Followers

Thursday, November 21, 2024

Novel Ikan Paus Dalam Kulit Album Band Prog Metal Bernama Mastodon Itu Suami Aku - Bab 2

Aku pernah baca satu artikel di internet, pasal lalat yang masuk ke dalam mesin teleportasi manusia. Ia cerita pasal eksperimen gila seorang saintis yang akhirnya menjadi mimpi buruk. Badan dia mula berubah, kulit dia bertukar jadi kotor macam permukaan dinding tandas awam. Gigi dia tanggal satu persatu. Obsesinya pada sains menjadikan dia makhluk. Aku rasa, suami aku pun macam tu. Cuma dia tak main teleportasi. Dia main Mastodon.  

Ada hari, aku tengok dia duduk depan laptop, ulang-alik video live Mastodon tahun 2009 kat Bonnaroo. Dia hafal setiap pergerakan Brent Hinds masa solo gitar, macam dia tengah kaji gerak tari alien. "Aku rasa dia ni genius tak dihargai," katanya.  

"Abang, itu Mastodon, bukan Mona Lisa," aku balas sambil lipat kain. Dia pandang aku dengan muka separuh kecewa, separuh bingung.  

"Sayang, kau kena faham. Seni tu subjektif. Mastodon ni bukan sekadar band. Mereka naratif dunia moden. Dia orang tahu apa itu tragedi manusia."  

Aku gelak. "Tragedi manusia ke tragedi abang yang tak jumpa remote TV tadi?"  

Dia malas layan. Lepas tu, dia bangun, pergi dapur. Aku dengar bunyi dia bukak peti sejuk, capai botol air mineral, tutup balik dengan kuat. Kalau ini filem David Cronenberg, aku rasa ini scene close-up muka dia, air peluh mengalir dari dahi sampai ke dagu. Kamera fokus pada tangan dia yang menggenggam botol macam nak meletupkan dunia.  

Tapi ini bukan filem Cronenberg. Ini hidup aku. Dan dia adalah suami aku.  


Malam itu, dia baring sebelah aku atas katil sambil scroll Reddit thread tentang konspirasi band metal. "Sayang, kau tahu tak Mastodon ada lagu tentang obsesi dengan kuasa? Aku rasa benda ni ada kaitan dengan sistem kapitalisme moden."  

Aku hanya angguk. Mata aku dah separuh tertutup. Tapi dia terus bercakap. Tentang sistem. Tentang obsesi. Tentang Mastodon.  

"Aku rasa," dia sambung, "kalau aku mati, aku nak Mastodon dimainkan masa aku dikebumikan. Aku nak Mastodon jadi saksi, yang aku ni pernah ada, pernah wujud, pernah obses."  

Aku terdiam. Dalam kepala, aku dah mula bayangkan tanah merah yang lembut, liang lahad yang dalam. Aku bayangkan seorang lelaki tua yang membacakan talkin, sedangkan di hujung hati aku terdengar bassline Mastodon perlahan-lahan menyusup masuk.  

"Sayang, kau dengar tak aku cakap?" Dia sentuh bahu aku, mengganggu imaginasi aneh aku.  

Aku pusingkan badan, pandang dia. "Abang, Mastodon tu untuk kehidupan, bukan kematian. Abang nak buat kenduri tahlil ke, atau konsert metal?"  

Dia diam. Tapi mata dia bercahaya. Macam mata lelaki yang baru dapat pencerahan. Dia peluk aku, seolah-olah aku sebahagian dari plot Mastodon yang belum dia tulis.  

Malam itu, aku bermimpi. Aku dalam laut. Seekor ikan paus sebesar kapal Titanic berenang ke arah aku. Matanya seperti mata suami aku. Dan aku tahu, dalam mimpi itu, aku tidak pernah boleh lari dari obsesi suami aku.  

Obsesi dia adalah ikan paus. Mastodon. Dan aku.  

