Followers

Wednesday, October 20, 2010

Paramore Live in Kuala Lumpur : sebuah koleksi monolog



Jadi semua orang bengang Y2K dapat opening slot dan bukan band boyfriend diorang, jadi tak ada peluang nak jadi groupie backstage. bak kata Sapphire, "Can you believe these new girls? None of them use birth control, and they eat all the steak. I mean, they don't even know what it is to be a fan. You know, to truly love some silly little piece of music, or some band... so much that it hurts."

Jadi semua orang macam "who is Y2K?" when in fact these are the guys yang bawak NOFX 3 tahun dulu sebelum Paramore make it big time.

It's funny, sebab Paramore yang pilih Y2K and Y2K tak melobi diri mereka sendiri and they got all the hates.

And it's funny, because Y2K give a kick ass performance.

Masuk kat pintu depan, dah terserempak dengan Pak Tam Cili Padi. Dia ni lah yang pernah bagi mimpi ngeri kat budak-budak Art and Design UiTM 10 tahun dulu bila perform Backstreet Boys on stage with bunch of homos.

It's funny to see some people dance to Paramore tune a la Neyo when Hanis Zalikha and her company can't sing any Paramore tune except The Only Ecxeption. This is so wrong....

"We stole this sofa from IKEA." Set akustik dengan sofa di atas pentas. 4 lagu tu banyak sangat. Sofa dalam konsert pop punk? Setakat ini anda hanya dapat jumpa tilam sahaja dalam gig Sick Of It All. Scratch The Surface!

Masuk lagu ketiga set akustik tu, aku dah ngantuk. Tapi yuppies dan screaming girls "Hayley, you're our 'it-girl'!!!" suka. takpe.

Kalau Hayley Williams buat introduction "Taylor York is our Justin Timberlake" masa Warped Tour, memang dia nak kena baling botol agaknya...

Tapi bila Hayley Williams bagi intro Josh Farro tu as 'our Slash', that was too much...

It's funny to know that my baybeh Tiz Zaqyah actually couldn't make it to Paramore concert, while Lisa Surihani did. Tsk tsk tsk.... Apa korang tak jemput dia?

Sehari lepas konsert ni, fans Paramore kat Indonesia dah bengang, terus melancarkan trending "ParamoreForIndonesia" kat Twitter.

Sound system fail. Habis semua blow...




...but then, Paramore really putting up a kick ass show. Tenaga muda mereka terserlah. I bet all people are having fun, from their girlfriends, to their parents dan anak-anak diorang.

Dan Jason Lo (Fat Boys, penganjur) sangat yakin, lalu bertanya, "so, who's next? Foo Fighters? The Strokes?" Berilah buah fikiran anda.

Ah, c'mon, jangan bagi nama-nama yang pelik, macam saya nak mintak Wolves In The Throne Room datang sini. Fikirkan market seperti Lisa Surihani juga.





p/s: kalau saya ada satu benda yang saya nak complain tentang konsert Paramore semalam, that would be the absence of the Refused-inspired song, "Born For This" dalam set mereka. Seriously, lagu tu patut ganti lagu lembik macam "The Only Exception".

Monday, October 11, 2010

Hayley Williams wants your band to opening for Paramore in Kuala Lumpur.



Mesej ringkas di Twitter milik vokalis Paramore, Hayley Williams 8 jam lalu berbunyi begini:

Attn: BANDS IN THE KUALA LUMPUR AREA! We want your band to open for us!! Tweet back with your link & #paramoreKL so we can check you out!

This could be your band.


Kita jumpa di konsert Paramore. Bukan fan tapi hafal lah juga 2 album pertama mereka tu. By means album pertama, yes, album "All We Know Is Falling" masa zaman label Fueled by Ramen masih 'independent kental' dan belum riding high on the success of Fall Out Boy. it didn't help either when i made this cover story for ROTTW magazine last year:




Beatburns mana? Tak nak try ke opening Paramore? tengok power tak power. dah female fronted, elok sangat la tu.

