Followers

Sunday, December 21, 2014

I can never get out of here / I don't wanna explode in fear / A dead astronaut in space: GRAVITY [Ulasan filem]

Si Nor Azam tak gemarkan lakonan kedua-dua pembawa watak utamanya yang saya gunakan analogi jiran yang kita menyampah sangat dan tiada rasa simpati kerana bila mereka tersekat di angkasa, kita tetap bayangkan mereka seperti hari-hari biasa di bumi juga. Betapa perasaan 'cool' si George Clooney bila terbawa-bawa ke angkasa, ia mula memakan diri. Kita dah tak merasa kegusarannya kalaulah dia ada rasa gusar.

Filem ini dibikin untuk IMAX. Sebabnya (esok,) saya nak try sekali lagi tapi versi biasa saja. Mungkin ada yang rasa cerita ni macam pendek sebab ceritanya mudah. One scene movie yang takde benda yang intricate. Minimalis sangat. Lebih kepada pengalaman rasa berpinar berada di atas angkasa dan bab tu bagi saya Anfonso Cuaron berjaya. Dan itulah yang sinematiknya tentang Gravity. (Memang betul pun, lepas tengok versi biasa, kesannya tak seperti pengalaman pertama di IMAX).

Yang membawa kepada perbualan di bawah:

"I experienced the fear again."

"That impressionable, huh? The film."

"Astrophobia we called it."

"Ah, is that a real word or you guys made it up?"

"Filem Gravity last year pun feel dia sama juga. But this one* it went further."

"Whoa ye ke? Ok must check it out soon."

"It is a word: astrophobia. I just learnt."

"Hahaha oh... new word for today."

"Tapi the definition is mostly related with alien invasion, which is not the case for me. Fear of alien pulak is xenophobia."

"Ah... i see yours is more of fear of vast empty space, kan?"

"Yes, the astrophobia thing is a mix of fear of the dark, and the fear of space exploration, because the experience is alien to me."

"OK, makes sense."

"Sesak nafas satu hal."

Sebab tu lah saya tak pernah jadi astronaut walaupun ada cita-cita begitu.

* filem INTERSTELLAR

'

FILEM: GRAVITY
Klasifikasi: U
Genre: Ngeri / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2013
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pengarah: Alfonso Cuarón
Pelakon: Sandra Bullock, George Clooney

Tontonan kali ke-2 versi biasa di GSC 1Utama, 24 Oct 2013, 12:30 am selepas preview IMAX sebelumnya.

Thursday, November 20, 2014

Sidang media dan pratayang filem GILA BABY arahan Kabir Bhatia

I was talking to Kabir Bhatia tadi, a thing that we believed was tough to answer: our top 5 films. It keeps changing and evolving. But he can name me a few he recently enjoy: Grand Budapest Hotel, her (Spike Jonze film yang ada share theme dgn Sepi), a few Korean flick by Park Chang Wook and one Indian film. Petang tadi (20 November 2014) kami berada di Red Box Karaoke Pavillion sempena pratayang dan sidang akhbar filem terbaru arahan Kabir, GILA BABY. Bakal tayang 4 Disember ini. Pelakon2 yg turut hadir : Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Adlin Ahmad Ramli, Lan Pet Pet, Chelsea Ng. 

SINOPSIS: Filem aksi komedi ini mengisahkan Bob yang memerlukan wang yang banyak bagimembiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut.

Genre: Komedi / Romantik
Tarikh Tayangan: 4 Disember 2014
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Kabir Bhatia
Pelakon: Beto Kusyairy, Nadiya Nissa, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid.

Wednesday, November 19, 2014

[ULASAN FILEM] Big Hero 6



ULASAN: Kalau nak kata Big Hero 6 cuba lari dari formula biasa Disney yang ditampilkan melalui Frozen (cerita sang puteri, lagu nyanyian...) tak juga. Pelbagai tema yang diteroka mereka sebenarnya (ingat kembali dunia video game Wreck-It Ralph) tetapi ia tetap ada cap mohor Disney (baca: hubungan adik-abang sebagaimana adik-kakak dalam Frozen). John Lasseter sebagai orang Pixar dan kini di Disney ada juga tandaniaganya dalam Big Hero 6 sedang Marvel Comics pula lay a foundation buat Big Hero 6 because they're the go-to-guy.