Wednesday, November 20, 2024

Perempuan, Isteri, Lelaki, Suami, dan Sekian-sekian: Ulasan filem GONE GIRL (2014)


I like it. A lot. Saya suka bila khalayak lain terpedaya dengan GONE GIRL lalu menonton atau tak menontonnya kerana dia  ingat filem ni macam chick flick / date movie yang dipadankan dari chic lit, tanpa melihat nama Fincher (biarpun dia pernah buat Benjamin Button yang saya consider chick flick versi Fincher), tanpa merujuk kerja terawal Gillian Flynn yang ada perkataan 'sharp' dan 'dark'. Gone Girl sebenarnya tak jauh dari perangai penulis cerekarama kita yang gemar menulis cereka tentang keretakan rumahtangga yang alih2 ke situ juga sedang Gillian membawanya jauh sepelaung. Filem sebegini memang makanan harian Fincher, muziknya makanan harian Reznor. Filem ini tidak mewakili satu jantina saja. Ia tak mahu jadi feminist. Atau mengangkat belah lelaki. Gillian bila menulis bab Nick, dia memang jadi lelaki seperti Nick (mungkin berdasarkan dari pengalamannya sendiri semasa zaman gawat). Bila Gillian menulis tentang Amy, terasa dia memang ada keinginan utk jadi sinister atau perangainya memang begitu tetapi pandai menutupnya,.... well, she's a writer. Tapi kedua2 watak ini ada kekurangannya. Mereka tak sempurna. Dua-dua tak boleh pakai. Tiada satu benda alah ini yang kita panggil 'mangsa keadaan'. No, itu yg kita nampak. Realitinya lain. Tapi, di bawah pengaruh media, salah seorang daripada mereka perlu dijadikan idola yang salah sedang umum tak tahu cerita sebenar, apatah lagi tidur sebantal tapi khalayak suka meletakkan diri pada keadaan yang mereka tahu segala-galanya. Dan filem ini terus-terusan menghentak individu seperti Rita Rudaini atau Abby Abadi, but again, kita takkan tau kebenarannya.

Jadi, ya. Saya suka cerekarama ini. My type of coffee. Kopinya yang saya tambah madu lebah lepas bohong sunat. Amazing Amy is fucking amazing, indeed.



Novel IKAN PAUS DALAM KULIT ALBUM BAND PROG METAL BERNAMA MASTODON ITU SUAMI AKU - Bab 1


Aku suruh AI habiskan bab pertama novel ini yang pernah aku terbitkan previewnya 10 tahun dulu ketika nama Fattah Amin baru nak naik. Hantaran asal lebih kepada parodi drama 7 petang adaptasi novel ________ Itu Suami Aku yang merajai carta kedai buku ketika itu.

P/S: AI memang tak reti nak ikut flow tulisan aku.


BAB 1 (sambungan)

“Suami aku ni lain macam sikit,” sambungku sambil memandang dinding bilik tidur kami yang penuh dengan poster band metal, dari Black Sabbath hinggalah ke Mastodon, band kesayangannya. Poster-poster itu bukan sekadar hiasan, tapi lambang jiwa dia, katanya. Dinding ini macam autobiografi tak rasmi dia, bukan saja mencerminkan minat, tapi sejarah hidup, fasa demi fasa.

Aku sendiri tak pasti apa yang buat aku jatuh cinta dengan dia. Mungkin sebab dia kelihatan seperti watak utama dalam novel distopia. Atau mungkin sebab setiap kali dia bercakap tentang muzik, matanya bercahaya macam dia baru sahaja menemukan makna kehidupan. Entahlah. Yang aku tahu, hidup dengan dia ni tak pernah sunyi.


"Sayang," dia bersuara sambil menatap aku dengan mata penuh serius, "kalau kau tak boleh beza antara death metal dengan black metal, kita kena berbincang. Ini penting untuk masa depan kita." Aku ketawa kecil, tapi dia nampak tak bergurau.

"Hah, aku tak tahu lah, bang. Bunyi semua lebih kurang sama je." Aku sengaja mencabar. Matanya membesar seolah-olah aku baru sahaja hina keturunan dia.

