Followers

Friday, August 27, 2010

Tiba-tiba aku rasa excited nak tengok Rashida Jones pulak....




ye, saya selalu usha dia pagi-pagi dulu dalam The Office.

Thursday, August 26, 2010

Nasib baiklah Mark Romanek tak ambil job direct filem The Wolfman...

...sebab bila tengok versi yang Joe Johnston direct, i don't feel like it. And i'm not sure i'm gonna like it if Mark Romanek gonna direct it as well.

tetapi saya suka dengan visual di bawah:

dalam pencarian karya yang bermakna untuk dijadikan sebuah filem, Mark mengambil masa yang panjang. mula-mula, namanya disebut untuk mengarah "A Million Little Pieces" yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, dengan diterajui oleh Tom Hanks sebagai bintang utama tetapi tidak berlaku berikutan pra-produksinya seperti neraka.

kemudian nama Mark disebut sekali lagi sebagai pengarah untuk remake filem klasik "The Wolf Man", namun ia bertukar tangan kepada pengarah Joe Johnston. saya tak teruja sangat ketika mendengar Mark akan mengarah The Wolfman walau sudah mengikuti kerja-kerja MTV Mark sekian lama. di bawah, Joe Johnston, walaupun filem ini dibarisi oleh bintang-bintang ternama seperti Benicio del Toro, Anthony Hopkins, Emily Blunt, Hugo Weaving dan Geraldine Chaplin, filem ini gagal di mata pengkritik.

i was , like,... "Ok, nasib baik Mark tak ambil projek ni."

jadi apa yang Mark buat sejak 2005? dia mendapat naskah "Never Let Me Go" tulisan Kazuo Ishiguro, sebuah novel drama dystopian yang membuatkan dia ingin membawa naskah tersebut ke format filem. seperti kata Mark, "Ishiguro's conception is so daring, so eerie and beautiful." Alex Garland mengadaptasi novel ini ke lakonlayar. dan akhirnya trailer di bawah muncul di internet sejak beberapa bulan lalu.



saya jadi jatuh cinta. saya rasa ini haluan yang tepat buat Mark sejak sekian lama mencuri tumpuan dengan hasil-hasil kerja MTVnya yang provokatif seperti MTV Nine Inch Nails - "Closer" yang kini jadi bahan pameran di muzium seni New York. MTV Michael Jackson dan Janet Jackson - "Scream" pula bukan hanya jadi video muzik termahal dalam sejarah tetapi juga menjadi video muzik terbaik bagi tahun 1995, yang membuatkan nama Mark jadi in demand. saya sebenarnya boleh kata hidup dengan MTV arahan Mark ketika remaja, seperti video muzik Sonic Youth - "Little Trouble Girl", Beck - "Devil's Haircut", Fiona Apple - "Criminal",... antaranya. (dulu simpan semua video muzik ni dalam tape VHS yang direkod dari TV, sebelum kita semua ada Youtube). seringkali karya-karya Mark buat saya ingin memasang impian untuk menjadi pengarah seperti Mark. tetapi Mark belum lagi mencuri tumpuan ramai sebagai pengarah filem yang hebat sebagaimana video-video muziknya.

saya tak sabar nak tunggu filem ini. akhirnya tahun ini, ada juga beberapa tanda di buku catatan saya tentang filem yang harus saya tonton, selepas Inception, Kick Ass, Social Network, ... selepas ini ada, Black Swan, dan Scot Pilgrim. tahun lepas lagi teruk pengalaman cinema saya agaknya. dah la jarang ke panggung, saya rasa filem yang betul2 saya layan tahun lepas mungkin hanya "Inglorious Basterds".

di bawah ialah artikel tentang Mark Romanek yang saya tulis untuk majalah ROTTW awal tahun lalu. jika dibaca, Mark memang banyak dipengaruhi oleh Stanley Kubrick. maknanya visualnya sering tampil gila-gila atau dengan proses yang tak dapat kita jangka kalau kita punya dana ciput... tetapi itu bukan alasan sebenarnya. kalau tak, macam mana dia boleh hasilkan video muzik Johnny Cash - "Hurt" yang ringkas, tak pakai efek lansgung tetapi menyentap perasaan.