Saya ikuti juga kerja Joe Casey (salah seorang tenaga kerja Man of Action). Kalau nak diikutkan dia boleh buat cerita team superhero yang lagi pelik macam Automatic Kafka, one of my favourite graphic novel. Secara mudahnya, Big Hero 6 is Disney trying to make their own Ben 10 sebab Man of Action yang mencipta siri Ben 10. Mungkin lepas ini Big Hero 6 akan jadi siri tv regular Disney XD pula. I can see on its numerical reference.

Kalau anda tonton Big Hero 6 selepas Interstellar, anda akan rasa ianya versi shortcut bagi Interstellar, secara spesifik di bahagian akhir. Ianya filem animasi 3D Disney yang meyakinkan bagi saya tanpa nama Pixar (sebab ada nama John Lasseter agaknya di kerusi penerbit). Ianya bukannya The Incredibles yang dihasilkan Pixar tetapi inilah jiwa yang hampir bagi saya. Bila Disney memegang authorship Marvel, saya sebenarnya mahu lihat apa lagi yang boleh dihasilkan mereka sebagai 'adaptasi Marvel oleh Disney' kerana idea Marvel itu sendiri.

Bercakap tentang idea Marvel, anda perlu tunggu sehingga akhir kredit filem ini sebagaimana tradisi filem-filem Marvel.  


SINOPSIS: Filem animasi komedi dan aksi menampilkan sebuah kumpulan super hero yang mempunyai 6 orang ahli yang terdiri daripada Hiro Hamada, Baymax, Wasabi-No-Ginger, Honey Lemon, GoGo Tomagi dan Fred. Berinspirasi dari sebuah komik Marvel era 90'an yang di'Disney'kan untuk mesra kanak-kanak,  ia mengikuti kisah pereka robot muda Hiro Hamada, yang terperangkap di bawah satu plot yang bakal menghancurkan bandaraya yang didiaminya iaitu San Fransokyo lalu mengumpulkan team superhero yang dibarisi oleh Baymax, robot penjaga kesihatan rekaan abangnya yang mati dalam sebuah kemalangan serta rakan-rakannya yang lain.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 13 November 2014
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Chris Williams, Don Hall
Pelakon: T.J. Miller, Maya Rudolph, Jamie Chung.  


Friday, October 31, 2014

Exit Through the Gift Shop at the EUFF2014

The 15th European Union Film Festival is back to Malaysia and this year, the UK is bringing you 'Exit Through the Gift Shop' - the world's first Street Art disaster movie by famed street guerilla artist Banksy.

Showtimes :
Kuala Lumpur - GSC 1 Utama: Fridays 31 Oct, 07 Nov - GSC Pavillion: Saturdays 01 Nov, 08 Nov - GSC Mid Valley: Sundays 02 Nov, 09 Nov

Penang - GSC Gurney Plaza: Saturday 15 Nov

Kuching - GSC City One Megamall: Saturday 29 Nov

Kota Kinabalu - GSC Suria Sabah: Saturday 13 Dec

Banksy is a graffiti artist with a global reputation whose work can be seen on walls from post-hurricane New Orleans to the separation barrier on the Palestinian West Bank. He fiercely guards his anonymity to avoid prosecution. An eccentric French shop keeper turned documentary maker attempts to locate and befriend Banksy, only to have the artist turn the camera back on its owner. Includes footage of Banksy, Shepard Fairey, Space Invader and many of the world’s most infamous graffiti artists at work, on walls and in interview. As Banksy describes it, "It's basically the story of how one man set out to film the un-filmable. And failed."

This is a FREE screening as part of the EUFF 2014, but ticket redemption is compulsary. Visit www.euff.com.my/ticketing.html to download the redemption coupon. Tickets can be redeemed only two days before the show date.

