Followers

Sunday, August 15, 2021

SPAWN

Aku suka filem ni. Dan beli OST-nya. Memang gila Spawn,  sebab artwork (Greg Capullo, Danny Miki, Brent Ashe, Todd McFarlane as a team). Masa tu juga, Todd juga mula terlibat dengan dunia hiburan seperti MTV untuk Pearl Jam dan seni kulit album Korn - Follow The Leader, one of the best record cover art from comic book artist. (Korn pun ada dalam OST Spawn). 

Kalau ikut standard sekarang, CGI dalam filem ni memang laughable (bajet tak besar kot). Aku tak suka bila level violence kena tone down sampai jadi PG13 (which makes Deadpool a winner). Aku juga tak suka bila yang jaga muzik dalam filem ni main sumbat je muzik dalam mana-mana scene - gagal sikit bab sound editing-nya. 

Tapi aku suka filem ni as a guilty pleasure. Aku masih harap filem ni boleh di-retool balik sebab susah nak ada filem macam ni.

Pada aku, Deadool nak jadi tak serius, itu lebih baik sebab aku tak gemar pula bila ada dua 'filem Spawn' and i couldn't decide.

Nota kaki: Kalau tanya aku sekarang trek pilihan dari OST Spawn, aku pilih "Tiny Rubberband" dari Butthole Surfer Dan Moby. 

** Pernah diterbitkan di grup Movie Addict pada 15 Februari 2016 bila Billy Tio membandingkan Spawn dan Deadpool dalam ulasan buruknya tentang Deadpool. **

Friday, July 30, 2021

GENRE MUZIK HARI INI: EMO LONGKANG

Band pioneer: Playburst
Etimologi terma: Bila pemain gitarnya post status di Facebook tentang pengalaman bermain di Hari Kaset di Teenage Head Records
Ciri-ciri muzik: Muzik emo 90'an yang dimainkan oleh pemuzik-pemuzik yang tak sedar bahawa glory days mereka telah lama berlalu tapi mereka masih bajet macam 17 tahun. Hanya memainkan muzik mereka di longkang (hampir menyamai rock kapak akustik tembok). 
Pengaruh: Band-band emo 90'an yang bencikan gejala emo itu sendiri seperti The Get Up Kids.

KAWAN SAYA DAN SEJARAHNYA DENGAN LFO, M2M YANG JADI RUNUT BUNYI FILEM POKEMON DAN LIMP BIZKIT ZAMAN THREE DOLLAR BILL$ (ALBUM LB KEGEMARAN TIZ ZAQYAH)

Masa mula-mula masuk UiTM dulu, pernah ditegur coursemate yang heavy dietnya ialah pada lagu top 40 dari HitzFM dan dia cuba racun saya dengar lagu LFO - "Summer Girls" sebab lirik merapu dengan rujukan 80an/90an macam Macaulay Culkin, Kevin Bacon, NKOTB. "but dude, that's boyband. and boyband sucks." Lepas tu dia nak racun lagi bagi dengar M2M - Dont Say You Love Me sebab dia dengar dari filem Pokemon. "Seriously, dude?" Lepas bagi dia dengar Limp Bizkit, Deftones, Korn and System of a Down and Slipknot would follow, my coursemate a changed man forever dan lupa terus pasal LFO dan M2M. Tiap hari dia menjerit meraban lagu Limp Bizkit - Pollution, lebih kurang bunyinya "I'm gonna bring that beat back and when they tell me to turn down the vocal, I'm gonna bring that beat back and when they tell us to shut the fuck up, I'm gonna bring that beat back, yeah, gonna bring that beat back, aw, gonna bring that beat back, fuck, gonna bring that beat back!", tiap masa semacam satu agama.

This, of course sebelum LB went mainstream with Rollin' yang kawan saya dah siap beli kaset awal-awal sebelum saya lagi. Cant blame my friend sebab di tempat saya tak ada HitzFM macam dia, until 2001. Ada Radio 4 (now TraxxFM) dan Radio Muzik je, which was way cooler bila Silverchair - Anthem for The Year 2000 dan Marilyn Manson dipasang pada waktu perdana (Bjork pun pernah masa orang tak kenal pun Bjork). Jadi saya agak adventure sikit dalam hal muzik yang didengar. I was expecting THR (zaman DJ Kamil Othman, now he's an ex head of MDEC and FINAS) yang pernah ada alternative and metal radio show by mid to late 90's tapi macam siaran radio Astro juga, tempat saya tak dapat transmisi THR. So can't blame the nation bila Newboyz was hit back then.

Nota kaki: Dimuatnaik semula dari hantaran asal di MUZIK APA HARI INI, 22 Januari 2018

Friday, March 12, 2021

TIGA DEKAD ALBUM OUT OF TIME DARI R.E.M.

Hari ini genap 30 tahun album studio ketujuh band R.E.M. yang bertajuk Out of Time dilancarkan buat pendengar di mana melalui single pertama mereka, "Losing My Religion" ia telah mengubah status band ini daripada sebuah band rock cult dari Athens kepada bintang antarabangsa. Album ini berjaya mengungguli carta album di US selama 109 minggu dengan ia terjual melebihi empat juta salinan di Amerika Syarikat dan 18 juta salinan di seluruh dunia selain memberikan tiga kemenangan anugerah Grammy 1992 untuk kategori Album Alternatif Terbaik dan dua lagi untuk single "Losing My Religion."


Walaupun syarikat rakaman mereka, Warner Bros. mahukan lagu "Shiny Happy People" yang lebih rancak sebagai single pertama album ini, R.E.M. berkeputusan memilih "Losing My Religion" kerana ia bersifat esoterik dan menampilkan perubahan yang lebih eksperimental dengan gitaris Peter Buck yang mula mendalami instrumen mandolin sejak album terdahulu, Green menjadikan instrumen ini sebagai dasar pembikinan lagu ini. Melalui liriknya pula, frasa 'losing my religion' sebenarnya ialah dari dialek bahagian selatan Amerika yang memberi maksud hilang sabar atau amat kecewa dan tidaklah ia pula memberi konotasi keagamaan walaupun ada yang tersalah anggap sebaliknya. Penyanyi dan juga penulis liriknya, Michael Stipe menyatakan "Losing My Religion" ialah sebuah lagu cinta tak berbalas di mana dia menulis berdasarkan perspektif satu watak yang direkanya yang punya obsesi yang mana ia dipengaruhi oleh lagu "Every Breath You Take" dari The Police. 

Menurut pemain dram Bill Berry, tajuk album Out of Time pula dipilih kerana semasa penghasilkan kulit albumnya, mereka memberitahu perekanya yang mereka dah tak ada masa dan mahukan ianya segera. Ia juga merujuk pada satu waktu di mana band-band zaman alternatif yang sedang meningkat naik ketika itu seperti Soundgarden dan Nirvana juga sedang menghasilkan album. R.E.M. memang tak ada masa, jika tidak mereka pasti akan tenggelam dek populariti album Nevermind yang mungkin keluar lebih awal. 


Tahun lalu, lagu R.E.M. yang bertajuk "It's The End of The World As We Know It (And I Feel Fine)" dari album Document (1987) tiba-tiba jadi popular semula apabila ia naik di carta iTunes Top 100 kerana dianggap runut bunyi semasa sedang satu dunia panik dengan wabak Coronavirus. Baca: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2648603965237107&id=234250873339107


Related Posts with Thumbnails