A storm is coming...
Saya tiada pengalaman sinematik dengan Batman Begins sebab tiada panggung wayang di Kuala Terengganu. Salinan VCD pula hancur visualnya. Tapi saya bernasib baik kerana selepas berhijrah ke Kuala Lumpur, pada tahun 2008 beberapa ketika sebelum TDK keluar di panggung, saya sempat menonton filem Batman Begins semula di saluran HBO dengan visual yang lebih cantik dan juga sebuah lagi filem arahan Christopher Nolan, The Prestige (yang saya akui sukar difahami oleh penonton filem yang lain kerana penceritaan tidak linearnya) tetapi amat saya sukai (mungkin sebab ada David Bowie sebagai Nikola Tesla). The Prestige sebenarnya menyelamatkan saya dari kemurungan, tambah pula ada lagu dari Thom Yorke - "Analyse" sebagai penutup filem yang agak rawak juga kejadiannya.
Bila tiba waktunya TDK ditayangkan , saya jadi seperti seorang budak lapan tahun yang gilakan watak superhero kegemarannya dan meronta (baca : jiwa yang bergelojak) mahu menonton filem ini di pawagam. Bekas kekasih waktu itu dipaksa membeli tiket untuk tayangan waktu siang. Tetapi malangnya, bekas kekasih tidak dapat menemani (dan ia menjadi titik terakhir kami untuk bercerita tentang pengalaman sinema sebelum kami terputus hubungan buat selama-lamanya....). TDK ditonton dengan seat sebelah kanan yang kosong (yang sepatutnya ditemani oleh bekas kekasih) manakala seorang lelaki cina di sebelah kiri saya pula jadi amat kagum dengan adegan Batman terjun dari bangunan pencakar langit di Hong Kong. Keluarnya dari menonton TDK, timbul perasaan ingin menonton filem ini sekali lagi. Ia jadi satu mandatori di mana filem Nolan perlu di tonton lebih daripada sekali di pawagam (seperti yang saya lakukan dengan filem Inception pada tahun 2010). Peluang menonton filem TDK kali kedua di pawagam bagaimanapun datang ketika tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Syawal (kalau tak silap saya), jadi waktu itu rasanya saya lebih sibuk dengan persiapan membeli tiket bas pulang ke kampung di Terengganu.
Filem TDK disambut dengan pujian pengkritik. Banyak keratan akhbar yang saya simpan ketika itu. Sesetengah masih lagi tertanya-tanya adakah mereka menonton sebuah cereka superhero kerana filem TDK agak cross-genre yang membuatkan filem adaptasi dari komik lebih-lebih lagi dalam genre superhero tidak dilihat sama seperti dulu lagi.
Saya ada perasaan yang filem Batman ketiga oleh Nolan akan disambut dengan kurang antisipasi sejak kematian Ledger, seolah-olah filem Batman Nolan hanya hidup dek kelibat Joker/Ledger sahaja. Sehinggalah Inception. Sehinggalah datang terma 'fanboy Christopher Nolan'. Sehinggalah Following, Memento dan Insomnia digali semula. (atau kes terpencil, saya yang menonton semula lakonan Bale dalam filem Empire of the Sun yang jadi filem kegemaran ketika sekolah rendah dahulu).
The Dark Knight Rises akhirnya keluar dengan trailer dan pengenalan kepada watak Bane yang bakal menghapuskan mimpi ngeri Bane di dalam Batman & Robin yang tidak diberikan karakteristik yang sewajarnya. Bane jadi lebih taktikal dan seteru Batman setara dari segi kebolehan fizikal.
......................................................
... dan sekitar perbualan pada 19 Julai:
Terence Aaron: Berapa bintang bos? Esok baru aku nak pergi tengok. Hahaha.
Yang benar: Macam mana ye? ... Kalau saya larat buat standing ovation sambil tepuk tangan 10 minit masa end credit, i will do that (Fakta: Memang masa end credit semua orang tepuk tangan pun...). But i got these words : JOEL SCHUMACER, THIS IS YOUR LIBERATION!!! Hahahaaha... By the way, kalau anda nilai filem ni by comparison dengan filem-filem Batman-Nolan yang lain macam Batman Begins dan The Dark Knight, mungkin anda akan ada masalah sikit dengan The Dark Knight Rises (TDKR) sebab performance Heath Ledger sebagai Joker memang top notch dan sukar dibendung. Tapi as a trilogy, it's the best way to end the Bat movie. Kata Nolan, ini filem BATMAN-nya yang terakhir. jadi fahamkan maksud dia.
I give it 9 out of 10. It could be 10. WAIT, I give this movie 10!!!! Or 11. And I wanna watch it again! Sebab saya tak ada masalah dengan TDKR dan benci nak buat perbandingan dengan filem Batman-Nolan yang lain. Dan saya boleh kata juga yang filem ini lebih baik daripada TDK dan BB pada satu dua perkara atau banyak perkara..... Itu pandangan peribadi saya tapi saya juga dapat rasa yang penonton lain bakal punya masalah dengan TDKR....