Thursday, October 30, 2014

Liyana Fizi lancar single You Know, persembahan di RRRec Festival

Singer-songwriter Liyana Fizi baru saja melancarkan single terbaru yang berjudul YOU KNOW. Lagu yang berdurasi 2:48 minit ini ditulis dan diterbitkan sepenuhnya oleh Melina William, vokalis dan bassist band Tempered Mental. Ianya bermula dengan Melina berkongsi lagu ini melalui iPodnya kepada Liyana yang menarik perhatian Liyana untuk menyumbangkan vokalnya. Trek ini disifatkan oleh Liyana sebagai sesuatu yang jujur, hipnotik dan menggegar jiwa. 

Single ini diedarkan secara digital melalui Soundscape Records. Anda boleh muat turun single ini sehingga 1 November 2014 di url >> http://soundscape-records.com/wp-content/uploads/2014/10/You-Know.mp3

Selain itu, perkembangan terkini dari Liyana Fizi, dia akan membuat persembahan di RRRec Festival dari 31 Oktober hingga hingga 2 November yang berlangsung di Jakarta, Indonesia yang anda boleh lihat jadual serta nama-nama lain yang turut membuat persembahan di url http://rrrec.ruangrupa.org/fest/

Ikuti Instagram Liyana Fizi : @liyanafizi




You know it's going to be an EPIC movie when Christopher Nolan’s the mastermind behind it.

Friday, October 24, 2014

GODFLESH return with Decline & Fall EP / A World Lit Only By Fire

Justin K Broadrick's most-recognized band, the influential and innovative GODFLESH - who formed in 1998 with bassist Ben Green, disbanded in 2002 and reformed in 2010 present Decline & Fall, 4 brand new tracks on a 23 minute mini album. It will be made in cassette, vynil and CD via Avalanche Recordings.

You can listening it here : http://hydrahead.merchtable.com/music/cassette-tapes/godflesh-decline-and-fall-cassette-tape

Track Listing:
01. Ringer
02. Dogbite
03. Playing With Fire
04. Decline & Fall

Also available is A WORLD LIT ONLY BY FIRE, the first new long player from GODFLESH since 2001's Hymns which saw the band implode and then eventually split up following its release. The band reformed in early 2010, and has gone on to play many renowned festivals worldwide coupled with minimal but solid touring. Since the reformation new material has slowly but very surely been both discussed and worked on, although Justin K Broadrick stated that the eagerness to release new music should not be overcome by the band's new found popularity. This album, like the Decline & Fall EP that came before it, have been works in progress for almost 2 years.

"The music speaks entirely for itself, this is pure GODFLESH, as the concept was originally intended; minimal, brutal, dissonant, driven by machines yet paradoxically dominated by organic and harsh down tuned guitars and bass, clean dub inflected vocals offset against harsh raging minimal shouts, and this is not to forget the worship of the omnipresent groove. Although the band could now be considered mature, and often with this maturity comes peace, this album has been perceived as the most aggressive and consistently fierce release in the band's career, something that the band are very proud of."

Themes of futile battles against the institutions that control our everyday lives, social conditioning, submitting and resigning oneself to the savage within, slavery and the abuse of power permeate and fuel these songs. GODFLESH is Justin K Broadrick's yin to jesu's yang.

Listen it here: http://hydrahead.merchtable.com/music/vinyl/godflesh-a-world-lit-only-by-fire-vinyl-lp

MONO twin albums, The Last Dawn / Rays of Darkness streaming online

At long last, both new Mono albums are streaming in full at The Onion / The A.V. Club! Listen it here >> http://www.avclub.com/article/listen-pair-new-albums-mono-last-dawn-and-rays-dar-210849

The legendary MONO have returned with so much ferocity that it must be split up into TWO albums! The Last Dawn and Rays of Darkness find MONO shedding the massive orchestra that had become a trademark of their sound over the past decade in favor of a stripped-down, face-melting combination of vintage shoegaze, experimental metal, ambient pop, and melodic doom. This is the most pure and visceral expression of MONO's music in over a decade, and assuredly some of their strongest work ever. Each album is available in CD and standard black vinyl LP, but while supplies last you can also order the Super Deluxe Die-Cut Gatefold Colored Vinyl Edition which includes BOTH albums in one stunning package. Those are in a numbered edition of 1,000 copies, so don't think too long on it!