Saturday, October 09, 2010

A_WID_THA_TEE_THA



Saya tak pasti apa tujuan post ini. Semuanya sebab katalog baru IKEA. (Ya, saya kumpul katalog ini, hampir semua setiap kali keluar edisi terbaru. Walau diberi percuma, ia tetap ada nilai, dalam RM10 di pasaran.) Filem "(500) Days of Summer" mungkin buat golongan hypster menyerbu IKEA semula dengan pasangan mereka, menulis kembali kisah pertemuan mereka. I don't buy this. Malang sekali Music Exchange di belakang Jalan Walter Grenier (belakang Lot 10) sudah tinggal kenangan...

Saya menggali semula karya saya yang sempat diterbitkan di dalam komik Rottworld, keluaran terakhir. Ada juga b-sides. Yang di atas ini, sempat menghiasi (no, that's not the right word. 'Menyemak'. That's more like it.) ruang mamak dan newstand, dan rangkaian MyNews. Memandangkan Rottworld sudah out pf operation, maka tak dapatlah saya nak menyelitkan lawak kombo Ayu Raudhah + Tiz Zaqyah. kecuali the namesake yang kat atas tu.


I almost forgot about it until the latest edition of IKEA catalog.



Fuck. You. Lagu Polly Jean Harvey.








Ok. Next entry saya cerita pasal HORSE The Band.


p/s: happy birthday kepada empunya badan dalam katalog tu. dan seorang lagi rakan baik saya, Maya Suraya yang pernah hoskan program radio 'Rock It Her Way' , kemudian bertukar nama kepada 'Alternation' di TraxxFM, di mana pernah sekali saya jadi guest producer. tahun ni saya perasan ramai girl friends saya lahir bulan 10. Libra girls, they're lethal...

Friday, October 01, 2010

Actually, my vision on The Social Network is even darker...



Originally posted on Facebook, on Wednesday, July 1, 2009 at 12:40pm as "Aku tak kisah kalau korang nak delete akaun Friendster korang or else..." This before it's been announced that Trent Reznor will handle the film score duty. Before and after Trent Reznor rejoing twitter again...

...dan hakikat yg perlu diterima juga, jika sebuah kitab tentang the Cult of Social Network akan keluar nanti, sudah pasti nama Friendster (FS) bakal ditulis dlm sejarah awal pergerakan digital ini bersama2 MiRC.

Well, my friends, terima kasih kerana menjadikan FS sy yg hidup segan mati tak mau ni hit sebanyak 112 kali utk bulan Jun. Ada sebab utk anda beralih kpd Facebook (FB) kerana David Fincher (Se7en, Zodiac, Fight Club) bakal mengarah filem tentang social network yg banyak bertumpu pada FB than anything. 6 tahun dahulu, FS berada di zon selesa selepas mengadaptasi kod Sixdegrees yg kurang popular kerana idea Sixdegrees pada awal 2000 yg melangkau masa. Kejayaan FS pula menyebabkan mereka kaya seketika lalu mereka jadi malas nak buat kerja. Aku tunggu saat penutupan...

Well, jika anda ingin berevolusi dgn social networking dlm konteks intelligence-driven, u can always find me on FB.

Mengambil kata2 akhir Jerry o'Connell sebelum kedatangan Cromags utk menyerang dimensi selari Sliders: "So long, sucker!"

aku harap lagu "Exhume to fuckin Consume" oleh Carcass sesuai sbg end credit.

P/s: post ni asalnya ditampal pada papan buletin FS.

P/p/s: Fincher selalu je buat aku nak menulis, bukan Zuckerberg.

Zam Shah Rizal film tentang social network fincher nanti agak2 ko mcm film dia sblom2 ni ke film yg kena tunggu lama baru kita faham kecuali zodiac la sebab dia base on true story dan pernah keluar kt discovery channel dulu..