Si Komeng: Wowww.. Hari ni baru nak tengok...huhu...
Yang benar: Si Komeng, kena sabar sikit dengan filem ni. Nasib baik saya ni jenis yang penyabar orangnya.
(Rasa nak tengok lagi, dapat rasa feel dia dekat dengan novel grafik Frank Miller's Dark Knight Returns selain Knightfall untuk rujukan watak Bane dan beberapa scene). Satu lagi, saya ada soft spot sikit dengan Christopher Nolan walaupun ramai kata ini bukan filem terbaik Nolan.
Izham AliAs: Arghh..tertekan... Hahaha.. Tak sabar nak tengok..hahaha.. Encik Blitzenius selalu bagi hint yang exciting.. Demm.. Hahaha.. Thanks Encik Ahmad.. Akan bersabar dengan cerita ini as per advised.
Yang benar: Izham AliAs , saya bukan apa. Saya risau untuk sesetengah penonton, this excitement kinda ruin them bila diorang dah tengok. But let me put it here again : ini mungkin bukan filem terbaik Nolan TETAPI bukanlah filem terburuk Nolan sebab Nolan tak boleh buat filem yang buruk pun. Tapi pengalaman saya, kalau banding dengan The Avengers yang orang dok kata best tu, this is beyond epic.
Satu lagi hint : dalam TDK, Batman tenggelam sebab semua orang dok tunggu si Joker keluar. Dalam TDKR pula, korang akan tertunggu-tunggu bilalah Batman nak keluar balik.
Izham AliAs: Hehehe.. Noted tuan.. Thanks for the info.. at least saya tahu what to expect.
Raydza Reys: Tersangat ohsemm....
Shamsul Amri: Best. tak rugi tengok
Yang benar: Kawan saya punya review (Faizal Mukhtar) : "Kalau ada orang yang bercakap mahupun berbisik sekalipun sepanjang tayangan filem ini, tikam orang itu di bahagian rusuk dengan perlahan-lahan menggunakan sebarang objek tumpul." He's right about it. Saya tak bergerak-gerak langsung sepanjang menonton TDKR, mata saya tertumpu pada layar. Kawan saya di sebelah ingatkan saya tidur. Nak saja saya tikamnya secara perlahan-lahan dengan objek tumpul.....
......................................................
Penyudahnya...
This is how you do a superhero movie dan Nolan memang fearless (anda akan perasan beberapa perkara yang tak pernah dibuat oleh pengarah filem superhero lain tapi dibuat oleh Nolan dalam TDKR). Tetapi perkara yang 'tak dibuat oleh pengarah lain tetapi dibuat oleh Nolan' ini juga boleh jadi satu kekurangan kepada penonton yang lain (terutama bagi yang mengangkat Avengers sebagai filem superhero terbaik bagi tahun 2012). Anda mungkin rasa apa yang terkurang itu perlu diadakan di dalam filem ini tetapi saya dapat merasakan yang Nolan tidak mahu mengulang perkara yang sama iaitu apa yang telah dilakukan di dalam dua filem Batman yang terdahulu. Ianya untuk mengelakkan klise. Hakikatnya, saya menerima karya Nolan bukan sahaja kerana ianya filem tentang Batman tetapi saya memang menyukai kerja Nolan dan kualitinya yang jarang ada pada pengarah yang lain. Saya rasa tak semua pengarah dapat menggarap sebuah filem superhero dengan tona realistiknya sebagaimana Nolan. Dia membuatkan anda percaya yang adiwira seperti Batman boleh wujud dalam dunia sebenar. Ada emosi dalam filem TDKR yang saya oleh kaitkan dengan perasaan manusia saya.
Tanpa memberi banyak spoiler sebab saya tahu banyak website lain yang akan bocorkan plotnya, filem ini lebih besar skalanya jika dibandingkan dengan filem-filem Batman yang lain. Menutup sesuatu yang telah dimulakan sejak 2 buah filem yang lalu memang satu kerja yang penuh ambisi tetapi Nolan telah melakukan dengan sebaik-baiknya. Sesetengah penonton akan rasa ini bukan filem Batman yang terbaik tetapi dalam kamus filem Nolan, tidak wujud perkataan 'buruk' pun kerana Nolan tidak punya kemampuan untuk melakukan sebuah filem yang buruk. Go, watch it at your nearest cinema.
p/s: skor filem Hans Zimmer. damn good.
p/s/s: Around 2010, aku rasa Aziz M Osman kata confirm nak buat filem Keluang Man, mungkin sebab terpanggil dengan Batman versi Nolan tapi tak tahu apa kesudahannya.