Followers

Tuesday, June 09, 2015

Ulasan filem: JURASSIC WORLD

Jika anda peminat Aubrey Plaza dan sukakan filem Safety Not Guaranteed lakonannya di bawah arahan Colin Trevorrow, maka anda akan sukakan filem Jurassic World arahan terbaru Colin, tetapi tanpa Aubrey.

Jika anda membesar di era 90'an seperti penulis dan terkesan dengan kesan efek dinosaur buatan melalui filem Jurassic Park, disamping infografiknya yang buat anda genius haiwan prasejarah dalam hanya masa 2 jam, anda akan minat Jurassic World juga. Walaupun bukan di bawah arahan Steven Spielberg.

Jika anda pernah beli buku pelekat haiwan pra-sejarah Panini dan main permainan video 8-bit Jurassic Park selepas menonton filemnya 22 tahun dulu seperti penulis, anda akan gemarkan Jurassic World.

Jika anda gemarkan kerja efek praktikal dinosaur untuk filem Jurassic Park buatan oleh gitaris Tool, Adam Jones sebelum Tool menjadi band prog / art rock / metal terbesar di Amerika (kerja yang disambung ke dalam video muzik Tool), anda masih akan gemarkan Jurassic World. Walaupun mereka dah tak buat filem Jurassic World macam tahun 90'an lagi.

JURASSIC WORLD akan ditayangkan di pawag:am mulai 11 Jun 2015 seluruh Malaysia edaran United International Pictures. Klasifikasi: P13, arahan Colin Trevorrow, lakonan Chris Pratt, Bryce Dallas Howard,Ty Simpkins, Nick Robinson, Irrfan Khan, Judy Greer.

No comments:

Related Posts with Thumbnails