Pre-Order Here: http://temporaryresidence.com/

Thursday, October 16, 2014

Konsert MOGWAI di Kuala Lumpur 30 November 2014, EP: 'Music Industry 3. Fitness Industry 1'

Band 'post-everything' dari Scotland, Mogwai baru saja mengumumkan 30 November 2014 sebagai tarikh konsert mereka di KL Live untuk slot Urbanscapes : Satelite Show, mengikuti band Chvrches dan Tenacious D yang diumumkan sebelum ini. Tiket akan dijual melalui agen Ticketpro.

Terdahulu Mogwai mengumumkan EP terbaru 'Music Industry 3. Fitness Industry 1.' yang juga merupakan rilisan bervokal selepas mereka lebih sinonim sebagai band instrumental (namun dalam rilisan-rilisan mereka yang terdahulu tetap ada sekurang-kurangnya sebuag trek dengan vokal). EP ini mengandungi 3 lagu baru dari sesi bersama beberapa trek remix dari Blanck Mass, Pye Corner Audio dan Nils Frahm. Dirakam di studio milik mereka, Castle Of Doom di Glasgow bersama penerbit Paul Savage, EP ini akan dirilis dalam format digital, CD dan 12-inch vinyl edisi terhad melaluo label Rock Action pada 1 Disember 2014

Perdengarkan trek 'Teenage Exorcists' di sini >> http://www.soundcloud.com/rock-action-records/mogwai-teenage-exorcists



Senarai penuh lagu dari EP Music Industry 3. Fitness Industry 1.:
1. Teenage Exorcists
2. History Day
3. HMP Shaun William Ryder
4. Re-Remurdered (Blanck Mass remix)
5. No Medicine For Regret (Pye Corner Audio remix)
6. The Lord Is Out Of Control (Nils Frahm remix)

Monday, October 13, 2014

[ULASAN MUZIK] How to Destroy Angels - Welcome Oblivion (2013)

How to Destroy Angels (HTDA) pada awalnya saya lihat menjanjikan sesuatu yang mungkin sedikit dapat mengalihkan perhatian saya pada Nine Inch Nails yang direhatkan Trent Reznor (telah kembali semula tour dengan album baru September 2013). Bila mendapat trek "Ice Age" dengan penguasaan vokal Mariqueen Mandiig dan lebih akustik gaya Fleetwood Mac, saya harap yang saya takkan gunakan perkataan NIN lagi dalam ulasan ini, nyata saya silap. Saya hampir lupa yang saya pernah sebut HTDA boleh dibaratkan sebagai kembar perempuan bagi NIN dengan sisi kewanitaannya. Tapi trek seperti "And The Sky Began To Scream" datang bukan saja dengan muzik NIN  seperti rakaman album gaya The Fragile tetapi dengan vokal Trent Reznor sekali di hujungnya. Ianya total NIN kalau anda buang vokal Mariqueen dan tidak dibertahu siapa yang membawakan lagu ini. Begitu juga dengan trek "Strings and Attractors" yang seperti meminjam melodi dan nota-nota dari trek NIN, "The Line Begins to Blur" cuma dengan manipulasi elektronik yang berbeza. HTDA sedikit tak berhaluan tetap sedangkan apabila ia memasuki fasa album penuh kita harapkan ia sudah ketemu haluan sendiri. Penyelamat album ini saya kira trek "How long?", single utamanya yang ada jiwanya. Saya juga sarankan kalian cari album runut bunyi filem The Book fo Eli untuk mengkaji sedikit pembawaan muzik salah seorang anggota HTDA, Atticus Ross yang juga berpaksikan elektronik seperti Trent Reznor tetapi sering dibayangi oleh Trent apabila menghasilkan duo bersama dengan nama ini. Kalian tunggu ulasan saya untuk album baru NIN, mungkin saya akan kata muzik baru NIN dah macam muzik HTDA pula. Oh, ironi... [ Label: Columbia Records ]