"Kau tahu tak beza dia? Death metal tu lebih teknikal, vokal dia growl macam beruang tengah marah. Black metal pula, kau dengar gitar dia, riffs dia macam... macam bunyi salji yang turun kat kubur lama. Dia ada aura. Faham tak?"

“Err... aura?” Aku cuba tahan gelak.

"Ya, aura. Dan jangan lupa, Mastodon ni band prog metal, bukan death, bukan black. Dia prog. Itu penting."

"Oh ya ke? Yang penting abang, album Leviathan tu kau beli sebab konsep ikan paus ke, atau sebab abang rasa band tu melambangkan abang sangat?" Aku sengaja memancing.

Dia diam seketika. "Sebab kedua-duanya. Kau tak faham, album tu masterpiece. Kisah Moby Dick tu bukan sekadar tentang ikan paus. Ia tentang obsesi manusia. Dan aku... aku macam kapten Ahab."

"Jadi ikan paus dalam album tu..." Aku angkat kening. "Aku ke?"

Dia tak jawab. Sebaliknya, dia bangun, capai gitar elektrik yang tersandar di tepi dinding. Lalu mula bermain riff Mastodon sambil menyanyi, Blood and Thunder! Blood and Thunder! Aku tergelak sambil menutup telinga. Dia memang tak pernah berubah. Tapi, itulah suami aku, mungkin obsesi dia dengan Mastodon, ikan paus, dan progressive metal buat aku rasa dia macam karya seni yang tak pernah selesai.

Saturday, February 03, 2024

Ulasan BUTTERFINGERS - 1.2 milligrams

Pertama kali aku tonton dan dengar Butterfingers ialah ketika mereka muncul dalam rancangan Alternatif di TV3 tahun 1996, dan aku tak faham langsung. Aku tak faham ini band yang cuba mengungka-lotongkan bunyian Nirvana. Aku minat Nirvana. Minat gila Nirvana. Obses dengan Nirvana. Tutup mata je dah boleh siap cover story Nirvana untuk ROTTW. Tapi, ini band yang nak jadi Nirvana. Sepatutnya aku boleh terima. Atau sokonglah sedikit. Tapi tak. Mungkin ini salah jurutera bunyi di TV3 yang sangat bangsat sampai aku tak dengar bunyian yang wajar dari Butterfingers, kemunculan awal di kaca tv pula tu.


Friday, February 02, 2024

Ulasan Filem THE BATMAN (2022) Arahan Matt Reeves

Yang paling dekat pada aku bila tonton The Batman ni ialah siri Netflix Daredevil, terutama bila masuk musim ketiga. Sempat tonton Daredevil untuk kesekian kalinya bulan lepas sebelum ia diambil alih Disney+. 

Ada beberapa tema dan perkara yang boleh kata serupa. Contoh macam Daredevil dan Batman dipanggil vigilante dalam dunia superhero, amat tak digemari pihak penguatkuasa undang² sebab buatkan mereka macam lemah dalam buat kerja. Hubungan Jim Gordon dan Batman pun hampir macam Daredevil dan detektif Brett Mahoney, sorang ni je yang percaya kat masked vigilante. 

Dan Daredevil investigate kes dengan ilmu guamannya hampir macam kerja detektif Batman. Kingpin boleh corrupt satu FBI, Falcone/Maroni pula pegang GCPD.

Diulang siar dari group Facebook Movie Addict MY, 4 Mac 2022

Friday, January 12, 2024

Bagaimana anda mula kenal Butterfingers ketika zaman tak berapa nak ada internet, sebelum Friendster, MySpace, MyRakan apatah lagi Facebook dan Stegrem?

Kalau sekarang tak ada internet, perut boleh masuk angin ni.

