ( kena ulang tonton banyak kali memikirkan setiap maklumat grafik yang memenuhi setiap adegan dalam filem, memang macam permainan video ...) . Sejak saya membesar sebagai remaja di era 90'an, filem ini adalah sesuatu yang saya boleh kaitkan dengan diri sendiri, tetapi ye lah, ia jadi asing bagi mereka yang tak biasa dengan subculture ini. Bagi kat budak-budak zaman sekarang, mereka tak faham dan mereka akan pilih Percy Jackson. Bagi kat bapak budak yang pernah jadi remaja di era 90'an pun mereka tak faham kecuali yang masih remaja dan stuck di era 90'an.

Ramai perempuan yang tonton filem ini fikir mereka ialah Ramona Flowers (termasuklah bekas kekasih) tanpa mereka sedar kedudukan mereka berada di antara  budak underage yang cepat sentap si Knives Chau atau si kejam Natalie "Envy" Adams tapi saya boleh confirm semua orang macam Scott Pilgrim, loser yang tak tau berapa nilai dirinya di dunia. At one point, ada juga yang mendambakan Scott supaya mereka dianggap macam Ramona but it didn't work that way. Heck, Ramona pun ada saat-saatnya yang fragile. 

Dan nilai hidup kita dah macam koin-koin yang dikutip Scott. Mati pun mudah.

Arahan : Edgar Wright
Lakonlayar : Edgar Wright dan Michael Bacall berdasarkan novel grafik Scott Pilgrim oleh Bryan Lee O'Malley
Lakonan: Michael Cera, Mary Elizabeth Winstead, Kieran Culkin, Chris Evans, Anna Kendrick, Alison Pill, Brandon Routh, Jason Schwartzman
Muzik: Nigel Godrich
Sinematografi: Bill Pope
Suntingan: Jonathan Amos dan Paul Machliss
Studio: Big Talk Films
Edaran: Universal Pictures

--------------------------------------------------------------------------------

Related Posts with Thumbnails