I like it. A lot. Saya suka bila khalayak lain terpedaya dengan GONE GIRL lalu menonton atau tak menontonnya kerana dia ingat filem ni macam chick flick / date movie yang dipadankan dari chic lit, tanpa melihat nama Fincher (biarpun dia pernah buat Benjamin Button yang saya consider chick flick versi Fincher), tanpa merujuk kerja terawal Gillian Flynn yang ada perkataan 'sharp' dan 'dark'. Gone Girl sebenarnya tak jauh dari perangai penulis cerekarama kita yang gemar menulis cereka tentang keretakan rumahtangga yang alih2 ke situ juga sedang Gillian membawanya jauh sepelaung. Filem sebegini memang makanan harian Fincher, muziknya makanan harian Reznor. Filem ini tidak mewakili satu jantina saja. Ia tak mahu jadi feminist. Atau mengangkat belah lelaki. Gillian bila menulis bab Nick, dia memang jadi lelaki seperti Nick (mungkin berdasarkan dari pengalamannya sendiri semasa zaman gawat). Bila Gillian menulis tentang Amy, terasa dia memang ada keinginan utk jadi sinister atau perangainya memang begitu tetapi pandai menutupnya,.... well, she's a writer. Tapi kedua2 watak ini ada kekurangannya. Mereka tak sempurna. Dua-dua tak boleh pakai. Tiada satu benda alah ini yang kita panggil 'mangsa keadaan'. No, itu yg kita nampak. Realitinya lain. Tapi, di bawah pengaruh media, salah seorang daripada mereka perlu dijadikan idola yang salah sedang umum tak tahu cerita sebenar, apatah lagi tidur sebantal tapi khalayak suka meletakkan diri pada keadaan yang mereka tahu segala-galanya. Dan filem ini terus-terusan menghentak individu seperti Rita Rudaini atau Abby Abadi, but again, kita takkan tau kebenarannya.
Jadi, ya. Saya suka cerekarama ini. My type of coffee. Kopinya yang saya tambah madu lebah lepas bohong sunat. Amazing Amy is fucking amazing, indeed.
No comments:
Post a Comment