Saya lambat masuk ke dalam kem Despicable Me dan masih asing dengan segerombolan Minions yang misteri kewujudannya hingga menjadi kegilaan dengan ia menjadi strategi pemasaran genius buat pembikin filemnya, lihat promosi mainan Minions yang pelbagai rekaan, dari Despicable Me 2 hinggalah ke filem yang terbaru, Minions. Sungguh, merata-rata di McD. Bukanlah benda tu tak dijual tapi, mungkinlah sebab ianya official, bukan bootleg, tak dijual, percuma dengan Happy Meal, tapi ia keluar sekali saja, and there.... manusia mudah dibeli dengan makhluk kuning ini. Kuncinya, unik dan tak mengulang perkara yang sedia ada.
Beza watak watak ciptaan Illumination Entertainment ini (team yang ramai mewakili Sergio Pablos yang mulanya menulis premis si jahat Gru yang bertajuk Evil Me sebelum dikembangkan oleh dua penulis lakonlayar Cinco Paul dan Ken Daurio, menambah karekter pembantu, Minions supaya watak Gru lebih disenangi ramai, visual Minions pula direka oleh pengarah seni, Eric Guillon dan diakhiri dengan dua pengarahnya Pierre Coffin dan Chris Renaud menambah personafikasi Minions ini melalui lakon suaranya) dengan watak dalam animasi 3D Disney atau Pixar ialah minion itu sendiri menimbulkan curiousity, tanpa penjelasan asal usul, entah apa ke benda makhluk kuning ini, entah apa ke benda yang dicakapkan mereka, apa inspirasinya (walaupun saya nampak ia macam Twinkies pisang straight away...), dan ini membezakan ia dengan watak rekaan animasi lain yang bersifat anthropomorphic, mudah dijangka perwatakannya, bercakap bahasa manusia (bukanlah minion tak difahami langsung)..., dan dalam filem mereka sendiri, minion hanyalah watak sampingan yang membuatkan kita mahukan lebih daripada mereka selesai menontonnya.
Lebih daripada itu, ceritanya mengangkat antagonis dan pelan jahatnya sebagai watak utamanya dan ini bukan contoh baik yang mahu dipersembahkan oleh studio animasi lain, Disney amnya. Teori saya ialah kerana konotasi negatifnya. Bagaimanapun, dengan watak kanak-kanak seperti Agnes, Edith dan Marco, ia menjadi jerat yang efektif dalam menarik anak-anak dan ibubapa mereka sekali untuk membawa sekeluarga menonton kedua-dua filem Despicable Me ini.
Siri Despicable Me menang di mata peminat filem animasi seperti saya kerana komedinya, transisi tunjang utamanya Gru dari seorang yang 'bapak jahat' kepada bapa mithali menjaga ketiga-tiga anak angkatnya biarpun tanpa pengalaman sebagai bapa, biarpun pelan asalnya ialah menggunakan ketiga-tiga anak angkatnya untuk pelan jahat, biarpun punya segerombolan angkatan minions untuk tujuan tersebut. Agnes, Edith dan Marco ialah apa yang anda biasa nampak dalam francais animasi Disney tetapi diadun dengan gaya Illumination Entertainment yang original, mengumpan penonton dengan makhluk kuningnya, perlahan-lahan audiens Disney ditarik seperti magnet untuk beralih kepada studio sub di bawah Universal Pictures ini.
Dispecable Me menyenggama minda penonton dengan pelan-pelan tak masuk akal seperti mencuri piramid dan menghilangkan bulan umpama magis dengan persembahan animasi yang tak pernah dialami oleh peminat filem sebelum ini. Despicable Me 2 punya plot yang hampir serupa dengan filem pertama (Universal membikin duit kerana keberjayaannya), menang kerana keletah dan kecomelan Agnes, Edith dan Marco masih dikekalkan sedang ia menambah elemen keibuan melalui watak Lucy Wilde, barangkali untuk menarik golongan ibu sekali untuk ke panggung, dan ditutup dengan persembahan Minions membawa lagu "I Swear" versi mereka sekaligus buat Alvin dan Chipmunks tak dapat cari makan lagi. (Kerana itu juga spin-off filem Minions diberi lampu hijau).
Pengarah: Pierre Coffin & Chris Renaud
Lakonlayar: Cinco Paul, Ken Daurio
Cerita: Sergio Pablos
Pelakon suara: Steve Carell, Jason Segel, Miranda Cosgrove, Russell Brand, Kristen Wiig, Will Arnett, Danny McBride, Jemaine Clement, Jack McBrayer, Julie Andrews, Benjamin Bratt, Elsie Fisher, Dana Gaier, Steve Coogan,, Ken Jeong, Jemaine Clement
Muzik: Heitor Pereira Pharrell Williams
Suntingan: Gregory Perler, Pam Ziegenhagen
Studio produksi: Illumination Entertainment
Edaran: Universal Pictures, United International Pictures Malaysia
Tarikh tayangan: 9 Julai 2010 (Despicable Me), 3 Julai 2013 (Despicable Me 2)
No comments:
Post a Comment