Followers

Wednesday, June 01, 2005

from the guys who made the RADIOHEAD font possible - Büro Destruct


lama tak dapat setem oversea...
tapi kali ni diorang tampal kat poskad plak, bukan kat envelop.

tapi poskad memang kena letak setem pun.

cover art : Tool - "Ænima"



the year was 1996. masa tu, suma orang baru nak dengar nirvana, heh! tapi radio kerajaan masa tu kira rock-lah jugak sebab ada program alternative rock show sepanjang 5 jam, setiap malam jumaat. time highway pun. (teringat dikejutkan oleh marilyn manson selepas sahur. power radio!) sekarang ni radio jiwang, termasuklah radio swasta which mean sucks. radio kerajaan lagi la, ... dah total crap. melalui radio jugak aku kenal tool. ironiknya, tool ni dalam review is art rock (or dark metal some media define it). something that art beyond king crimson and pink floyd (masa tu radiohead belum lagi jadi cult kes album kid a), agak sukar diterima pendengar, dan jadi airplay di radio sekarang, tetapi it was proven that year 1996-97, things are quite different that makes me love those years really much. bak kata bos aku yang juga peminat tool, kita tak boleh bagi seseorang yang sukar menerima sesuatu. kalau beri, mereka akan tendang.

masa tu bahan seperti album tool (pegi record store ulang benda tu je, .... siap aku nak mengeja kat cina kedai: "t.o.o.l!") atau dokumentasi tentang tool agak mustahil untuk dicari. mereka juga bukan band yang mukanya terlonggok dalam majalah atau menampilkan pose ganas dalam video clip. but the music and the art represent the band. masa tu tengok t-shirt diorang: logo tulisan tool overlay imej mata jesus christ. i was like: "man, this band really dark." yup, bukan religious tetapi dark. falsafah liriknya berpandukan idea2 comedian bill hicks, carl jung, anotomy, demonoid, banyak lagi... lagu "H." dari album penuh ke-2 mereka "Ænima" adalah lagu yang membuatkan aku berminat utk cari album tu , lebih2 lagi selepas mereka memenangi track metal terbaik Grammy..... (try cari album kat kedai tetapi gagal). lagu "H." tidak speed, grinding, atau akan membuatkan remaja melompat-lompat ala2 anthem nu metal tetapi ia benar2 berat pada pendengaran telinga. bunyi percussionnya berinspirasi pemain tabla Aloke Dutta (serius, aku dengar macam bunyi kompang versi dark, slow....).

3 tahun selepas kegagalan mencari Ænima, semasa aku kat perpustakaan universiti utk mencari bahan rujukan komputer grafik, aku stumble upon artikel tentang artwork sleeve CD Tool, dalam buku pasal komputer grafik (!) yang membawa aku tentang bahas artwork untuk CD Ænima dan Undertow (album full-length pertama Tool). masa tu aku rasa aku macam silap pilih kursus. aku ambik art, bukan music. tetapi sejak dari detik itu aku start belajar dan menghayati seni, tidak seperti rakan2 muzik aku yang lain, dan tidak juga seperti rakan2 seni grafik aku yang lain. to tell, Ænima ialah CD yang aku suka sebab muziknya dan seni cover/sleevenya. and i'm very pleased to share this:






Adam Jones, gitaris utk. band Tool ialah pengarah untuk visual Tool. jadi mereka ada total control over their band's visual presentation, sama ada cover art, music video atau live show. sebelum tool menandatangi kontrak pertama mereka, Adam ialah salah seorang staf di Stan Winston Studio di mana dia adalah makeup artist, sculptor, set designer, dan special effects designer utk filem2 hebat seperti A Nightmare on Elm Street 5: The Dream Child, Ghostbusters II, Darkman, Edward Scissorhands, Predator 2, Terminator 2: Judgment Day, Batman Returns dan Jurassic Park. untuk album Ænima saja, aku tengok list utk bahagian art hampir sama dengan bahagian rakaman album. Adam telah menghasilkan konsep 'smokebox' untuk album Ænima sambil dibantu oleh rakan baiknya, Kevin Willis dan Cam De Leon utk bahagian ilustrasi. Ænima juga dikenali kerana artwork Cam De Leon untuk "Gnats" dan "Ocular Orifice" yang menjelaskan lagi konsep 'eerie' Tool. gabungan Adam, Cam dan Kevin diteruskan semasa DVD Tool, "Salival".
Related Posts with Thumbnails