Thursday, August 19, 2010

kerja seni terbaru Josh Graham untuk kulit album baru Soundgarden - "Telephantasm"



jadi jugak ye Soundgarden buat album? ingatkan setakat show reunion je macam Faith No More, Pixies dan Blur. sebuah album bermakna, bagaimana seriusnya mereka dalam melalui peringkat yang seterusnya. bila saya lihat seni kulit album dalam bentuk digital ini di laman web Soundgarden : http://www.soundgardenworld.com terus saya dapat tangkap siapa insan di sebalik hasil kerja seni ini, iaitu Josh Graham.

tertanya-tanya juga apa yang membuatkan Soundgarden memilih Josh. (sebab dah 13 tahun,... maka cara band melihat seni kulit album juga mungkin sudah berbeza. dulu mana orang gila Photoshop. foto dan grafik semua manual.)

Josh Graham yang sering saya ikuti kerana menjadi anggota band Red Sparowes dan A Storm of Light, selain mengendalikan visual projection untuk band yang mengilhamkan subgenre post metal, Neurosis sebenarnya ialah pereka visual yang serius di mana hasil kerjanya pernah dimuatkan untuk kulit album dan video muzik seperti untuk Neurosis, Shrinebuilder, Jesu, Nadja, Underoath, Sunn O))), Dillinger Escape Plan, Mastodon, Saves the Day, Jurassic 5, No Doubt, dan Madonna.

untuk kajian ekstensif terhadap kerja seni Josh, boleh terus ke laman webnya: http://www.suspendedinlight.com

be amazed.

Sunday, August 15, 2010

boleh tak untuk edisi ini saya nak tulis pasal The Smiths? boleh tak? tak bolehlah, Mimi...



tak tahu kenapa (ye lah tak tahu....) saya masih ada pantang nak dengar lagu The Smiths ketika waktu ini. bagaimanapun, sebab Pete Yorn ingin sangat tahu lagu-lagu hari Ahad saya, maka saya pasang kembali "Everyday is Like Sunday" untuk ambil mood. pertamanya, memang saya akan pilih trek "Easy" versi Faith No More (asalnya lagu The Commodores) yang punya baris lirik "...I'm easy, easy like Sunday Morning", kemudian bila saya cuba check playlist saya, saya terjumpa 2 lagi lagu dengan perkataan 'Sunday', the other two are "04/10/05 Sunday" by Fantômas and "Sunday's Slave" by Nick Cave & The Bad Seeds.

saya perasan entry terakhir saya dah nak dekat sebulan. sekarang ni bulan puasa pulak tu. saya rasa macam dehydrate pula untuk menulis. haha. okaylah, saya ke konsert Usher. saya enjoy sangat. tipu. kerana kerja sebenarnya. lalu saya memasang trek Jodis – "Continents" sepanjang menunggu LRT dan berada di dalam LRT. kesannya, saya rasa terasing sangat dengan khalayak yang berada di dalam LRT. gadis remaja dan wanita yang berkerjaya menunggu masa night's out mereka. cuma ada sorang gadis inilah yang nampak lain sikit. ouh, no. takkan lah awak pun nak pergi tengok Usher? please....

tapi betul lah, sebab keluarnya dari LRT, jalan kami sama, ... dan dia pun pergi ke ruang dafar media. sama macam saya.

awak menulis dengan majalah mana? ouh no. don't tell me you really wanna watch Usher. dying to. because you don't really look like it.

i never know. she sit just behind me. ouh, no. dia enjot sangat. unfortunately the picture of her that i had shows that she just about to leave. (well, masa balik tu pun kami naik LRT yang sama juga... tapi habis di situ sajalah).



saya cuba baca balik review konsert saya. gosh, it looked good. i should enjoy it secara berpada-pada. but anyway,... konsert Coheed & Cambria plak yang intriguing. lepas tu ada konsert Slash lagi. lepas tu, i don't know. kita dah masuk bulan puasa. dan saya sempat tonton Inception, twice. apa pun yang orang kata tentang filem itu sebagai heist movie dengan perancangan 'mencuri' yang tidak well executed dan pencuri itu pula terlalu beremosi dengan hantu bini dia yang berlegar dalam mimpi, i still can relate it to myself. i enjoy it. better than Usher concert.

kamu ni suka sangat pada Marion Cotillard agaknya. kamu dah tengok dia jadi Edith Piaf dalam filem "La Vie en rose"? baik kamu tengok. esok lusa kamu dah nak ke Perancis. jadi tak ada lah kamu dipanggil beruk poser sambil memegang DSLR.
Related Posts with Thumbnails