Sunday, September 21, 2014

[ULASAN FILEM] A Walk Among The Tombstones

In a nutshell, Liam Neeson bila dah pegang telefon, dia mula berubah ke mode Taken dengan gertakan kepada si penerima panggilan tetapi filem ini memperlihatkan Liam menyalurkan ciri-ciri The Equalizer lebih awal sebelum The Equalizer lakonan Denzel Washington keluar di pawagam minggu depan (yang dengarnya berubah secara total dan patut re-title jadi Man On Fire 2). Tiada twist di dalam AWATT (dua antagonis telah diketahui pada pertengahan filem), tiada permainan kejar mengejar, lebih kepada memerangkap. Kerana kurang aksinya, filem ini bergerak perlahan tetapi diakui filem ini masih gelap dan dihasilkan dengan baik kerana pembawaan Liam sendiri biarpun terasa tiada bezanya dengan filemnya yang lain. Dan gelapnya Liam sebagai Matthew Scudder itu lebih baik jika hendak dibandingkan dengan penampilan pertama Matthew Scudder di layar perak lakonan Jeff Bridges melalui filem Eight Million Ways to Die yang sekejap jadi romantik, sekejap jadi thriller. Asalnya ditulis oleh Lawrence Block pada tahun 1992 dengan memperkenalkan watak seorang hacker bernama TJ tetapi diubah ke tahun 1999 kerana hakikatnya hacker di dalam buku asalnya cuma meng’google’ nama di laman web menggunakan laman web Yahoo! (ya, ini sejarah.. dulu kita meng’google’ dengan Yahoo!). Mungkin filem ini dihasilkan terlalu lewat sehingga ada isinya dah tak begitu relevan malah jadi generik jika hendak dibandingkan dengan filem-filem genre penyiasatan yang terkini. Tapi saya suka rasa filem yang dark dan brooding, cuma kalau kawan saya kata macam Prisoners, adalah sikit tapi tak sampai.

Nota : Lagu yang anda dengar di trailer ialah cover Black Hole Sun, asalnya lagu Soundgarden yang dibawakan semula oleh gadis warga Seattle, Nouela, versi rework oleh Swann. Trek asal ini anda boleh muat turun di sini.

SINOPSIS: Filem lakonan Liam Neeson ini merupakan adaptasi dari novel misteri bestseller tulisan Lawrence Block di mana Liam membawa peranan Matt Scudder, seorang bekas polis NYPD dan penyiasat persendirian yang telah diupah oleh seorang pengedar dadah lakonan Dan Stevens untuk mencari isterinya yang telah diculik di bandar New York. Filem ini asalnya telah mula dirancang sejak tahun 2002 dengan Harrison Ford sebagai watak utama di bawah pengarah D.J. Caruso. Filem ini turut dibintangi oleh Boyd Holbrook dan Ruth Wilson dan akan mula ditayangkan mulai 18 September 2014, edaran GSC Movies.

Klasifikasi: P13
Genre: Jenayah/drama/penyiasatan
Tarikh Tayangan: 18 September 2014
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Scott Frank
Pelakon: Liam Neeson, Dan Stevens, Boyd Holbrook, Marina Squerciati, Sebastian Roché

Friday, September 19, 2014

[ULASAN FILEM] The Quiet Ones

Filem ini ada sikit macam Devil's Due bila banyak bermain dengan footage filem yang cranky. Sejam terawalnya main jump-scare (yang kini dah jadi makin murah kesannya,... malang sekali). Berbanding The Conjuring, konsep pencarian makhluk melalui The Quiet Ones tak authentic sangat. Agak draggy dan lembab semata-mata nak mengisi masa sehinggalah ia memasuki ke penghujung. Ada plot twist di penghujung tetapi ia juga boleh mempersoalkan ketepatannya fakta dari sumber asal ia diilhamkam. Mudah sangat pembikin filem hari ini menggunakan modal 'based on true story' untuk menarik penonton tapi The Quiet Ones bukanlah level The Conjuring walau konsep nak hampir sama (tertipu sikit). Saya boleh faham kenapa ulasan terawal dari pengkritik bercampur yang menjurus ke negatif. Save it for Jared Harris dan Tiz Zaqyah berambut blonde. Dan 70's. British. 70's. Yang macam keluar dari kulit album Led Zepp...