Ahmad Blitzenius Nazri
Aku x pasti, mungkin ia tidak bersifat autobiografi mcm Zodiac sebab social networking masih sedang berlaku. Tp aku harap dia akan headfuck aku mcm Se7en, The Game, dan Fight Club sebab itu style dia. Tp aku harap ko tau filem ni nanti diadaptasi dr buku Ben Mezrich yg blum keluar lg pun, "Accidental Billionaire", dan team yg produce ni sama dgn team filem 21 yg juga adaptasi buku Mezrich. Team ini termasuklah aktor Kevin Spacey, tp kerusi pengarah Fincher dikongsi dgn sorg lg pengarah dr team West Wing. Itu buat aku terbyg filem ni bkn ultimate Fincher. Buku Mezrich org pnah kritik sebab dikelaskan sbg non fiction tp byk ketidaktepatan fakta. Teks dia yg ni pun x terkecuali. Tp ye lah, kalau dia straight sgt, maka x wujudlah kesan dramatik. Itu bahasa filem, benda wajib dlm Hollywood.

Zam Shah Rizal
oooo aku baru baca kt wiki...fincher akan co direct dgn Thomas Schlamme iaitu seorang director program tv tentu skali aku rasa ia x sama seperti sentuhan fincher sblom ni atau mungkin sesuatu yg baru plak... btol2,kalau straight sgt fakt a tu,mesti x dramatik seperti filem perang melayu yg selalu tunjuk kita kalah,kita terkorban hollywood selalu tunjuk diaorg menang sedangkan mereka kalah sememangnya tiada kejujuran dlm seni filem ni...hehehe

El Moe Machete
igt lagi circle99? lol

Ahmad Blitzenius Nazri tak sure. tapi aku ingat time friendster kluar, ada chiafriends. tapi lingkup, jadi website permainan poker, jauh terlajak lari....
tapi Malaysia lagi hebat. dia ada MyRakan!!!!! Prof Razak, sila terima idea saya ini untuk mengabadikan kenangan rakan2 saya yang nak MySpace versi melayu sbg sebuah filem yang penuh konspirasi teori.

Zam Shah Rizal moe,amende circle99 tu?...ala2 myspace jgk ke? prof razak nk bikin film mcm tu....peh! kena tunggu apek ngan nabil tua dulu la,baru dia bikin kot...sebab aku takut citer myspace versi melayu telah di komedikan dari segi konspirasi teorinya......kihkihkih

Ahmad Blitzenius Nazri dude, kalau kau nak tau, telefilem pertama prof razak tajuk dia PhD yang ala-ala psycho. sampai hujung cerita baru orang tau apa menda PhD tu. kalah Fincher kan? tu sebab nak suruh dia buat filem MyRakan ni. hahaha. tapi betul la bab komedi ...tu. mesti ada adegan tunjal kepala oleh pak piee.

Zam Shah Rizal
ye ke...sblom dia bikin telemovie anak mami ke?....
hahaha...pastu ada background efek bunyi yg oldskool yg bunyi toink toink.....lawak filem prof kalau ko perasan nmpk kelam kabut...kalau tgk citer2 dia semua sama jgk lawak kelam kabut dgn background efek bunyi old skool..

Ahmad Blitzenius Nazri
aku baca balik post ni. bila kau sebut toink-toink tu, yang aku ingat, filem Z Lokman ada bunyi efek2 macam tu. Janda Meletup.

Zam Shah Rizal
hahaha...efek tu sampai skang guna...kalau ko tgk drama komedi semua pakai tu...mcm aku shoot drama bujang sepah baru ni...cerita dh best...sekali director or editor aku x tau la masukkan efek old skool tu..terus mcm mencacatkan cerita tu....

Ahmad Blitzenius Nazri drama melayu ni ada efek library yang telah ditetapkan.
skor muzik pakai yang itu.
bunyi penumbok pakai yang itu juga.
bunyian komedi yang itu juga.
usop sontorian je kot yang pakai sound lain sikit, tapi lepas tu habis orang ambik sound si zalikamari ni.

Zam Shah Rizal
usop sontorian...aku lupa sound efek dia.....kalau tgk usop sontorian aku teringat cerita simpson...konsep sama cerita kartun keras hanya menggerakkan mata masa bercakap.tanpa 2D atau 3D..tapi simpson lebih bernasib baik bertahan sampai skrg....beavis and butthead pun sama jgk.....

Ahmad Blitzenius Nazri usop sontorian tu kes ujang sendiri dah tak pegang hakcipta dia, dah jadi hak MOY. kalau tak aku rasa dah berevolusi usop tu. aku ingat lagi masa mula2 kluar, siap ada action figure. memang macam simpsons.

