Followers

Thursday, April 18, 2013

Komunikasi untuk band yang jarang berkomunikasi melainkan melalui sampel yang mengambil suara 'bekas vokalis Iron Maiden', berlaku malam ini...


Nota di atas telah ditampal pada gig Godspeed You! Black Emperor dalam 10 tahun lepas dan masih make sense sampailah sekarang...



Cerita Iron Maiden dalam lagu GY!BE ni masih lagi kes klasik....

(dari majalah ROTTW V.175, page Mitos Moden)


 ...dan dalam masa beberapa jam, GY!BE akan membuat persembahan pertamanya di rantau Asia Tenggara (satu-satunya hentian Asia Tenggara, so expect ramai jugalah rakan dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan lain2 penonton tourist yang dah tengok Malaysia ni 'negara industri pelancongan melalui acara muzik live' sejak Future Music Festival dan Slash live in KL). 

Dalam nota lain, filem Broken City yang saya tonton semalam bolehlah ditonton sebab ada nama macam Russell Crowe dan Mark Wahlberg dengan arahan Allen Hughes, tapi terasa bila Allen tak mengarah bersama kembarnya, Albert, filem tu jadi tak cukup 'From Hell'. Jantung utama sebuah filem ialah ceritanya. Lagilah cerita pasal private detective yang diupah oleh mayor sejak dua menjak musim pilihanraya sebab nak raih undi... Nipis dan formula sangat plot dia sampaikan part2 kebetulan tu nampak mudah sangat dan tiada ilham untuk menjadikannya lebih masuk akal. Bila masuk skor filem oleh Atticus Ross (rakan Trent Reznor yang sama-sama menulis komposisi runut bunyi filem The Social Network), terasa ia banyak meminjam gaya filem TSN juga dengan feel yang lebih kurang. Dan saya rasa Atticus tak diberi kredit yang sepatutnya kerana Trent yang dapat lebih banyak perhatian padahal Atticus jugalah yang mengilhamkan lebih banyak bunyi (saya mula kembali kepada institusi yang dipanggil 'Sekolah Trent Reznor' bila ramai 'penuntut'nya bila dah bergraduasi, maka mereka akan mengambil pendekatan atau genre yang lebih kurang macam Trent Reznor sedangkan sebahagiannya dipilih oleh Trent kerana kesamaan genre juga...). 

Iron Man 3 saya akan tonton pada pagi Khamis depan (tayangan rasmi di Malaysia ialah pada Jumaat), dan kalau sempatlah saya akan bagi 'spoiler alert pada jam 1 tengahari di Twitter (sila lihat sidebar di sebelah kanan anda). 

Sebelum menonton Broken City, trailer filem ini keluar : Now You See Me. Ada beberapa filem lakonan Jesse Eisenberg selepas The Social Network yang saya nak tengok tapi belum sempat nak tengok (salah satunya filem arahan Woody Allen). Filem ini pula dengan line up pelakon hebat dari filem The Dark Knight, The Prestige, Zombieland dengan arahan Louis Leterrier (Transpotter, Clash of the Titans) dengan tulisan dari Ed Solomon (nama terbalik untuk watak De Nomolos sebab memang dia pun yang  tulis dua-dua filem Bill &Ted)


Related Posts with Thumbnails