SINOPSIS: Filem "The Quiet Ones" diilhamkan daripada peristiwa sebenar yang mengisahkan seorang profesor yang menggunakan kaedah kontroversi dan membawa pelajar-pelajar yang terbaik untuk mengambil bahagian dalam satu eksperimen berbahaya yang mana untuk mewujudkan seekor hantu. Berdasarkan teori bahawa aktiviti paranormal adalah disebabkan oleh tenaga negatif manusia, saintis ini telah pun menjalankan satu siri ujian ke atas pesakit muda, yang mana tidak sesuai dengan kawarasan logik akal.Apabila kejadian yang menakutkan mula berlaku dengan kesan-kesan mengejutkan dan mengerikan, kumpulan ini menyedari mereka telah mencetuskan satu kuasa yang lebih menggerunkan berbanding apa yang mereka bayangkan.

Klasifikasi: 18
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 24 April 2014
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: John Pogue
Pelakon: Jared Harris, Sam Claflin, Olivia Cooke, Erin Richards

Thursday, August 28, 2014

Yana Samsudin bergambar dengan pakwe barunya, Qamar Hariz

Maka saya bagi pihak anak sedara saya, Hariz nak ucapkan terima kasih buat Yana sebab sudi luangkan masa bergambar dgn dia. Kau cantik Yana. Pakcik si Hariz pun nak bergambar dengan awak. Kita berdiri mesti sama tinggi...

Dengan itu saya juga ingin memohon maaf pada awak, Yana atas kritikan saya terhadap mutu pengarahan awak yang gagal di mata saya but that's about it. Shall we move on to our next film review. Yes, we should.

Thursday, August 07, 2014

Ulasan filem: Life of Pi (2012)

Yann Martel mengambil pendekatan di mana dalam setiap kisah kapal karam, mesti ada kes salah seorang yang akan jadi Richard Parker, tapi dalam bukunya diberi twist yang berbeza (tak macam Edgar Allan Poe). Jika anda belum baca bukunya, anda masuk dalam kes "kira ok juga sebab tak spoil mood." Life of Pi ialah filem kapal karam ala Castaway dan Lost yang tak jumpa pulau. Tak juga. Pi menemui sebuah pulau tapi mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan bersama 'kucing' belaannya. Ada misteri alam yang sukar untuk dijelaskan. Tragedi yang berlaku dilihat sebagai panggilan dari ilahi tapi Pi dalam perjalanan hidup sebenarnya mencari-cari Maha Pencipta dengan ujian yang getir yang mana jika dia merujuk kepada kitab, sebenarnya pernah berlaku pada hambaNya yang lain dan dia mengambil rujukan itu. Yann sebagai penulis turut mengangkat tema seseorang yang bersendiri dan hanya Tuhan dijadikan tempat untuk dia berbicara yang sebenarnya dirujuk dari kisah hidupnya sendiri sebagai seorang budak berkulit putih di India yang dianggap orang asing.