Zam Shah Rizal hahaha...tu la...wajah2 mereka tu nk dkt sama....sayang la...kalau x mesti sampai skang ada lagi citer tu....teringat dulu masa ula2 promo kt selamat pagi malaysia masa scene kakak dia tgh marah sebab usop mandi terlalu lama...kalau x silap aku....

Ahmad Blitzenius Nazri part yang paling best, masa kakak dia jadi penyanyi dangdut tak silap aku. tour satu malaysia. gitaris dia metal habis, siap headbanging tak tahan tu. pastu crowd jerit "i love you, kak kiah!".

Video muzik metal dah mati. Seriously...


"Pada saya, video muzik telah menjadi begitu membosakan sejak akhir-akhir ini. Terutama sekali video muzik metal. Saya mahu menghasilkan kembali video muzik yang kelihatan menarik dan tak perlu belanja sampai US$200,000. Sekarang ini kalau anda tengok, semua video muzik menunjukkan band bermain di satu lorong di sebuah bangunan, ataupun di kawasan tinggalan dan mereka cuba menunjukkan betapa 'metal'nya mereka. Kita dah selalu sangat tengok benda ini semua. Kita pergi melihat persembahan live mereka dan melihat bagaimana mereka cuba 'rock' secara live. Jadi, kenapa tidak memberikan peminat-peminat anda sesuatu yang berbeza? Tambahan pula, penonton sekarang dah macam terkena sindrom ADD. Mereka tonton video selama 60 saat kemudian terus berlalu pergi." - Sean O'Connor

Ada kebenaran juga kata-kata Sean O'Connor tu. Saya rasa, susah sekali untuk saya namakan video muzik metal yang tahap 'remarkable' sejak 2 menjak ini. Di atas ialah petikan temuramah saya dengan Sean yang membicarakan tentang video muzik 'fanmade'nya yang dihasilkan buat band cybergrind Genghis Tron iaitu "Endless Teeth" dari album "Boarding Up The House". Sean mengeluarkan belanja sendiri dan mengambil masa setahun untuk menyiapkan video muzik ini (dia menghasilkannya ketika masa lapangnya memandangkan dia punya komitmen pada projek lain). Motivasinya ialah untuk memberikan sesuatu yang tak pernah dilihatnya dalam sebuah video muzik metal. Anda boleh baca temubual saya dengan Sean dengan lengkap dalam majalah ROTTW keluaran akan datang.

Anywayssss........, di bawah ini ialah video muzik "Endless Teeth". Ajaklah anak anda sekali menontonnya. Kalah rancangan Teletubbies, Barney mahupun Pico Pico Pong Pong.



More of Sean's art here: seanoconnor3.com

Saya sudah mula menyukai album ini, that is "Matador" by Zoroaster



Dalam album "Matador" ini, band yang berasal dari Atlanta, Georgia yang punya keinginan meneroka muzik 'primal, concrete sludge-doom' ini tampil dengan vokal yang lebih clean yang buat saya rasa macam dengar album kategori shoegaze. Betul. Ada yang mengibaratkan salah satu trek mereka, "Spirit Molecule" (dari album Voice of Saturn) seperti versi metal untuk trek "Only Shallow" dari My Bloody Valentine sedang saya sendiri merasa semangat Kevin Shield pada trek "Firewater". Ada yang menganggap Zoroaster sebagai rip-off kepada Electric Wizard, but c'mon... I heard a lot of Black Sabbath here! Maksud saya, banyak band yang mendapat manfaat (baca : ilham nak buat band) selepas munculnya Black Sabbath. Dan ada 60 atau 70 buah band saja kot selepas itu yang betul-betul original. Nak saya breakdown lagi? Motorhead. Melvins. EyeHateGod.



Cuba album ini kalau anda rasa metal hari ini macam dah mati je.

Ilustrasi kulit album ini dibikin oleh Brian Mercer yang sebelum ini pernah membikin seni poster untuk Black Tusk, Small Stone, Pentagram, Down, Saint Vitus antaranya. Boleh layari laman webnya di sini: http://mercerrock.com/index.php
Related Posts with Thumbnails