Aku first time dengar Butter dulu masa kemunculan pertama di rancangan Alternatif di TV3 sekitar 1996. Tiada pengenalan apa2, Butter terus mainkan lagu Garden City of Lights (masa ni Butter Worth tak keluar lagi). Tapi korang paham ajelah, bila band alternatif perform live kat TV3, semua band dah bunyi macam kombo Ambang Klasik jadi ianya bukan cinta pandang pertama pada aku walaupun aku pun dah mula kenal grunge sebelum itu lagi dari band-band big 4 grunge dari Seattle ke pembacaan di akhbar Star, majalah ROTTW, majalah Hit Parder, akhbar Harian Metro (masa ni Saniboey Ismail  banyak mengulas album2 alternatif tempatan dan luar negara di Metro dengan penulisan yang buat kau senang faham sebelum mendengar album itu sendiri kalau banding dengan Harian Metro post black metal yg dah jadi jahanam. Fuck you, Rudy.) Selepas beberapa ketika, aku mula dengar rakaman studio Butter seperti lagu Chrome di Radio 4 RTM (sekarang Traxx FM) dan Nicc o Tyne di Radio Muzik (sekarang Muzik FM) yang lebih buat aku menerima Butter walaupun tak terus beli kaset. Aku betul-betul melekat dengan Butter melalui album Butter Worth Pushful sebab bunyian mereka lebih jelas dengan produksi rakaman yang lebih baik tapi aku masih tak beli-beli kaset Butter sebab aku sibuk buat mixtape tiap-tiap minggu bila dengar program radio macam Alternative Rock Chart dan Under Current di Radio 4 RTM. Banyak band masuk radio dan jika diikutkan pada zaman ekonomi gawat dan masih sekolahnya, tak terbeli kaset-kaset di kedai walaupun disarankan oleh rakan beli tape kosong supaya dia boleh tolong 'dubbing'. 

So, yeah. The struggle is real and internet is nowhere to be found tapi ajaib jugalah sebab aku boleh hafal dua album Butter dalam kepala masa tu.

Bayangkan aje kalau zaman tu majalah ROTTW pun belum ada, tak mustahil Butter keluar dalam majalah URTV pose terjun kolam sebagaimana yang terjadi pada kumpulan Wings dan banyak band rock kapak dan rock leleh sebelumnya.

Wednesday, January 03, 2024

Offspring - Album Self Titled (dan aku yang dah mula analitikal dalam bab dengar muzik di tahun 1996)

Masa Smash tengah naik, sebab tak sabar nak tunggu album baru keluar (masa tu dapat dengar sample 3 lagu dari album Ixnay sebelum album penuh keluar - All I Want, I Choose, Me and My Old Lady yang Sony Music hantar dalam bentuk kaset ke rumah), maka pergilah ke kedai kaset, tengok ada satu kaset Offspring gambar serba gelap tulisan hijau kekuningan. Kata staf kedai baru sampai jadi aku expect itu album baru tapi sebenarnya itu album pertama, self titled Offspring tahun 1989. Tapi album ni versi rerelease oleh Epitaph Records bawah imprint Nitro Records milk Dexter Holland (diedar semula untuk capitalize sukses Smash selepas syarikat rakaman asal Nemesis Records tutup kedai tahun 1993). Kaset yang aku dapat tu pun versi bootleg dan terkurang satu trek, Tehran. Ruang kosong dia masukkan lagu Smash It Up (cover The Damned dari OST Batman Forever) dan 3 lagu dari album Smash, practice biasa kaset bootleg. 

Pada minda yang dah mula analitikal masa tu, album 'baru' ni dirasakan tak sesedap Smash yang dah jadi all time favorite tanpa sedar album self title tu ialah permulaan Offspring yang mana Offspring masa tu sebahagian dari scene Orange County yang ada band-band macam Social Distortion, Adolescent, D.I., T.S.O.L. dan Agent Orange. Offspring ada ciri-ciri band-band O.C 80'an sebab dipengaruhi oleh band-band sekampung yang lebih awal. Aku masa tu tak faham sebab album Smash ni peak Offspring yang dah ada ciri-ciri alternative rock 90'an (Nirvana) macam distortion yang heavy. Aku ada baca kritik pasal album self title Offspring ni yang mana pengkritik ni baru dengar selepas album Smash dan dia bagi 5/10 markah je sebab dia tak boleh terima sound awal Offspring ni. Dia dah terbiasa dengan album Smash dan bunyi pop punk dan alternative rock masa tu. Production pun dah lain. Jadi perasaan aku macam pengkritik tu jugalah. 

