Followers

Wednesday, July 14, 2010

turn up the signal, wipe out the noise. that's it receive & transmit & horns & halos, nocturnal flies surrounded by voyeurs & crack smoking lawyers...


visual Stanley Kubrick di set Space Odyssey-nya ini mengingatkan kami pada kampung. selalunya setiap 4 kali sekali setahun (dalam 3 bulan sekali) kami menerima pakej dari jerman iaitu penerbitan Taschen yang menerbitkan banyak artbooks yang kini bersepah di Basheer, Page One atau pelbagai perpustakaan seni tanahair. kami jadi pelanggan tetap untuk katalog berkalanya yang bersifat seperti majalah dengan setiap buku baru yang dihidangkan oleh Taschen pasti memuatkan petikan temuramah dengan subjek bukunya, contoh sepert Coppola, Kubrick, Koons, …. siapa nama mamat jurufoto selebriti tu, Terry?, sama ada mereka ini masih lagi di zaman kegemilangan, ketika masih hidup, mahupun yang terkini. Temubual dengan Coppola dan Kubrick ialah antara yang kami gemari. Kubrick selalunya bersifat visual ketika mengadaptasikan karya novel yang kini klasik ke medium filem. Ambil contoh Clockwork Orange (yang sepatutnya jadi Clockwork ‘Orang’ sebab penulisnya, Anthony Burgess pernah jadi tenaga pengajar di Malaysia dulu) atau The Shinning yang bukan saja kuat dari segi jalan ceritanya, malah visualnya juga. Anda tahu video muzik Blur - “The Universal” kuat benar dipengaruhi elemen-elemen dari Clockwork Oraneg si Kubrick ataupun filem The Shinning yang menimbulkan ketegangan antara Kubrick dan penulis asal novelnya, Stephen King kerana Kubrick mengubah beberapa bahagian daripada kandungan asal The Shinning untuk disesuaikan dengan gaya visualnya. walaubagaimanapun, jika The Shinning dinilai sebagai satu karya asli (maknanya, tidak dipengaruhi oleh ‘adaptasi karya King’) maka The Shinning sebenarnya ialah sebuah karya yang hebat.



bercakap tentang perpustakaan, bekas kekasih yang berkerja di perpustakaan pernah meminjamkan sebuah buku tentang David Lynch. itu mungkin kami akan cerita di entry kami yang akan datang.

taschen_mag

apapun, visual di atas tetap membuatkan kami rindu akan kampung halaman. terasa lainnya memegang penerbitan bercetak sambil berbaring di katil bilik sendiri jika dibandingkan dengan melihat penerbitan ini dalam bentuk digital seperti hari ini. versi cetak lebih padat dan syahdu rasanya…

nota kaki :
- betapa spoil-nya penulis bila menonton klip "Masked Ball" yang dipetik dari filem terakhir Kubrick, Eyes Wide Shut semata-mata kerana terpegun dengan muzik dark klasikal si Jocelyn Pook. i mean, tengoklah dulu filem "Eyes Wide Shut" sampai habis dulu. hahaha....
- majalah Taschen di atas sebenarnya anda boleh dapati secara percuma dengan mengisi borang secara online di laman web Taschen. penulis pernah lihat majalah ini dijual kembali dalam bentuk second hand dalam nilai RM10 barangkali di kedai Tool & Trade, Kompleks Campbell. and i was like," ah! smart guy...."

2 comments:

Belacanhangit said...

clockwork orange mmg menarik..gemar mendengar penggunaan english/perkataan/skrip di filem ni kerana bagi sy ia agak style/unik dan baru(mungkin krn sy tidak shebat anda...)...

:))

Blitzenius said...

saya rasa filem ini hebat kerana diangkat dari karya sastera yang hebat juga.

beginilah, kalau filem Kubrick yang anda tonton diangkat dari sebuah novel, cuba bandingkan kedua-duanya.

Clockwork sebenarnya berkisarkan era dystopian jadi penggunaan slanga yang agak baru atau tak pernah wujud itu perlu.

Related Posts with Thumbnails