Followers

Friday, June 26, 2015

Ulasan filem: MINIONS (3D)

Tanda-tanda tentang filem spin-off Minions ini telah pun muncul di akhir kredit filem Despicable Me 2 dengan kita diperkenalkan dengan Kevin, Stuart dan Bob (yang membuka ruang audition untuk filem baru buat Minions yang berakhir dengan Kevin, Stuart dan Bob jugalah yang jadi pemain utama filem ini).

Jadi origin story-nya ialah para minion ini ialah organisma sel tunggal berwarna kuning yang hidup mereka ini hanyalah berbakti pada tuan mereka. Saya tak rasa mereka memilih tuan di kalangan yang jahat semata-mata tetapi punya kuasa. Dan saya tak rasa Minions ini termasuk dalam pelan asal francais Despicable Me kerana Sergio Pablos, penulis cerita asalnya menulis tentang Gru sahaja ketika ia masih bernama Evil Me. Hanya Pierre Coffin dari team asal Despicable Me yang terlibat dalam pembikinan filem ini sebagai pengarah, selebihnya ialah kemasukan pasukan terbaru yang terdiri dari Kyle Baldra sebagai pengarah bersama dan Brian Lynch sebagai penulis. Ia sudah jadi seperti Penguins of Madagascar di mana Penguins menjadi comic relief untuk filem Madagascar dengan lawak sengal dan adakalanya agak dewasa hinggakan buat rakan saya, peminat animasi 3D dari Disney dan Pixar terpinga-pinga walaupun saya dah beri amaran.

Minions datang dengan lawak sengal juga dan adakalanya agak dewasa, tinggalkan kecomelan Bob untuk anak anda kerana dia memang ditulis sebegitu. Kenaifan Bob buat Kevin yang lebih bijak sedikit dan nampak ciri-ciri kepimpinan hampir tidak membawanya ke misi mencari tuan baru (selepas gagal menjaga tuan-tuan mereka yang terdahulu dari T Rex, Firaun, Dracula ke Napoleon yang seringkali berakhir dengan tragedi) tatkala tersadai di kutub selatan tanpa hala tuju sedang Stuart si minion bergitar pula, sengal juga tapi dipilih menyertai misi Stuart kerana dia asal boleh je, akan pergi kalau diminta walau tak tahu apa tujuannya dan tidak senaif Bob.

Ini membawa mereka ke era 60'an, mengubah lanskap muzik dengan kepelbagaian muzik psychedelic dan British rock / pop (ini anda perlu lihat sendiri di hujung kredit filem ini). Kehadiran penjahat Scarlet Overkill (lakonan Sandra Bullock) dilihat dapat memberi harapan sebagai tuan baru minion sebelum Scarlet mengenepikan mereka kerana Scarlet yang gilakan kuasa dalam bentuk mahkota Ratu England merasakan minion-minion ini telah mengkhianatinya dalam menjalankan tugas. Di sini anda akan nampak sedikit tona perubahan bilamana elemen persahabatan / persaudaraan yang kuat dimainkan. Dalam keadaan yang sukar apabila disisihkan oleh Scarlet, Kevin amat menjaga rakan-rakan minionnya tatkala salah seorang mereka terpisah atau diancam bahaya sehinggalah akhirnya mereka ditemukan dengan Gru yang agak kelabu pertemuannya dan bagaimana Gru menerima Minions tidak diterangkan dengan jelas, kerana Minions hadir dalam hidup Gru seperti parasit (walaupun dalam filem Despicable Me, mereka dipanggil sepupu Gru).

Minions memberitahu kita yang mereka pernah melalui satu waktu yang gemilang dan mereka seharusnya dikenali dan jadi figura penting (jika anda mengambilkira Bob menjadi King Bob dan Kevin menjadi 'King Kong'), tetapi hidup di bawah basement Gru sahaja dalam filem Despicable Me. Minions sememangnya ialah bintang dalam filem mereka sendiri manakala Sandra Bullock sukar untuk saya sisihkan dengan imej 'good girl'nya. Penampilan Michael Keaton dan Allison Janney tak lebih daripada sekadar cameo yang saya sendiri tak perasan pun bila waktu layar mereka.

Saya masih gemarkan Minions kerana Geoffrey Rush masih sedap didengar sebagai narator, kerana animasi 3D yang handal oleh Illumination Entertainment, kerana muzik 60's-nya (The Kinks, The Beatles, The Who, The....), kerana King Bob. Terima kasih!

6.5 out of 10



Pengarah: Pierre Coffin& Kyle Baldra
Penulis: Brian Lynch
Genre: Animasi 3D, komedi, adventure
Pelakon: Sandra Bullock, Jon Hamm, Michael Keaton,Allison Janney, SteveCoogan, Jennifer Saunders, Geoffrey Rush
Studio: Illumination Entertainment
Pengedar: United International Pictures Malaysia
Tarikh tayangan: 18 Jun 2015

..........................................

No comments:

Related Posts with Thumbnails