Tapi aku suka sebenarnya album self title Offspring ni. Aku tak adalah nak bagi markah 5 out 10 macam pengkritik tu. Aku bagi lebih sikit sebab aku suka lagu macam Jennifer Lost The War (lagu ni ada dalam kompilasi Punk-O-Rama dari Epitaph yang Sony Music Malaysia pun jual juga sebab kompilasi alternative rock masa tu memang laku keras), Demons (yang kuat pengaruh T.S.O.L), Beheaded (yang mana Offspring jadi cameo dalam filem Idle Hands bawa lagu ni), I'll Be Waiting (yang kawan aku kata tajuk macam lagu jiwang tapi lagunya tak begitu). Dan satu lagi lagu, K*** The President pun aku suka tapi rerelease album ni sejak tahun 2007 dah tak ada trek terakhir ini. Cari kat YouTube pun takkan jumpa. Offspring dalam liriknya agak politikal dan gelap masa tu banding masa dengan Smash. Aku pun banyak juga baca yang orang persoalkan punk Offspring bila dah level commercial sellout Americana tu atau jadi parody of themselves dalam album-album kemudian tapi pada aku sebab ramai yang tak jumpa atau cuba dengar album pertama ni. 


Memperkasa Nolej di Era URTV

Aku dulu tak beli URTV tapi kat rumah mesti ada majalah URTV, samada kakak beli atau pinjam jiran buat reta sendiri. Ini sebelum ROTTW keluar Mei 1996. Jadi nolej (knowledge) kau bercampur-campur juga lah. Kau tau pasal A TO Z,  KRU (kakak aku minat KRU,  habis semua majalah hiburan ada KRU dia sapu), Sheeda,  Amelina,  Shamsul Ghau Ghau,  Mr. Big, Megadeth, Offspring. Band-band rock oversea ni tau pun sebab Nas Ahmad pernah menulis kolum rock di URTV sebelum jadi wartawan Melodi. 

Adalah fasa dia sebelum nak masuk muzik rock ni, bila tengok abang-abang aku ada kaset Maiden, Metallica, Megadeth,  Slayer, kau nak tumpang sekaki tapi kena ada band yang jadi gateway atau pembuka jalan, and that is Offspring (sebab lagu Come Out And Play asyik main kat radio) dan Nirvana (sebab album Unplugged tengah top). 

Bila dah masuk, kau tengok balik majalah-majalah hiburan yang ada, URTV ke,  Media Hiburan ke, Variapop ke, kau cari semua kolum dan artikel yang sentuh pasal rock, gunting dan archive dalam buku sebab benda tu macam rare sangat sampailah keluar majalah ROTTW. Dalam proses tu aku perasanlah juga BMG pernah beli 1 page iklan di URTV utk promote album2 alternatif rock terhangat bawah label mereka (Geffen) yakni album Beck, Sonic Youth dan Hole. Syarikat rakaman Sampoerna (yang ada artis rakaman yang tak laku iaitu Ayie yang juga abang kepada Siti Nurhaliza) dapat lesen jual album Roadrunner Records jadi iklan dia mestilah album metal dan hardcore terhangat. Dan page lirik lagu sebelah poster diorang letak lirik lagu Smashing Pumpkins - Bullet with Butterfly Wings, yang membuka mata jugalah walaupun kau tak pernah dengar lagu tu kat radio. Dan majalah kartun Gelihati zaman Gayour, Scorpyan dan Yo dulu penuh dengan ikonografi rock yang sangat jelas sampai pembaca kata Gelihati ni dah macam majalah mat metal. 

Ini zaman sebelum internet yang ada keterbatasan dalam menerima info tapi setiap benda kecil dalam majalah hiburan yang orang perlekeh tu amat kau hargai.

NOTA GAMBAR: Sinopsis filem APOKALIPS X (arahan Mamat Khalid) di majalah URTV.


Related Posts with Thumbnails