Followers

Friday, June 26, 2015

Ulasan filem: OPHILIA (lakonan : Pekin Ibrahim, Que Haidar, Kodi Rasheed)

Rakan penulis, Ellyna Ahmad dah bagi hint awal-awal, jika tiga watak utamanya diubah uniform kepada metalhead,Ophilia tetap jadi filem yang sama. Saya tak jadi nak buka kitab yang saya pakai semasa menulis dengan majalah muzik tapi amat mengharapkan yang menontonnya melakukan sedikit pembacaan. Wikipedia-lah sekurang-kurangnya. Adakah skinhead yang mereka baca nanti fitrahnya sama dengan yang ada di Malaysia, itu kena tunggu seseorang dokumenkan versi dramatized si Megat atau So'od ke layar lebar. Ada yang nak muzik awal sampai akhir, filem ni pun ada muzik (ini datang bukan dari peminat Cat Farish). Sebab saya terlepas malam gala ketika dah separuh cerita, saya gantikan dengan satu petang Ahad, di baris depan saya budak-budak skinhead kalau mereka tonton filem, semangat asobiyah mereka sangatlah tinggi. Mereka tak tinggalkan sorang pun kawan di luar hall.

Biarpun filem ini sering dijaja sebagai 'filem skinhead pertama', ia sebenarnya lebih kepada cerita tentang persahabatan, bukan sebuah filem yang bakal mengembangkan tatabahasa skinhead. Pembawa tiga watak utamanya, terutama Pekin dan Que sememangnya arif dalam tugas mereka iaitu sebagai pelakon dan lakonan mereka sangat berkesan (maksudnya, tidaklah mengharapkan Pekin atau Que jadi suara kepada golongan skinhead selepas filem ini kerana tugas itu dah ada pada orang yang sepatutnya).

Here's a thought, filem ini setting zaman sekarang, ada iPhone tapi rupa macam zaman lewat 90'an. Dan bila budak skin keluarkan CD A.C.A.B untuk didengar, ia patut jadi kaset, sebab budak skin menolak kapitalis yang menjual CD tersebut. Untuk menentang kapitalis, CD akan disalin ke bentuk kaset berulang-ulang seperti salinan bootleg. Kulit album disalin fotokopi. Ia membuatkan lagu-lagu ini diterima dalam bentuk raw, walaupun bukan mandatori.

Melainkan mereka ini memang poser. Jika skinhead di dalam filem ini ialah true skinhead, kita akan tahu apa yang mereka perjuangkan. Dan barangkali juga, filem ini takkan bernama Ophilia.

Plot: Uji, Ozi Gandum dan Totoi, tiga orang skinhead yang telah lama bersama sejak zaman persekolahan. Walaupun mereka datang dari tiga latar belakang keluarga yang berbeza, namun pertalian persahabatan mereka melebihi taraf dan status hidup mereka. Persahabatan yang telah lama terjalin diuji apabila salah seorang daripada mereka bertembung dengan Ophilia, gadis misteri yang membuatkan kehidupan dan takdir mereka bertiga menjadi kucar kacir.



Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Drama
Tarikh Tayangan: 18 Disember 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: SPS Jaya Sdn Bhd
Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Skrip: Ellyna Ahmad
Pelakon: Pekin Ibrahim, Que Haidar, Kodi Rasheed

No comments:

Related Posts with Thumbnails