Menonton Life of Pi semasa pratayang media di TGV Imax Sunway Pyramid hampir 2 tahun lalu, saya sempat angkat 'Richard Parker' bawa balik ke rumah (rujuk gambar di atas). Novel Yann Martel ni memang diakui antara yang terbaik dekad lalu, jadi kena ada seorang pengarah yang terbaik untuk lebih adil buat adaptasi layar perak ini. Pada saya, apa yang dibuat oleh Ang Lee pada Life of Pi is well executed dan ceritanya bergerak dengan baik sekali tanpa menjejaskan kandungan cerita asal novelnya (walaupun anda tak pernah baca novelnya, tapi saya sarankan lepas tengok, cubalah cari novelnya. Kat festival buku Big Bad Wolf boleh dapat dalam RM8 je). Saya tak menjangka Life of Pi akan jadi sebuah filem dengan persembahan visual yang cantik. Sesetengah filem gah dengan visual saja, jalan cerita hancur tapi Life of Pi seimbang. Antara filem yang terbaik saya tengok tahun 2012 di pawagam. Filem ini membuatkan tenaga kerja Rhythm & Hues (yang bertahun-tahun berpengkalan di Malaysia) tiba-tiba menjadi sebutan di Festival Filem Malaysia kerana menang Academy Award untuk kesan khas terbaik dan setahun selepas itu cawangan Malaysia ini tutup kerana Rhythm & Hues LA mengumumkan mereka muflis. Nasib pekerja industri, gah di majlis anugerah saja tanpa pembelaan. Tapi,... itu bisneslah.

Sinopsis: Sebuah filem yang diadaptasi dari novel Yann Martel yang berjaya memenangi Anugerah Booker, "Life Of Pi" berlatarkan Pondicherry, India dan berkisar tentang Piscine Molitor Patel (Suraj Sharma), yang juga dikenali sebagai Pi. Pi merupakan seorang anak penjaga zoo yang hidup dalam keadaan berada. Sepanjang hidupnya, masanya diluangkan dengan menimba ilmu, bukan sahaja dari segi keagamaan, malah semua jenis sastera untuk menambah pengetahuannya tentang dunia. Walaubagaimanapun, perubahan politik di India telah menyebabkan keluarga Patel berpindah ke Kanada. Namun selepas kapal karam, Pi mendapati dirinya terapung bersama seekor kuda belang, orang utan, dubuk dan harimau baka Bengal Diraja bernama Richard Parker di atas sebuah bot keselamatan. Kisah selanjutnya mencatatkan pelayaran Pi di lautan Pasifik selama 227 hari dan membawa tema kepercayaan diri dan perjuangan hidup.

Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Drama
Tarikh Tayangan: 29 November 2012
Edaran di Malaysia: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Ang Lee
Lakonlayar: David Magee, berdasarkan novel Life of Pi tulisan Yann Martel
Pelakon: Suraj Sharma, Irrfan Khan, Tabu, Adil Hussain, Gerard Depardieu, Rafe Spall, Adil Hussain.

--------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, August 06, 2014

Ulasan filem : KOLUMPO (2013)

Seperti yang saya sering sebut, patut bagi Remy Ishak sikit dialog dalam‪ filem KOLUMPO ni ‬or else saya assume watak dia sebagai bangla yang melepak di mapley. Saya juga mengharap watak yang dibawa oleh Sabri Yunus dan Rosnah Mat Aris diberi storyline yang lebih prominent sejak ada yang bertanya filem Kolumpo ni pasal apa. Ianya apa yang anda lihat. Kalau tak dapat juga, tengok balik dan lihat di sekelilingnya. Kolumpo juga lebih baik jika ia dipanjangkan dengan cerita yang saling berkait berbanding dengan 3 cerita yang berbeza. Itu cabaran yang saya beri buat pembikin filemnya. Filem ini saya tonton di TGV Wangsa Walk bersama bekas housemate ketika nak masuk minggu terakhir filem ini ditayangkan yang nasib baik masih ada separuh panggung ini ada hati ingin menontonnya.

Sinopsis: "Kolumpo" mengisahkan Rahul, seorang pendatang dari India baru tiba di bandar dan mengetahui syarikat yang menawarkan pekerjaan kepadanya telah pun muflis. Dia telah dibantu oleh seorang pemilik restoran dan memulakan kehidupan di ibu kota sebagai pekerja tanpa izin. Di Setapak, Gienna adalah seorang wanita berbangsa Cina dalam lingkungan umur 30-an. Dia seringkali mengelak panggilan telefon dari ibunya. Pada satu hari dia telah membantu seorang wanita tua nyanyuk untuk mencari rumahnya. Di Ampang, Haffid, seorang pemuda telah bertemu dengan seorang gadis di stesen LRT selepas mereka ketinggalan tren terakhir. Hafidd yang tidak pernah bercinta menganggap kejadian yang berlaku adalah takdir dan harapan untuk bertemu cinta pertamanya. Tiga kisah berbeza dalam sebuah filem mencipta satu kelainan yang mengejutkan dan hubungan antara manusia yang memberikan kehidupan di bandar. (Sumber: TUPAI.COM.MY)

Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2013
Bahasa: English / Malay / Tamil / Cantonese
Penerbit/Pengedar: Otto Films Sdn Bhd / PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Bront Palarae, Rozi Izma, Sheikh Munasar
Pelakon: Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam,Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan memperkenalkan Amirul Ariff.

--------------------------------------------------------------------------------

Monday, August 04, 2014

Ulasan filem: Scott Pilgrim vs. the World

Hebat filem ni sebab ada Captain America, Punisher dan Superman di bawah director yang patutnya direct Ant-Man (which is a big loss sebab filem ni memang gila). Ada Michael Bacall yang turut menulis 21 Jump Street dan Project X (dan sedang tulis spinoff Tropic Thunder: Les Grossman). Ada Shynola yang design film title which i'm glad pernah jumpa mereka for an hour lenght interview masa datang Malaysia. Ada produser Radiohead untuk muziknya. Turut ada Broken Social Scene dalam versi punk. Filem ni sepatutnya UIP yang pick up untuk theaterical release di Malaysia tapi di minit-minit akhir tak berlaku. Ianya mimpi basah fanboy sebelum keluarnya Avengers.

Filem ni memang sandwich. Ambil budaya geek 90'an (muzik + komik + video game 8bit/16bit), diapit dengan fesyen hipster dan cerita tentang memenangi seorang gadis, dan anda dapat premis ini. Ceritanya yang sangat mudah, tetapi ia nampak pelik dengan bahasa grafik dan estetika visual yang menuntut seluruh perhatian anda tapi ia menarik juga ( kena ulang tonton banyak kali memikirkan setiap maklumat grafik yang memenuhi setiap adegan dalam filem, memang macam permainan video ...) . Sejak saya membesar sebagai remaja di era 90'an, filem ini adalah sesuatu yang saya boleh kaitkan dengan diri sendiri, tetapi ye lah, ia jadi asing bagi mereka yang tak biasa dengan subculture ini. Bagi kat budak-budak zaman sekarang, mereka tak faham dan mereka akan pilih Percy Jackson. Bagi kat bapak budak yang pernah jadi remaja di era 90'an pun mereka tak faham kecuali yang masih remaja dan stuck di era 90'an.

Ramai perempuan yang tonton filem ini fikir mereka ialah Ramona Flowers (termasuklah bekas kekasih) tanpa mereka sedar kedudukan mereka berada di antara  budak underage yang cepat sentap si Knives Chau atau si kejam Natalie "Envy" Adams tapi saya boleh confirm semua orang macam Scott Pilgrim, loser yang tak tau berapa nilai dirinya di dunia. At one point, ada juga yang mendambakan Scott supaya mereka dianggap macam Ramona but it didn't work that way. Heck, Ramona pun ada saat-saatnya yang fragile. 

Dan nilai hidup kita dah macam koin-koin yang dikutip Scott. Mati pun mudah.

Arahan : Edgar Wright
Lakonlayar : Edgar Wright dan Michael Bacall berdasarkan novel grafik Scott Pilgrim oleh Bryan Lee O'Malley
Lakonan: Michael Cera, Mary Elizabeth Winstead, Kieran Culkin, Chris Evans, Anna Kendrick, Alison Pill, Brandon Routh, Jason Schwartzman
Muzik: Nigel Godrich
Sinematografi: Bill Pope
Suntingan: Jonathan Amos dan Paul Machliss
Studio: Big Talk Films
Edaran: Universal Pictures

--------------------------------------------------------------------------------

Monday, July 28, 2014

Salam Syawal 1435

Dari saya dan seluruh keluarga, buat semua yang mengikuti blog saya. Have a good one!

Related Posts with Thumbnails